Apabila Tidur TS Muhyidin Terganggu
TS
Muhyidin dilapurkan:
Sebagai timbalan PM, setiap
malam sebelum saya tidur, saya memikir bagaimana mahu mengurus negara. seorang
insan mengirim pesanan ringkas( SMS) kepada saya bertanya apa akan jadi kepada
orang Melayu, mengapa Islam dicaci dan dinista dan berbagai isiu yang seumpama
nya. perkara2 ini memang berlaku dan ianya membimbangkan. Kita mesti kembali kepada
pada jalan yang benar. Biarkan agama dan budaya dan adat resam kita menjadi
sumber kekuatan kita.
Muhyidin
meneruskan lapuran nya dengan membayangkan jika keadaan ini berlaku, maka
peristiwa berdarah rusuhan kaum 13 Mei mungkin berlaku semula. menyebut nya
sebagai suatu tarikh yang tidak boleh disebut , Muhyidin kata ia akan berlaku
jika ketegangan kaum dan agama tidak dibendung.
Kenapa
ada ketegangan kaum dan agama?
Pertama-
kerajaan yang ada kuasa penuh keatas polis, tentera dan pendakwaan- mengapa
duduk diam dan tidak mengekang perkara ini? Kenapa biarkan? Hadapkan petualang2
ke mahkamah. Jangan takutkan rakyat dengan jembalang 13 Mei. Jangan jadikan 13
Mei alasan untuk menutup kelemahan dan rasuah yang kerajaan lakukan.
Kamu
kerajaan dan kamu ada kuasa keatas legitimate coercive instruments seperti polis,
tentera dan pendakawaan. Mengapa tidak guna ini semua dan tangkap mereka yang
saban hari mencetuskan kenyataan demi kenyataan menyumbang kepada ketegangan
kaum dan agama? Mengapa tidak kejar perkasa, isma dan kumpulan lain? Jika bangsa
lain mengeluarkan perkataan berbaur perkauman dan memusuhi agama Islam- tangkap
mereka. Kita ada undang2 yang boleh beroperasi ala undang2 emergency ordinance bukan? Jika benar2 ada ancaman, ambil tindakan.
Jika
tidak mahu guna kuasa dan kapasiti yang ada, tidak perlu Muhyidin memperdengarkan
kepada kita leteran dan bebelan nya sebelum tidur. Jika ianya mengganggu tidur
TPM kita, bekalkan TPM dengan pil tidur.
Dengar
sini rakyat Malaysia- jika 13 Mei berlaku semula, maka yang mesti disalahkan
ialah Muhyidin sendiri. Dalam tahun 1969, UMNO menyalahkan DAP sedangkan dosa
DAP hanyalah ia telah berjaya mendapat
lebih banyak sokongan orang Cina dari parti belaian UMNO, seperti MCA dan
Gerakan.
Apa
akan jadi kepada orang Melayu? Ini soalan yang boleh dijawab panjang lebar. Apa
yang akan jadi kepada orang Melayu sudah pun terjadi semasa berada dibawah
naungan UMNO.
Orang
Melayu yang susah lebih ramai dari yang senang. Bangsa lain seperti Cina jauh
lebih baik dari keadaan orang Melayu sebab pemimpin Melayu sendiri yang memudahkan
cara orang Cina kaya raya. Pemimpin Melayu termasuklah raja2 Melayu sekali.
Kesalahan
yang orang Cina lakukan ditutup sebelah bahkan kedua belah mata; orang Melayu
yang melakukan kesilapan dihukum berat. Apa yang terjadi ialah orang Melayu
hanya mampu beli rumah murah dan kos rendah dan PR1MA. Lama kelamaan orang
Melayu dari orang biasa sampai raja mereka menjual harta benda Melayu dan orang
Melayu berbondong bondong berhijrah semula ke kampung dan di pinggiran Bandar.
Apa
akan jadi ialah perbezaan kekayaan dan pendapatan dikalangan orang Melayu akan
terus membesar dan melebar. Pendapatan bulanan 20% teratas Melayu sekarang
hampir RM11,000 sebulan, yang 40% terbawah ialah RM 1700 sebuan. Kita sangka
RM1700 sudah menggembirakan- ramai Melayu hendak dapat RM500 sebulan pun susah.
Orang
Melayu akan ketinggalan jika UMNO mengekang minda orang Melayu. UMNO menakutkan
dan membodohkan orang Melayu. Itu yang telah terjadi kepada orang Melayu dan itu
yang akan jadi kepada orang Melayu. Orang Melayu tidak berani bersuara
menegurkan kesalahan yang pemerintah lakukan. Apa akan jadi ialah UMNO akan
jadi parti yang mendukung cita2 politik dan bisness segelintir kumpulan Melayu
yang kaya raya dan elit politik. UMNO akan jadi jurubicara suatu oligarchy.
Melayu
jadi bangsa yang takut dan mengemis dalam negara sendiri. Muhyidin berketuakan
seorang presiden UMNO yang mengajar bangsa Melayu bahawa menerima bantuan BR1M
dan segala bentuk pujukan kewangan lain sebagai suatu perlakuan murni. Najib
memberi dan menghulur imbuhan kewangan sama banyak degan Mahathir membuka
kilang dan perusahaan semasa Mahathir jadi PM.
Ini
menunjukkan Najib dan MUhidin tidak ada clue bagaimana mengangkat orang Melayu.
Kepimpinan
negara ini telah bergerak dari buruk kepada yang lebih teruk.
Muhyidin
berketuakan seorang presiden UMNO yang hanya tahu menyelesaikan masaalah dengan
memberi sogokan yang legitimate. Seolah2 itulah cara bangsa Melayu memajukan
diri mereka. Hari ini, duit bonus felda, esok duitraya itu dan ini.
Mana
pergi keberanian orang Melayu? Jawapan nya ia sudah beku dan kian pupus
dibendung dan dikurung oleh UMNO. UMNO sekat orang Melayu dalam pelbagai
bentuk. Orang Melayu takut hendak teroka tanah, orang Cina bantai sampai 80 ekar
seorang. Orang Melayu hendak dapatkan 2 ekar pun sakit, orang Cina tidak lansung
menghiraukan sekatan dari kerajaan. Orang Melayu dalam kerajaan ramai yang
rasuah. Penerokaan haram orang Cina ditutup sebelah atau dua mata. Penerokaan anak
Melayu diambil tindakan yang keras.
Jadi
jawapan kepada soalan apa jadi kepada orang Melayu ialah orang Melayu akan
terus lemah berketuakan UMNO. Cuba tingalkan kebiasaan menyokong UMNO- kita
akan rasa nikmat mendapat kemerdekaan dan liberasi.
Ini
pengajaran dari puasa. Saya membaca tuisan Zaid Ibrahim mengenai ustaz yang
mengajar kebaikaan puasa. Pertama ia akan menjadkan kita insaf mengenai kehidupan
yang miskin. Di negara kita, ramai orang miskin dan keinsafan bagaimana rasa miskin
tidak bergantung kepada puasa. Oang Melayu ada pengalaman merasa kemiskinan.
Kedua,
puasa menjajar kita erti disiplin.
Adapun
suatu lagi pengajaran ialah melatih kita supaya meninggalkan kebiasaan. Makan
itu, perbuatan biasa. Munum pun juga biasa. Berkelamin pada mereka yang
berkahwin ada perkara biasa. Puasa mendidik kita meninggalkan perbuatan2 biasa
ini dan seterusnya mengajar kita bila kita meninggalkan kebiasaan kita, tidak
ada kesrosakan kepada kita terjadi.
Perkara
yang biasa yang dilakukan oleh sebahagaian orang melayu ialah menyokong UMNO. Maka
jika kita ambil pengajaran dari puasa- mari kita tinggalkan kebiasaan menyokong
UMNO dan lihat apa akan jadi kepada kita? Seperti puasa, meninggalkan yang
biasa kita lakukan akan mendatangkan kebaikan.
12 comments:
Spot on,datuk.
Melayu umnob hanya mengadu dn merayu.....tak sda galakan utk berusaha.
Dikehendski sokong sokong sokong dn sokongan menanti rebah.
Orang Melayu tidak muda melatah, mereka lebih pasif dan harmoni. Itulah orang Melayu TULEN. Manakala orang Melayu yang kurang jarmoni biasanya dah bercampur. Macam setengah daripada mamak pedukang memang mengaku Melayu tetapi mreka kata mamak pedukang ' ada makna'. Macam 13 Mei sipa yang metancang. Pengaruh siapa yang membawa akibat sedemikian.
Dah kaya raya dan duduk begitu tinggi masih sampai hati membuat ancaman jahat dan kasar.
Kami sanggup menunggu ...
Dato,as a DPM Muhyidin thinks and act like his namesake,Mr Moo.Just like Zahid both these men are un-qualfied to be low level operatives,lest to say being MP's and ministers.They do not know how to use their pea sized brains.
To talk and bring up the subject of racial clashes is real stupid of him.With Muhyidin,Zahid,Abrahim Ali with Ridzuan Tee and his band of crazies,Umno/BN do not need any more enemies to lose GE14.If these crazies are still in power after GE14,Malaysians have no more rights to complaint.Not about corruption,human rights,free speech or anything,because what they choose thy got.
sama lah Khalid Ibrahinm di Selangor pun takde clue...mr clueless.
Dato,
Penoraka felda kena rugi.
As at 4.06pm ,the price of fgv is 4.13 a unit.
They would have lost on their capital.
Quick cover up is to 'bagi duit raya' Our pm is 'give here give there all kow tim adi.Why wori ?
Would it be a good idea to send some or most of our ministers,MP's and Aduns back to the stupidity schools of brains and brainless?
Do the gomen need to set a minimum standard for ministerial and exco positions? Say a minumum IQ of O?Afterall the present crop of ministers act like they have a minimum IQ of -0.
Sak, betul2 bangang Tmy ni. They thought it is so simple to have another 13th May. The '69 13th May situations were nothing near to the situation today. Yang perlu sekarang Melayu2 bangun dan selesaikan pemimpin2 Melayu yang bangsat dan pukimak ni. Cerita2 the 'bashing' Melayu2 ni berpunca dari perangai2 babi pemimpin Melayu yang bodoh dan bebal. Cerita2 the bashing Melayu tidak akan tiimbul jika perangai pemimpin2 Melayu ada wibawa dan kelas. As of today , Dato will have problem in naming any Malay leaders yang betul2 ikhlas dalam perjuangan Melayu. Nek cari satu susah. Mana tak di balun oleh masyarakat lain. In final analysis, cerita 13 May tak lebih dari untuk mencari helah dan mengaleh perhatian rakyat daripada keperitan kehidupan hari ini.
FIFA lancarkan moto ' say no to racisme' & membawa sepanduk besar di padang setiap kali pasukan bertanding. Pemikiran org Barat jauh ke hadapan kerana racist akan merosakkan masyarakat dunia. Sebaliknya pemikiran pemimpin umno semakin jumud, sempit & menyonsang arus. Malang nasib rakyat Mlaysia....
That stupid Bung and the loss of Brazil to Germany in soccer link to Hitler.When is that stupid Bung whose mouth is as foul as the sewage going to get kick out of politics.Those voters who voted for this fool are the real fools taken for a ride.
Yang menjahanamkan orang-orang Melayu adalah orang Melayu sendiri.
aku ni berniaga, tak lama lagi nak lingkup dah.nak harap projek swasta, syarikat melayu je nk bg job,syarikat melayu pun tenat jugak nak bg byak job.nak harap job hong leong bank?public bank?berjaya?ytl?mati idup balik pun tak dapat.nak dapat job GLC?tanya TM, jeremy kung bagi job kat sape?Tanya petronas PLI, sapa yang jadi top mgnt dan sapa yang dapat byk job.
kenapa tak dpt job gomen? korang tau sendri lah jwpnya.lagi pun aku bukn bin mahathir atau syed.
Post a Comment