Skim cepat kaya Pak Man Telo Felda
Saya harap anak2 Felda akan beritahu emak dan ayah perkara
ini.
Jumlah saham yang di keluarkan:-
per
|
Saham2 yang di tawarkan
|
Peratus(%)
|
Jumlah saham
|
1
|
Saham sedia ada yg di tawarkan
|
33.1
|
1,208.9 juta
|
2
|
Saham baru yang di tawarkan
|
26.9
|
980.0
|
3
|
JUMLAH
|
60.0
|
2,188.90
|
Sebanyak 2.1889
billion saham akan di jual kedalam pasaran. Pembeli nya? Sebahagian besar apa
yang sebut cornerstone investors. Warga Felda ada 5.5% sahaja. Atau 200. 6 juta saham sahaja. Peneroka hanya
dapat beli 91 juta sahaja saham. Awak bukan ada duit. Najib tahu ini. Isa sama
tahu ini. kalau kita tak beri , mana kamu ada duit. Yang ambik saham dan yang
tak ambik saham- semua telah di haramjadahkan oleh Najib.
Katalah dari
penjualan ini, Felda dapat RM 10 billion. Tanya Najib dan Muhyidin dan Isa
Samad- berapa Felda dapat? 40%? Kalau 40% mereka akan dapat RM 4 billion. RM 6
billion pergi kepada menteri yang control Felda- PM Najib. Kita tahu apa Najib
akan buat dengan duit tersebut. Ke hulu dan kehilir- hulur sana dan hulur sini.
Maka jadilah BR1M- Beli Rakyat 1 Malaysia.
RM 4
billion tunai ni apa Felda akan buat? Kena bayar hutang EPF. RM 3 billion. Hutang
EPF kena bayar sebab itu wang rakyat. Maka tinggal RM 1 billion. Berapa lama
Felda boleh bertahan sedangkan Felda memerlukan RM 3 billion setahun untuk
beroperasi?
Lama kelamaan,
yang baki 40% yang tidak di jual- ada orang yang gatal mahu jual jugak. Bolehkah
yang baki 40% itu selamat? Dengan Isa dan Matlaon2 dalam Felda yang ada, boleh
kita jamin 40% baki yang tidak dijual , akan selamat dalam tangan Felda?
Yang baki
40% yang tidak di jual di pegang oleh siapa? Oleh Felda. Bagi pihak Felda siapa
pegang? Yang pegang ialah Felda Asset Holdings Corporation. (FAHC). Cikgu Isa
Samad kata, kita akan beri kepentingan kepada KPF. Dalam bentuk Amanah Wawasan
Felda. Entah jadi atau tidak kita belum tahu.
Jika KPF
memindahkan kepentingan nya dalam Felda Holdings apa mereka dapat? Adakah mereka
dapat kepentingan lansung dalam FGV? Tidak ada pelabur2 mahu berurusan dengan
koperasi!. Koperasi organisasi komunis, mana boleh sesuai dengan penjudi
kapitalis?
Cuba fikirkan.
KPF akan hanya di beri kepentingan dalam orang tengah- FAHC. Apa jadah nya
FAHC? Felda Asset Holdings Corporation. Dan cuba fikirkan lagi. FAHC pegang 40%
dari jumlah keseluruhan saham. Pulangan nya bergantung kepada kecekapan
pengurusan FGV mendapatkan untung. FAHC dapat dividen yang di tentukan oleh
FGV. FAHC kemudian menentukan dividend yang akan di agihkan kepada peneroka. Bukan
FGV. Cuba tanya lagi. Bolehkan FAHC jamin mereka boleh beri dividen sebanyak
15% yang sekarang di terima oleh peneroka?
Jangan
lompat dan terkinja kinja terlalu awal. Malu kita orang Melayu, dapat duit dari
Najib, terlompat lompat macam jakun.
Cuba lihat
bagaimana saham di agihkan.
per
|
Jenis pembeli
|
Peratus(%)
|
Jumlah saham(
Juta unit
|
1
|
Yang di pilih oleh MITI
|
11.5%
|
419.5
|
2
|
Pembeli institusi
|
41.1%
|
1495.8
|
1 +2
|
Jumlah
|
52.6%
|
1915.30
|
4
|
Orang awam
|
2.0%
|
73.0
|
5
|
Peneroka Felda
|
2.5%
|
91.2
|
6
|
Kakitangan Felda
|
3,0%
|
109.4
|
5+6
|
jumlah
|
5.5%
|
200.6
|
|
JUMLAH
KESELURUHAN
|
60.0%
|
2188.9
|
|
|
|
|
Saya harap
peneroka yang melompat kegembiraan ketika mendapat duit RM 15,000 sedar dan
insaf, itu sebenarnya makanan enak terakhir sebelum kamu kena sembelih. Selesai pengapungan warga Felda dapat 800 unit
se keluarga. Kakitangan felda dapat lebih sikit. Warga felda( peneroka dan
perkerja perbadanan felda hanya di peruntukkan sebanyak 5.5% dari saham yang di
apungkan. Setelah di haramjadahkan- sekarang warga felda betul2 di
haramjadahkan. 60% dari saham di miliki oleh orang bukan felda. Betul atau
tidak dahulu kita katakan, akhirnya, felda bakal hilang semua nya?
Katalah , mereka dapat premium sebanyak RM 4,
maka ketika hari pengapungan, warga Felda dapat keuntungan potensi sebanyak RM
3200. Mereka jual atau simpan selama 6 bulan? Ada yang jual dan ada yang simpan
sehingga 6 bulan. Bila habis 6 bulan, ketika tekanan dari cornerstone investors
menjadi jadi, harga akan naik tinggi. Warga Felda akan jual untuk mendapat
untung dan membayar hutang pinjaman beli saham. Bila semua warga felda jual,
tidak ada lansung kepentingan warga felda dalam fgv. Ketika itu fgv akan di
kuasai dan di miliki oleh orang bukan felda.
Entah2 Isa
Samad kalau dia masih pengerusi Felda dan Dato Sabri akan gatal mahu turut jual
saham 40% yang Felda pegang. Maklum sahajalah , harga saham menggunung sebab
cornerstone investors bermain kasino dengan saham peneroka felda.
Boleh kah
kita harapkan warga Felda akan menyimpan saham yang di beli mereka sebagai
pelaburan jangka masa panjang? Sedangkan orang Melayu lain yang bukan Felda
yang ada pelajaran dan pengetahuan lebih tinggi, sudah di buktikan akan
menjual, maka demikian lah juga warga Felda. Bukankah orang Melayu ada rekod
menjual RM 52 billion nilai saham daripada RM 54 billion yang telah di jualkan
kepada mereka? Ini bukan saya yang cakap- tapi kerajaan yang cakap. Dibawah DEB,
dari RM 54 billion nilai saham- pegangan Bumiputra hanya tinggal RM 2 billion.
Jadi kalau
Najib atau MUhyidin harapkan orang Felda akan simpan saham sebagai pelaburan
jangka masa panjang, mereka hanya mimpi di siang hari.
Di mana
koperasi felda (KF)? Tempat orang felda mengadu nasib dan buat pinjaman? Bukan kah
KPF memiliki 51% dari Felda Holdings? Tapi mereka di tinggalkan dari skim cepat
kaya Pak Man Telo tajaan Najib dan Isa. Saya masih tidak faham, macam mana FGV
boleh offer kepada pembeli awam apa yang mereka tidak miliki sepenuhya? Katalah semua lembaga pengarah KPF bersetuju,
atau di paksa bersetuju atau di rasuah dan di sogok untuk bersetuju kepada
penyeneraian FGV, bagaimana kepentingan 51% di pindahkan? Jika di pindah, apa
dapat dan berapa nilai nya? Sekarang ketika dapat RM 15,000 dan RM 3-4 ribu
sedikit bulan lagi, orang Felda buat tak kisah sebab `bergumbira’ Najib beri ang pow, tapi setelah itu apa? Masa orang
Felda sesak, mintak itu dan ini tak dapat, masa itu sudah terlambat. Nasi sudah
jadi bubur.
Sesuatu yang
kita ada dalam tangan dan kita boleh kuasai, kita serahkan kepada orang lain.
KPF tidak ada apa apa lagi. 40% dari saham keseluruhan, di miliki oleh
perbadanan Felda- Felda asset holdings cororation( FAHC). KPF dapat dividen dari FAHC bukan FGV. Mengapa
mesti ada perantaraan antara peneroka dan FGV jika benar2 peneroka di utamakan?
Jawab nya, Najib dan Isa dengar cakap pelabur2- bahawa koperasi tidak boleh di
percayai. Ertinya, Najib dan Isa tidak percaya kepada peneroka. Sudah tidak
percaya pun, masih mahu melompat lompat bila di rasuah RM 15,000.
Berapa felda
dapat? Bila dapat jangan lupa bayar hutang dengan EPF sebab duit EPF duit
rakyat. Kalau rakyat kerdil hutang, kamu cari sampai lubang cacing. Felda
hutang, kena bayar. RM 6 billion semua nya. Atau baki hutang tersebut. Selebih nya,
tolong simpan, sebab sekrang kamu telah kehilangan RM 2.5- 3 billion setahun. Felda
memerlukan sebanyak ini untuk menampung operasi pentadbiran dan menjaga
kebajikan peneroka dalam tanah rancangan. Felda masih pegang 40% saham- adakah
pegangan ini menjamin felda dapat sehingga 3 juta setahun? Dan siapa nak beri
divdien 15% setiap tahun kepada ahli koperasi?
Hooray
untuk masa depan Felda dan anak cucu warga Felda.
Apa pasal
lah yang bodoh sangat. Walaupun Najib bergegar cakap langganan untuk pembelian
saham ini, 30 kali ganda, ianya tidak mendatangkan kesan apa apa keatas harga
pengapungan. Semua orang tahu, sentiment pasaran saham ialah sentiment kasino
judi. Langganan itu hanya menvercerminkan ramainya orang yang tdiak kena mengena
dengan industri sawit mahu menunggang diatas usaha Felda.
Yang
membeli semua nya mahu mengambil kesempatan membuat untung yang segera. Jika
seorang yang berjaya membeli 15,000 unit atau 15 lot, maka dia akan mendapat
untung potensi sebanyak 60,000. Mamat yang tidak pernah menjejak kaki dalam
rancangan Felda boleh untung RM 60,000 jika berjaya membeli 15 lot. Itu sudah
jauh meninggalkan untung yang mamat peneroka dapat sebanyak RM 3000. Walhal
kamu warga Felda yang mana jika tidak ada kamu, matlaon lain tidak boleh
menikmati untung.
Dari contoh
ini, sudah nyata di pihak yang mana Najib Razak memyebelahi.
33 comments:
Harap pihak Dato' tidak menggunakan perkataan "jakun" untuk menunjukkan sesuatu sifat yang tidak baik. Kadangkala kita terlupa ada orang yang berkecil hati tentang perkara tersebut.
saya guna istilah jakun- bukan Jakun. ia nya istilah dalam bahasa Malaysia yang menerangkan suatu fiil atau perangai seseorang yang lupa diri bila mendapat sesuatu yang tidak di duga. atau tercengang cengang seolah mendapat sesuatu buat pertama kali. bukan nya ia merujuk kepada suatu suku kaum masyarakat orang asli.
saya harap kita jangan berhujjah off tangent.
Dato,
Saya dah baca berberapa artikel tentang penyenaraian ini, table tu memudahkan orang faham.
Mungkin ini yang rakyat perlukan, dan perlu disebarkan. Bukan ke PNB dan Tabung Haji pun kena beli juga ???
Nanti perasan untung, ternganga tak berkesudahan.
tapi dato, kan felda tu dia punya bapa syarikat?
Anon 08:21,
Betul kata dato tu, jakun disini tiada kena mengena dgn suku kaum yg saudara maksudkan.
Sebenarnya org melayu ni oleh kerana kebanyakkan kurang ilmu akhirat dan dunia, tidak berharta atau miskin dalam masa yg sama selalu tewas dgn hasutan hawa nafsu, selalu "over react" atau jakun, mcm sikudung dpt cincin apabila mendapat sesuatu maslahat atau musibah. Ini typical sifat manusia lebih2 lagi org melayu yg cetek ilmu.
Masyarakat felda dulu dan sekarang pada pandangan sy sama jer. Dulu masa tahun 70an harga sawit begitu tinggi ada peneroka yg lupa kerana tak pernah mengecapi keuntungan dan kesenangan sebegitu rupa dalam hidup mereka, sampai menyalakan rokok menggunakan duit. Cina jual barangan elektronik spt di kota tinggi, kulai dll bandar kecil turut menjadi kaya. Tapi refrigerator dibeli utk dijadikan almari pasal belum ada bekalan elektrik.
Apabila harga sawit jatuh mereka menyalahkan takdir sehingga ada yg enggan membayar zakat dan jadi kufur.
Dear Dato' Sak,
We the right minded rakyat salute you for your relentless pursuit of the truth and educating the less informed about the 'back-stage' (should be called black-ops) operations by the gomen that is not made known to the rakyat.
We pray that the big boss above grant you good health and watch over you so that you can continue
your search for truth and justice.
Tak tau tahap literacy niaga dan korporate dan sbg di kalangan orang Felda.
Tapi boleh mudahkan lagi penjelesan?
PR tawan Kerajaan, dalam 12 bulan pertama hidup & kewangan makin teruk tambahan lagi harga masih melambung ...nampaknya orang Felda dan kena jual ...penghambaan modern !!!
Cakaplah apapun. Bukan senang nak sedarkan orang yang dah "terhutang budi" dengan kerajaan ni. Yang masih duduk dalam AMENO ni hanya tinggal 2 jenis manusia aje. Yang ada kepentingan diri dan yang rendah IQnya.
Bayangkanlah tempat saya ni ada 750 ahli ameno dan seribu lebih ahli pas.Tapi bila ngundi kalah juga pas. Sebabnya yang masuk pas tu hanyalah sebab takut kenduri dia, orang tak datang dan takut kala dia mati tak ada orang uruskan jenazahnya.
Biarlah kena tipu pun... asalkan mati dalam ameno.
Najib bermain dg wang panas..Cepat panas cepat sejuk..macam Facebook
Apa ceritak pun Melayu tidak akan percaya kepada kita, dia kata NAJIB betul, ISA itu betul, TPM memang betul!
Maka negara ini akan dijual kepada orang lain....MELAYU akan jadi pengemis KELAS 1.
Padan Muka- sebab percaya kepada pencuri!
JAKUN- jangan salah & silap faham!
Dari masa kita kecil ayat ini menunjukan orang YB - "YANG BODOH"!
Bukan Orang Asal yang cerdik didalam hutan!
Melayu BODOH dipusat pusat bandar!
Yang sokong dan percaya UMNO!
You need to be harsh and serious to wake them up.
They don't fully understand the consequences of their decisions for short term gains on their lives.
Majority will thank you for fighting for a better deal to secure their long term future.....settlers and their family, relatives and friends.
Peneroka dapat 800 saham. Kena bayar RM3700. Sign agreement, pinjam bank untuk bayar. Bank charge RM200 processing fee.
Jumlah processing fee ni saja bank dah dapat RM22 juta!
You must be joking kalau hari listing dapat premium RM4,000/saham. Offer price of RM4.65/share is already close to market valuation based on PE.
Kalau premium RM4.00/saham, kayalah bumi yang dapat peruntukkan MITI. Saya dengar rata-rata yang tak ada cable dapat 30,000 saham MITI seorang. Yang ada cable tentu dapat lebih. Kalau preium RM4 untung RM120,000! Peneroka hanya untung RM3,200! Campur RM15,000 baru RM18,200.
Saya rasa premium pada hari listing hanya sekitar RM0.50 saja.
Kalau peneroka ada 800 saham, dapatlah RM400 ringgit. Lepas tolak processing fee dan interest, dapatlah RM200.
Cornerstone investors tak boleh jual dalam 6 bulan. Kalau trend harga sawit dunia menurun macam skrg, lepas 6 bulan depa pakat-pakat jual. Harga akan merudum.
Biarlah Pak Kadok2 dan Lunchai2 warga FELDA yang dimudah lembukan oleh Isa dan Najib terjun dengan labunya atau bersorak tetapi kampung tergadai.Tidak perlu membuang masa dengan meraka.Saya cukup meluat dengan tindakan satengah mereka ini yang ditonolkan didalam TV3 Suku,Rangkaian Tukang Memfitnah (RTM) dengan kenyatan2 menyokong penjualan pusaka mereka.
Dato'
No Peneroka with the right explanation and clarification would part off with 10 acres of land holding with this scheme considering the paltry incentive offered.
Besides the FFB that they can sell, these Peneroka are also using the land sometimes to raise Ayam Kampung or Cows and other plant cash crops for sales.
Definitely the RM15,000 and potential RM3,600 gain offered would not compensate the future loss of revenues these Peneroka will suffer.
The question is how did ISA and NAJIB pull it off?
Orang biasa
Dah terlambat, nasi jadi bubur baru cari jamban....
Saya mohon kongsi Dato. Nak bubuh dalam blog saya dan juga cetak untuk edaran kepada peneroka di tempat saya. Nota Dato nampak mudah difahami. Cuma yg berkarat tu, memang tak boleh nak buat apa dah.
Hari ini u sudah cebok pantat LKS?
Dato,
Peneroka cuma dapat 800 unit untuk satu keluarga? Bukan 800 lot? Tak sampai 1 lot pun. Bayangkan kalaulah 800 unit ini menjadi harta pusaka yang difaraidkan kepada 5 orang (isteri dan anak2)..itu sahaja yang tinggal wahai saudaraku di Lepar, Jengka dan Keratong..
Dengan bangganya, saya ingin memaklumkan telah membeli saham Felda. Saya amat happy and jumping for joy.
Tapi terasa hati saya dengar Sak kata saya macam Jakun.Janganlah cakap macam tu bro.
Sayapun nak juga jadi kaya. Bila lagi nak jadi OKB? Sayapun dah pernah pergi kat Felda scheme.
Begitu juga dengan Makcik dan PakChik Felda. Biarkan mereka merasa dabble in shares.
Takkanlah whole life read papers to check on harga koko, kelapa sawit dan getah. Kasi canlah mereka tengok shares mereka naik atau turun.
Itulah Melayu baru 21st century we will like to see.
Jadi Sak, as a former Pahang Adun where Felda schemes are the largest, patut galakkan mereka beli saham which is created for them.
Takkanlah takut major political coup for Najib you nak sekat orang Melayu Felda beli shares.
Even the Chinese are buying it in droves, as usual.
Please see the NY Times story on the FGVH which I posted on Sir Wenger's blog last night.
Even the NY Times are buoyant on the IPO. Why can't you?.
Tapi takpelah, dahpun oversubscribed 45 times. We wait for the listing on June 28 okay.
Apa makna Pak Man Telo?
UMNO knows how easy it is to fool the Malays. It has been doing it for more than 50 years. The party has made cheating an art.
If they want to be cheated what can we do?
woi anon 20 June 2012 15:47, awak belajar cakap macam tu dari mak bapak awak ke?
Sdr. Sakmongkol,
FHB masih lagi 51% dipegang KPF.
Kita tunggu AGM KPF dalam masa terdekat. Banyak perkara akan dibangkitkan termasuklah FHB. Ada kemungkinan saman-menyaman akan bermula setelah AGM tersebut.
Itu saja yang saya boleh komen setakat ini.
Sekian.
Anon 15:47
Nilah dia perangai orang UMNO baru kata2 yang tiada bermoral hasil daripada kursus yang di anjurkan BTN.....Legasi Mamak Kuty,Najis dan Mooooohidin anak yasin,awak ini sah dari gulongan anak haram
mudahnya perkiraan bila kita tak suka...harap dibaca dan teliti guidelines n governance bila sesebuah syarikat diapungkan di stock exchange...google aje bagi sesiapa yang ingin belajar...
Lebih baik dari cebuk bontot Najib yang merompak wang rakyat ' wang kamu juga' setiap hari melalui belian barangan harian, tol, petrol, harga rumah, harga kenderaan yang kamu guna, PTPTN, dan lain-lain..
Anon 20 June, 19:25
sejak dua tiga minggu ini, nampaknya mercenary troopers umno jenis yg ada sek lebih sikit di forum english, speaking boleh, tapi mesti mengakhiri komen style mafia, maki hamun acidic, intimidating, tak lari ke mana - no class ! over civil comments ...
with the exception of the one and only with finesse... he will always listen to differing perspectives and even addresses Anwar as DSAI and terkenang kawan2 lama spt Sak, Sdr Aspan. Tak pernah mengeluar sepatah pkt utk menyakiti hati mereka.
No point voting for egostik umno- bn again.
Q.D. 20 June 2012 16:23
Apa makna Pak Man Telo?
Pak Man Telo dah meninggal. Beliaulah orang Melayu yang pertama yang berani melancarkan skim cepat kaya ala Ponzi: wang daripada pelabur yang datang kemudian diguna untuk membayar pelabur yang lebih awal dan seterusnya. Yang menarik, kadar keuntungan jauh lebih tinggi daripada kadar pembayaran ASB. Tak masuk akal, tapi skim itu dicipta oleh orang yang sangat berakal. Yang awal dan cepat dia dapat. Pak Man Telo yang paling awal sekali dia jadi jutawan berkali-kali. Yang lain papa muflis.
Buat masa ini bahaya tersirat adalah yang berakal sekali lagi akan jadi kaya raya. Yang tersurat pun nyata pembahagiannya tak saksama - Peneroka Felda 2.5% dan Kakitangan Felda 3.0%.
Skor: Felda 5.5 - Warga Pintar 94.5.
Yang berpeluh tetap akan terus berpeluh, yang pintar tetap akan terus cipta skim baru cepat kaya untuk, maklumlah, orang pintar sahaja.
Apakah bodohnya QD ni "pak man telo "pun tak tahu, Hoi QD HARAMJADAH betul lah kamu ni,sori QD saya dapat perkataan ni dari guru awak Najis Razak la...
bapak cipta, anak hancurkan. harap warga KPF dapat menjalankan amanah untuk memastikan pegangan FHoldings sebanyak 51% tidak turut tergadai. juga memastikan majoriti ahli lembaga pengarah didalam kumpulan syarikat FHoldings dilantik dan dipantau oleh KPF tanpa mengikut telunjuk mana2 pihak. pastikan juga tiada diskaun diberi oleh FPISB lagi kepada FGV (to make its books look nicer) carilah wakil KPF di dalam board syarikat2 FHoldings yang benar2 memahami bisnes dan bukan sekadar mengejar elaun Ahli Lembaga Pengarah....
Harap KPF menjalankan tugas dan amanah menjaga kepentingannya dalam Felda Holdings Berhad. lantiklah wakil ahli lembaga pengarah yang memahami bisnes Felda dari atas sampai bawah. itu je yang tinggal skrg..
walaupun perwakilan KPF majoritinya peneroka, ahli lembaga KPF haruslah membantu peneroka2 ini mendapatkan pulangan sebaiknya bagi pelaburan mereka.
probably its time for KPF to venture elsewhere for investment purposes given the huge amount of capital at their perusal. dont rely on FHB returns alone since the cake is now shared with undeserving goons. i suggest that KPF start looking for oil palm plantations at home or abroad and run the show on their own since this business is in their blood. just my 2 cents...
pak man telo pun tak tau..google la.
QD kononnya nak bersara at 40s like some young elites in Spore, umno baru ? Look at Sak, Sdr Aspan, Walla, Bruno, Love MyKris, Pak Yeh, plus a long list of blog readers here and fellow Malaysians : sorry, can't acknowledge each one off - the cuff ) from the Ngos to ABU, termasuk lah mereka yang mindful, ikhlas, berbudi pekerti, ikhlas, but with misplaced loyalty to umno - bn...
slogging until now, sharing the same struggles and deepest concerns similar to that of Sen. Bernie Sanders, a man of the people, Fighting Bob Fest 2011 ! Let's listen real hard to his speeches and discuss how there are some similarities in bailouts, deficits, etc ! And come up with swift ways to eliminate the discrepancies in months ahead.
Sure make money but creating tangible, new jobs for M'sians First, tangibly, with good wages and sustainable social responsibilities, sustainable environment for FELDA, Lynas, etc with integrity and real concern for all Malaysians from their personal and property safety, to savings, etc.
Begin by electing fresh NEW leaders both senior and young : competent, honest, sincere, humble, muhibbah who are aware of their total responsibilities, toward us, Rakyat First, working side by side in developing our nation.
BN just be hardest working slaves in the opposition for the new term !
Post a Comment