Masa Depan Melayu: antara ben Ali Arab dan ben Ali Melayu.
Elok
lah kita beritahu Syed Ali Alhabshee bahawa kepentingan orang Melayu dan
kepentingan semua rakyat dijamin oleh kerajaan yang kita pilih. Baguslah jika
UMNO meletakkan penjagaan masa depan bangsa Melayu sebagai objektif perjuangan
yang merupakan sebahagian dari keujudan UMNO. Orang Melayu yang sukakan perkara
ini bolehlah terus menyokong UMNO.
Kita
tidak akan kata pilihan mereka salah- kita hanya akan lawan UMNO.
Kepada
kita yang lain ini, kepentingan orang Melayu yang semula jadi mesti diambil
kira kerana latar belakang sejarah bangsa ini, jumlah mereka yang majoriti, kepentingan
mereka terjamin jika ujud sebuah kerajaan yang didirikan atas prinsip2 yang
betul.
Apakah
prinsip2 tersebut? Kita bebas memilih sebuah kerajaan yang menjanjikan mereka
akan mendukung prinsip kedaulatan undang2, menjanjikan dasar2 yang adil dan saksama.
Itu kepada kami lebih penting dari pengistharan. Janji tanpa kapasiti
melaksanakan nya tidak berguna.
Syed
Ali dan orang2 sepemikiran nya boleh menjerit sekuat hati tapi kalau tidak ada
kapasiti, maka mereka tidak termampu melaksanakan apa yang mereka pekik dan
jerit.
Objektif
semua parti politik ialah mendapatkan kuasa memerintah untuk melaksanakan
dasar2 yang adil dan saksama.
Kerajaan
bagaimana yang kita inginkan?
Yakni
kerajaan yang didirikan oleh kepimpinan yang bermutu yang memerintah mengikut
prinsip kedaulatan undang2 yang melaksanakan dasar2 yang adil dan saksama.
Kepentingan dan masa depan dilundungi oleh sebuah kerajaan yang baik tuan syed.
Dan
kerajaan yang baik, tidak dapat tidak, ditentukan oleh anggota nya yang baik.
Pemimpin politik nya yang disiplin, cekap dan dedikasi. Dibantu oleh system
kehakiman yang tidak korap dan rasuah, dibantu oleh penjawat awam yang cekap
dan tidak rasuah.
Perkara2
ini yang menjamin masa depan orang Melayu bukan penyebutan slogan oleh mana2
parti pun.
Syed
Ali AlHabshee memang terkenal sebagai seorang hartawan. Dia juga lantang
melaungkan politik UMNO. Dalam UMNO dia boleh dikirakan meriam liar ( loose cannon)
yang membedil kepimpinan UMNO yang dipilihnya. Apatah lagi parti pembangkang
memang sedia menjadi sasaran dari pemimpin separuh Melayu ini.
Sebetulnya,
memperjuangkan kepentingan Melayu tidak bersyaratkan kita mesti UMNO. Dari
landasan apa pun, kalau kita Melayu kita boleh bercakap dan berjuang untuk
kepentingan sesiapa pun. Yang pentingnya kita ada kapasiti. Kebolehan peribadi
+ kebolehan institusi + sasaran perjuangan= kapasiti.
Tidak
ada orang yang boleh menyatakan perjuangan Melayu Syed Ali lebih tinggi atau
superior dari perjuangan Melayu Azmin Ali. Beza antara ben Ali Arab dan ben Ali
Melayu ialah yang seorang memekik dan menjerit dan yang satu lagi memilih untuk
melakukan nya. dua2 ada kapasiti melakukan nya. buktinya ialah dalam perbuatan.
Terakhir
Syed Ali Alhabshee mengeluarkan kenyataan bahawa masa depan orang Melayu tidak
terjamin dibawah PKR. Ini tafsiran nya mengenai kenyataan yang dibuat oleh
Azmin Ali bahawa PKR bukan parti Melayu.
Saya
tidak berminat menilai respons Syed Ali ini- ternyata semasa membuat respons
tersebut, otaknya tidak berada dalam gear yang betul; Azmin cakap dalam konteks
lain, Syed Ali menggunakan dalam konteks lain. Namun, mari kita bincang kaitan
antara jaminan masa depan Melayu dengan parti politik.
Percakapan
Syed Ali AlHabshee adalah cakap dari orang UMNO untuk orang UMNO dan kepada
orang UMNO. Ianya bukan untuk semua Melayu. Orang Melayu yang tidak jumud
fikiran dan ada keyakinan diri tidak menerima pengucapan ben Ali Arab ini. Pak
habib ini terpaksa bercakap demikian untuk mengingatkan dasar perjuangan UMNO
untuk menyekat orang Melayu daripada lari dari UMNO.
Kerana
hari ini, orang Melayu mulai sedar bahawa masa depan orang Melayu bukan lagi
ditentukan oleh teriakan dan pekikan semboyan perjuangan. Semua orang boleh
jerit dan pekik- itu semua bukan jaminan masa depan Melayu terjamin.
Masa
depan Melayu terjamin bila ada kedaulatan undang2 yang ditadbir oleh system
kehakiman yang tegas dan menghukum secara adil. melayu yang lemah dilindungi
dari yang nafsu buas yang kaya dan berkuasa. Masa depan orang Melayu terjamin
bila ada keadilan ekonomi. Yakni bila orang Melayu boleh hidup mencari
pendapatan yang setimpal dengan
kehendak2 asas mereka. Melayu terjamin bila ada keadilan politik dimana
suara mereka mendapat tempat dan tidak disamun oleh pemerintah. Melayu terjamin
bila ada keadilan social bila kedudukan mereka dalam masyarakat ada tempat.
Semua
ini ditentukan oleh kerajaan yang kita pilih. Ianya ditentukan bila kita
memilih kerajaan yang berkualiti yang dipimpin oleh tokoh2 yang bermutu. Itu
yang menjamin masa depan bukan sahaja Melayu tapi semua bangsa dalam negara ini
dan masa depan negara kita sendiri.
9 comments:
Jadi pada pendapat kamu pilihlah parti pembangkang yang mempunyai kualiti pemimpin lebih baik dari parti yang dalam kerajaan sekarang? Senangnya kamu buat kesimpulan begitu. Kamu ingat ingat rakyat bodoh ke? Parti pembangkang pun 2x5, 5x2 daa!!
ramai keturunan Syed mengaku berasal dari dunia Arab. Benarkah begitu? saya musykil; kebanyakan mereka ini berkulit gelap macam India. Mungkin mereka datang ke Tanah melayu melalui India. Oleh kerana orang Melayu amat menyanjung manusia keteurunan Arab, terutamanya yg dikatakan mempunyai asal usul daripada Rasulullah saw, mereka yang mengaku Syed ini mempergunakan kekaguman ini untuk kepentingan peribadi. Lihat sahaja berapa kerat mereka ini berjuang menentang penjajah?
sri hartamas
Well said Dato'. Upon seeing their reign in a dacaying form. This kind UMNO people would cry wolf just to save their own potbellied skin. There is no real fight left in UMNO. Everybody is for themselves...and RAKYAT continues to suffer.
Tidak pulak dinafikan ,servival orang Melayu bukan bergantong kepimpinan UMNO sahaja.
Melayu perlukan saorang pimpinan dan parti yang betul-betul menjiwai dan memahami perjuangan Melayu itu sendiri ,sebagimana DAP memahami aspirasi kaum Cina di Malaysia ini.
Malangnya pemimpin seperti ini sudah tidak terdapat lagi dari kalangan UMNO ,lebih malang tidak terdapat sesuatu pencerahan dari kalangan parti yang lain yang ada.
Sebab itulah Melayu hanya mengambil sikap kekalkanlah apa yang ada ,mungkin kerana jasa-jasa yang terdahulu ,walaupon bukan satu pilihan yang mengembirakan .
Let us face the fact...the sooner the better.
Melayu mesti buang Umno dan pemimpin mereka dalam tong sampah sekiranya malayu nak survive and be competitive in today's world.
Umno dan pemimpin mereka hidup untuk memperbodohkan orang2 melayu supaya masa depan mereka sentiasa terjamin. Orang2 kampong dan warga Felda...dulu, kini dan munkin selama2nya diperbodohkan olih Umno dan pemimpin mereka.
Ini Syed Alhabshi...all noise and no substance lah. He is a 'tin kosong' yg survivalnya bergantung sejauh mana dan selagi mana Umno bolih memperbodohkan orang melayu.
Yang menjahanamkan kaum Melayu adalah kaum Melayu sendiri.
What I don't understand is why YB DAP has to keep bringing in the races into the discussion with half melayu, full melayu and whatever not? melayu vs cina, melayu vs half melayu. Must all discussion be based on races?
As it stand, the Malay are already divided in their political set up. Perhaps YB DAP can enlighten us on how good is DAP for more Malays to join DAP and leave UMNO or is it YB DAP wants more Malays to join PKR while YB is in DAP?
I just hope Dato Sak is really fighting for the Malays as well as for Malaysians from inside DAP.I hope Dato would fight from within is the abolishment of the ChineseTamil schools so that the future generation can integrate from childhood.
I don't understand about rascism in this country. When Malays (I mean not UMNO)talk or demand something for themselves. they are branded as rascist.When Chinese community such as Dong Zong demand for the rights you know what nobody dares to say that they are bloody racist.Why is that Dato Sak...
Post a Comment