Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 26 May 2013

Operasi Selamatkan Ajibgor



Tindakan yang diambil oleh kerajaan Najib bertujuan menyelamatkan dirinya.  Ini termasuklah (1) Mencari gaduh dengan bangsa lain terutama nya dengan bangsa Cina, (2)  menakutkan tokoh pembangkang dengan penangkapan dan menggunakan polis- semua ini mesti dilihat dalam konteks menyelamatkan Najib yang lembik dan tidak tegas.
Tidak ada perkara baru yang dikatakan oleh Zahid Hamidi bila dia kata polis akan bertindak bebas dari gangguan ahli politik. Sepatutnya itulah cara nya sejak dahulu lagi. Biarkan penjawat awam melakukan kerja mereka. Zahid cakap macamlah kita budak2 bodoh. Kalau Zahid cakap kepada budak kecik dan orang buta huruf, tak mengapalah. Zahid lupa bahawa tahap pemikiran kita pun sama seperti tahap pemikiran Zahid yang ada PhD itu.
Semua penangkapan orang politik mesti mendapat perakuan dari menteri dalam negeri. Kedua, Zahid tidak sebut bahawa polis hanya boleh bertindak mengikut peruntukan undang undang. Polis pun tak boleh buat ikut suka hati. Ini bukan dunia ke3 dimana polis guna kayu cotar membelasah rakyat sendiri. Dalam negara ini, kita bertindak mengukut peruntukan undang2. Tidak perlu Zahid berceramah dan bersyarah kepada kita, apa polis boleh dan tidak boleh buat.
Tidak syak lagi langkah2 kejantanan Najib  adalah bayangan strateji yang dirancang oleh bilik perang Najib. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib seorang yang lembik dan tidak tegas. Imej Najib mesti diselamatkan dari tanggapan Najib kurang bersemangat Melayu.Ajib Gor mesti diselamatkan.
Yakni, Najib mesti dikekalkan sebagai presiden UMNO dengan cara apa pun. Jika tidak, masa depan pendukung utama bilik perang Najib seperti JJ dan Alies Nor akan muram dan gelap. Bukan itu sahaja, masa depan semua yang bergantung kepada Najib akan muram.
Oleh yang demikian, Najib mesti di gambarkan sebagai Melayu lebih dari Melayu lain dan kerajaan Najib melalui macai Najib seperti Zahid Hamidi mesti kelihatan sebagai kerajaan yang tegas dan yang bukan main main.
Langkah pertama ialah menyalahkan orang Cina kerana prestasi UMNO yang tidak baik. Memang benar, UMNO menambah kerusi parlimen nya, tapi gagal meningkatkan sokongan orang Melayu kepada parti tersebut. UMNO berjaya mendapat 88 kerusi. Tapi kerusi itu semua kecil2 belaka hasil dari persempadanan yang menguntungkan UMNO.  Dalam PRU13 ini, UMNO mendapat sekitar 3.0 juta undi dari orang Melayu. 3 juta untuk 88 kerusi. Erti dalam satu kerusi, jumlah pengundi Melayu secara purata hanya 34,000 orang.
PKR dan PAS antara mereka mendapat 3.88 juta undi Melayu. Mereka mendapat 51 kerusi. Bererti dalam suatu kawasan, jumlah pengundi Melayu untuk gabungan PAS dan PKR secara purata ialah 76 ribu orang Melayu.
UMNO menambah banyak kerusi kerana kawasan mereka kecil. PAS dan PKR mendapat sokongan yang lebih besar daripada orang Melayu berbanding UMNO.
 Apa jadi? Ahli UMNO sahaja jumlah mereka 3.2 juta. Adakah UMNO hanya mendapat undi dari ahli mereka sahaja? Jika ya- maka UMNO mewakili ahli nya sahaja dan bukan rakyat Melayu.
Orang UMNO mesti membaca menembusi kelentong Najib. Najib mesti disalahkan kerana pencapaian terburuk UMNO. Sebab dia janji semua dibawah langit. BR1M pertama RM2 billion. BR1M kedua dia belanja RM3.5 billion. Dalam masa 2 tahun Najib memBR1Mkan rakyat dengan RM5.5billion. berapa ramai penerima BR1M? tahun pertama operasi, seramai 4 juta orang. Tambahan RM1.5billion pada tahun ke2 BR1M beroperasi, bererti pertambahan seramai 3 juta penerima BR1M baru. Jumlah penerima BR1M selama 2 tahun beroperasi ialah 7 juta orang.
Najib rasuah 7juta orang, tapi hanya dapat 3 juta undi orang Melayu? Sedangkan kita tahu 95% penerima BR1M ialah orang Melayu yakni sekitar 6.65 juta. Makna nya, walaupun dirasuah sebanyak RM500 seorang, Najib tidak berjaya mendapat sokongan orang Melayu.
Itu dari sudt BR1M. jika UMNO hanya dapat 3.0 juta undi Melayu, berapa ramai orang Melayu yang tidak mengundi UMNO dan berapa ramai yang mengundi PR. Antara PKR dan PAS mereka mendapat 3.88 juta undi. Jika 80% pengundi mereka ialah orang Melayu, PAS dan PKR mendapat 3.1 juta pengundi Melayu. Ini berti gabungan PKR dan PAS mendapat seramai atau lebih pengundi Melayu seperti UMNO.
DAP mendapat 1.74 juta undi. Katalah dari angka tersebut, 10% atau 170,000 pengundi adalah orang Melayu. Ertinya, PR secara keseluruhan mendapat 3.28 juta pengundi Melayu.
Keputusan nya: UMNO=3.0 juta pengundi Melayu; PR= 3.28 juta pengundi Melayu.
Walaupun belanja berbilion, walaupun berpropaganda siang dan malam, walaupun berjuta placards I love PM diedarkan, Najib gagal. Jadi berhentilah Najib dari memekik dan memekak 1Malaysia dan Transformasi Malaysia. Berhentilah dari berlakun kerana PRU13 sudah tamat dan Najib gagal.

20 comments:

Anonymous,  26 May 2013 at 10:04  

Lagi pun, UMNO mengakui orang UMNO sahaja Melayu, dan Melayu PR di bayangkan seolah olah bangsa lain. Orang Cina dan India yang mengundi calun Melayu PR dikatakan anti-Melayu.

Dato' patut handam kuat kuat dalam issue ini.

Anonymous,  26 May 2013 at 10:34  

Sak, you shud write about an intimate relationship between Petronas' No.1 and Dialog's No.1. That may explain why Dialog is getting a tier-1 status. A child of a Petronas VP, who's very close to the Prez is working in Dialog. A close confidante to the Prez is a BoD member at Dialog. Check how Dialog was also getting preferential treatment from MISC when the Prez was at the helm there.

Anonymous,  26 May 2013 at 10:37  

Umno has decided to go down the route of becoming dastardly despot dictators. The North Koreans have a new member to their dodgy club.

Anonymous,  26 May 2013 at 10:39  

Sak, that Petronas VP who has a kid working at Dialog is now the boss for Pengerang development. Guess which local company is the biggest beneficiary of the Pengerang project? DIALOG!!!

Anonymous,  26 May 2013 at 10:44  

Memang betul dan memang hebat dan tepat, Dato.

Dato bagi kau kau si Ajibgor yang sedang lemas dan yang haramjadah tu.

Tepuk tangan!!!!!!

Anonymous,  26 May 2013 at 10:57  

Siew Ka Wei, the cigar smoking boss of Ancom is behaving like a mafia in Petronas because he is deemed to be very close to the Prez. Check how Ancom is dominating the offtake of Petronas' chemical products from methanol to specialties.

Anonymous,  26 May 2013 at 11:00  

Salam Dato',

Kategori Melayu umno: Bangla, Nepal, Cambodia, Siam, Pakistan, Mynmar, dan pengundi hantu.

Mohd Zuki

Anonymous,  26 May 2013 at 11:25  

Najib alias ajibor langsung tidak boleh berfikir tentang matematik!Belajar di Nottingham Univ tidak tamat kata bekas Ketua Pemuda bahagian Pekan.Najib waktu belajar di london memang seorang anak PM, kaki boros.Dari muda dulu dulu dia belanja duit rakyat bukan main sakan!tidak hairan Najib belanja duit rakyat melalui BRIM bersakan-sakan.

Macai Najib dalam bilik Perang adalah mereka kaki penipu nombor satu!.Ini Acehnese mengaku keluarga kerabat Pahang tetapi dikelaskan kelompok india.

Waktu sekolah dulu, kawan-kawan dia panggil "Bengali". Nama sanggup dipalsukan dg Tengku!Itulah Adan tengku Palsu sekarang dh dapat hadiah menjadi Menteri Wilayah.Terkenal dg sikap samseng dan merendahkan orang dg panggilan Puxxmxk atau bxxtxxd.SPM pun tidak lulus! Dia kata dia belajar di Amerika! Beli bogus degree ada la....Dia ingat Rakyat ni bodoh? kemungkinan dia bekerjasama dg SPR menipu undi dalam PRU 13 yg baru habis.

Jamaludin Jarjis pun kaki pegang punggung perempuan pelayan hotel.Dia pun dah sapu duit rakyat tak terhingga sakannya.

Alies Nor perancang memerangkap DSAI dg LEWAT!Dia ciplak ide Madeyy.Akhirnya telah ketahuan LEWAT approach Madeyy via Goebbles telah pecah lubang.Satu PENGFITNAHAN yg terancang menggunakan Polis, Kehakiman dan Media.Itulah Madeyy Kerala.Ada bukti isteri dan anak-anak Madeyy simpan duit di bank of Israel.

Idris Jusoh pun telah sapu banyak balak-balak di daerah T'ganu untuk kekayaaannya. ini belum termasuk royalti minyak petronas!Rakyat T'ganu purata hidup dalam kemiskinan.

Semua orang kenal siapa Zahid Hamidi.Cara dia mendapatkan PHD dari UUM.Budak kelantan yg telah dibelasah oleh Zahid kerana mengorat anak perempuan jandanya.Zahid mendapat kekayaan dg korupsi. Dalam apa projek di Kementah, Zahid mesti mendapat komisyen!


NAMA-NAMA DI ATAS ADALAH PELAKUN NAJIB AJIBOR BILIK PERANG YG PENUH DG TIPU DAYA.

Jika UBN menang dg cara lunas demokrasi, ikhlas dan jujur boleh diterima oleh Rakyat.Dalam kempen PRU 13,UBN menggunakan apa saja at the fullest tetapi PR tidak dibenarkan menggunakan media Perdana.Demokrasi apa ni??

Monkey Shooter,  26 May 2013 at 15:34  

Tuan Ariff.

Cuba nasihatkan sedikit rakan karib anda dari DAP, iaitu Aspan Alias yang rasanya dah mula nak mengikut jejak Tunku Aziz. Mintaklah Lim Kit Siang supaya mempertimbangkan apa-apa jawatan kepadanya supaya beliau tidak menjadi amfibia (dua alam) iaitu separuh DAP dan separuh S46, nanti malukan Melayu sahaja.

patrick,  26 May 2013 at 16:31  

Ajibgor-ner? Maybe not yet 'cos the good doctor has just thrown him a lifeline by proclaiming that there aren't any suitable alternatives in the valley of the blind!Ajibgor being the one-eyed jack, might just live to fight another day!

Anonymous,  26 May 2013 at 18:07  

betul la.. tolong beri comment ke pimpinan tertinggi DAP, Aspan alias ni dah nak menjadi the HULK , naik berang pasal tak mendapat apa apa dalam DAP walaupun memaki UMNO setiap saat biar pun duk dalam jamban..

Anonymous,  26 May 2013 at 18:15  

ah li parlimen raud,

boleh hire kawan ko aspan menjadi political secretary ko? itu pun elaun MP ka? dier dah nak naik berang skrang nie. lepas tuh start la ier nak membantai DAP pulak lepas ni..

Anonymous,  26 May 2013 at 18:46  

Your comrade Aspan has been criticizing DAP(this was DURING the elections) he has now turned his sights on Anwar I agree with monkey shooter it looks like another Tungku Aziz in the making BEWARE

Anonymous,  26 May 2013 at 20:25  

Kita ada kerajaan ke? Saya dan ramai lagi tidak memilih Najib jd PM dan BN jd kerajaan. Mungkin Bangla yg pilih!

Anonymous,  26 May 2013 at 21:04  

Aspan Alias bukan jadi calon dalam GE13? Calon ADUN pun tak jadi ke?

Saya pun heranlah, saya fikir dia ada lebih peluang dpd calon yang langsung tidak dikenali

Anonymous,  26 May 2013 at 23:11  

Salam dato..tahniah dato di atas kemenangan yg lalu..diharap dato dpt mlaksankn tugas dgn berhermat utk penduduk di raub..lau ada kelapangan dato..turun turun je ke pasar2 mlm n pekan2 sehari..dari situ penduduk dpt mengenali kita..mcm berkempen dulu.walaupun singkat tp ni la perjuangan utk rakyat...in sha allah semoga bertemu lg.(fadhill-anak tok imam)

Anonymous,  27 May 2013 at 08:36  

Dato sak,

aku akui bahawa semua wakil rakyat perlu la di pilih dengan teliti so tak ada trojan horse lepas ni.. Dato adalah special case, tak sampai 1 tahun diberi peluang untuk ticket DAP. Tapi ini tak menjadi masalah kalo kesetiaan ada pada parti. kawan ko tuh Aspan, dah start mengamuk la, beri la kaunceling sama dier, cuba faham apa yg dier naik berang tuh... macam anol kat atas, dah nak menjadi Tunku Aziz dah tuh..


lepas tuh sure dier start memaki Karpal / LKS/LGE. naik pentas UMNO tv3 pulak... macam tuh pengangkat file peguam Nool pantat nordin.

Anonymous,  27 May 2013 at 09:33  

Saya setuju dengan Monkey Shooter. Makin lama makin mengarut article yang di tulis nya. Saya raya AA ni 'sour grape' atau anggur masam. Saya tak baca dah apa yang dia tulis, dia saja yang betul. Dia dah boleh jadi jurucakap umno.

Anonymous,  27 May 2013 at 22:12  

aspan tuh akan duk bersama zul kambing dan tunku aziz kencing lepas nie... comrade memaki PR...

Anonymous,  29 May 2013 at 11:58  

Salam, saya merasakan seperti saya x dpt terima kenyataan. Saya cuba hadam sehamdam hadamnye dengan tulisan pak aspan. Tp bukan saya je yg rasa, ramai lg yg rasa pelik dengan pal aspan. Tulisan sebelum PRU dengan selepas PRU ada berubah la pak sak. Tlg jadi pendengar setia pak aspan agar dia x terus dirundung duka. Bau2 umno kuat keluar dr mulut pak aspan. Yup... Tunku aziz punye jelmaan sudah meresap dlm tulisan pak aspan

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP