Kemiskinan pada Jiwa Orang Melayu
Dalam masa negara mengalami
pelbagai macam musibah, ada perwakilan UMNO mencari salah mengenai pakaian
pramugari MAS. Ianya menjadi bahan ketawa sedang rakyat jelata bergusti dengan
kos hidup yang kian meningkat.
Jika demikian, gunalah
hujjah pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan atau Hassan Malik. Jika ayam mahal,
jangan makan ayam boleh diterjemahkan kepada jika tidak suka pakaian crew MAS,
jangan naik kapal terbang.
Naik basikal tak perlu bayar
tol, atau naik sahaja bas charter , bolehlah ketua bahagian atau ketua wanita
kongsi kekayaan yang diperolehi dari pemilikan lessen, AP , quota dan
sebagainya. Bersyukur dapat kongsi duit yang diperolehi tanpa usaha. Agak nya,
itulah fiil orang dan pemimpin UMNO.
Ucapan dasar dan ucapan
penggulungan Najib di PAU 2015, tidak diterima dengan baik. Orang2 di Raub
misalnya sakit hati dengar ucapan tersebut. Merengkang rengkang, jerit tak kena
tempat dan lap tepi mulut.
Namun cara penyampaian
tidaklah menjadi masaalah besar. Sudah rasmi Najib demikian, apa kita hendak
buat.
Tapi mesej yang disampaikan
oleh Najib yang lebih menjelikkan. Tambah pula dengan perbahasan perwakilan
yang dangkal.
Taat kepada pemerintah ialah
taat yang bersyarat. Ia bukan ketaatan yang membabi buta dan mutlak. Kita sokong
dan taat kepada pemerintah selagi ianya adil dan saksama.
Pencapaian terbesar Najib
semenjak jadi PM dalam tahun 2009 ialah pemberian BR1M. tahun 2016, dari RM300
hingga RM1050. Seramai 7.4 juta orang dan isi rumah akan dapat RM5.9 billion. Itu
pun hanya 20% dari bebanan hutang 1MDB.
Isiu pokok 1MDB tidak dibahaskan
sedangkan ini mendedahkan negara kepada musibah ekonomi. Bukan sahaja isiu ini
dilarang dibahaskan, saya rasa 90% ahli UMNO tidak tahu dan faham apa isiu
1MDB.
Sehingga hari ini Najib
tidak dapat terangkan mengapa sebagai boss 1MDB dia membenarkan lebih USD1
billion dipindahkan dari 1MDB kepada Jho Low. Bagaimana seorang individu
seperti Jho Low dapat menjadikan Najib sebagai alat membinasakan kredibiiti
bangsa Melayu? Dan bangsa Melayu dalam UMNO sedia memaafkan Najib? Sudah hilangkah
bangsa Melayu yang berjiawa murni dalam UMNO?
Demikian juga isiu
RM2.6billion masuk kedalam akaun peribadi Najib. Ini bukan suatu perkara kecil.
Saya hairan, jika penerangan dalam parlimen dikatakan sub judice, tapi penerangan kepada ahli UMNO tidak?
Itu sahaja membuktikan
bahawa apa2 penerangan yang diberikan kepada ahli UMNO ialah penerangan yang
palsu. Tapi ia ditelan bulat2 oleh orang UMNO.
Jika orang Melayu dalam UMNO
berdiam diri, itu bermakna mereka bersekongkol dengan kemungkaran. Alasan yang
mereka beri ialah kerana Najib itu Melayu, maka apa2 kesilapan dan kejahatan
yang dilakukan, boleh dimaafkan.
Seperti yang saya pernah
tulis sedikit masa dahulu, pola pemikiran seperti ini amat membahayakan morality
bangsa Melayu. Jika oleh kerana pesalah laku itu bangsanya Melayu, maka kita
diamkan dan maafkan, maka akan tiba satu hari nanti, musibah yang lebih besar
dimaafkan.
Jika orang dan pemimpin UMNO
memasuki rumah kita meniduri anak2 dan isteri2 kita, kita bilang tidak apa-
mereka itu Melayu. Seagama dan seRaja dengan kita.
Ini lah kemiskinan rohani
yang disebut oleh pendita Zaaba sejak tahun 1920an lagi. Miskin pada jiwa membuat
orang Melayu keliru antara bathil dengan hak.
Saya harap orang UMNO yang
mewakli sebahagian daripada bangsa Melayu berhenti merosakkan jiwa bangsa
Melayu.
Pendita Zaaba menulis dalam
tahun 1927:-
Miskin
pada wang ringgit dan harta benda, miskin pada hemat dan cita-cita, miskin pada
pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat-alat kelengkapan otak dan
pada beberapa sifat keperangaian yang tinggi dan mulia maka jadilah mereka tak
dapat tidak daripada tersangkut dan ketinggalan daripada perjalanan
bangsa-bangsa.
Orang UMNO jangan memberikan
kepercayaan tanpa syarat. Sedangkan Nabi kita menyebut bahawa kita bertaat-setia,
membesarkan dan memuliakan pemerintah, selagi ianya adil. Ketaatan kepada
manusia itu mesti bersyarat.
Sekali lagi, pendeta Zaaba
menulis:-
Tuhan
selalu mencela keras akan orang-orang yang hanya mengikut dengan buta tuli
sahaja apa yang dikatakan orang atau apa yang biasa dibuat orang. Umpama mereka
yang berdegil mengikut jalan nenek moyang atau pendapat orang dahulu-dahulu
dengan tiada ditimbang lagi salah benarnya atas neraca timbangan akal sendiri,
bahkan tiada dikira walaupun berlawanan dengan akal fikiran yang insaf dan
bersalahan dengan ilmu pengetahuan yang sah betulnya.
Demikianlah
dicela Tuhan di dalam al-Qur’an jika orang hanya mengikut apa-apa kebiasaan
yang telah teradat dari nenek moyang sahaja bertaqlid buta itu dikeji oleh
agama dan sekalian orang yang berakal.
Raub/rabu
16 disember.
0 comments:
Post a Comment