Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 19 April 2017

Orang Melayu, Orang Islam




Orang Melayu mesti melepasi sekatan fikiran yang memerangkap mereka. Sekatan dan halangan yang menyesakkan diadakan oleh UMNO. Sekarang, UMNO di bantu oleh PAS. Tujuan nya membelenggui minda orang Melayu. Mereka jadi mundur, jahil dan suka bergaduh. Mereka suka menyalahkan orang lain.
Membuka minda orang Melayu lebih penting dari mendengar cakap besar Najib Tun Razak didepan cybertrooper UMNO. Dihadapan penyokong, amat mudah cakap tak takut pada Mahathir, kit siang atau Rafizi. Biasalah Najib seperti ini.
Ini cakap yang keluar dari orang yang menciput lari dari acara nothing to hide dan orang yang menyekat Nazri Aziz berdebat dengan seoarang tua 91 tahun. Dia hanya berani dengan orang kampong yang mudah diancam dan digertak. Macamlah BR1M itu duit peribadi nya. Atau bantuan JKM.
Biarlah Najib cakap demikian kerana ianya mencerminkan asuhan yang tidak sempurna mencerca orang tua. Dalam budaya Melayu, menghina orang tua hanya mencerminkan asuhan yang tidak sempurna. Lantaklah sebahagian orang Melayu yang suka sikap seperti ini.
Yang lain dari kumpulan minoriti ini ( mereka hanya 3 juta dari 18 juta Melayu) kita tumpukan kepada usaha memerdekakan minda orang Melayu. Supaya jangan memikirkan, jalan selamat mereka ialah melalui UMNO. Supaya jangan memikirkan jika UMNO tumpas masa depan orang Melayu akan gelap.
Sumbatan minda ini menyebabkan mereka memahami dunia sebagai negara yang diancam oleh sentiment anti bangsa, anti agama dan anti raja mereka. Pandangan hidup yang satu dimensi ini, telah dicipta oleh UMNO dan sekarang dibantu oleh PAS. Betullah kata kawan saya, setiap penyakit itu ada jampi nya. UMNO ada penyakit, PAS beri ayat dan air jampi yang diperlukan.
Dunia yang didiami oleh bangsa Melayu tidaklah semuram demikian. Tidak ada yang mengancam bangsa mereka, agama mereka dan raja mereka. Musibah yang melanda bukan disebabkan oleh sesiapa, melainkan oleh diri mereka sendiri dan pemimpin mereka.

وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
Al- Quran 42:30
Apa pun musibah yang terkenakan kamu , adalah disebabkan hasil tangan kamu sendiri dan untuk ramai antara mereka, Dia mengurniakan keadilan.

Pada pihak yang satu lagi, kita dapat apa yang kita usahakan.
53: 39-41
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Dan manusia itu tidak mendapat apa2 melainkan yang di usahakan oleh diri mereka sendiri

وَأَنَّ سَعْيَهُ سَوْفَ يُرَىٰ

Dan bahawasanya, hasil usahanya akan dilihat  

ثُمَّ يُجْزَاهُ الْجَزَاءَ الْأَوْفَىٰ

Kemudian baharulah dia mendapat balasan yang setimpal.

Baik dan buruk yang menimpa kita ialah hasil usaha kita juga. Bukan sebab UMNO atau parti mana2 yang berikan kepada kita. Jika Melayu mundur, kesalahan yang besar ada dalam diri mereka. Jika mereka berjaya, itu adalah kerana usaha mereka sendiri. Nila kita faham konsep ini, kita boleh memilih parti memerintah yang meraikan dan memulikan minda Melayu yang merdeka.
Bangsa Melayu mesti mengembalikan jiwa merdeka dan berfikir untuk diri sendiri dan jangan dengar cakap orang lain.
Saya tidak kiralah apa pemimpin , ustaz dan pengikut pas hendak kata; Anjing, keldai, babi, peghianat, budak suruhan- apa pilihan yang mereka ada melainkan mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun? Parti mereka pun dikenali sebagai parti maki wa hamun. Bahkan ada kawan saya yang didatangi oleh penyokong2 totok parti PAS- parti keamanan, peace yo all, parti membangun bersama Islam,  diugut untuk dipukul dan dibunuh kerana darah mereka yang menentang PAS, halal difatwakan oleh pemimpin PAS.
Kepada saya, ianya hanya menunjukkan tahap asuhan budi perkerti yang rendah keatas mereka.
Negara  ini tidak sekali kali boleh diperintah orang bangsa bukan Melayu- cina yang 24% dan India yang 15% tersebut. Benteng pertahanan Melayu ada 3 paling kurang- demografi yakni jumlah orang Melayu. Pada tahun 2035, orang Melayu mencecah 85%. Kemudian kita ada perlembagaan yang sudah cukup dengan kunciselamat yang bila2 mengalahkan ancaman kepada kedudukan orang Melayu. Akhir sekali kita ada Raja2 Melayu- suatu benteng yang menjamin kedudukan bangsa Melayu.
Jadi segala ancaman ini apa sebenar nya? Ianya cara2 menakutkan orang Melayu supaya tunduk kepada agenda puak UMNO dan sekarang puak PAS untuk mengekalkan kedudukan masing2.
Keadaan kalut dan huruhara terjadi keatas orang Melayu kerana mereka mengikut dan bertaatan kepada pemimpin2 mereka secara membabi buta. 

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka akan berkata, ya Rabb, sesungguhnya kami telah mendengar dan bertaat kepada pemimpin dan pembesar kami, dan mereka lah yang menyesatkan kami.  Al ahzab, 67.

رَبَّنَا آتِهِمْ ضِعْفَيْنِ مِنَ الْعَذَابِ وَالْعَنْهُمْ لَعْنًا كَبِيرًا

 Ya Raab, hukum lah mereka dengan dua kali ganda siksaan dan laknat mereka dengan laknat yang lebih besar.  Al Ahzab, 68.



Bangsa Melayu yang beragama Islam mesti melepasi batasan artifisial yang dicipta oleh golongan sayap kanan dan pelampau agama. Kedua2 nya mempertahan ketuanan Melayu dan ketuanan Islam.
Negara yang makmur akan jadi musnah, jika pengurusan nya rasuah, pemimpin nya buas dan zalim, undang2 dilaksanakan bukan untuk keadilan tapi untuk menekan. Nilai2 mulia seperti amanah, jujur, cekap, memilih yang terbaik, dibelakangkan.
Orang agama jangan kita percaya 100%- ada sebahagian hanya mahu menyesatkan kita. Ada sebahagian yang tidak amanah- kita amanahkan harta yang banyak,dia akan pulangkan kepada kita, ada yang kita beri sedikit, dia akan sakau. Sebab kepada mereka, orang jahil tidak perlu dipertanggung jawabkan. 

Dalam surah al 'imran, kita ada ayat 69, 71 dan 75.

وَدَّت طَّائِفَةٌ مِّنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَوْ يُضِلُّونَكُمْ وَمَا يُضِلُّونَ إِلَّا أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Sebahagian dari ahli kitab itu merancang untuk menyesatkan kamu, tapi mereka tidak menyesatkan sesiapa melainkan mereka sendiri sedang  mereka tidak memahami nya.

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ya ahli kitab, mengapakah kamu mengelirukan kebenaran dengan kepalsuan dan menyembunyikan kebanaran sedangkan kamu menhetahuinya?

 

 وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِن تَأْمَنْهُ بِقِنطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُم مَّنْ إِن تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَّا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ


Dalam surah Saba’ ayat 15-17 Allah beri peringatan. Negara yang baik pun hancur jika orang ulama tidak jujur, suka akan dunia, suka berpoya dan bergaya- suka jadi encik somi.

لَقَدْ كَانَ لِسَبَإٍ فِي مَسْكَنِهِمْ آيَةٌ ۖ جَنَّتَانِ عَن يَمِينٍ وَشِمَالٍ ۖ كُلُوا مِن رِّزْقِ رَبِّكُمْ وَاشْكُرُوا لَهُ ۚ بَلْدَةٌ طَيِّبَةٌ وَرَبٌّ غَفُورٌ
Untuk rakyat Negara Saba ada suatu tanda-2 ladang dikanan dan dikiri. Makan lah dari pemberian Tuhan kamu dan bersyukur kepada Nya kerana menyediakan suatu tempat yang baik dan dipelihara oleh Tuhan.
34:15

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُم بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِّن سِدْرٍ قَلِيلٍ

Tapi mereka engkar, maka kami turunkan banjir besar, memecahkan ampangan . kami gantikan ladang yang subur dengan ladang yang pahit buah nya dan pohon sidri. Negara musnah.

34:16
ذَٰلِكَ جَزَيْنَاهُم بِمَا كَفَرُوا ۖ وَهَلْ نُجَازِي إِلَّا الْكَفُورَ

Itulah balasan kami kerana keingkaran mereka. Demikian lah balasan kita kepada yang kufur.

34:17
Bila kita tidak bersyukur dalam erti kata menolak nilai2 mulia yang menyokong seni berkerajaan, negara kita akan hancur. Menerima Najib bererti kita menolak niilai amanah, benar, jangan salah guna kuasa, guna undang2 untuk menzalimi. Erti nya kita tidak bersyukur, maka negara kita jadi musnah.
Bukankah dalam surah Ibrahim yang selalu digunakan oleh ustaz UMNO dan sekarang PAS, ada peringatan:-

Jika kamu bersyukur, Aku akan tambahkan nikmat keatas kamu; tapi jika kamu kufur dan ingkar, maka azab Ku sangat dasyat. Ibrahim:7

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP