Menilai Bajet Najib 2013.
Artikel ini terjemahan dan tambahan keatas komentari
yang dihantar ke blog ini oleh komentator yang terkenal iaitu Walla- Sakmongkol.
Ada beberapa
sebab mengapa kita tidak akan melompat gembira bila kerajaan Najib memberi
bonus dan gula2. Gula menyebabkan kencing manis. Gula2? Gula2 menyebabkan lagi
segera kaki kena potong.
(1) semua nya
wang kita.
Pertama siapa
yang menbiayai bonus dan gula2 tersebut? Jawapan nya- kita semua termasuklah
yang menerima gula2 tersebut. Bukan UMNO yang membuat wang itu semua untuk
rakyat. UMNO hanya tahu bagaimana membelanjakan duit untuk beli undi untuk
kekal berkuasa.
Bila kekal
berkuasa UMNO akan terus (a) mengaibkan, (b) menghamba-abdikan and (c) menipu
kita. Sebab- semua duit itu datang dari
cukai yang di kutip dari rakyat dan perkerja yang sedang membaca artikel ini.
duit itu datang dari 1 juta pembayar cukai yang merupakan hanya 10 % dari 10
juta perkerja dalam negara ini. duit itu semua datang dari cukai yang dikutip
dari perusahaan dan perniagaan dalam negara kita. Mereka yang berkerja
membangunkan negara ini dalam kilang2 dan perusahaan menghasilkan perkhidmatan
dan barangan adalah perkerja2 yang membayar cukai. Lebih banyak duit sepatutnya
boleh diberi jika cukai yang dikutip dari GLC. Tapi GLC diurus dengan buruk. jika semua GLC2 itu beroperasi
dengan baik dan untung, kutipan cukai dari mereka tentulah lebih tinggi. Tapi kita tahu, kebanyakan GLC2 adalah sarang dan lubuk
melakukan rasuah dan menghisap darah rakyat.
Duit itu
semua datang dari harta2 negara kita dan dari sumber2 kekayaan negara ini- dari
hasil perlombongan, dari hasil pembalakan, perikanan, kutipan dari pelabuhan dan lapangan kapalterbang. Kutip cukai dari Air Asia itu!. Jangan tak kutip hanya sebab Dr Mahathir dan Miss Piggy Rafidah Aziz duduk sebagai lembaga pengarah Air Asia. Yang berkerja dalam
industri2 ini semua adalah perkerja macam pembaca juga. Duit itu tidak datang
dari 3 ribu mamat dan puaka UMNO yang datang sekali setahun ke Perhimpunan
Agung UMNO di PWTC.
Maka , apa
sahaja Najib Tun Razak beri dan hulur bukan duit dia atau duit atuk dia tapi
duit rakyat sendiri.
Dan tentu
sekali ia bukan duit menteri kewangan ke2 yang tidak mampu menjelaskan
bagaimana RM5.7 Billion duit negara boleh lebur akibat dari berjudi dalam
pasaran pertukaran wang asing. Nilai RM 5.7 billion itu dengan kadar inflasi
yang ada pada hari ini, sudah jadi sekitar RM RM20 Billion. Maka kalau kita
bengang apabila keluarga Shahrizat menyamun RM250 juta dalam skendal
lembukondo, maka segeralah kita meminum ENO untuk melegakan senak dan sakit
perut bila duit yang sudah hangus akibat
kerakusan pemimpin UMNO telah jadi RM20,000 juta. RM 20,000, 000,000!
Saya ulangi
lagi- semua duit yang Najib pandai2 beri itu adalah duit kita semua. Kita yang
punya bukan najib punya. Bukan kamu punya, Ahmad Albab yang punya. Jadi apalah
yang hendak ek sangat. PM Najib meminta parlimen meluluskan sejumlah wang dari
kumpulan wang yang disatukan untuk kegunaan seperti yang telah dirancang oleh
kerajaan nya. Bukan duit dia. Duit kita.
Malah, wang
tersebut datang dari hasil yang dijangkakan yang boleh disimpan untuk masa
depan jenerasi kita di hari depan.
Cara UMNO
menabur wang menyebabkan kita tidak boleh nafikan bahawa hutang kerajaan
federal telah mencecah bumbung. Maka semua pinjaman hadapan atau pengeluaran
bond oleh kerajaan dimasa akan datang akan dikenakan caj kewangan yang mesti
menambahkan hutang. Ini akan menyebabkan lagi susah untuk kita melangsaikan
hutang yang kian menggunung.
Akhirnya,
semua hasil negara ini akan digunakan untuk menservis faedah pinjaman dan belum
mampu untuk servis pinjaman pokok.
Inilah malapetaka
yang dibawa oleh UMNO iaitu membengkrapkan negara kita.
(2) Malaysia
akan jadi Greece Asia Tenggara.
Para pembaca
yang pernah berkunjung atau melancung di negara Greece akan kembali dengan perasaan
duka nestapa. Sebuah negara dengan warisan peradaban yang tinggi sudah di
bengkrapkan oleh pengurusan ekonomi yang tidak cekap. Memandulah mengikut
lebuhraya negara itu dan kita akan lihat kediaman2 yang cantik2, tapi kosong. Kebanyakan
kilang nya sudah tutup dan tidak beroperasi lagi. Bersama sama negara lain
seperti Spain, Italy, Portugal, England dan juga Germany- semua mereka menuju kepada
kemelesetan ekonomi. Mereka sekarang digelar, the sick men of Europe.
Hari ini,
pendapatan utama negara Greece ialah pelancungan. Mungkin adalah hasil dari
ekspot minyak zaitun dan ladeh atau yoghurt. Prodaktiviti Greece amat rendah,
birokrasi nya membayak dan korap. Namun, t shirt cotton yang paling murah yang
dijual ditepi jalan berharga 20 Euro atau RM80.
Cuba tanya-
bagaimana negara seperti Greece dapat mempertahankan sebuah ekonomi yang
beroperasi pada kos yang tinggi tapi rendah prodaktiviti? Krisis ekonomi Greece
memberi jawapan kepada kita- mereka tak boleh. Dengan amalan yang berlaku di
Greece, mana2 negara pun tidak boleh bertahan. Jika cara dan kaedah pengendalian
yang dilakukan di Greece tidak boleh, maka amalan yang bertentangan dan
berlawanan dari yang dijalankan di Greece, tentu boleh menyelamatkan mana2
ekonomi.
Kita tahu
kita boleh membaiki ekonomi Malaysia dengan hanya mengamalkan perkara yang
berlawanan dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan Najib. Hapuskan rundingan
terus dan tender tertutup. Laksanakan tender terbuka. Berhentikan amalan
memilih siapa boleh kaya dan siapa tidak boleh. Hapuskan projek2 mega yang
dilaksanakan hanya untuk tujuan mengayakan kroni. Kembalikan monopoli semula
jadi seperti air dan letrik , beras dan makanan utama kepada kerajaan. Negara kita boleh kaya dari apa yang dicapai oleh PM
Najib yang cakap besar dan sombong.
Secara bandingan
negara kita dah sama dengan Greece- prodaktiviti rendah, birokrasi kita makin
membayak, dan rasuah berlaku dari yang paling tinggi ke yang rendah.
Bidang ekonomi
yang menampung kita buat sementara ini ialah sector estet dan minyak. Sector pembuatan
pun dah kian menurun kerana nampaknya, hari2 ini yang kita hebat ialah dalam
pembuatan kondom, kopi dan dadah2.
Maka sesiapa
yang tengah bermain dengan saham FGV misalnya akan memberitahu bahawa ia suatu
permainan yo-yo. Harga saham ditetapkan oleh pemain2 warga asing. Padan muka
pencadang2 FGV yang membeloti kepentingan peneroka.
Mereka yang
berkecimpung dalam industry minyak dan gas akan memberitahu sesiapa bahawa
sebaik sahaja Petronas mula mengerjakan semula telaga minyak lama, maka itu
menandakan bahawa kita tidak lagi berjumpa dengan telaga baru yang ada
signifken komersial. Kalau ada, sudah tentu kerajaan dengan bangga nya mengistiharkan
jumpa itu dan ini.
Maka jangan
kita leka menjelang kita menjadi pengimpot minyak. NEAC menyatakan itu akan
terjadi dalam tahun 2014. Sama ada
lambat lagi masa tersebut, tanya lah sesiapa yang bergantung bisness kepada SapuraKencana,
gabungan antara Sapura(kroni Dr M ) & Kencana(Keluara Dr M ). Bahkan jangan
kita hairan suatu hari nanti, SapuraKencana dan Petron akan mengambil alih
Petronas.
Bayangkan,
jika kerajaan bergantung sebanyak 50% keatas pendapatan dari minyak, dan minyak
akan berkurangan, berapa banyak pendapatan yang kerajaan Najib ada untuk
membayar gaji , apatah lagi bonus2 kepada kita punya BTN-to-the-power-of-n
civil servants? BTNn civil servants? Yakni pegawai kerajaan yang
kehulu kehilir menakutkan orang Melayu bahawa kaum Cina berkomplot mengambil
alih kerajaan Malaysia.
Kita hanya
memerlukan suatu malapetaka kewangan sahaja untuk mendedahkan betapa rapuhnya
landasan ekonomi Malaysia. Sesiapa yang telah melalui krisis kewangan Asia akan
ingat apa yang telah terjadi kepada kita semua. Ingatlah bila Dr M mengumumkan
projek Ampangan Bakun, para penganalisa, bankers, industrialists berkata cukup
cukup lah; terlalu banyak sangat projek mega untuk memanfaatkan segelintir
kroni.
Sejurus kemudian,
bubble ekonomi pecah dan GDP Malaysia hilang 20% sekelip mata. Bubble itu pecah
di tempat lain, dan kita terperangkap akibat kesan limpahan nya. Tapi Dr M
menyalahkan Soros sebagai punca ekonomi kita menguncup 20%. Kita kena tanya Dr
M, sebab sebenar malapetaka ekonomi yang dihadapi oleh Malaysia ketika itu. dan
dari DR M, we can never expect straight answers.
(3) bahaya
ankatunjuk ekonomi( The Danger Of Economic Indicators)
Mudah sangat
hendak mengelirukan rakyat Malaysia. Ambil dan guna angka keseluruhan atau
aggregate. Kemudian puratakan nya dengan mengguna beberapa angka yang senang di
putar belit. Tapi dalam dunia nyata, kita tahu bahawa kekayaan diagihkan secara
tidak adil.
Hari ini,
kita boleh sebut Syed Mokhtar Albukhary sebagai orang terkaya selepas Taib
Mahmud. Kekayaan Habib Mokhtar dibina diatas hutang RM 34 billion yang tentunya
, kalau apa2 terjadi akan diselamatkan kerana ia boleh di kategorikan dibawah contingent
liability seperti mana rasuah boleh dimaafkan kerana amat sukar untuk
membuktikan nya dan lagipun, rasuah mempuntyai spinoff positif dalam bentuk
mengujudkan perkerajaan.
Dan bagaimana
Taib Mahmud kaya? Dia kaya dengan menyalahguna kuasa jawatan dan secara terang2
menyamun harta benda negeri Sarawak.
Dan jika
orang Melayu memaafkan kemungakaran2 ini semata2 kerana pelaku nya Melayu,
Bumiputera dan Islam, maka akan tiba suatu hari nanti, ada orang akan masuk
rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita- kita turut memaafkan mereka yang melakukan angkara durjana tersebut kerana mereka Melayu, Bumiputera dan Islam. Hudup Melayu UMNO!
Jadi tergamak kah kita menjumlahkan kekayaan
Syed Mokhtar dan Taib Mahmud kemudian kita puratakan nya dengan membahagikan
jumlah kekayaan tersebut dengan jumlah orang melayu dan Bumiputera? Kemudian,
kita mengistiharkan- yey- pendapatan purata orang Melayu/Bumiputera/Islam
tinggi!. Jumlahkan kekayaan 20% Melayu terkaya dan bahagikan dengan jumlah
orang Melayu, maka sudah tentulah pendapatan purata orang melayu tinggi.
Demikianlah
silapmata yang diteruskan oleh kerajaan PM Najib.
Apa kekayaan
yang dinikmati oleh majority rakyat kita berbanding dengan kekayaan yang
dirasai oleh segelintir kroni2 yang menjadi superkaya kerana mereka mempunyai
hubungan rapat dengan UMNO, parti orang Melayu, kerajaan kepada semua rakyat
Malaysia tapi juga ketua penyamun penyamun yang bertugas sebagai penjawat awam?
Kita semua
tahu, perangkaan yang digunakan oleh kerajaan semua nya sudah di propped up. Satu
bentuk prop up nya ialah sabsidi yang menyembunyikan kos sebenar nya ekonomi
kita. Tentulah sekali kita kena mengurut dada dan beristigfar jika sabsidi
semua dihapuskan dan prestasi ekonomi negara yang sebenarnya di tunjukkan oleh
data2 pasaran terbuka.
Ketika itu,
baru kita akan tahu bahawa pertumbuhan GDP pada kadar 5% itu adalah suatu angka palsu kerana ia di
hitung dengan menggunakan angka2 yang sudah di prop up dengan angka2 artifisial.
(4) kelentong Hanya
UMNO sahaja boleh lakukan.
Najib memekik
dan melolong, hanya UMNO sahaja yang boleh bawa kemakmuran. Allahu Akbar! Cerdik
manalah sangat PM Najib sendiri? Cerdik manalah sangat pemimpin UMNO? Kerja2 dilakukan
oleh perkerja, pengusaha, penjawat awam- mereka ini semua bukan hak milik
peribadi kerajaan Najib. Bila PR ambil alih, semua orang2 ini tetap ada untuk
mensejahterakan negara.
Maka janganlah
PM Najib angkuh dan sombong. Dia kata, agenda Buku Jingga Pakatan Rakyat
umpamanya, tidak sepadan dengan nilai kertas ianya dicitak. Kita jawab
pembentangan bajet oleh Najib yang dilakukan dengan angkuh tidak sepadan
masa-udara atau airtime yang dia curi dari kita semua.
Janji
Pakatan hanya racun, pekik Najib. Bagaimana Najib membuat konklusi demikian?
Pakatan tidak menguasai dana pada peringkat pusat , jadi bagaimana dia tahu
Pakatan tidak boleh melakukan yang lebih baik? Kecualilah dia ingat semua orang
seperti dia dan seperti pemimpin UMNO yang kerja harian mereka merompak dan
menyamun negara ini.
Malah,
janji Pakatan disokong oleh track rekod dalam negeri yang dikuasai oleh
Pakatan. Sebenarnya, janji UMNO lah yang mengandungi racun kerana janji mereka
dimusnahkan oleh rekod rasuah dan salahguna kuasa.
Jika Najib
kata hanya UMNO sahaja yang boleh, maka perlu apa Nazri memberi alasan mengapa
lapuran ketua audit negara tidak dikemukakan dahulu sebelum mintak wang yang
baru? Apa yang mahu disorok dan disembunyikan? Dan ketua Audit Negara tidak besar
dari Parlimen Malaysia. Jika Parlimen mahukan lapuran audit dikemukakan dahulu,
siapa dia ketua audit negara untuk mengatakan tidak perlu lapuran diberikan
dahulu?
Bukankah lojik nya, kita hendak tahu prestasi bajet tahun lalu sebelum meminta sejumlah wang yang baru? Kita rakyat, hendak tahu apa
yang berlaku sebelum PM Najib memohon sejumlah wang baru untuk belanja tahun
2013.
Jika ada
puak UMNO yang boleh jawab pertanyaan kita, maka kita akan suruh MENSA berikan
orang tersebut IQ75.
(5) saikoloji rakyat yang diperbodohkan.
Rakyat yang
berjaya diperbodohkan oleh UMNO tidak berminat mencari punca2 kejatuhan
negara. Mereka akan terima tanpa berfikir panjang apa yang disebut oleh menteri
kewangan. Mereka akan hanya melompat bergembira menunjukkan jari telunjuk 1
Malaysia kearah skrin TV bila menteri kewangan menyebut mengenai satu lagi
bonus.
Mereka tidak
mahu atau takut bertanya darimana wang untuk bonus2 tersebut datang dan
bagaimana pemberian tersebut mempengaruhi masa depan anak2 yang menonton TV
bersama sama mereka.
Mereka akan
menutup dan memekakkan telinga bila ada orang menyebutkan bahawa prinsip
diberikan bonus ialah bersandarkan kepada prestasi kerja. Bonus diberi
berdasarkan prestasi dan pencapaian si penerima dan organisasi yang mereka jadi
perkerja. Apa2 lain yang diberi hanya alasan tersembunyi yang digunakan oleh
kerajaan Najib untuk mengikat minda rakyat.
Penerima rasuah
UMNO akan hanya menyatakan: " selagi kemewahan dinikmati oleh aku, ada aku
kisah apa yang berlaku dimasa hadapan? Duit yang aku terima sekarang lagi
penting dan aku mesti mesyukuri dan berterima kasih kepada keraaan Najib".
Ini adalah kerangkaminda atau mindset si hamba
abdi atau kucing atau anjing ribaan yang telah melelongkan pemikiran mereka
untuk mendapatkan kerak2 dari kerajaan Najib. Demikian dahsyatnya penaklukan
minda mereka sehingga mereka sanggup memberhentikan pengamatan yang kritikal.
Patutlah bila
cikgu bertanya kepada Sudin- apa itu Alif, Mim, Nun Wau apa, maka Sudin tidak
teragak agak kata – Sarkas! Hari jumaat tempoh hari, Najib mengendalikan suatu
sarkas!
6 comments:
Dato' Sak dan Walla,
Pandai sungguh Tuan menyusun kata mengungkap rasa akan segala kedukaan bangsa Melayu. Yang demikian terjadi kerana bangsa itu sendiri menggantikan penjajah Inggeris dengan penjajah berpendidikan Inggeris tetapi berkulit seperti Melayu. Sudah tiba masanya untuk ditunjukkan bahawa Tun M bukanlah yang paling bijak dan paling jujur, begitu jugalah keluarga dan juak2nya. Semuga Allah memanjangkan umur Tun M untuk menjadi tamsilan akan kedurjanaan orang yang merosakkan bangsa dan tanahair dan menjadi bukti bahawa Melayu itu apabila marahnya sudak tidak tertahan - akan dijatuhkan kerajaan BN yang melakukan kedurjanaan dan kemungkaran di seluruh Malaya, Sarawak dan Sabah!
The fall of the nation is when the people DON'T ask : WHY? WHERE? HOW? WHAT IS HAPPENING? ....THE FALL OF THE NATION IS WHEN THE PEOPLE ARE BLINDED / buta By the bn leaders who give them handouts / money BUT DON'T TEACH US HOW TO FISH. ..BECAUSE THE RAKYAT KNOWS THAT WE ARE BETTER THAN WHAT THE LEADERS THINK OF US...BE FAIR TO US THE RAKYAT...DON'T PLAY FAVOUTISM...GIVE US THE RIGHT N O T TO BE BEGGARS...remember, bn cannot play God forever
A few days ago in a written reply to parliamentary questions, nazri the "wall face" Minister admitted in Parliament that Najib (without any authority or provisions to do so) spent RM9.1 millions of our money to charter an Airbus to ferry him and his family to Perth for holiday! This is clearly proof of Najib abusing his position and authority as PM of Malaysia (and yet not the MACC nor the Police moved their asses to conduct an investigation).
The late TBH was hauled to his death by MACC for a mere and unproven allegation of RM2,400 misappropriation but Najib went on his holiday with carefree and heavily protected at the people expense (and the evidence was even recorded in our parliament, for GOD sakes)! WOW! What a great guy to have running the country and managing the finances and the nation's economy! And we wonder why and how did our national debt increases to more than half a trillion in just 4 short years?
Still, the MITI Minister from kelantan infamous for his "kelantan government does not deserve the oil royalty BUT if it does get it, it was by my effort", remarked that the national debt is still manageable and still within the stipulated provision and najib is capable of "prudently" manage the budget, the debt and the economy! Someone who abuse his position as PM and squandered RM9 million just so he could go on holiday in style and "celebrity like" capable of prudently managing the budget? Someone who uses the people money for his personal expenses capable of managing the finances of the country honestly and with integrity? Someone who is unable (more like cowardly unwilling) to defend his own budget from scrutiny in the parliament is expected to be forthcoming and transparent in his spending, allocation and grants? The MITI minister must be off his rocker if he thinks that we will lap up his every inane crap without any question or doubts!
And Arwah P. Ramlee was right when he wrote the script for "pendekar Bujang lapok" where Sudin famously spell Alif, mim nun tendang wau as "SARKIS"! UMNO is indeed nothing more than a circus filled with wild animals, clowns, high wire acts, acrobats, magicians and all of them performed under a big but temporary tents emceed by a Grand master whose task is nothing more than to speak loudly, exaggerating the feats and performances shown, divert the attention of the audience when needed and lowya of all does it wearing a cheap suit and a top hat to impersonate greatness and grandeur. That picture perfectly describe UMNO and it's grand master, Najib. BTW mahathir now has been relegated to the task of shoveling elephant manure and such because if the circus went bust, he will be left with no animal manure for him to hide his own shit!
Nick.
When the economy was booming in the 80s,the govt. did not give bonus. Now when the country is deep in depths, the govt. give 1.5 times bonus. Let Pakatan form the govt.and see how they govern, then BN will not be able to wrest back for a long, long time. This is happening in Penang and they know it.
Dear Sakmongkol
“This report presents an overall framework of the NEM for transforming Malaysia from a middle income to an advanced nation by 2020. ……. In the Budget 2010 Speech in October 2009, the Prime Minister and Minister of Finance, YAB Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak, emphasised high-skilled human capital, efficient public services, a reinvigorated private sector and equal opportunity for all Malaysians. The NEAC embraces these themes in the NEM.”
The report refers to the report prepared by the National Economic Advisory Council on the preparation of the New Economic Model. It was dated October 2009. This NEAC report is an impressive document, overseen by many well-regarded economists both local and foreign.
Except for the little bit of ineffectual work done by Idris Jala, we have heard nothing more about the NEM and its noble and ambitious intention to lift Malaysia out of the middle income trap to become a developed country by 2020.
It is a pity that Najib Razak has not repeated those ambitious words he spoke in Parliament in October 2009 about high-skilled human capital, efficient services, a reinvigorated private sector or about equal opportunities for all Malaysians. Those were indeed worthwhile goals for this nation, but instead last week all he cared about was to mindlessly sprinkle inconsequential gifts of money on the poor and likely UMNO voters. Nothing that he did would count for one iota towards achieving the goals of the NEM.
Let me quote you some distressing numbers from this report. In 2008, the bottom 40% of Malaysian households earned RM1222 per month. The top 20% earned RM8157. So if we guess the bottom 20% earned say RM1000 per month, this gives an income gap of about 8 times between the top and the bottom 20%. Rural poverty increased from 2.5% in 1997 to 7.1% in 2007. 77.2% of the bottom 40% households who earned less than RM1500 per month were Bumiputra. The others were Indian and others. These are heart-wrenching numbers.
To the desperately poor, Najib’s remedy is to hand out band-aids. What happens next year, and the year after assuming UMNO/BN wins GE13? We can tell with great certainty that those awful numbers and percentages will remain the same. Only the UMNO cronies will get richer.
Someone once asked: how much suffering can the Malays take before they revolt? I said, a lot. UMNO has kept most Malays in the dark, feeding them just enough so they won’t rebel. This is what those numbers from the NEAC tell us. That is why the alternative budget of Pakatan Rakyat sounds so much better. They want to lift the economic welfare of all Malaysians, especially the poor, meaning a very large number of Malays. That is why they deserve the vote of the Malays. But if little dollops of cash that amount to less than a month of household income can bribe them into giving UMNO another 5 years to steal and mismanage the economy, what else can we say or do?
Despair..not quiet despair.Reading how stupid can people be when insisting that it is the government money,they don't mind government involved in business and compete along.Who can call him Bapa Pembangunan when all that he did is destroy.
Post a Comment