Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 6 November 2010

Zaman kebangkitan?

Saya tak faham sikap masabodo pemimpin UMNO. Hanya kerana kita menang di Batu Sapi dan Galas, maka ramai pemimpin sudah mengistiharkan UMNO dan BN sudah pulih. Para penganalis pula menyatakan perkara yang serupa. BN sedang mara dan parti pembangkang kian luntur. Sabar dulu tuan tuan. Jangan biarkan kesukaan mengatasi reality.
Kita menang di Batu Sapi, punca nya mudah di cari. Jutaan Ringgit di belanjakan, banyak pengundi yang ada IC baru mengambil bahagian. Yang berlaku di Batu Sapi adalah direct opposite yang berlaku di Galas.
Apa yang kita celebrate di Batu Sapi? Kita pilih seorang calun balu kepada mendiang AP yang dulu. Kita tak boleh diskaun undi simpati kepada makcik ini. Orang Bajau pun ramai tidak keluar mengundi. Yang berIC baru datang ' bersyusun susyun'  mengundi BN. Projek demi projek di istiharkan. Duit entah banyak mana.
Yang menjulang si datin ini bila menang ialah puteri2 UMNO. Penyokong parti dia sendiri mana? Saya rasa orang UMNO tak malu menjulang seorang pemenang yang tidak tahu berbahasa Melayu. Dalam bab ini, pahlawan2 nasionalis bahasa membisu pulak.
Di planet mana si Datin ni diami? Its not like Batu Sapi tu macam satu enclave kampung Cina seperti di desa Pulai Gua Musang. Saya harap, dia akan segera belajar bahasa Melayu. Kalau tak, apa dia nak buat dalam parlimen?
Apa nak buat, kalau BN sudah pilih makcik ni. Saya tidak dapat membayangkan apa dia nak cakap dalam parlimen nanti. Jika ini kualiti AP yang di tawarkan kepada rakyat, bagaimana kita boleh kata BN sudah di yakini kembali?
Tolong perhatikan kenaikan peratus meningkat PKR. Yong Tek Lee bekas CM Sabah pun tidak dapat mengatasi PKR. Apa yang di tunjukkan oleh perkara tersebut? Ia menunjukkan bahawa PKR boleh mencabar BN di Sabah.
Jadi, sebelum kita galak sangat mengonfirmkan Sabah FD untuk BN, elok kita slow sedikit. Parti pembangkang bukan melihat kepada menguasai Sabah atau Sarawak. Mereka berminat untuk mendapat tambahan kerusi parlimen. Sebab mereka tahu, itu kunci kepada peguasaan Putarajaya. Dato Najib menjerit kuat mana pun, jika kerusi parlimen UMNO dan BN berkurangan, orang lain akan tawan Putrajaya dan orang lain jadi PM.
Jadi, kemenangan Batu Sapi kepada saya, tidak ada bearing kepada politik akan datang di negara ini. Kemenangan Datin adalah localized issue.
Kemenangan BN di Galas lebih signifiken. Daripada minus kepada positif. Dari deficit kepada surplus yang melebihi majority yang di perolehi oleh arwah wakil rakyat yang terdahulu. Tapi ada kita dengar ucapan terima kasih dari UMNO kepada pengarah PRK Galas? Ku Li?
Tidak ada. Kerana setiap pemimpin UMNO takut pada bayang bayang sendiri. Mustapha Mohamad dan imam2 perang UMNO lain tidak pun mengucap tahniah kepada Ki Li. Sebab setiap mereka mahu menempa nama dalam kemenangan tersebut. Semua mahu claim mereka sudah banyak berbakti kepada UMNO.
UMNO menang Galas kerana 2 faktor besar. Pertama kerana ketokohan Ku Li. Kedua, kerana strateji kempen yang berlainan. Bukan baru, tapi berlainan.
Jadi jangan kita nak sandiwara kata ini petanda UMNO pulih. UMNO belum pulih jika jentera UMNO tidak mengobah cara kerja mereka. Saya berpendapat, jika di takdirkan UMNO jatuh tersungkur, ia akan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula. Ini kerana, UMNO sekarang ini, tidak mempunyai budaya kesukarelawan. Budaya UMNO ialah ada duit abangku sayang, taka da duit, abang melayang.
Saya tidak mahu sebut starteji ini strateji charm offensive. PM Najib pun buat perkara yang serupa dengan walkabout nya. Dia jalan sana dan jalan sini. Tapi orang tidak pula membeli pendekatan PM secara meyeluruh dan jawapan kepada masaalah. Masih ada orang kata, ini cara buat buat. Kita jalan kat Petaling Street setahun sekali atau sekali dalam beberapa tahun. Lepas iti, semua di lupakan.
Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur.
KU LI dan jentera nya menghabiskan masa berjam jam lama nya berinteraksi dengan rakyat tanpa menunjukkan bosan dan letih. Rakyat appreciate pendekatan ini.
Jika UMNO hendak memulakan zaman kebangkitan ia mesti melihat kepada mengemukakan pimpinan yang kredibel dan cara kempen yang berlainan.

26 comments:

Anonymous,  6 November 2010 at 15:56  

The people in Galas voted BN because of Ku Li. The people in Galas are now waiting for Ku Li to deliver the oil royalties to Kelantan. Lets see if this will happen when all the UMNO victory euphoria dies down.

George Choo 6 November 2010 at 15:56  

Dear Sak, inilah pertama dan last kali saya sokong BN kerana KU LI.Saya setuju dengan U bila U mengatakan UMNO tidak berterima Kasih kepada KU LI kerana Pemimpin Umno ingin mendapatkan GLORY kemenangan Galas untuk diri mereka sendiri.Saya juga setuju apabila U mengatakan Umno tak ada Volunteer kerana Semua mau masuk UMNO BUKAN UNTUK CARI MAKAN TAPI CARI BANYAK WANG.

bat8 6 November 2010 at 16:08  

Dato,

1.Kemenangan Kuli di galas tempohari adalah exclusive, one off, personal to Kuli and unrepeatable elswhere or even in Galas the 2nd time.

2. Dengan kemenangan Kuli di galas ini, kita dah jangka ramai imam-imam perang akan berkokok nyaring. Ada mereka berterima kasih Kuli dengan kemenangan yang amat-amat UMNO(Baru) perlukan ini? Menyanjung kehebatan Kuli jauh sekali.

Semua ini kita telah jangka betapa rendahnya nilai moral mereka. Mereka sanggup lakukan apa sahaja asalkan mereka mendapat keuntungan peribadi.

3.Kita juga menjangka apa tindakan mereka jika Kuli KALAH di galas. Nampaknya kebimbangan kita memang berasas sekali. Bermacam-macam senjata akan mereka keluarkan untuk mencincang dan melumatkan Kuli.

Itulah perangai UMNO(Baru) hari ini.

4. Jika UMNO(baru) berasa sudah pulih sepenuhnya. Segala agenda najib mendapat sokongan padu - sila bubar parlimen secepat mungkin. Kita tengok Putrajaya menjadi milik siapa!...Ada berani?


bat8my

sniper,  6 November 2010 at 16:12  

Wahai Ahli Umno

Ini zaman 2 way communication antara pemerintah dan rakyat / pengundi untuk menyampaikan maklumat dan mendapat maklumbalas dan lepas tu buat pembaikan, bukan simpan fail dalam laci.

Kalau masih bodo / tak tahu makna
2 way communication, suruh menteri kommunikasi buat lagi banyak penerangan.

Klau nak lebih mendalami dan menghayatinya belajar dengan Ku Li.

Hidup jangan syok sendiri atau jaga periuk nasi sendiri macam si KJ.

Ahmad Syafiq 6 November 2010 at 16:53  

Sikap UMNO dalam melayan Ku Li memang ikut angin. Masa Ku Li tidak diperlukan, senyap je... Bila time Ku Li diperlukan seperti di Galas, mulalah menduyun-duyun bodek Ku Li. Sekarang lepas menang, apa jadi dengan Ku Li? Ada UMNO terima kasih dengan dia? Kalau kita lihat gambar2 semasa hari pencalonan, ramai juga yang penyokong Ku Li, ekslusif. Bukan menyokong UMNO, tetapi hanya menyokong Ku Li.

shamshul anuar,  6 November 2010 at 17:15  

Saudara Ariff,

Susah juga nak baca pemikiran saudara. Kalau BN kalah, terang terang saudara kata BN ditolak, bila BN menang saudara ENGGAN pula terima hakikat yang orang Melayu khususnya sudah beralih sokongan pada UMNO.

Tengku Razaleigh memanglah faktor penting kenapa UMNO menang di GAlas. Namun itu bukannya satu satunya faktor.

Ada beberapa faktor iaitu:
1) PAS sendiri semakin ditolak oleh orang Melayu. SEjak jadi kuli DAP, PAS telah hilang kredibiliti. Maklumlah nak cakap pasal Islam dah tak boleh. Kuli biasalah. Semuanya terpaksa minta kebenaran Big Boss, DAP.

2) PAS yang memerintah Kelantan. Tapi malangnya PAS lebih berperangai macam pembangkang din Kelantan. Disini PAS tak dapat menandinigi UMNO yang menyerang kelemahan PAS . Ternyata PAS tak dapa tangkis terutama isu tanah.

3) Saudara Ariff mungkin tak mahu terima hakikat yang orang Melayu muak dengan perangai PAS jual ugama hanya untuk dapat undi orang Cina.

Di Bukit Gantang, undi Melayu meningkat pda UMNO. Di Manik Urai, kawasan yang PAS kata sebagai kubu pun PAS nyaris kalah. Di Manik urai, Ku Li bukan faktor. tetapi kenapa PAS hampir tumbang.

KERANA orang Melayu sudah dapat baca yang PAS tak ikhlas pasal ISLAM. Terlalu banyak berceramah tapi satu kerja tak jalan.

4) Faktor Anwar ibrahim. Sebagaimana Anwar merosakkan UMNO dengan budaya rasuah, begitulah anwar merosakkan PAS dengan berjaya suruh PAS gugurkan apa apa pasal Islam.

PAS enggan mengaku perkara ini. Tetapi bukan semua Melayu lupa bagaimana Mohd Sabu memaki hamun Anwar sebagai "aljuburi" dan cabar Dr mahathir pecat Anwar satu ketika dulu.

Saudara ariff lupakah? Atau pura pura tak mahu ingat. Jadi apa hebatya PAS sekarang ni?

5) Memang UMNO tak seratus percent berubah. Manusia memang macam tu. Tetapi ada perubahan positif. Pindaan perlembagaan baru akan buat orang suka rasuah( yang memuncak bila Anwar jatuhkn Tun Ghaffar) akan terbuang.

Memang ada pemimpin UMNO yang orang Melayu tak suka. Macam dalam PAS juga ada Mohd sabu, Husam Musa.

Tetapi ada ramai orang seperti Mustapha mohd yang cemerlang. Cuma Mustapha tak pandai tonjolkan diri sebab itu tak penting pada dia.

Tapi kerja jalan. Jadi orang boleh menilai.

Menyatakan yang UMNO tak hormat Tengku Rzaleigh adalah fitnah. Kalau tak hormat Tengku razaleigh, buat apa UMNO lantik beliau jadi Pengarah Pilihanraya di Galas. Selalunya tugas itu dipikul oleh TPM.

SAUDARA pertikaikan Puteri UMNO julang Datin Linda di Batu sapi.

PELIK: Yang PAS jual ugama dengan menyembah DAP tak pula saudara ulas. YaNG pas BERHEMPAS PULAS julang DAP di Sibu tak jadi masalah pada saudara pun.

PELIK: Saudara tak bising pun bila seoranng hamba allah PAS sibuk pertahankan Kerajaan Cina DAP di Perak dengn berbaring menghalang kereta Sultan.

Pendeknya, Allah SWT boleh memberi dan menarik nikmat sekelip mata. Sebagaimana UMNO, PAS juga elok bermuhasabah.

Dulu riuh kata haram UMNO berbaik dengan MCA dan MIC, kini apa cerita. Bukan setakat berbaik dengan DAP, terus jadi hamba DAP.

Dan saudara tak mahu ulaskah MENGAPA Anwar tak mahu bersumpah dengan nama Allah SWT?

Tidakkah saudara mahu terima hakikat yang kini ramai Melayu tolak Anwar atau sesiapa yang bersekutu dengannya.

Dan jangan sebut UMNO ( baru) atau lama. Saudara setuju jadi wakil rakyat bukankah dari parti UMNO( baru).

Maknanya ada jasa peribadi UMNO pada saudara juga. kalau tak kerana UMNO yang saudara rasa tak guna), tak merasalah saudara jadi wakil rakyat satu ketika dulu.

UMNO Lama,  6 November 2010 at 17:55  

UMNO Lama said...

Assallamu alaikum tn,

Saya merupakan ahli UMNO Lama yang turut menjadi ahli UMNO baru selepas UMNO Lama diharamkan oleh Mahkamah lebih 20 tahun yang lalu. Ibu bapa saya dan hampir semua adik beradik saya juga ahli UMNO Lama yang turut menjadi ahli UMNO baru. Begitu juga isteri saya dan ipar-ipar saya . Dalam tahun 2008 , kami sepakat mengundi PR kerana melihat Pak Lah sebagai PM yang lemah . Harapan untuk melihat UMNO kembali membela orang-orang melayu nampaknya makin musnah apabila Najib Tun Razak lebih teruk daripada Pak Lah kerana terlalu ikut cakap Rosmah dan kroni-kroninya . Nampaknya kami akan buat undi protes lagi jika Najib tak berubah dan Rosmah masih menggila NKRA .

BTW , TAHNIAH kepada KU LI dan bukan kepada UMNO diatas kemenangan di GALAS ! Saya memang meminati Ku Li dan agak keciwa apabila beliau kalah pada Che Det dalam tahun 1987 . Harap-harap UMNO jangan pinggirkan lagi Ku Li.

P/s - Kalau UMNO nak hilang lebih 100 undi pada PEMILU 13 nanti , sila pinggirkan KU LI and please tell Rosmah just be a house wife to her husband like Tun Hasmah !

Anonymous,  6 November 2010 at 17:58  

Dato' Sak,

Galas menang sebab Kuli. Anak Kelantan nak mintak Oil Royalti.
Batu Sapi menang sebab undi simpati.
Duit disebar dapat beli minyak sapi.

Rakyat sekarang dah sedar

Anonymous,  6 November 2010 at 18:00  

dato' sak saya setuju ngan pendapat dato kemenangan di galas ni bukan lah kemenangan UMNo tapiii ianya bersifat kemenangan secara personal KU LI disebabkan ketokohan dan humble beliau maka pengundi di galas memberikan undi kpd BN tapii tanpa KU Li Bn tidak mampu utk menGGALAS dun GALAS..salam

Anonymous,  6 November 2010 at 18:18  

UMNO memang bergerak dengan duit. Tanpa duit, jenteranya terhenti. Maka 'money politic' adalah halal dalam UMNO.
Tetapi PKR jika banyak duit pun akan lebih kurang sama. Budaya sama.
DAP pun boleh menuju ke arah yang sama.
PAS masih boleh tahan lagi.

Siapa yang rugi??
Rakyat biasa kerana parti parti politik Malaysia mengamalkan mentaliti serta budaya politik '3rd world'. Menang 'at all cost' dan buat lagi banyak duit bila berkuasa.

Anonymous,  6 November 2010 at 18:51  

Mengapa Sakmongkol beria-ria sangat nak Amno bangun semula?Kau tahu bahawa membangunkan seekor syaitan yang mula mengantuk adalah merbahayakan.Kenapa tidak biarkan ia tidur nyenyak dan simpankan ia ke dalam sangkar sebab banyak binasa akan dibuatnya dan tiada siapa dapat ,mampu atau berkeupayaan menghalangnya.Hanya kuasa menjampi sahaja tiada siapa boleh melawan dijampi,belum lagi menyebut ia mengeluarkan kuasa menjadikan rakyat tidak sedar dan bunuh membunuh sendiri! Amno dah jahat dah, takkan bangkai ,kau boleh tukarnya jadi daging segar atau ia sendiri boleh bertukar jadi segar.Terimalah kebenaran ini.Semakin anda cepat sedar semakin cepat Malaysia dapat pulih semula sebelum semua harta pusaka bumi Malaysia dikikis habis habisan,kerana mereka sudah tahu nasibnya dah dekat dan mereka sedang berusaha dengan berdékat"berkecai badan" pun kena bertahan sehingga keluarganya,hartanya,namanya dan nyawanya mendapat kesusahan yang amat dashyat.Mereka dah kekurangan masa,maka sedang mempercepatkan process melarikan diri daripada dihukum nanti.Tengoklah kes Bala ini,bukankah ia sangat jelas?

Anonymous,  6 November 2010 at 18:58  

Dato', Memang betul kemenangan di Galas adalah sebab KU LI and at the same time PAS leadership understood as it makes no difference and they too has respect for TRH and the same with TRH for TGNA. As you know it is the interest that is permanent -TRH and TGNA has the same interest and pray to GOD they will get it for the betterment of the Kelantanese which other UMNO leaders are dumb and blind. If TRH jadi PM... orang DAP pun akan masuk UMNO. But if the current leaderships remain... well well, well nasib kurang baik tersungkur next PRU tambahan Bt Sapi pula jadi Benchmark!!! Zaman Kebangkitan ... akan jadi Zaman Kesakitan!
Gua tunggu TRH jadi PM...

orang skudai,  6 November 2010 at 19:28  

Ramai orang bilang Galas dimenangi oleh BN kerana TRH.Betul dan tak betul
Betul sebab TRH ikhlas memperjuangkan hak rakyat (sebut : manusia) hingga sanggup berkongsi pentas dengan kerajaan negeri PAS menuntut royalti minyak.
Tidak betul sebab kerajaan pusat juga banyak membantu dan berjanji akan membangunkan Galas. Apa yang rakyat Galas mahu adalah janji BN ditunaikan. Harapan rakyat jangan diabaikan.

Anonymous,  6 November 2010 at 20:00  

i will take a bullet for Ku Li.NI bukan overated punya sokongan mahupun yang memba*i buta tuli.SEcara jujurnya keran KU Li sendiri serang yang jujur pada rakyat.Itu yang rakyat mahu.Itu yang Agama tuntut.Kejujuran dan Keikhlasan.
Tapi Hakikatnya ada berapa orang Ku LI dalam UMNO hari ini?

Anonymous,  6 November 2010 at 20:32  

tak tau BM pun takape
asalkan BN menang
Nanti kat Parlimen duduk aje lah
Kiter nak numbers aje

Anonymous,  6 November 2010 at 21:09  

One Galas does not make a summer? Remember what happened in Ijok. In the by-election BN won and a few months later in the GE it lost it to Tan Sri Khalid of PKR.
BN cannot win on its own merits. It has to cheat, bring in immigrants, give handouts, bribe voters, make threats and instil fear.
Only simple minded folks will vote UMNO.
OK, BN has won. Now what has changed - racism, corruption, decline of the judiciary, a corrupt AG and MACC chief?
Will FDI return?
There is nothing to shout about. The war, GE 13, has yet to come.

Karl,  6 November 2010 at 22:04  

Pemuda UMNO bangkit, KJ trail blazer, dua dua tempat dia cover perabis dato sak. Credit pada pemuda mana?

Anonymous,  6 November 2010 at 22:05  

Sebenarnya PRK tidak dapat memberikan gambaran yang sangat tepat pada sokongan rakyat. Tetapi saya setuju dengan penulisan saudara AK bahawa orang-orang BN kena kaji kaji mengapa undi PKR naik di Batu Sapi. Ini adalah berita buruk bagi PM yang berura-ura untuk mengadakan PRU lebih awal. Nasihat saya pada PM 1Malaysia bersabar dahulu kerana lagi cepat beliau mengadakan PRU ke 13, lebih cepat BN akan bungkus.

Anonymous,  6 November 2010 at 22:07  

Biarlah pemimpin BN syok sendiri. Rakyat sedang menanti pilihanraya umum ke-13.

bat8 6 November 2010 at 22:55  

orang Skudai,

1. Kawasan parlimen Gua Musang adala satu-satunya kawasan parlimen yang dikuasai oleh UMNO(Baru) tetapi dilayan sama seperti kawasan parlimen yang dikuasai pembangkang dari segi pembangunan. Mengapa? Rasanya kita tidak perlu angkawasan negra untuk menjelaskannya.

2. Jika kita lihat kepada kualiti curahan projek segera di Galas baru-baru ini, ia jauh lebih berkualiti dan bermutu jika dibandingkan dengan kawasan yang serupa dalam mana-mana PRK.

Setiap menteri yang datang membawa ole-ole yang benar-benar berkualiti. Yang paling berkualiti ialah projek perumahan rakyat yang bernilai RM 180 juta, berbanding dengan gelanggang sepak takraw, tar jalan kampung yang tahan hanya 3 bulan dsb.

3. Saya percaya projek-projek ini terpaksa diberi sebagai syarat untuk Kuli menerima perlantikan sebagai pengarah PRK. Orang galas are too glad to deliver the votes in exchange for these quality goodies.

bat8

Anonymous,  7 November 2010 at 00:34  

Many points can be further argued, but I fully support these.

All the hypes aside, every single umno/bn leaders know exactly both wins werent genuine. precisely. there is no solid strength that can be proud of.

Galas is majorly Ku Li's sphere, though fading off. umno has no real backbone/strength - mere twist and mass exploitation. electorates intimidation, you can see with your own eyes w/o people telling.

PR is quick in muhasabah - it strengthen their counter attacks in next GE - real soon. Many Malay intellects, professionals & like-minded Malaysians stands under the flagships of Pakatan.

Afterall umno is dying in Semenanjung, with both wings (mca.mic) broken and dead.

And PR is gaining momentum among educated Malaysians!

Anonymous,  7 November 2010 at 07:57  

Perlukah kita menunggu PRK untuk membawa pembangunan kepada sesuatu kawasan? jika demikian biarlah ada PRK tiap bulan. InsyaAllah Malaysia akan membangun.
Pak Tua

Anonymous,  7 November 2010 at 09:46  

Salam Dato',

Bagi orang yg waras,rasional,jujor dan adil sudah pastinya akan menerima hakikat bahawa kemenangan UMNO/BN dalam PRK DUN Galas tempoh hari adalah berpunca dari pengaruh dan peranan yg dimainkan oleh TRH.Memangnya,kita tidak boleh menafikan bahawa banyak faktor lain telah turut menyumbang kepada kemenangan itu.Samalah juga dengan perlawanan bola mithalnya,setiap faktor seperti kehandalan dan kecergasan pemain-pemain, kepakaran jurulatih,kecekapan pihak pengurusan dan kehebatan para penyokong semuanya itu ada peranan yg akan menyumbang kepada kejayaan sesuatu pasukan itu.Tetapi peranan utama yg boleh membawa kepada kemenangan sesuatu pasukan itu sudah pastinya dimainkan oleh jurulatihnya,kerana beliaulah yg bertanggungjawab membentuk dan mewujudkan pasukan yg mantap dan handal,kuat dari segi mental dan fisikal,membina semangat juang dan semangat berpasukan,dan mengatur corak permainan dan strategi perlawanan.Hatta,kehadiran beliau dibangku perlawanan dengan jerikan tujuk ajar dan panduan dari luar padang bukan sedikit pengaruhnya dan,kadang-kadang, ianya boleh menjadi penentu kepada keadaan kalah menang pasukan itu.

Dalam kes PRK DUN Galas ini TRH bolehlah diibaratkan sebagai jurulatih pasukan bola itu.Perlantikan beliau,seorang ketua bahagian, sebagai pengarah PRK yg tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO telah membuktikan bahawa kepimpinana UMNO telah mengiktiraf dan memperakui kehebatan TRH sebagai "jurulatih"yg boleh membawa kemenangan dalam PRK itu.

Impak perlantikan beliau itu cukup besar.Secara psikologi ia telah mengerun dan mengusarkan pihak pembangkang kerana, ianya bukan sahaja atas sebab kekuatan dan pengaruh TRH setempat, tetapi juga kerana perlantikan itu telah memperlihatkan kebijaksanaan kepimpinan UMNO dengan mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada pemimpin veteran sebagai satu usaha kearah penyatuan dan pengukuhan parti.

Perlantikan TRH itu merupakan kemenangan awal UMNO/BN yg disusuli pula dengan strategi dan pendekatan yg sesuai dan berkesan.Bermula dengan langkah kanan,dengan semangat yg tinggi dan keazaman serta komitmen yg jitu dan mantap dari semua pihak dibawah pimpinana TRH sebagai pengarah, UMNO/BN telah memperolehi kemenangan yg diharapkan itu.

Oleh itu saya merasakan amat tidak wajar dan tidak bijak jika para pemimpin UMNO membuat rumusan dan mengatakan dengan penuh yakin bahawa kemenangan PRK DUN Galas itu membuktikan UMNO sudah sembuh dan pulih seperti sedia kala.Realitinya,UMNO masih belum pulih dan belum cukup kuat untuk menghadapi PRU dalam masa terdekat ini.Keyakinan rakyat kepada kerajaan dan juga parti UMNO masih belum cukup kuat dan mantap.Tindakan dan usaha kerajaan dan parti UMNO untuk mencegah rasuah dan politik wang dalam parti tidak ternampak kesan dan hasilnya.Oleh itu,para pemimpin UMNO seharusnya tidak begitu bergembira ria dan merasa amat selesa dengan kemenangan kecil itu sehingga melupakan realiti dan keadaan politik semasa yg tidak begitu meyakinkan itu.

Askar Tua

Ellese,  7 November 2010 at 12:38  

Incredible analysis. Biarlah galas coz of Ku Li, Sapi because of Balu, bagan because of Isa etc. As long as bn win it's fine.

I think you're blind. But I like this trend of putting the right candidate. As long as bn put the right candidate the better it is for the nation. It's just sad that pakatan cannot get past this pakatan rhetoric. Ansari and it's galas candidate were losers before and not accepted by people. Voters deserve better and good candidates. As long as bn pushes in this manner it's good. How I wish pakatan too can put good candidates and not recycled ones. Then the voters will have a good choice.

The way forward is for parties to put good candidates for voters to choose. You may want to discredit UMNO for the win. It's your prerogative. Pakatan can also put lousy candidates for future. It's also their prerogatives. But as long as UMNO and pakatan continue like this UMNO will win. Voters are not as stupid as you may think.

syed putra ahmad 7 November 2010 at 14:41  

...Pendekatan yang di lakukan oleh Ku Li di Galas ialah pendekatan memuliakan rakyat sebagai manusia. Manusia yang mempunyai harapan dan kegelisahan. Harapan yang menuntut di puaskan, kegelisahan yang menuntut di redakan. Kita engage pengundi sebagai manusia yang mahukan permuliaan. Dan cara kita lakukan, orang boleh membaca sama ada ianya ikhlas dan jujur...

petikan di atas merumuskan intipati kepada semua yang tak kena dengan politik dan ahli politik kita - dari semua kelompok dan parti.

semakin cepat perkara ini diinsafi dan dihayati dengan jujur, semakin cepat pulalah potensi sebenar negara bertuah ini akan menempa jalan selamat.

syabas dato atas kejujuran yang ditunjukkan. sifat inilah yang amat berkurangan dalam masyrakat kita kini, dan sifat ini jugalah merupakan kunci khazanah kejayaan dan hikmah yang hilang.

Anonymous,  10 November 2010 at 12:33  

Pemilihan Mak Cik tu sebagai calun bukan apa. Cuma Najib nak mewujudkan satu presedent supaya jika mana AP BN meninggal maka isteri mereka kan dilantik sebagai calun. Termasulah Najib sendiri jika dia meninggal maka Rosmah Mansor akan menjadi calun. Maka terlepaslah peluang ahli-ahli UMNO yang lain termasuk yang di Pekan. :))

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP