Achtung! Unser Land ist volbracht!- Awas! Negara kita Hancur.
mein Gott! Wir
sind tief in der Scheiße!
Frasa German
diatas bermaksud my god, we are in deep shit. Mungkin itulah sentiment Deutsche Bank pada waktu ini.
Mengikut lapuran,
6 bank yang sedang runsing menuntut 1MDB membayar pinjaman RM3.6 billion 4
bulan lebih awal. Jika mereka menuntut duit mereka sekarang, ertinya, bank2 ini
yang di pimpin oleh Deutsche Bank AG yakin bahawa 1MDB akan kaput.
Bank German, maka saya gunakan istilah kaput. Mati.
DS Nazir Razak,
anak Tun Razak yang paling sensible sekali menyatakan bahawa tindakan yang
paling bertanggung jawab yang patut dilakukan oleh lembaga pengarah dan
beberapa eksekutif 1MDB ialah meletak jawatan. Kemudian biarkan suatu pasukan
audit bebas membedah 1MDB.
Deutsche Bank
dan Nazir Razak adalah pakar dalam bidang kewangan. Eloklah kita dengar cakap
mereka yang pakar. Saya hanya tahu guna atm card dari atm machine bank.
Setengah
orang menjadikan 1MDB atm machine mereka!
Janganlah kita
memaafkan mereka hanya kerana mereka Melayu. Ramai lagi Melayu yang jujur dan
baik. Buang Melayu jenis ini, ramai lagi Melayu ada. Jika semua 3.2 juta melayu
UMNO terjun longkang, ada 15 juta Melayu lain boleh ambil tempat mereka.
Deutsche Bank
mencari pencerahan mengenai cagaran yang diberikan kepada nya oleh 1MDB. Cagaran
tersebut ialah deposit sebanyak USD1.03 billion dalam bank BSI.
Apa maksud
mencari klarifikasi dan pencerahan? Vatt ist der meaning zeeking un glarifikazion?
Adakah sekuriti
itu tidak ada sebetulnya? Duit sebanyak itu tidak ada? Tak de wang tunai
USD1.03 billion? Sudah dibawa lari? Dicuri toyol belaan? Atau telah dikeluarkan
oleh sesiapa?
Soalan yang
paling popular di Malaysia sekarang ialah siapa yang mengarah duit itu
dikeluarkan? Siapa yang mengarah yang mengarah itu?
Atau nilai
USD1.03 billion tidak bernilai demikian? Ada berapa? USD500 million?
Jika (1) tidak
ada tunai USD1.03 billion atau (2) nilai < USD1.03 billion, bagaimana
Deutsche Bank luluskan RM3.6 bilion dan apakah bukti dari BSI yang diguna oleh
1MDB itu tulin atau palsu?
Dalam pasaran
sekarang ada pula cerita bahawa pasangan pertama Malaysia adalah kawan baik
kepada pemilik dan isteri bank BSI. Jadi mereka bisik2 kepada pemilik BSI minta
bantuan tolong dapatkan pinjaman sindikated tanpa syarat yang ketat. Syarat longgar
itu bagaimana bentuk nya? Selonggar mana pula?
Tapi dalam
parlimen PM sebagai MK telah memberi jawapan bertulis duit sebanyak USD1.03
billion itu ada dalam BSI. Kita tidak ada sebab untuk tidak mempercayai deklarasi
keturunan Bugis ini. Mesti dia bercakap benar. Dalam parlimen pulak itu.
Tapi bagaimana Deutsche
Bank AG sebagai ketua bank tidak verify sama ada dokumen yang dikemukakan itu
tulin dan sempurna? Tidakkah ini bermakna terdapat kolusi antara orang dalam Deutsche
Bank AG dengan orang dalam BSI?
Jika 1MDB bungkus,
adakah ini akan menyebabkan cross default dengan peminjam2 lain yakni
mengakibatkan peminjam lain pun menuntut perlupusan pinjaman oleh 1MDB? 1MDB ada cukup wang kah untuk membayar
pinjaman ini?
Dengan pembelian
asset2 1MDB oleh ejensi2 kerajaan yang lain dengan kadar segera dan
tersembunyi, menunjukkan bahawa 1MDB sudah habis punca nak bayar.
Penjualan asset milik 1MDB yang dibelinya
semenjak 2009 sehinga sekarang, jika perlu dijual bererti plan pelaburan yang
memulakan 1MDB tidak berjaya dan tidaklah mantap. Maka semua cakap2 bahawa plan
pelaburan 1MDB mantap dan stratejik semua nya kelentongan kerajaan.
Asset yang
mendatangkan hasil hanyalah IPP yang dibeli. Tapi nyata revenue dari IPP tidak
cukup. Pelaburan lain semua lambat hasil.
Sebab itu kita
lihat 1MDB sekarang sedang sibuk membuat asset stripping. Jual apa yang boleh
termasuklah memaksa TNB yang sekarang sedang beroperasi dengan reseb lebihan kuasa 55%
membeli IPP yang dimiliki oleh 1MDB.
Dan adakah
strateji itu bagus- iaitu menjual asset yang generate revenue semasa untuk
1MDB? Kalau tidak ada IPP ini, apakah sumber pendapatan semasa 1MDB?
Pemajuan tanah
akan ambil masa. Apakah option 1MDB?
Saya tahu-
kenapa tidak 1MDB beli rangkaian semua kedai nasi kandar dalam negara ini yang
generate income bermilion Ringgit sebulan?
1MDB is truly a
mess.
Saya bukan nak menuduh-
tapi saya rasa semua laci2 wang GLC kita semua sudah terbuka dan dikosongkan. All
the drawers at our GLCs are already emptied. Now Najib and his gang of
pillagers are looking for after the fact excuses to give to the public.
Semua sudah digeledah
dan dipaksa membeli asset atau melanggani bon yang diterbitkan oleh 1MDB. Tigggal
lagi PM yang juga menteri kewangan menanti saat bahagia untuk memberi
justifikasi mengapa laci2 tersebut sudah dikosongkan kandungan nya.
Tabung Haji,
KWAP, EPF, LTAT, bahkan kerajaan negeri pun mungkin dikerah menyelamatkan
skendel 1MDB. Kita tungu dan lihat.
Dalam parlimen
saya bertanya dan menteri kewangan menjawab bahawa dalam bank bernama
BSI-sebuah bank yang kecil sahaja , 1MDB simpan USD1.03 billion.
Mengapa ianya
tidak dbawa balik ke Malaysia? PM Malaysia yang juga menteri kewangan
menyatakan kalau bawak balik ke Malaysia, pengeluaran setiap RM50 juta mesti
mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia.
Saya tdak
tahulah, sama ada ini reasoning seorang menteri, PM atau reasoning penyembunyi
wang. Biarlah pembaca yang buat pengadilan.
Tiori saya,
ialah ianya tidak boleh dibawa balik ke dalam Malaysia ialah kerana ada pihak
yang ada lien keatas nya. Yakni tuntutan keatas nya. Mungkin USD1.03 billion
itu dijadikan cagaran.
Mengikut lapuran
juga, bank statement Brazen Sky anak syarikat 1MDB telah dikemukakan oleh Arul
Kanda sebagai proof of funds. Tapi
cerita berikutnya jadi kelam kabut. BSI kata, dokumen yang ditender oleh Arul
Kanda kepada consortium bank bukan dokumen asal BSI.
Hah? Ertinya,
sebuah syarikat mega seperti 1MDB melalui ejensi Arul Kanda mengemukakan dokumen
palsu?
Janganlah pihak
1MDB main menyorok nyorok dengan kita tidak mahu jujur menerangkan perkara yang
sebenarnya. Jika di Singapura, pihak MAS- Monetary of Singapore mempunya kuasa
besar untuk mengarah dan memerintah mana2 institusi kewangan menjelaskan perkara
yang benar, maka dalam negara kita, bank negara sepatutnya mempunyai otoriti
yang besar untuk memerintah 1MDB yang membuat transaksi kewangan menjelaskan
perkara yang benar.
Saya rasa ,
sahabat saya yang mengetuai PAC, Mr. PACman mesti berani bertemu dengan Bank Negara
dan bersama nya mengarah pengurusan 1MDB to come clean.
9 comments:
Achtung!..Achtung....kaputtttttttttttt...a bientot 1MDB
These banks are too greedy! Serve them right if they lose money now, they should have done a proper due diligence on the collateral submitted, instead they only looked at the people and Advisor helming 1MDB and said, yes sir!
Try now to get your money!
Sak,1st of all in fact they is no money in Cayman Island.It is a decoy.
If u ask me no money have ever landEd in Cayman Island.Ini kerja tipu UMNO and Najib.
I do not think the govt have give a written guarantee to this loan because if this letter is given,the bank would not feel JITTERY.
Kerja Arul bukan untuk menolong Malaysia tetapi untuk menolong Najib MENIPU RAKYAT MALAYSIA. This is proven by the fact he dare to issue a FALSE BANK STATEMENT.
We must thank the main arranger (who is a BSI Director)of this loan for messing the documentation
as this will expose all involved in this conspiracy to defraud the banks and the people of Malaysia.
The main arranger from Deustche bank and Abu Dhabi Bank and the other 4 banks are also on the TAKE.They are also part of the conspiracy.That is why the BSI director is currently suspended.
On our part, we must be VIGILANT
so that NAJIB will not use EPF MONEY to bail out 1 MDB.Only EPF can come up with 3.6 BILIION within 24 hours.
Let 1 MDB KAPUT so that we can have a SNAP election and INI KALI
KITA BOLEH TENDANG KELUAR KESEMUA UMNO DARI PUTRAJAYA.
ALL THESE CRIMINALS, LED BY THE BUGIS PIRATES, SHOULD BE ROUNDED UP AND HANDED TO JOKOWI FIRING SQUAD. THAT IS THE ONLY WAY TO DEAL WITH CRIMINALS.
"Syarat longgar itu bagaimana bentuk nya? Selonggar mana pula?"
seluar dalam RM, di bagi pada ZZ, macam tu lah dia punya longgar....
Dato,on Zaid's blog,he said that you guys will be holding a public forum on a 'people's congress.Let us hope something fruitful will come out from this forum.Especially,a potential candidate or candidates of leadership stature.
Early on in your piece you mentioned about the Malays... Well, as I see it, the majority of the Malays are mistaken if they were to believe that their very, very rich Malay leaders are pretty much like them. The truth is that the very, very rich, regardless of the race they are from are different (in lifestyles, outlook, etc.) to the rest of the people who struggle to bring food to the table. The average Malays have more similarities to the average non Malays than they are to the very, very rich Malays. I believe the mistake made is one of the reasons leading to the present quagmire Malaysia is facing currently. Isn't it time for the average Malay to change his or her outlook?
"Achtung! Unser Land ist volbracht!- Awas! Negara kita Hancur."
Good one.
Well organized criminal group we call mafia, the best organized mafia, we call the government...!
“Rarely do we find men who willingly engage in hard, solid thinking.
There is an almost universal quest for easy answers and half-baked solutions.
Nothing pains some people more than having to think”. – Martin Luther King, Jr
What is wrong with the world these days?
Listen to what she says and she is only 12 years old. We need to make a change
Jan 28, 2012 - The 12 Year Old Girl Who Silenced the World for 6 Minutes - https://www.youtube.com/watch?v=eVsCnk1b5qc
Jul 29, 2012 - Bankers Arrested In Iceland, Ireland, UK, USA, Switzerland, India, France, Russia, Austria... - https://www.youtube.com/watch?v=dmOZ3jtGtCc
The man who changed Iceland - the message for Greece - https://www.youtube.com/watch?v=YH0_JQW--gc
Iceland President: Let Banks Go Bankrupt - https://www.youtube.com/watch?v=DDexDNn6vSM
You be the judge.
Dear Datuk Sak
As a patriotic Malaysian, I hope to see this scenario come true:
1. TRH becomes the next PM
2. The DPM comes from Pakatan Rakyat - the DPM should be a person acceptable to all sides (but not one of those treacherous PAS ulama of the Hadi Awang type)
3. The Cabinet is made up of both PR and clean (cleaner?) BN politicians. Must be both capable and clean.
4. Assemble the most capable financial team possible to clean up the mess left behind by the
1PM-cum-1Finance Minister
5. Start prosecuting the crooks, thieves, fascists etc who are destroying our economy and social harmony
Phua Kai Lit
Post a Comment