Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 23 August 2014

Penyudahan Issu Selangor: bersiap siaga untuk semua kebarangkalian



Hari ini, Tuanku Sultan Selangor( Sultan kepada semua rakyat) kembali ke dalam negeri. Tugasan rasmi yang pertama ialah sudah pasti menyampaikan surat perlantikan sebagai MB Selangor baru. setakat ini, yang dikemukakan oleh PR- parti yang merupakan majority dalam DUN Selangor ialah Wan Azizah. Bila , kita tidak tahu. Mungkin hari Isnin.
Apa yang mungkin dilakukan Tuanku Sultan? Setahu saya secara konvensi, Tuanku Sultan akan menerima pakai nama yang dipersembahkan. Nama itu akan dikemukakan oleh seorang tokoh yang dianggap menguasai suara majoriti dalam dewan. Tokoh yang dilihat sebagai mewakili suara majority ialah Wan Azizah. Maka Wan Azizah mewakili Pakatan Rakyat akan mengemukakan nama nya. secara konvensi nama itu akan diterima.
Rintangan teknikal seperti anak Selangor lah, wanita lah, semua adalah rintangan yang boleh diatasi. Kewanitaan tidak menghalang jadi MB kerana setengah tugas yang memerlukan kehadiran seorang lelaki boleh diperturunkan kepada timbalan MB atau jika tidak ada timbalan MB kepada seorang exco kanan. Apa yang susah nya? yang susah tidak ada, yang menyusahkan itu banyak- perempuan datang haidlah, perempuan tak boleh itu dan ini dan seterusnya.
Saya tidak tahu Nona wan azizah lahir dimana. Tapi dia sudah menetap lama didalam negeri Selangor untuk sudah layak menjadi naturalized Selangorian. Dan Wan Azizah bukan wanita yang tidak deketahui umum, dia seorang ahli politik, isteri kepada Anwar Ibrahim, bapa nya Wan Ismail. Rakyat Selangor menerima Wan Azizah sebagai anak Selangor. Sedangkan pendatang haram kita boleh terima sebagai warga negara setelah beberapa tahun tinggal diMalaysia dan diSabah , kita mewarganegarakan kumpulan manusia tertentu.
Ini semua tentangan2 kecil dan picisan yang datang dari puak mesra UMNO.
Tapi, apa mahu dibuat jika Sultan enggan menerima nama yang dicadangkan?  Yang saya faham, Sultan tidak boleh mencadangkan nama alternatif tapi boleh meminta pihak yang mendatangi Sultan, memberi satu lagi nama alternative. Memberi ruang untuk Sultan bertanyakan calun alternative bukanlah suatu arrangement constitutional yang baik, tapi demikianlah undang2 nya. kita nak buat macam mana.
Ini tidak sama dengan mengemukakan dua nama serentak untuk pertimbangan Raja.
Dalam keadaan yang demikian, sebagai persiapan dharurat, PKR dan PR harus bersedia dengan satu lagi nama. Nama yang disebut ialah Azmin Ali. Jika Tuhan mentakdirkan Azmin Ali diterima sebagai MB Selangor, maka dia lah yang akan menjadi MB.  Jika ini terjadi, warga PKR sendiri janganlah ribut pula dan bising enggan menerima. Jika ini terjadi, seluruh warga PKR termasuk Wan Azizah mesti berlapang dada menerima Azmin Ali sebagaimana Azmin menerima putusan yang dilakukan oleh pimpinan PKR dan PR tempoh hari.
Kita alih pandangan kepada Khalid Ibrahim. Apa yang Khalid Ibrahim bekas MB boleh lakukan? Dia tidak mendapat sokogan parti nya dan kali mutakhir PAS memilih untuk mensepakati keputusan PKR. Ertinya, Khalid hanya disokong oleh diri nya dan UMNO. Saya percaya pada ketika ini, Khalid sudah tahu sokongan UMNO tidak mempunyai nilai apa2 kecuali sengaja mengambil sikap membangkang demi membangkang.
Paling praktikal sekali pada pandangan saya ialah Khalid meletakkan jawatan sebabai ADUN Pelabuhan Kelang dan AP Bandar Tun Razak. Dia haus menawarkan diri nya untuk di hitung oleh rakyat sekali lagi atas nama dirinya sendiri atau parti baru yang dia anggotai.
Saya rasa yang paling jantan ialah Khalid bertanding atas tiket bebas kerana nama nya sendiri itu bermaqam tinggi daripada semua yang lain yang menduduki bumi Selangr ini. Bukankah dia dan penyokong nya semua sekali mengatakan rakyat mahukan Khalid? Jadi jika Khalid letak jawatan adun dan ahli parlimen, inilah peluang membuktikan kepada seluruuuh dunia bahawa si Khalid Ibrahim nama nya aku, ada sokongan dan dokongan.
Jika Khalid melakukan demikian, seperti kata orang2 Terengganu- mapuuh doh!
Tapi PR harus bersedia jika senario berikut berlaku.
Khalid tentu membawa dendam dalam hati. Daripada diaibkan oleh anggota dewan tatkala besidang dan dikemukakan undi tidak percaya, Khalid Ibrahim mungkin mahu membubarkan dewan. Khalid Ibrahim bukan peka kepada rakyat dan kepada politik kepartaian. Kepedulian nya terhadap perkara2 ini nil!. Daripada episode MB Selangor ini, ternyata Khalid seoarang megalomaniac. Kemungkinan besar Khalid Ibrahim akan membubarkan dewan.
Hal ini tentu disokong oleh UMNO dan konco2 nya. PM Najib tentu menyukai prospeks menebus kegagalan nya menawan kembali Selangor. Jika lah PRN berlaku, saya  mengajak rakyat Selangor sekali lagi mengajar Najib bahawa penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib tidak diukur setakat melakukan tafakkur untuk mangsa MH17.
Jika si siKhalid Penderhaka ini menyembahkan cadangan seperti ini kepada Tuanku Sultan bagaimana? Kecuali Raja yang bijaksana boleh membaca niat Khalid yang sebetul. Raja yang bijaksana tentu menyedari bahawa si Khalid tidak mempunyai sokongan majoriti. Ketika dia berdatang sembah kali pertama, maklumat yang tidak tepat disembahkan. Maka titah yang tidak tepat berhasil dari pemakluman tersebut.
Para penasihat Raja mestilah memberi pemakluman yang tepat. Khalid tidak lagi mendapat kepercayaan pakatan rakyat. jika dia mahu bubar dewan, itu adalah cadangan yang datang dari perasaan dendam dan sakit hati.
Semua cakap2 biarlkan rakyat yang menentukan kedudukan Khalid datang dari suara mesra UMNO. Jika ada PRN- ianya hanya peluang para juak UMNO membikin wang yang banyak. Hasil nya tidak ada.
Rakyat Selangor dan Pakatan Rakyat harus siap siaga mengenai apa jua keberangkalian.

10 comments:

Anonymous,  23 August 2014 at 20:37  


Dato,
If 'haid' is d problem, then how about shahrizat and all those bn woman mps and ministers?
I believe 'haid' is not the problem cos by now PMS takes control.
How if kavita kuar is 'nominated' for the MB post. OK tak tu?
Snap elections ? bring it on ! The confusion is overwelmed by the hatred for CORRUPTION like the cows running wild, Bank Rakyat loan to carpet bagger, Raja Popiah land deals and a million other stuff.
I hope the sultan thinks right.
Its Wan Azaizah all the way.
She 'looks stupid and soft' BUT she has been there in and out of hell. She'll do just fine.

Anonymous,  23 August 2014 at 21:07  

Dato, pandangan dan nasihat yang sangat bernas. Saya telah tinggal di negeri selangor sejak tahun 70han lagi dari zaman Dato Hormat Rafei, Ahmad Razali dan Muhammad Taib lagi sehingga sekarang. Sejak MB khalid mewakili PR mengambil alih tidak ada perbezaannya yang dapat dirasai sebagai penduduk negeri ini kecuali mendapat air yang percuma dan nampak sedikit perubahan dari segi pengurusan pengangkutan sampah, itu pun pada peringkat awal dan mendengar tentang dana yang banyak dapat di selamatkan selain tidak mendengar tentang penyelewengan dana kerajaan. Sejak dua tahun kebelakangan ini pengurusan sampah dikawasan perumahan sudah mula kelam kabut. Ramai yang merungut, termasuk jiran2 saya. Hairan kami, mengapa setelah kami mengundi krajaan PR keadaan sama saja..keadaan kedai dengan sampah sarap yang berselerak, kotoran longkang, pengangkutan sampah bercelaru, kedai berniaga dengan ikut suka dia sahaja, seolah2 tidak ada penjaganya. Mengapa tidak mengambil kesempatan untuk dibuktikan kepada rakyat akan kemampuan PR. ....hangat2 tahi ayam.
Jika terbukti kebaikannya, saya rasa pada pilihan raya akan datang tidak perlulah nak berkempen teruk2 sangat dan tidak perlu untuk memburuk2kan parti lawan lagi. Rakyat akan tentu menyokong PR. Buktikan pada masyarakat dengan memberi perkhidnmatan yang dapat dirasai. Bukan dapat menjimatkan 3 billion. To the very ordinary citizens that money savings means nothing.

ras abu 23 August 2014 at 22:26  

Bubar DUN dan serahkan kepada rakyat buat keputusan

Pok Li,  23 August 2014 at 23:33  

Khalid tahu sekiranya DUN dibubarkan beliau hanya boleh bertanding atas tiket bebas. Belum tentu beliau akan menang di Pelabuhan Kelang pun. Kalau menang sekalipun beliau sebagai wakil bebas tak akan dapat jadi MB lagi.

Jadi sekiranya Khalid berkeras mahu DUN dibubarkan, maka sah lah berniat jahat hanya untuk balas dendam.

Anonymous,  23 August 2014 at 23:37  

Mengikut kajian pergerakan di langit, bintang sangat cerah bagi Wan Azizah di ambang terbit anak bulan baru pada 25 Ogos 2014.

Maka nampaknya beliau ditakdirkan menjawat jawatan tinggi yang baru dalam sehari dua lagi.

Anonymous,  24 August 2014 at 00:07  

Sak, tq for coming home. Dah beberapa hari menanti Sak muncul jua.
Pandangan Sak banyak menyuntik minda dengan pemikiran baru.Your english did teach me alot.
Sak, sangat sedih sangat senario yang menimpa PR. Rasa macam ada yang tak kena somewhere.
PR merudum dimata rakan2.Tempat lain saya tak tahu.
Hasrat nak ke PJ makin berduri.
Isu MB dah jadi kronik.Walaupun pada hakikatnya simple. yang paling saya keliru..apa politik dan mainan PAS? please clarify from your POV.

Anonymous,  24 August 2014 at 00:08  

Salam Dato,

Saya hairan dengan sifat kebodohan rakyat malaysia,terutamanya juak-juak ameno dan balaci-balaci mereka.Sedarkah yang bekas PM Malaysia paling lama,saya ulang paling lama memerintah malaysia sebenarnya pun tiada darah keturunan Melayu pun boleh perintah Malaysia,inikan pula bakal MB Selangor yang asalnya keturunan tionghua dan sudah mengasimilasikan cara hidup orang melayu tak boleh jadi MB.Apakah dalam ameno ada kasta?Aku boleh buat orang lain tak boleh buat.Ini adalah satu sandiwara untuk nak tipu melayu.Biarlah siapa jadi pemimpin pun asalkan dia layak dan mendapat majoriti.Bukannya berkuasa secara diktator.Yang si Khalid pula janganlah beranggapan hanya dia seorang saja boleh jadi MB,seperti kata Dato kalau Khalid boleh jadi MB,sesiapa pun boleh jadi MB.Tetapi bukanlah orang yang jadi MB atau PM tu jenis muka tak malu.Dah tak ada sokongan majoriti masih buat muka tebal kulit kerbau.Sama seperti PM Najib,sudah tidak mendapat sokongan undi poular masih buat muka macam kerbau.

Anonymous,  24 August 2014 at 08:24  

Snap election is a waste of time. It is against the law and the convention since PR has about 77%( 43) of Adun seats who had rejected Khalid. Even in Perak where it is considered a 'hung Assy', there was no snap election although requested by the outgoing MB.

The law(constitution) and the convention says, Sultan has to appoint an Adun who has command of majority. Wan Azizah has proven that she had 30 out of 56 Adun supporting her( with Pas still playing out a drama)& thus has command of majority.

Sultan is bound by the constitution, his office being created by the constitution itself. If there is no constitution, there is no Sultan; rendering the office of Sultan to being akin to the Sultan of Melaka, a hereditary office not recognized by the law.

If the Sultan does thing which is against the constitution and the convention and the norm, then the reading of the law(constitution) should be once and for all settled. It is clearly settled by the Fed Crt in Nizar's MB case. A Second reference to the court would be in order so that there shall be no ambiquity in the reading of the constitution if similar episode arises.

In Trengganu, the MB Ahmad Said, on the request of his party resigned and the Sultan appointed someone recommended by the party eventhough there is no evidence that he command majority support. It is only in such cases his discretionary power to appoint someone else arises. He could reject the nominee until he had been shown that the candidate did command majority support. The discretionary power to appoint someone else must he consistent or in consonance with his judgment that the appointee did command majority support and not otherwise.

In cases where there is clear proof and evidence that a candidate has majority support as in the case of Wan Azizah, the discretionary power to appoint someone else is not only against the constitution but established convention, which has the force of law.

Anonymous,  24 August 2014 at 09:51  

Dato, it's Wan Azizah all the way. She has undisputed support, and any form of manipulation, coercion, bribery, etc etc will defeat the very foundation of federal and state constitutions and bring them into disrepute. She is not stupid, not imbecile, not a pawn, she is intelligent, totally strong and totally capable to lead, withstand evil and destructive forces.
Take a look at some of the govt heads, truly incompetent, zeros in head, thought and deed.
State and general elections held every 5 yrs or so. You like or don't like the elected reps, this is the way to show.
Khalid, whether good man or bad man or showman, whatever is not the issue now but must go, he does not have the support from the people. Why is this being dragged on and on? Satisfy who? Bad taste in mouth when thinking of this.

Anonymous,  24 August 2014 at 10:54  

Haid is not relevant in this world and in the hereafter. Tecnically its about the sitting in a mosque.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP