Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 27 April 2017

Orang Melayu Dalam Bahaya kalau Memilih Najib dan UMNO



Sebelum saya meneruskan tulisan, saya ingin menyertai jutaan rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Mohd Thaqif Amin.
Kanak2 ini meninggal dunia setelah menjalani pembedahan keatas kedua kaki nya. Kaki nya cedera parah dan menjadi gangrene setelah dipukul dengan paip getah. 
Saya harap kita jangan mempolitikkan perkara ini. Ini kes pembunuhan atau mencedera menyampai kepada kematian. Pihak polis mesti dibenarkan menyiasat sepenuh nya.
Dalam pada itu sekolah itu sendiri patut ditutup sementara. Janganlah kita katakan bila kita tutup sekolah ini sementara, kita anti Islam. Ikutlah undang2 dan tuntutan kepatutan. Kalau dinegara barat, sekolah ini akan ditutup untuk jangka waktu yang tidak ditetapkan. Ibu bapa yang lain berhak bertanyakan kebajikan anak2 mereka. Ada sebab untuk risau dan runsing.
Kepada kita, amat menyedihkan jika yang muda daripada kita, kerana sakit atau dalam kes seperti ini pergi dahulu dari kita yang tua. Saya amat faham perasaan yang dilalui oleh keluarga arwah Mohd Thaqif Amin. Tidak ada yang meyedihkan seorang bapa atau ibu daripada melihat anaknya pergi dahulu. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada roh Mohd Thaqif.
Sepatutnya sekarang kita baca talqin keatas kerajaan Najib, bukan Mohd Thaqif. Bagaimana dia boleh bertahan lagi? Kerajaan nya penuh dengan gangrene rasuah. Rasuah menular kesegala genap lapisan pembuat keputusan.
Habis segala wang dan asset negara dicuri. Segala pelabuhan, jalan keretapi – yakni asset2 stratejik akan dikontrol oleh China. Asset2 yang stratejik ialah segala yang memberi kelebihan kepada kita. Apabila asset2 ini dikuasai oleh orang lain, maka kelebihan kepada kita akan hilang. Hilang kelebihan, kita tinggal dengan kelemahan.
Teluk Sepanggar di Sabah misalnya akan dikuasai oleh China. 2 kapal selam kita yang entah bagaimana tahap kesiapsiagaan nya tidak boleh beroperasi bebas jika teluk itu dan perairan sekitarnya, dikuasai oleh China.
Dengan banyak nya pelabuhan yang dibina oleh China, tentulah mereka nanti mahu melindungi harta2 ini. Mereka tidak akan percaya kepada kapasiti perlindungan Malaysia akan membawa ejensi perlindungan mereka sendiri. Mungkin bawa tentera atau menggunakan ejensi sekuriti sendiri. Najib yang termakan budi akan menggadai body.
Jangan kita hairan China akan meminta Malaysia kebenaran menjaga dan melindungi pelaburan mereka yang berbilion Ringgit itu. China tahu bahawa segala institusi di Malaysia sudah dimusnahkan oleh rasuah dan sudah di compromised.
Tapi hanya beberapa minggu lalu, saya macam para pembaca juga. Dengar cakap besar presiden UMNO didepan cybertrooper. Dia kata dia tidak takut dengan Mahathir, Kit Siang dan Rafizi. Tapi seperti yang saya kata, ini lah dia orang yang menciput lari bila mahu berdebat dengan Mahathir. Mahathir 92 tahun lawan Najib 65 tahun.
Tapi dibelakang Mahathir bukan main hentam lagi orang tua. Ini bukan budaya Melayu. Tidak hormat dan muliakan orang tua. Jka kita membuang Najib, kita tidak akan kerugian apa2 sebab dia kurang keMelayuan nya.
Saya sudah beritahu, hari ini kita berdepan dengan dua ideologi fascism. Fascism yang dimulakan di Itali oleh Mussolini ialah suatu system pemerintahan dimana kuasa terhimpun kepada seorang dictator. Atau suatu ekonomi yang tertakluk kepada kawalan2 kerajaan sementara berlaku penindasan keatas pembangkang. Dan biasanya ia suatu system pemerintahan yang bersandarkan ketuanan bangsa dan ketuanan agama.
Inilah apa yang terjadi kepada Malaysia dengan berPMkan Najib. Kita menuju kepada negara fascist.
Pertama ialah ketuanan Melayu. Kedua ialah ketuanan Islam. Melayu tidak ada masaalah. Yang bermasaalah ialah ketuanan. Islam pun tidak ada masaalah. Yang masaalah ialah ketuanan itu. Masaalah nya ramai orang kita Melayu ingat bahawa keMelayuan kita mesti diukur dengan standard UMNO. Demikian juga, Islam kita mesti diukur dengan arastanda Islam PAS dan orang PAS.
Kedua dua nya, berasaskan kepercayaan yang tidak rasional. Ketulenan Melayu hanya boleh dijamin dengan bermusuhan dengan segala bangsa lain yang dirasa sebagai ancaman kepada ketulenan tersebut. Melayu itu dikatakan diancam oleh peningkatan kuasa politik orang Cina. Orang Cina ancam kedudukan orang Melayu, agama orang Melayu dan institusi raja Melayu.
Demikian juga, Islam dikatakan terancam dengan orang bukan Islam  terutama bangsa cina di Malaysia.
Orang yang berfikiran rasional, termasuk juga sebahagian besar orang Melayu, menolak penceritaan UMNO. Sebab ianya bercanggah dengan reality politik negara ini.
Pertama demografi orang Melayu. Mereka merupakan bangsa majority dan mana2 kerajaan yang anti orang Melayu akan ditumpaskan. Mustahil parti2 yang mewakili bangsa Cina dapat mengatasi demografi orang Melayu. Lama kelamaan demografi orang Melayu semakin kukuh. Pada tahun 2035, jumlah orang Melayu ketika itu mencecah 85%.
Jadi bagaimana kuasa politik orang Melayu digugat?
Yang bertanggung jawab keatas keadaan ekonomi orang Melayu misalnya ialah kerajaan. Mereka ada kuasa dan menguasai perbendaharaan. Segala kemajuan dan pemajuan, kerajaan yang berkuasa hari ini lah yang menjalankan nya. Jika perjalanan nya pincang, yang menyebabkan kepincangan itu ialah kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu. Pemerintah yang tidak amanah, berketuakan pencuri, tidak jujur, lembab dan rasuah.
Cuba kita bandingkan kualiti kerajaan yang ada di Selangor dan Pulau Pinang. Negeri ini tidak berkerajaankan UMNO, tapi ekonomi mereka yang terbaik di Malaysia. Orang Melayu yang tinggal dalam dua negeri tersebut menikmati kebajikan ekonomi yang lebih baik berbanding dengan negeri2 yang ditadbir oleh UMNO.
Apa ertinya ini? Ertnya, kualiti kerajaan UMNO lebih rendah dari kualiti kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor. Tahap kepedulian kerajaan terhadap kebajikan orang Melayu dalam dua negeri tersebut lebih tinggi dari yang ada dalam negeri2 yang dikuasai oleh kerajaan UNMNO.
kalau kita tengok yang berlaku sekarang ialah pemerintah Melayu lah yang menekan dan mengganasi orang Melayu sendiri. Tambah lagi, kerajaan Melayu itu kerajaan yang dipimpin oleh UMNO.
Maka jika kita memilih Najib dan UMNO, keadaan sebegini akan diteruskan. Ekonomi dan kekayaan negara akan dikuasai oleh golongan elit. Kuasa akan terhimpun dalam tangan suatu kumpulan yang berpengaruh dan kaya. Nyawa bangsa Melayu dalam bahaya jika dipertaruhkan dalam tangan UMNO.

Lihatlah fakta sekeliling kita. Orang Melayu memerintah sejak selepas merdeka. Namun kedudukan orang Melayu yang betambah baik ialah golongan terplih dan golongan atasan.
Kekayaan dikuasai oleh golongan atasan. Ini bukan rencana semulajadi atau yang ditentukan oleh Tuhan. Ianya terjadi akibat dasar2 yang menguntungkan golongan atasan dan elit yang sekarang ini diwakili oleh orang macam Najib.
Nampaknya kekayaan dan kemajuan negara ini baik untuk golongan atasan dan terpilih.
Orang Melayu khususnya, lebih saksama dalam kemiskinan mereka. Ramai yang sama miskin rupanya.
Pada tahun 2014, pendapatan golongan 20% teratas ialah RM12600 manakala pendapatan yang 40% terbawah ialah RM2300. Ertinya, oorang kaya mempunyai pendapatan 6 kali ganda.
Dan ini bukan kejadian semula jadi atau ketentuan azali. Ia terjadi kerana dasar yang dibuat memang menguntungkan golongan yang kaya.

6 comments:

Anonymous,  27 April 2017 at 20:31  

Melayu tak akan dapat diselamatkan selagi dibawah ketiak UMNo dan PAS.
Kalu dlm diktorship atau kumpulan ganster biasanya habya ada Li55le Napoleon yg jadi racun. Dlm masyarakat China pun habya ada TAILONG.
Dlm budaya melayu model UMNo PAS ada AYAH,PAK LONG,LANG CHAK CHU ,ABABG long lang ngah chik su.
Tok Ayoh Eddy Ah Wang Kin Cin Teh Ko besar dan sebagainya.
Masyarakat melayu TIDAK dib3 benarkan FIKIR dgb Akal sendiri akibat belenggu Agama versi MALAYU TAKIBAN .
Kita mmg diambang KEMUSNAHAN.

Anonymous,  28 April 2017 at 09:08  

Kalau kita perasan tidak ada yang keluar terpancul dari mulut Najib, Zahid, Khairy,Nazri,
Hishamudin, Mustafa Mohd,dan macai macai atasan BN tentang perang ke atas rasuah..
dgn itu saja kita dapat ketahui bahwa mereka tidak akan berani membuka mulut cakap tentang perbuatan mereka sendiri.

Kerajaan yg menang di-PRU 14 kelak wajib hantar delegasi ke negara Scandinavia untuk
belajar macam mana mereka mengajar rakyat nya tolak rasuah dam mekanisma kukuhkan jentera
kerajaan untuk pantau rasuah...tak payah susah susah pun kalau nak belajar...jiran
selatan kan ada?? tak kira siapa aja yg boleh kita belajar asalkan baik kesudahan nya.

Anonymous,  28 April 2017 at 09:30  

Iman dan imam dapat dibeli dengan wang ringgit.ianya tidak dapat diwarisi, kalau tidak percaya sila tanya malaikat alam kematian bila berada dialam kubur kelak.

PutraKraken 28 April 2017 at 10:34  

Salam Datuk

Macam mana kita nak tembusi pemikiran melayu yang bengong dan bangang agar melihat perkara sebenar. Pemimpin Melayu UMNO dan PAS yang bengong dan bangang menambah lagi kebengongan dan kebangangan Melayu.

Melayu sudah lupa bagaimana caranya menilai yang mana elok dan yang mana busok. Mereka lebih mengutamakan bungkusan dari isi...Racun yang dibungkus dengan kepingan Ringgit jadi rebutan.

Melayu hidup setakat cukup...tidak melarat dan tidak mewah....oleh itu apabila diagih sedikit kemewahan...mereka memuja si pemberi...hingga lupa hukum Tuhan dan juga hukum alam.

Melayu!...nasib kamu ditangan kamu sendiri...jangan salahkan orang lain.

Aku juga melayu...tidak bengong atau bangang. Segalanya jelas...Demokrasi, Kleptokrasi, Sedekah atau Rasuah...Duit Rakyat atau Duit Peribadi atau Duit Curi atau Duit sendiri.

Mali Bin Muyung 28 April 2017 at 19:19  

Kawan kawan saya dari kaum Tionghua selalu bertanyakan saya satu soalan cepumas: kenapa org Melayu masih sokong Najib despite his shortconings?
Apa sebenarnya masalah org Melayu sehibgga x berkemampuan berfikir rasional.

Anonymous,  14 May 2017 at 11:58  

The Inconvenient Truth...Allahurabbi. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP