Taka Taka Sepuluit Bila di Tanak Ia Berdarai.
1. Kita lihat umno kembali berkuasa di Perak. Besar kemungkinan ia hanya dapat mempertahankan kedudukan dengan berkerjasama dengan DAP dan Pas. Itu sudah memberi ia majoriti. Lupakan saja PKR.
2. Bagaimana perkembangan seterusnya terjadi tidak menarik minat saya. Ianya kemenangan untuk Wak Zahid saja. Apa akan terjadi di peringkat nasional lebih menjadi minat saya.
3. Tapi itu tidak akan menyelamatkan Zahid dari keskes mahkamah. Kebatilan tetap kebatilan walaun semua melakukan nya. Kebenaran tetap kebenaran walaupun kita seorang melakukan nya.
4. Kita andaikan sebagian ahli umno selesa dengan keadaan mereka sekarang. Yakni di anggap sebagai angka dan jadi abdi kepada golongan neo fiudalis.
5. Abdi-abdi ini akan berketuakan tokoh-tokoh seperti Jawa Bagan Datoh ni dan amirul munafik Najis Rojak. (di Indonesia Razak jadi rojak)
6. Dua tokoh ini mengetuai faksi yang berbeda. Mereka sekata hanya dalam memperbodohkan abdi-abdi dan dalam pembohongan serta perompakan mereka.
7. Saya tidak akan membincangkan tokoh seperti Anuar Musa. Dia tidak mengepalai mana-mana faksi. Dia hanya mengangap dia legenda dalam kepala nya. Dia fikir dia anggap dirinya boleh menjadi Presiden umno dan pm. Tapi dia hanya berangan angan saja. Biar dia mati beragan.
8. Ada ahli-ahli umno yang tidak berfaksi yang mahu mengekalkan identiti sebagai ahli umno yang virtuous atau soleh. Tapi mereka tercari cari ketua.
9. Mereka ini tidak bersetuju dengan xenophobic nationalism yang diperagakan oleh Zahid dan Najib, menentang bigotry ugama, menolak rasuah serta tidak percaya bahawa umno hanya boleh dipimpin oleh si Zahid si Zahid dan Najib-najib.
10. Dalam keadaan yang demikian seorang tokoh yang righteous mesti tampil kedepan dan mengepalai mereka.
11. Enggan berbuat demikian adalah jenayah. Kerana tokoh-tokoh seperti Zahid dan Najib hanya mahu memperkudakan umno untuk melepaskan tengkok mereka dari jerutan undang-undang. Mereka mengajak umno membelakangi undang-undang. Itu satu ajakan yang mesti ditolak.
12. Orang yang mempunyai kelayakan ini-yang menerima kemajmukan rakyat malaysia, yang menentang segala bentuk ekstemisme ugama, menolak korapsi, menerima keluran undang-undang dan menolak pimpinan neo fiudalis dan ingin melihat demokrasi dan meritokrasi adalah Tengku Razaleigh Hamzah.
13. Kebetulan, perkara-perkara yang saya sebutkan tadi adalah faktor-faktor yang bolih menyelamatkan umno. Jika serius.
14. Kekuatan umno ialah ia satu organisasi yang mempunyai akar umbi. Akar umbi yang di warnai oleh pimpinan yang betul. Umno sekarang dilihat sebagai parti politik yang mengamalkan xenophobic nationalism, ekstemisme agama, korapsi dan membiarkan dirinya dipimpin olih neo fiudalis yang reaksioner!
Apakah sebab nya? Kepimpinan bobrok dan jelek mengensel kekuatan akar umbi.
15. Sayang sekali umno dalam bentuk yang ada tidak dapat diselamatkan lagi. Budaya buruk telah menular ke badan umno. Ia keser tahap 4. Umno diwarnai olih sibghah nya sendiri.
16. Jalan terbaik untuk Tengku Razaleigh ialah keluar umno yang ada. Himpun semua mp yang sepemikiran dan tubuh sebuah umno baru.
17. Atas sebab-sebab ini umno bukanlah dalam posisi kuat untuk mendesak apa-apa daripada Muhyi. Terlalu banyak faksi-faksi dan pimpinan sekarang adalah pimpinan yang dysfunctional.
0 comments:
Post a Comment