Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 18 March 2015

The Speech from the Hermit of Langgak Golf.



I shall wait for a few days to put up an extended analysis of Tengku Razaleigh's speech in parliament. 

Yesterday, I put up the speech Tengku Razaleigh Hamzah made in parliament. There is an English version of his speech. I prefer to put up the Malay version to allow the Malay readers understand better the issues raised.
Responses to the speech have been swift. The umno people are not overly disturbed. The delivery of the speech was superb, In line with the cultured personality of Tengku Razaleigh. It was a controlled and, I would say, restrained presentation.
Unlike Tengku Razaleigh, many of us, including I, are not that restrained and containable. We come to parliament- if there are opportunities, will whack the government in the manner of combustible spontaneity within the permissible space of parliamentary immunity. 
Because we know, whatever we say, will fall on deaf ears. 
Towards the end of his speech, because I knew he would be ending it soon as I have a hard copy of the speech he was delivering, I stood up to ask a question I have asked privately of Tengku Razaleigh ever so many times.
I asked something like this when translated in English.
The most honourable member from Gua Musang has given an intellectual if somewhat fine table mannered rationale of the issues raised for example by Dr Mahathir given outside, in various media. I would like to ask the most honourable member this question- would the most honourable member from Gua Musang take the next step, which is to make a small personal step but a giant leap for the people of this country, to give leadership to this country?
Will you deliver us from this insouciant leadership?


Read more...

Tuesday, 17 March 2015

Tengku Razaleigh Hamzah aka The Hermit of Langgak Golf Speaks in Parliament- Finally!



HUTANG NEGARA, DEWAN RAKYAT DAN TANGGUNGJAWAB KITA

Ucapan oleh  Y.B.M. Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang Di Sidang Dewan Rakyat pada hari Selasa, 17.3.15

Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya.  Ia menitikberatkan  kebimbangan saya  yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.    
2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.
 3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan  mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi  masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.
4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.
5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.
6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.
7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat. 

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan  sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.
 9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.
10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.
 11.  Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.
12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat  bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.
13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan. 
14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusiinstitusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadananperbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.
15. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekalikali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini  mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.
16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.
17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.
18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali AhliAhli Yang Berhormat sekelian.
19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.
 20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada  hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.
21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

Read more...

Friday, 13 March 2015

Dr Mahathir aka The Man Who Can Walk On Water.



Saya telah menulis suatu artikel mengenai himpunan solidarity bersama najib. Ianya tidak lebih suatu himpunan berbai’ah dan menjerit menyatakan taat setia kepada Bossman Najib.
Saya pakai istilah boss kerana dalam parlimen, ahli parlimen dari Baling kata- Dato Najib boss dia dan sesiapa yang berkata buruk pada boss dia kena langkah mayat dia dahulu.
Saya lihat ahli parlimen UMNO lain pun-kata orang Pahang- mengerenying’ bila dengar dia kata begitu. Dalam Bahasa inggeris agak nya sama dengan grimaced embarrassingly mendengar ahli dari baling kata demikian.
Tidak mengapa, mulai dari sekarang, kita akan gelar Najib- bossman Najib.  Saya juga berharap ahli parlimen Baling ambil tindakan keatas dr Mahathir kerana sangat terang- artikel DR Mahthir memburukkan bossman Najib.
Dalam artikel saya itu, saya telah mengatakan 154 ketua bahagian UMNO yang hadhir tidak dapat mensucikan 1MDB.
Tulisan saya itu, pales in comparison dari tulisan Dr Mahathir yang terkini.
Sesiapa sahaja yang membaca tulisan tersebut dan ada sedikit bahan berwarna kelabu dalam kepala mereka akan sedar bahawa Dr Mahathir mebayangkan secara explicit bahawa terdapat rasuah yang berlaku dalam seluruh urusniaga 1MDB.  Dan ia melibat ramai orang dan kemungkinan juga bossman Najib.
Saya salinkan tulisan Dr Mahathir secara keseluruhan disini supaya semua rakyat Malaysia, semua bangsa sedar bahawa 1Malaysia Dalam  Bahaya.
Alangkah bodohnya cubaan untuk menyekat tulisan Dr  Mahathir. Tulisan nya sudah tersebar luas dan rakan2 ada yang email kan tulisan tersebut. Portal lain ada juga menyiarkan artikel itu sepenuhnya.
Error 403 bererti ada pihak yang komplen pada MACC dengan mendakwa penulis blog tidak menepati syarat2 berblogging seperti memalukan tokoh2 tertentu dan melakukan pembohongan. 

Artikel DR Mahathir.

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.
6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB. 

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya."

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP