Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 7 February 2015

Setuju sangat dengan Nasihat Ismail Sabri- Kalau Melayu tidak berubah.....



Sebelum saya sambung cerita The Oracle Returns, saya beri satu selingan....
Kalau orang Melayu tak berubah, tetap dengan UMNO mereka akan terus miskin dan ketinggalan. Bahagian nasihat ini dari cetusan Ismail Sabri( sama ada tumpang kat FB atau twitter orang lain, atau tercetus di laman FB atau twitter nya sendiri- bahagian ini sahaja yang kita setuju. 
  

Kalau Melayu tak berubah dari amalan kebiasaan mereka, maka mereka akan terus sengsara. Bandingan nya seperti kita puasa- ustaz saya ajar saya bahawa kebiasaan2 kita ialah makan, minum dan melakukan tuntutan bioloji. Puasa itu melatih kita meninggalkan kebiasaan2 ini dan akibatnya, kita perbaharui kerohanian kita dan kita sihatkan badan. 

Orang Melayu sebagai orang Muslim yang taat, mesti ikut nasihat pak ustaz seperti ini. Tingggalkan kebiasaan yakni dari menyokong UMNO, dan sokong parti lain. 

Negara ini kena jual kepada orang asing. Kena jual kepada sahabat2 bisness UMNO daripada bangsa  Cina dan India. Mereka  akan ambil alih Malaysia sedikit demi sedikit. Orang Melayu akhirnya akan tinggal cawat, itupun kalau nasib baik. 

Lihat keliling kita- apa sudah jadi.

Kenapa kerajaan membiarkan harga tanah dan nilai hartanah disekitar projek2 public atau awam naik terlampau lampau? Apa yang pemilik swasta lakukan untuk menjustifikasikan peningkatan harga hartanah milik peribadi mereka? Harga pemilikan mereka naik kerana kerajaan membangunkan. Kawasan persekitaran naik harga akibat dari pelaburan dan pemajuan oleh sector awam yang menggunakan wang rakyat.

Ertinya, rakyat akhirnya menderita. Owners of private land located near public development projects have done nothing to justify the increase in the value of their land and assets other than being close to projects undertaken by public authorities using public funds. We allow the government to allow private profiteers to whack us a second time.

This is only possible because public officials collaborate and conspire with private profiteers.

Selepas itu kita komplen- rumah di Taman Tun, rumah di Kota Damansara, Rumah di Sungai Penchala, rumah di Sungai Kayu Ara, rumah dan tanah di Tropikana semua tidak termampu dibeli oleh orang Melayu. Orang Melayu meratap dan berhiba serta meraung dan wira2 Melayu pun keluarkan kenyataan- ganyang Cina!

Yang menyebabkan keadaan begini ialah kerajaan Melayu yang dipilih oleh sebahagian orang Melayu juga.

Yang maju kedepan, yang kaya raya ialah geng 1% tertatas. Kita, yang baki 99% tinggal dibelakang.

Yang putera dalam bumiPUTERA maju kedepan dan kaya raya- yang Bumi dalam BUMIputera, ketinggalan dibelakang!

Dengan peniaga cina yang tidak turun harga , kita disuruh kelahi. Baik kita keluar arahan umum sahaja dengan menyatakan bahawa jangan buat bisnes dengan orang Cina atau jangan buat bisnes dengan bukan Melayu. Kan lagi senang.

Jika kita mahu haramkan perbuatan meng-alibaba- kita mesti haramkan perbuatan mengali-muthu kan bisnes orang Melayu. Kenapa beli bisness tenaga Ananda Krishnan? Pada harga RM8.5 billion. Adakah kerana dia dikatakan memberi RM800 juta kepada Yayasan 1MDB? Kenapa beli asset Genting Sangyen (75%)? Kerana Genting Sangyen diceritakan memberi sumbangan RM600 juta kepada Yayasan 1MDB?

Apa itu? Korapsi? Kolusi? Koloborasi? Konspirasi?

Dan kerana itu, maka 1MDB sebuah entity 100% milik kerajaan yang sepatutnya boleh membeli asset2 Ananda dan Genting yang sudah pun mahu hampir tamat tenure pada harga yang lebih rendah, forfeit peluang tersebut.

Maka sekarang apabila 1MDB tak jadi isiu bond dan tak jadi teruskan projek janatenaga nya yang baru  yakni  projek 3B nya, maka akhirnya, 1MDB mendapati diri nya hanya kelentongkan rakyat dan membeli apa yang ditawarkan oleh Ananda dan keluarga Lim Goh Tong dan mungkin sebenarnya menyelamatkan bisnes bukan Melayu.

Pandir atau pandai Melayu kita?

Ini semua partner2 bukan Melayu. Apa pasal hero2 Melayu tidak bising dan mengamuk tok nading?  Cukur botak kepala dan bersilat atas jalan raya nun!

Fakta dan reality nya, ialah majoriti orang melayu sudah dikelentong oleh pemimpin UMNO hari ini.

Mengenai berbisness dengan orang Cina- ada sesiapa antara wira Melayu menyebut mengenai pemajuan tanah pudu Jail oleh Bukit Bintang City Centre? Takde suara satu pun.

UDA boleh kekalkan pemilikan 100% keatas tanah Pudu Jail tapi gatal nak share 40% dengan EcoWorld dan 40% untuk dirinya dan 20% dengan EPF. Adakah nanti BBCC akan pinjam wang dari EPF yang dana nya sumbangan perkerja negara ini? Public Funds akan digunakan untuk BBCC?

ECOworld itu bukan Cina? PNB yang memiliki SP Setia dahulu tidak mempunyai pemaju Melayu untuk menjadi patner dengan UDA? Bukan kah bodoh nampaknya Melayu di PNB yang tendang keluar tauke Liew Kee Sin dari SP-Setia, mungkin dengan bayaran pampasan berbilion Ringgit dan dia kemudian nya membuka sebuah syarikat usahasama dengan orang puteh untuk membangunkan suatu kawasan bersaing dengan Battersey Park? Dia dapat duit dari mana?

Duit itu PNB yang beri dan kemudian dia bukan membuka pemajuan saingan untuk sabotaj projek Battersea Park?

Bodohkan orang Melayu PNB?

Dan bukankah semasa Nurjazlan jadi pengerusi UDA dahulu, UDA tetap kekal dengan pemilikan 100%- semua tender pemajuan di lakukan secara terbuka,UDA tetap dapat duit upfront berbillion Ringgit dan apabila kawasan itu dimajukan, UDA tetap juga mendapat sejumlah bilangan asset fisikal?

Siapa yang beri arahan supaya UDA buatlah direct nego dengan ecoworld dan beri EPF20% kerana mereka ada wang?  Jawab nya yang beri arahan mestilah orang Melayu bernama Najib tun Razak dari parti yang berjuang untuk Melayu istimewa- dahulu, sekarang dan selama nya. 
Kita akan lihat nanti samaada 50% penghuni BBCC terdiri dari orang Melayu. Kita akan nanti janji UDA bahawa aliran pendapatan dari sewa BBCC akan digunakan untuk membina rumah mampu milik untuk orang Melayu di Kampung Bharu- kampung orang Melayu!

Jadi tersangatlah benar lagi betul- kalau orang Melayu tak berubah, mereka akan terus sengsara.

5 comments:

BackUp Gadgets 7 February 2015 at 23:01  

Dato,

Selama ini pun Melayu yang berkuasa. Dari Tunku Abd Rahman sampailah Najib Razak, Melayulah yang menjadi PM (betulkan saya kalau PM PM ni sebenarnya Cina atau India). Bukankah Melayu sentiasa menang dan bersorak menang...tapi malang lebai malang, Melayu menang tapi kampung tergadai. Logik akal..kenapa nak salahkan kaum lain iaitu Cina atau India kalau pisau yang ditangan Melayu ini diguna untuk menikam Melayu sendiri?. Yang menang sorak adalah Melayu elit, tak sedar kampung tergadai, mereka menghuni di bandar, melayu miskin makin lari ke pendalaman buka kampung baru. Kampung Melayu di KL tu pun lama lama akan turut tergadai kalau inilah sebenarnya perangai pemimpin Melayu jenis PM PM yang kita ada selama ini.

Anonymous,  8 February 2015 at 09:33  

Terima kasih datuk dgn coretan yg penuh makna tapi bkn semua org melayu yg dpt baca coretan ini klu ada pun yg dr puak umno ni msk kiri kuar kanan sbb terlampau taksub pd umno mcm datuk coret menang sorak kampung tergadai kini kita pun da alami apa yg dotuk coretkan tapi masalahnya org2 melayu yg jauh dr mefia sosial ni x akan sedar sampai bila2 mgk bila tanah melayu ni dah jd milik org asing baru mrk sedar kot kita tgk aje skrg ni apa da jd pd tanah di johor ini suma salah kita jgk moga Allah sedarkan org melayu ni dr tidur nyenyak mereka.

Anonymous,  8 February 2015 at 13:18  

Betui betui betui



Anak pinang.

Firestone 9 February 2015 at 02:34  

Dato - kenapa syarikat2 GLC macam EPF dan Felda dan MRCB semuanya investasi projek infrastruktur di luar negri bilakan investasi mereka di Malaysia bias menaikkan KDNK ekonomi kita? Misalnya PLUS pun investasi projek jalan toll di Jawa Barat di Indonesia....

bumi-non-malay 9 February 2015 at 06:24  

Saya harap Boikot Barangan Cina/India/Bangsa Bukan Islam Berjaya.......

Jangan Guna Duit Ringgit yang disentuh DNA Babi, Anjing dan macam2 barangan Haram mengikut Islam UMNO-BN...

Jangan guna Ubat buatan yang direka Israel...

Jangan guna Darah Derma yang telah diprocess oleh Badan Agama lain yang makan babi, anjing, katak, dan barangan Haram....

Lepas tu kita tengok macam mana UMNO-Bangsat Negara Kurangkan KOS Hidup dan Barangan HALAL untuk Melayu UMNO jenis BN........ Biar mereka Mati Kelaparan....itu pun tak Rugi Negara Malaysia.....

Negara Dah Bankrup....Acara Baru untuk TIPU rakyat di hangatkan....Macam Tempat Sembayang India Kat Setapak dimusnah Tampa PERMIT oleh 40 kakitangan DBKL dan POLIS........ Mulai Hari ini kita Harus Video Siapa Terrorist Malaysia ini dan BBB.... mereka ini..... Berani sekarang Dalang2 Racist UMNO-BN ni!!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP