Peringatan Lembut untuk Warga FELDA
http://mpraub.blogspot.my/2017/02/lim-kit-siangturun-ke-raub.html
http://mpraub.blogspot.my/2017/02/sokongan-masyarakat-orang-asli-makin.html
http://mpraub.blogspot.my/2017/01/gambar2-lebih-bernilai-dari-1000.html
Pagi tadi, saya bersama YB Rafizi dan beberapa rakan2 lain, membuat suatu press conference mengenai Kongress Felda yang akan diadakan bulan March 2017 nanti. PC tersebut juga memberi ruang untuk kami dan rakan2 lain menimbulkan beberapa kemusykilan mengenai masa depan FELDA.
http://mpraub.blogspot.my/2017/02/sokongan-masyarakat-orang-asli-makin.html
http://mpraub.blogspot.my/2017/01/gambar2-lebih-bernilai-dari-1000.html
Pagi tadi, saya bersama YB Rafizi dan beberapa rakan2 lain, membuat suatu press conference mengenai Kongress Felda yang akan diadakan bulan March 2017 nanti. PC tersebut juga memberi ruang untuk kami dan rakan2 lain menimbulkan beberapa kemusykilan mengenai masa depan FELDA.
Lapuran odit 2016 untuk FELDA belum keluar lagi. Kita ingat mahu
dapatkan audit report tahun berakhir disember 2016, untuk melihat banyak mana
tanggungan FELDA. Sebelum trick tangan dilakukan.
Sebab kalau kita dengar cakap Isa Samad dan orang2 sepemikiran nya,
semuanya , bak kata orang putih, hunky dory belaka. Tapi kita tahu apa
sebenarnya berlaku.
Peneroka FELDA, seperti yang saya tulis dahulu, yang berjumlah
112,635 orang, yang mendiami di lebih 300 tanah rancangan, mesti sedar perkara
ini. Musibah warga FELDA bukan terhad kepada isiu hutang purata
RM120,000/peneroka, atau pertelingkahan kadar perahan atau rungutan bayaran
bukan dalam bulan semasa. Ini masaalah yang ‘real’ yang dihadapi oleh peneroka setiap
hari. Masaalah ini rentetan dan akibat dari tamak haloba seorang yang bernama
Najib Tun Razak.
Tapi sengat bisa isu2 ini diringankan sedikit kerana secara umumnya,
kehidupan warga FELDA terlindung. Sekurang kurangnya dapat elaun sara hidup dari
RM1000-RM1500 sebulan, ada tanah untuk rumah, ada tanah ladang 10 ekar, ada kemudahan
awam dan sosial dalam tanah rancangan dan lain. Mereka seolah olah nya leka
kerana ada jaminan dari kerajaan UMNO untuk menjaga mereka. Dan berserta jamina
tersebut, ancaman bahawa jika UMNO bukan kerajaan, kehidupan selesa peneroka
FELDA akan hilang.
Namun demikian, untuk jenerasi kedua bagaimana? Mengikut suatu kajian oleh UIA, anak peneroka
FELDA yang berjaya menjadi pelajar pusat pengajian tinggi, jadi doctor, lawyer
dan graduan2 bidang lain hanya 1.5% sahaja. Apa jadi dengan 98.5% lagi?
Mereka jadi sampah masyarakat, bercandu dan bermadat dan duduk
ditanggung ibu bapa dalam tanah rancangan. Masa depan mereka bagaimana? Sedangkan
tanah seluas 360,000 hektar milik FELDA plantations sudah dipajak kepada FGV
dan tidak mungkin dikembalikan.
Perumahan untuk jenerasi ke-2 bagaimana? Najib menjanjikan 20,000
rumah kos RM70,000 setiap satu- berapa yang telah dibina? Bagaimana jenerasi ke-2 yang tidak ada kerja
dapat membiayai pembelian rumah2 ini? RM1.4 billion sudah diambil FELDA- mana
rumah nya?
Bagaimana menyelesaikan hutang peneroka? Najib senaraikan FGV- konon
beri RM1.7 billion sebagai durian runtuh kepada peneroka. Adakah peneroka
menerima durian runtuh atau bonus atau pemberian hadiah wang ?
Peneroka mesti tahu bahawa masaalah mereka adalah sebahagian dari
masaalah yang lebih besar- yakni musibah yang diperlakukan keatas semua rakyat
oleh tamak dan haloba nya satu orang yang bernama Najib Tun Razak.
Pertama sekali- peneroka mesti ada perasaan sayang keatas institusi
yang menjadikan mereka- iaitu FELDA. Mereka mesti menjaga nya dari dicerobohi dan
diperkosa dengan rakus oleh Najib dan konco2 nya yang menjadikan FELDA dan
ciptaan2 nya sebagai ATM peribadi.
Dalam tangan gerombolan yang tidak bertanggung jawab, wang RM10 billion
hasil penyenaraian bukannya disalurkan untuk meningkatkan kualiti hidup
peneroka, tapi geng2 yang mengejar komisyen dan memalsukan segala pembelian2 FELDA
, berbelanja sakan ketas perkara2 yang tidak releven lansung kepada peneroka.
Bukan rumah dan perumahan warga felda yang dibina, tapi pengurusan FELDA
membeli hotel dan kondominum. Bukan melabur dalam core business, tapi beli business
yang bukan2 seperti membuka kedai2 pastry yang rugi dan ditutup, melaksanakan
projek membela ikan sturgeon- ikan yang masih jadi bahan dan objek kaji selidik
dinegara2 dimana ikan sturgeon itu ikan watan. FELDA gatal hendak membela sturgeon
di sungai Pahang di Jerantut. Akibatnya rugi besar. Banyak lagi pelaburan yang
mengarut yang dilakukan oleh Isa Samad dan rakan2.
Sekarang , Sharir Samad pula yang dilantik sebagai pengerusi FELDA. Adakah
kebaradaan Shahrir Samad ialah untuk membersihkan kotoran2 Najib dalam FELDA? Itu
pasal kita hendak lihat dan mentelaah lapuran audit FELDA untuk tahun 2016,
sebelum Shahrir cleans up the mess Najib caused.
0 comments:
Post a Comment