Dakyah Penghulu Parti Syaitan( bah 2)
Diserata tempat,
orang Melayu ditakutkan dengan gambaran bahawa DAP akan menguasai pemimpin
Melayu. Pemimpin Melayu hanya jadi boneka. Lihat apa yang berlaku pada Nizar,
kata sahabat saya. Nizar MB Perak dijadikan contoh bagaimana seorang pemimpin
Melayu dibonekakan oleh DAP.
Oleh yang
demikian, mari kita lihat apa yang telah terjadi semasa Nizar menjadi MB Perak.
Nizar menjadi
MB perak selama 11 bulan. Dia telah dibuang dari jawatan melalui suatu rampasan
kuasa yang melibatkan pihak istana Perak. Cara rampasan kuasa dilakukan telah
menaikkan kemarahan rakyat. Saya khuatir, institusi istana mengundang malang
kepada diri mereka sendiri.
Dalam krisis
perlembagaan tahiun 1993 yang bertembung dengan pihak istana ialah UMNO. Kali ini,
pihak istana bertembung dengan gelombang rakyat. Gelombang rakyat lebih besar
dari UMNO. UMNO bermain politik. Kepada nya, menakutkan dan membuli istana
hanya permainan. Rakyat, sebaliknya tidak berpolitik. Apabila mereka mahu
berubah, sukar untuk dibendung oleh sesiapa.
Dalam keadaan
terdesak, UMNO menggunakan institusi istana untuk mengekalkan kuasa. Penggunaan
tersebut membuktikan bahawa UMNO pada asas nya, sebuah parti feudal yang
menghamba-abdikan rakyat. Itu kesemulajadian UMNO.
Pihak istana
meletakkan diri mereka dalam keadaan yang bahaya dan ianya adalah buatan mereka
sendiri. Dengan meglibatkan diri dengan UMNO, maka raja2 Melayu lah yang compromise
kedudukan mereka. Bolehkah UMNO gerenti dapat membendung amarah rakyat? Akhirnya,
rakyat akan tahu bahawa yang menyebabkan institusi istana dibenci rakyat ialah
UMNO.
Nampaknya penglibatan
lansung pihak istana dalam politik semakin menjadi jadi. Istana Selangor
tersinggung kerana kerajaan negeri menjemput Anwar Ibrahim ke majlis sambutan
merdeka. Istana Johor berkelahi secara terbuka dengan Nizar kerana Nizar
memberi pandangan nya kepada perbelanjaan yang membazir. Setelah identity pembida
nombor plet kereta WWW 1 diketahui, ianya tidak mengensel kesahihan kritikan
Nizar terhadap `idea’ pembaziran. Pihak istana pergi kesana sini seolah olah
berkempen untuk parti UMNO.
Mereka tidak
sedar mereka dikudakan oleh UMNO. Kenapa pihak istana mahu melibatkan diri
mereka dalam gelanggang politik? Adakah keudukan istimewa mereka diganggu
gugat? Mereka terancam? Saya menyerulah pihak Istana, jadilah raja payung kepada
semua rakyat. Jangan jadi raja kepada orang UMNO sahaja. Orang UMNO lah yang
telah menjijikkan dan menghina pihak Istana. Siapakah yang mendedahkan perilaku
raja2 Melayu? UMNO. Siapakah yang mendedahkan perilaku beberapa raja2 Melayu
yang kaki mabuk dan penzina tahap tegar? UMNO.
Tapi lebih
dari itu, penglibatan pihak istana dalam gelangang politik secara lansung ,
mencetuskan precedent yang tidak baik kerana ia membuka pintu penahan
kebanjiran. Dan air yang masuk kelak menjadi gelombang yang menakutkan.
Prinsip pertama
yang kita mesti terima ialah kedaulatan rakyat mengatasi kedaulatan istana. Saya
mohon teguran ini diterima dengan berlapang dada. Pihak istana mesti sedar
bahawa hendak mengajar rakyat membenci istana tidak memerlukan hasutan. Rakyat jelek
dan benci melihat laku perangai warga pihak istana. Si pemabuk dan si kaki
betina memalukan bangsa Melayu kerana pihak istana adalah ketua agama Islam. Bagaimana
orang akan menghormati agama Islam jika ketua agama nya, berlaku perangai yang
buruk?
Rakyat
tidak mempunyai agenda untuk menghapuskan institusi istana. Namun demikian,
pemuliaan dan sanjungan rakyat kepada istana ,wajib dibalasi dengan
penghormatan kepada kedaulatan kehendak rakyat. Dan kehendak rakyat Perak
sebagai contoh ialah berkehedakkan suatu kerajaan yang dipilih secara sahih. Kerajaan
yang dipilih secara sahih bersandarkan kepada kedaulatan kehendak rakyat mesti
dihormati dan tidak boleh dibuang melalui cara undang2 tipu helah.
Dosa Nizar
yang paling besar mengikut puak UMNO ialah memberi tanah kepada rakyat Petak,
terutama orang Cina. Orang cina ini bukan rakyat Malaysia? Orang UMNO asyik
gadai dan beri tanah kepada orang cina dan tauke cina bagaimana? Belasan ribu
ekar tanah di bukit Tinggi Pahang di berikan kepada Vincent Tan bagaimana? Ratusan
ribu ekar tanah balak yang terjual kepada tauke cina di Pahang bagaimana? Dan di
negeri2 lain pula? Ribuan ekar tanah reseb Melayu yang tukar status nya dan di
beri kepada kroni Cina di Negeri Sembilan ketika Isa Samad jadi MB bagaimna?
Semasa Nizar
jadi MB Perak, dia telah meluluskan tapak2 rumah untuk kampong tersusun dan
kapung baru. Kampong tersusun didiami oleh majority nya oleh orang melayu. NIzar
telah meluluskan lot kediaman untuk 314 kampong tersusun dan untuk 134 kampung
baru. Kampong tersusun didiami oleh orang Melayu manakala kampng baru oleh
cina.
Dari segi
nombor sahaja, kelulusan kepada orang Melayu mengatasi kelulusan kepada orang
Cina.
Bukti untuk
mengadili Nizar ialah melihat berapa banyak tanah diberi kepada orang Melayu
dan berapa pula diberi kepada orang cina?
Sebagai bekas
ADUN saya hairan apa yang sukar sangat meluluskan permohonan tapak rumah. Semasa
Pilihanraya Kecil, hak milik permohonan tanah boleh diselesaikan dalam masa
seminggu!
Berapakah jumlah
lot yang diluluskan untuk orang Melayu? Nizar telah meluslukan 102,000 lot
berjumlah 7500 ekar. 95% dari penghuni di kapung2 tersusun ini menanti lebih
dari 30% untuk mendapatkan tapak rumah. Dan mereka hanya meminta tapak seluas
3200 kakipesegi sahaja. Ertinya, luas rumah penduduk kampong tersusun ini lebih
kecil daripada saiz bilik tidur orang2 kaya UMNO dan golongan bangsawan.
Banyak mana
pula yang Nizar luluskan kepada orang Cina yang dihebohkan oleh puak UMNO?
Nizar telah luluskan 47,000 lot dimana setiap lot bersaiz 1125kps.(25’ x 45’). Itu
saiz sebuah garaj kereta dan keluasan tanah keseluruhan nya ialah 1250 ekar.
kategori
|
Jumlah
lot
|
Saiz
lot
KPS
|
Keluasan
tanah(ekar)
|
Untuk
bangsa:-
|
Kg tersusun
|
102,000
|
3200
|
7500
|
Melayu
|
Kg baru
|
47,000
|
1125
|
1250
|
Cina
|
jumlah
|
149,000
|
8750
|
||
68% dari
jumlah lot yang diberi adalah untuk orang Melayu. Orang Melayu dapat 102 ribu
lot dan orang Cina dapat 47 ribu lot. Dari segi keluasan tanah pula, dari 8750
ekar yang terlibat, 86% adalah untuk orang Melayu. Jadi cuba orang Melayu jawab
dan puak UMNO jawab, semasa Nizar jadi MB , golongan mana yang mendapat faedah
yang lebih besar?
Lot untuk
orang Melayu pun lebih besar(3200kps) berbanding dengan lot cina di kampong baru(
1125 kps)
Lihat pula
bagaimana layanan Nizar terhadap pihak istana sendiri. Semasa Ramli Ngah Talib
jadi MB Perak, kerajaan UMNO membuat perjanjian mulut untuk memberi tanah
seluas 600 ekar terletak Tanjong Tualang. Janji mulut UMNO tidak ditepati
kerana janji tersebut tidak dilaksana dan pindah hakmilik tidak disempurnakan.
Bila Nazar
jadi MB, kerajaan nya telah menyempurnakan apa yang gagal dilaksanakan oleh
UMNO. Parti yang membela bangsa, agama dan tanah air, pembela bangsa, agama dan
istana menipu raja Melayu. Tanah seluas 600 ekar itu dipindah milikkan kepada
penama dan wakil pihak istana yang bernama Pak Tok Khair. Wakil pihak istana membayar premium, dan
melengkapkan transaksi tanah tersebut dan hakmilik disempurnakan untuk
kepentingan istana.
Parti pembela
istana gagal melakukan nya, Nizar yang dikatakan anti raja menjayakan nya.
Bagimana layanan
Nizar kepada golongan agama pula? Maklm sahajalah, boneka DAP yang kafir harbi
dan anti Islam tentu akan menentang pemberian tanah kepada gerakan Islam.
Seorang tok
guru agama yang mentadbir sebuah sekolah pondok, Tok Guru Pak Teh telah memohon
sebidang tanah untuk padang ragut semenjak tahun 2004. Permohonan itu ditolak
oleh kerajaan UMNO walaupun rayuan dibuat. Luas tanah yang dimohon hanya 45
ekar. Sekali lagi apa yang UMNO gagal buat, Nizar yang buat. Kawasan padang
ragut tersebut diluluskan untuk Pondok Tok Guru Pak The dan kawasan tesrebut
diwartakan. Apabila diwartakan, dibelakang hari syarat untuk mengubah maksud
dan tujuan tanah digunakan tidak boleh diubah.
Bandingkan apa
pula pemimpin parti syaitan telah lakukan.
1. 22,000 ekar
tanah milik PKNPk di Lekir Manjong yang
ditanam dengan sawit di pajak kepada syarikat KL Kepong atau KLK. Pemilik KLK
ialah which Tan Sri Lee Oi Lean seorang
yang bebangs Cina.
2. 500 hektar
atau lebih 1000 ekar tanah Reseb Melayu do Padang Rengas (Nazri Tan Sri Aziz’s
seat) bresekali dnegan kilang pembuat simen yang di JV oleh KNPk dan syarikat Hanjoong
dari Korea dijual kepada YTL. Hari ini,
kerajaan Perak yang dipimpin oleh Zamry Kadir sedang rancak mengambil lebih
banyak tanah reseb Melayu untuk faedah kilang simen ini. YTL itu bangsa Melayu
baru?
3. Kerajaan UMNO
telah memberi 1300 ekar tanah kepada Ah Ling Liong Sik di Kampar untuk membina
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman( UTAR).
4. Sementara Nizar
memberi tanah seluas 3200kps dan 1125kps , kerajaan UMNO memberi tanah seluas 15-30
ekar seorang kepada peladang2 cina di kawasan2 antara Bikar dan Bidor dan Teluk
Intan.
Mari kita
lihat apa pula karenah Zamry Kadir. Dalam masa 2 bulan menjadi MB Perak, Zamry
menjual hotel milik PKNPk, Hotel Casuarina kepadamenantu Sultan Perak, Tengku
Farouk. Harga jualan ialah RM48 juta walhall nilai tanah yang berlokasi
stratejik tersebut ialah RM94 juta.
Siapa yang
mengkhianati bangsa Melayu, agama dan tanah air?
10 comments:
padanlah terjadi rampasan kuasa di Perak yg dijadikan sahih oleh istana. rupa2 nya untuk mendapat harta bernilai pada harga separuh. Cheap sale oleh Zambri Tongkang, pasti atas desakan istana. Pesuruhjaya SPRM tak ada cukup bola untuk siasat ka? Asyik tangkap ikan bilis...jerung jerung gergasi ni boleh maksum pulak.
askm tok
kalau nak kira melayu takutkn cina
kenapa siang malam mkn n minum d kedai kopi cina seperti d kg sy. org dok melepak yg ramai2 2 org2 umno belaka temberang sana temberang sini.
yg d takutkn makan babi jee betol tak?
UMNO is in quick sand. There is no way to get out of it. Day by day it is being hated more and more.
The police handcuffing of that young petite girl is the last straw. I can tell you Najib and UMNO would have lost thousands of votes bu this one action - from the Chinese, women and non-Chinese who demand fairness.
Thanks to PDRM for bringing down UMNO and BN.
Syabas dato'good work.you've really done your homework.please give us more of them.we are reall in the dark.i bet that is really a tip of the icerberg in one state only.i.e perak. What about your home state pahang vis a vis the royalty and the executive.what about selangor?please tell us about the hospital in shah alam which also was allegedly tampered by the palace?
Si UMNO ni tak kan jawab. Kalau dia jawab pon penoh dgn makihamun jaa kerana tak mampu berhujah. Si UMNO ni is very good at that. They argue on emotional, racial ground. On facts??? Kalah flat.
Kesimpulannya: Malaysia ini untuk penggawa-penggawa (kami oghe Kelate tak pakai penghulu)UMNO dan taipan-taipan Cina dan cetty-cetty India. Orang biasa dan orang miskin semua jangan bergaduh walaubagaimana dihasut oleh dakyah UMNO, MCA dan MIC. Jauhkan diri daripada kaki-perempuan, judi dan arak sebab mereka ini mau dirikan syurga di bumi untuk mereka saja dan tempatkan orang lain di neraka.
Perhati baik-baik ucapan daripada orang kuat dari PAS, PKR and DAP. Amati segala yang telah mereka menepati tanpa sedikit pun sumbangsih daripada penggawa dan firaun kerdil UMNO. Kini bukan persoalan Anwar fasal bukan beliau saja yang pandai. Nyata dunia Melayu banyak lagi orang-orang pandai, jujur lagi alim.
Saya nak tunggu sebesar mana payung dari pihak istana akan dibuka untuk melindungi rakyat dari kepanasan mata hari dan bukan untuk penghuni istana sahaja, dan seberapa dalam tikaman-tikaman lembing akan lakukan puak-puak liar terhadap semua kaum marhaen yang sedemikian lama dibohongi dan diperanakkan.
Dato' terus luahkan yang patut diluahkan. Dah sampai masa UMNO baru tidak dibenar dibaruahkan oleh segelintir warga kerdil UMNO sendiri. UMNO tak berupaya, kita semua tolong.
As salam Dato',
Melihat kpd kalibar DS Nizar sbg MB Perak yg pendek tempohnya itu,saya yakin beliau layak menjadi PM Malaysia satu ketika nanti.
Pengundi Bkt Gtg
Saya duduk pulau pinang dan diperintah oleh DAP. Sehingga sekarang, tiada satu melayu DAP pun yang memimpin kerajaan. Tambah pula, tiada melayu DAP pun yang dilihat dalam parti membela nasib melayu pulau pinang. Dato cakap berkaitan negeri perak yg masih majoriti melayu. Mari pulau pinang dan lihat macam mana DAP amalkan dasar mereka. Sehingga sekarang saya masih tidak lihat aktiviti2 dap melayu di pulau pinang. Jika mereka wujud, inilah yg dinamakan boneka kerana tidak kelihatan.
anon 05:58
dulu masa gerakan kenapa isu melayu ini tak dibangkitkan. Apa? masa melayu zaman gerakan mereka semua lebih kaya dari cina penang ke hingga takdak melayu yang bersuara masa zaman BN memerintah. Jika benar kenapa dalam tempoh sesingkat saja (setahun lebih) melayu terus jatuh miskin. Ada logik ke? Melainkan melayu sejak awal (zaman gerakan) dah merempat tapi tak dihebohkan sebab BN kuasai negara dan media! hang pun sama bodoh dengan pencacai UMNGOK!!
Anon 05.58:
Hg ni memang bangan. Aku tanya mana melayu DAP di pulau pinang? Hang pe bukak cerita time gerakan! Dulu waktu gerakan, ada melayu umporno yg melayu bole himpit minta tolong. Lani time DAP, mana melayu DAP? Melayu PKR di PP gila pangkat, bukan nk tolong kami. Awat hg mangkuk bodo buta tuli tak reti bahasa? Aku nk minta tolong melayu DAP tapi tak nampak pun? Hg ni pe sekolah ka tak paham bahasa?
Post a Comment