Ada Hati kita hayati denyut nadi, ada telinga kita dengar suara rakyat, ada mata, kita lihat bukti dan kemusnahan.
Saya
telah mengambil bahagian dalam sesi parlimen rakyat pada 10 April lalu. Ia di
anjur oleh INVOKE yang di pimpin oleh YB Rafizi Ramli.
Ketika
mendengar para MP lain bercakap- saya melihat kepada komen2 yang tersiar secara
live di monitor TV. Bahasa yang digunakan oleh penyokong PAS adalah bahasa
kesat dan jijik. Mahu hentam kami, hentamlah.
Tapi
bahasa yang golongan ini guna untuk menghentam menunjukkan mereka ramai yang
tak bersekolah. Mungkin juga terdiri dari yang pergi kesekolah agama di India
dan Pakistan tapi tidak habis pengajian. Namun, bila pulang ke kampong, diberi
tugas mengasuh anak bangsa kita. Jika mereka yang mengasuh, maka masa depan
anak bangsa kita muram.
Bahasa
menunjukkan jiwa bangsa. Kepada saya, Malaysia tak perlu penyokong seperti ini
yang kacau dan rosak jiwa. Bagaimana kita mahu membiarkan orang jenis ini
memerintah dan menguasai system perundangan negara kita?
Saya
harap rakyat akan menolak parti PAS dan menjauhkan diri dari orang2 seperti
ini. Jangan berikan mereka tempat berkuasa dalam negara kita. Nescaya kita diganasi
hanya kita tidak bersetuju dengan pandangan mereka.
Mundur
dan rosak negara kita jika puak2 ini memerintah. Kita orang Melayu yang lain,
tidak memerlukan PAS untuk mensijilkan keIslaman kita.
Janganlah
bangsa kita ini terikut2 dengan kebanyakan orang seperti ini. Jika kita ikut,
mereka akan menyesatkan kita.
Peringatan
Allah dalam ayat 116 surah Al An’am:-
وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِي الْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ
اللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ
Jika engkau
menuruti kebanyakan orang yang ada dimuka bumi, nescaya mereka akan menyesatkan
engkau dari jalan Allah , mereka tidak lain hanyalah menurut sangkaan2 semata
mata dan mereka tidak lain hanya berdusta.
Kita
ada otak, kita fikir sendiri. Jangan kita terpedaya dengan para ustaz yang
menunggangi agama Islam.
Mengapa
kah kita tidak terlalu hairan melihat gabungan antara pembesar ugama dengan
pembesar negara bermuafakat melakukan dan menyokong kemungkaran? dan mereka bantu
membantu pula mengukuhkan antara satu sama lain?
Wang
membatalkan segala nya. Wang yang berada dalam tangan seorang ustaz, tidak tahu
ianya berada dalam tangan seorang ustaz atau seorang awam. Wang boleh menukar karakter
seseorang, ustaz atau orang awam.
Najib
Tun Razak bertanggung jawab keatas skendal kewangan yang paling besar dalam
sejarah Malaysia. 1MDB sudah berhutang mencecah RM95,000 juta dan sekitar
RM24,000 juta sudah dicuri oleh Najib dan geng2 dia. Habis segala harta negara ini-
pelabuhan tanah, projek2 besar, ekwiti dalam syarikat minyak, semua dijual ke negara
China pada harga yang di inflasikan. Mengapa? Supaya Najib boleh ambil bahagian
yang di inflasikan utuk mengambus lubang2 dalam 1MDB.
Mengapa
ahli agama yang ada hati tidak merasai rintihan dan kegelisahan rakyat dengan
suara hati mereka? Mengapa mereka tidak menggunakan telinga untuk mendegar suara
bantahan rakyat? Mengapa mereka tidak gunakan mata melihat bukti2 yang ditampilkan
dan tindakan2 undang2 diluar negara? Semua ini menjukkan bahawa 1MDB dan orang2
dibelakang nya telah melakukan jenayah dan kemungkaran.
Sebab
nya dinyatakan dalam Al baqarah ayat 7.
خَتَمَ اللَّهُ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ وَعَلَىٰ سَمْعِهِمْ ۖ وَعَلَىٰ
أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Allah telah mengunci hati
dan telinga mereka dan membutakan mata mereka. Dan untuk mereka ialah hukuman
yang amat besar dan keras.
Ketika
kemungkaran2 ini berlaku, pembesar dari
parti yang berjuang atas landasan agama Islam menyokong. Mendiam diri dan
membutakan mata dan mengunci suara hati. Malah ada yang mensahihkan perbuatan
mungkar itu dengan mensyaratkan , jika tidak ada 4 saksi yang melihat pencurian
itu, maka tidak ada jenayah yang berlaku.
Erti
nya apa?- gabungan pembesar agama dan pembesar pati secular berlaku kerana,
apabila negara hendak musnah, Tuhan menjadikan para pembesar yang jahat supaya
mereka in melakukan tipu daya dalam negeri itu. Tapi mereka memperdayakan diri
mereka sendiri dan mereka akan menerima akibat buruk dari perbuatan mereka.
Quran
6: 123
وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا
لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Ini
sudah dijanjikan oleh Tuhan. Akan tiba suatu masa, para pembesar parti politik
Islam yang ahli pula dalam bidang agama, sokong menyokong dengan penyamun terbesar
dalam abad ini.
Golongan agama
berkawan dengan golongan pemerintah disebabkan mempuyai kepentingan bersama
dalam kemungkaran yang telah dilakukan.
وَكَذَٰلِكَ نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا
يَكْسِبُونَ
Quran
Al Aan’am : 129.
4 comments:
Jika seseorang itu mendiamkan diri terhadap kegiatan pengedaran dadah yang dia mengetahui umpamanya, maka orang itu dikategorikan sebagai bersubahat walau dia langsung tidak terlibat dalam apa segi sekalipun. Begitu juga dalam kes 1MDB dan perompakan wang RM2.6bilion, senyap langsung tiada sebarang aksi mempersoalkan isu tersebut, maka adalah amat jelas lobai PAS juga turut bersubahat dengan kerja haram tersebut.
Apa boleh buat...dah termakan duit 1mdb...tergadailah body dan serban 7 kg tu!!!Ini yang digelar "ulamak musibat".
Mulai hari in semua jenayah pengedar Dadah yang Kaya Raya...kalau dijumpai dengan dadah dengan harga $100,0000, 0000 juta ringgit dalam beg, rumah, kereta.... terus panggil IGP, AG dan kata kepada mereka aku tak tahu dimana datang, tak tahu mana datangnya Dadah tu, buat siasat siapa derma, cam mana tiba2 dalam rumah, ini perbuatan seorang yang bukan Islam buat.....terus hidup mewah dan upah semua Polis maafkan jenayah pengedar dadah awak....ini cara Rukun Negara Kedaulatan undang2 kat malaySIAL!! Lain kali bunuh sesiapa awak suka dan buat tak tahu aje.....Mahkamah, AG, IGP semua maafkan ....Bukti tak guna ... Dedak - semua Boleh dalam undang2 IS Islam UMNO-PAS!!
Bukti bersepah kalu diam, dikira Syubahah wal Mungkaruni Al Kincun (Kencing Lencun).
Ada akal sendiri mau ingat. Buat apa terus harap lobai dan penyagak.
Post a Comment