Jenayah 1MDB lebih besar dari RUUP Haji Hadi
Salam
dari Raub.
Saya akan
menulis mengenai RUU355 nanti. Pada 6/4/2017, saya harapkan dapat bercakap
mengenai nya di parlimen hari itu. Saya yang tidak pandai ini adalah salah
seorang wakil dari DAP yang dijadual berucap. Saya ada beberapa pandangan mengenai
RUUP Hj Hadi. Tapi speaker mempunyai rencana lain.
Dia kata
kalau dia tidak guna kuasa yang dia ada, dia seorang bloody fool. Rupa2 nya
kuasa itu diguna untuk menyekat pembahas dari PKR, Amanah, DAP bercakap.
Bencana
1MDB lagi besar dari RUUP Hj Hadi.
1MDB dan
pencurian dari nya adalah isu yang lebih besar dari RUUP Haji Hadi. Saya berpendapat
usaha Hj Hadi itu sia2 sahaja sebab kerja meminda akta ialah kerja kerajaan
yang memerintah hari ini. Ianya boleh dilakukan melalui peraturan mesyuarat 48.
Orang puteh bilang- give haji hadi a rope long enough, he will hang himself.
Haji Hadi
bukan kerajaan-usul nya akan jadi bacaan pertama apabila siap dibahas dan
kemudian di putuskan melalui undian. Jika di terima, maka usul menjadi bacaan pertama.
Setelah itu ia diambil alih oleh kerajaan. Tugas haji hadi ialah sebagai
despatcher sahaja. Setelah serah dan dapat tanda tangan boleh balik. Jika kalah undian, maka usul itu mati disitu
sahaja. Mungkinkah ini trick Najib pada Haji Hadi?
Orang agama tidak pedulikan rompakan?
Orang agama tidak pedulikan rompakan?
Dari
sejak 1MDB muncul, tidak ada seorang MP PAS pun bercakap mengenai ini.
Adakah perkara menegakkan kebenaran dan keadilan tidak diutamakan? Membisu, bererti pencurian lebih dari RM23 billion oleh Najib dan geng nya direstui oleh geng
agamawan.
Sebaliknya
mereka sibuk mengenai RUUP yang mencetuskan perkelahian dan ketegangan.
Golongan agamawan ada yang mengkafirkan orang lain, menuduh murtad, tergelincir
aqidah dan tidak boleh dikebumikan ditanah perkuburan Islam. Itulah dia suara2
kebencian dan dahagakan darah keatas orang yang enggan menerima pendekatan
golongan sebahagian agamawan.
Kerajaan
yang dipimpin oleh Najib Razak yang tidak ada budaya agama itu, menunjukkan
kebaculan sebagai pemimpin. Dia enggan mengambil tindakan tegas menyekat tendensi
pelampau dan ekstremis dan membenam suara2 kebencian. Sikap demikian dipilih
kerana dia mementingkan keuntungan politik peribadi dan kepentingan awam. Mengkafir-harbikan orang lain ialah seruan membunuh orang lain. Ianya ancam bunuh.
Benarlah
kata Al Quran bahawa Dia jadikan pembesar2 jahat dalam negara supaya
mereka melakukan tipu daya. Tapi sebetulnya mereka tipu menipu satu sama lain. UMNO tipu PAS dan PAS
tipu UMNO.
وَكَذَٰلِكَ
جَعَلْنَا فِي كُلِّ قَرْيَةٍ أَكَابِرَ مُجْرِمِيهَا لِيَمْكُرُوا فِيهَا ۖ وَمَا
يَمْكُرُونَ إِلَّا بِأَنفُسِهِمْ وَمَا يَشْعُرُونَ
Dan
demikianlah dalam setiap negeri itu kami jadikan pembesar2 yang jahat agar
berkomplot dan melakukan tipu daya dialam nya. Tapi mereka berkomplot keatas
sama sendiri tanpa menyedari nya.
وَكَذَٰلِكَ
نُوَلِّي بَعْضَ الظَّالِمِينَ بَعْضًا بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Dan
demikianlah kami jadikan sebahagian orang2 zalim bertemankan dengan sesamanya
dengan apa yang mereka kerjakan.
Surah Al An’am ayat 123, 129.
Isu
pimpinan negara yang memusnahkan negara tidak di pedulikan. Angkara durjana dan
kemungkaran diabsahkan dengan tuntutan bahawa selagi tidak ada 4 saksi melihat pencurian itu berlaku, tidak
ada jenayah yang berlaku. Tidak ada orang melihat Jho Low ambil wang, Casey
Tang dan Jasmine loo, Qubaisi, Badawy, Tarek Obaid, dan ramai lagi. Dan tidak
ada orang melihat Najib ambil itu wang. Tidak ada jenayah. Mana ada?
Bila orang agama bersikap begini, dimana kredibiliti mereka? Keengganan menyatakan kebenaran memusnahkan kredibiliti orang agama. Bagaimana kita yakin mereka
akan mentadbir negara dan negeri dengan undang2 syariah? Orang besar mereka
tutup mata, orang kecil mereka ganasi.
Demikianlah
sikap sebahagian golongan agamawan yang lebih menyukai menegakkan ketuanan
Islam dari hendak cakap mengenai isu yang jangan dulupakan oleh rakyat
Malaysia. Iaitu rompakan keatas 1MDB.
Ingat, 1MDB
itu sebetulnya jentera mencuri milik Najib.
Ada
setengah orang kata, apa pasal kita mahu cerita hal2 lama? Ianya macam rekod
rosak. Semua orang faham lah. Maka jawapan saya begini- tidak semua orang ,
cakap sekali ingat semua. Pengalaman saya ialah perkara seperti ini mesti
diulangi.
Saya
teringat kata2 seorang pemenang Nobel dalam bidang economics, Milton Friedman
yang kata bahawa kemenangan kebenaran keatas kemungkaran, mesti di ulang
berkali kali. Kita mesti mengulangi kemenangan keatas kemungkaran dan
kezaliman.
Quran
menyatakan bahawa perang keatas kezaliman ialah perang yang berterusan. Maka
kalau kita seharian mengistiharkan sibghah Allah mewarnai kehidupan
kita, janganlah kita melupakan jenayah yang dilakukan.
Jadi,
kalau ada orang hendak kata ini rekod
rosak tidak mengapa. Kita mainkan rekod lama dan rosak untuk memperdengarkan
cerita perompakan oleh Najib dan geng2 nya.
Berapa yang dicuri oleh Najib dan geng nya?
Berapa yang dicuri oleh Najib dan geng nya?
Mengenai 1MDB, focus kata ialah keatas jenayah merompak dan mencuri wang dari 1MDB. Berapa banyak yang dicuri?
Saya
membaca nota2 dan tulisan yang ada. Dari lapuran DOJ, kita tahu USD3.5 billion
dicuri. Tapi itu hanya duit yang masuk dan melalui system kewangan USA. Sekitar
USD3.5 billion= RM15 billion pada kadar pertukaran USD1=RM4.4.
Saya rasa jumlah wang yang dicuri melebihi RM15 billion.
Saya rasa jumlah wang yang dicuri melebihi RM15 billion.
Wang curi
yang tidak melalui system kewangan USA macam mana? Maka pencurian yang berlaku
melebihi RM15 billion. Berapa? Berapa?
Dalam
kalangan perompak, yang dapat lion’s share mesti lah boss. Dan bossman ialah
Najib Tun Razak. Tentu dia dapat sekurang kurang 50% dari jumlah yang dicuri. Itu
lojik. Kalau orang Pekan baca perkara ini, takkanlah Najib dapat kurang dar
Encik Daud dari kampong Sawah.
Kalau
kita taruh dalam jadual 1: sumber2 darimana pencurian berlaku ianya adalah
seperti berikut. Saya hanya megambil kira sumber2 yang boleh dicuri. Ini hanya melibatkan
bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs, bon terbitan Islamic Medium Tern notes, pinjaman dari bank, kemudahan kredit dan sebagainya.
Ia tidak termasuk lah faedah yang kena dibayar . juga tidak saya masukkan gerenti USD6.5 billion keatas bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs.Aliran keluar ini bukan pencurian kecuali yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs diluar amalam biasa. Sebahagian darii yuran ini boleh dianggap pencurian juga.
Ia tidak termasuk lah faedah yang kena dibayar . juga tidak saya masukkan gerenti USD6.5 billion keatas bon yang diterbitkan oleh Goldman Sachs.Aliran keluar ini bukan pencurian kecuali yuran yang dibayar kepada Goldman Sachs diluar amalam biasa. Sebahagian darii yuran ini boleh dianggap pencurian juga.
Itu saya
kira sebagai pembayaran keluar dan akan dihitung jika saya mahu nyatakan jumlah
hutang dan tanggungan. Saya hanya mahu nyatakan sumber2 yang boleh dicuri iaitu
wang masuk kedalam akaun 1MDB. Berapa masuk, berapa keluar.
JADUAL 1:
SUMBER2 PENCURIAN.
sumber
|
Nilai(RM
bilion
|
Goldman
Sachs
|
28.6
|
KWAP
|
4.00
|
Lain2
|
22.13
|
Derivatves
|
4.10
|
Jumlah
|
58.83
|
Dari jadual diatas, sekurang duit terkumpul sebanyak RM58 bllion boleh dirompak. Sebentar lagi dalam jadual 2, kita lihat banyak mana di sapu tanpa belas kasihan oleh penyamun yang diketuai oleh Najib Razak.
Perkara
ini lansung tidak dipedulikan oleh penegak2 Ketuanan Islam. Saya harap tidak
ada wa halalun kalau kongsi sama, wa haramun kalau makan sorang.
Kita akan lihat pendedahan Husam Musa mengenai wang yang masuk dalam akaun PAS. Kita juga menanti pendedahan Rafizi Ramli menggenai wang yang diterima oleh seorang pemimpin PAS.
Bahagian yang tidak dicuri kekal sebagai hutang. Kita boleh lah marah sebab Najib mendedahkan kita kepada hutang. Tetapi keatas wang yang dicuri tidak mencukupi hanya dengan marah. Ia nya mesti dihukum. Kita mesti menzahirkan kebencian yang amat sangat terhadap mereka yang menggunakan kedudukan awam merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Itulah yang dilakukan oleh Najib dan direstui pula oleh geng ketuanan Islam.
Bahagian yang tidak dicuri kekal sebagai hutang. Kita boleh lah marah sebab Najib mendedahkan kita kepada hutang. Tetapi keatas wang yang dicuri tidak mencukupi hanya dengan marah. Ia nya mesti dihukum. Kita mesti menzahirkan kebencian yang amat sangat terhadap mereka yang menggunakan kedudukan awam merompak wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Itulah yang dilakukan oleh Najib dan direstui pula oleh geng ketuanan Islam.
Fakta nya
ialah: Najib curi duit dari 1MDB. Shahrol Halmi membantu dia dalam hal ini.
Casey Tang dan Jasmine Loo pun curi duit 1MDB. Jho Low curi duit. Mungkin dia
juga front untuk Najib dan keluarga Najib. Riza Aziz pun ambil duit curi. Al Qubaisi dan
Badawy curi duit kita. Eric Tan alias Jho Low pun curi duit. Tarek Obaid curi duit.
Apa kita
lakukan kepada yang mencuri? Tidak ada pun tindakan. Bahkan Najib melindungi
mereka. Yang curi tin sardin pun kena hukum berat. Maka yang mencuri duit dari
1MDB berbilion Ringgit mesti dihukum oleh kita. Maka mengikut hukum syariah,
adakah kita potong tangan2 mereka ini?
Saya
hendak tahu dari Ustaz Hadi- bagaimana hukuman Islam keatas pencurian dan
rompakan seperti dengan 1MDB. Adakah kita membisu kepada nya? Keadilan apa ini?
Saya
telah nyatakan beberapa kali( saya sendiri dah hilang membilang) bahawa 1MDB
adalah mesyin ATM bagi perompak dan penyamun yang diketuai oleh Najib Tun
Razak. 1MDB ialah enjin mencuri wang seperti juga kebanyakan( jika tidak semua)
GLC2 dalam negara kita. Setiap GLC menyalurkan sejumlah wang, mungkin setiap bulan
kepada mereka yang berkuasa. Sebab itulah UMNO mahu control semua GLC2. Seperti
juga setiap kenderaan tujuan special( SPV) adalah jentera untuk mencuri wang.
Mencuri
wang dari ejensi2 ini sudah menjadi keperangaian kedua oleh sesiapa yang pegang
kuasa dari BN. Najib yang pegang kuasa yang terbesar, tentulah dia penerima
imbuhan yang paling besar.
Musibah
kewangan dihadapan kita ialah pencurian wang dari dana awam( 1MDB). Perbuatan
itu adalah suatu jenayah. Concern kita ialah, perbuatan yang tidak bertanggung
jawab ini tidak boleh dbiarkan begitu sahaja. Ianya mesti dihukum dan cara
menghukumnya ialah dengan semua rakyat jenerasi ini, menunjukkan rasa kebencian
dan penolakan yang paling kuat. Rasa revulsion dan penolakan itu ialah
dengan membuang Najib dan parti nya dari memerintah kerajaan.
Tanggungjawab
kita ialah membetulkan jenayah ini dan menghantar isyarat kita tidak mahu
pemimpin seperti Najib menjadi ketua Negara.
Kita tanya
diri kita, jika benar kita seorang Muslim yang mendukung cita2 wasathiyah dan
mengistiharkan kita diwarnai oleh Sibghah Allah, bagaimana kedudukan moral
kita, pegangan nilai kita kepada wang yang terang2 dicuri?
Jho Low curi USD1.03 billion. Pak Arab curi USD1.37 billion. Pada perigkat Tanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Dalam setiap fasa ini, Najib menerima wang pencurian. Najib PM kita mendhobi sejumlah wang yang dicuri.
Jho Low curi USD1.03 billion. Pak Arab curi USD1.37 billion. Pada perigkat Tanore Finance, USD1.26 billion dicuri. Dalam setiap fasa ini, Najib menerima wang pencurian. Najib PM kita mendhobi sejumlah wang yang dicuri.
Kita akan
kena bayar cukai yang lebih tinggi. Kita kena diam bila Najib jual asset negara- untuk dapat duit tutup lubang yang dia gali. Mungkin GST akan dinaikkan lebih dari 6%.
Yang
tidak boleh lari ialah pengguna seperti kita yang kena belanja menyara hidup.
Orang Melayu kena bayar ‘hutang’ yang Najib buat melalui menanggung kos
kehdupan yang meningkat dengan pantas nya. Langkah2 melegakan tanggungan ini
seperti bantuan kebajikan, bantuan baitulmal dan lain2 ejensi kebaikan adalah
ubatan sementara. Pembayaran2 ini semua akan kering, bila perbendaharaan Malaysia
terus dirompak oleh penyamun2 yang diketuai oleh Najib Tun Razak.
Rakyat
akan hukum UMNO kerana ahli UMNO gagal memilih pemimpin yang membela negara.
Anak2 orang UMNO seperti anak2 orang bukan UMNO akan mewarisi suatu dunia yang
telah dimusnahkan oleh seorang PM yang bernama Najib Tun Razak dan gerombolan
perompak nya. Bahtera yang dikemudi Najib dipenuhi dengan menteri2 yang sama
rasuah, pegawai kerajaan yang sombong dan berlagak dengan duit yang dicuri dari
kantong awam dengan pelbagai cara.
Butiran
mengenai kemana wang 1MDB dihilangkan boleh pembaca lihat dalam blog Donplaypuks.
Saya tidak dapat memindahkan jadual tersebut kedalam blog saya. Sila guna proxy
unblocker untuk membaca artikel2 Donplaypuks. Ia nya suatu blog yang sangat baik
dari segi sarat dengan maklumat2.
Saya telah membuat adaptasi dari beberapa tulisan untuk memberi gambaran
berapa banyak wang yang telah dicuri oleh Najib dan geng nya. Sekitar RM24 billion.
Jadual 2: kemana wang itu pergi
Pencuri2
|
Jumlah dicuri dari bon terbtan Godman Sachs= USD 6.5 billion( USD
million)
|
Jumlah dicuri dari bon Islam
RM5 billion
(RM juta)
|
Dari KWAP= RM4 billion
(RM juta)
|
Jumlah dlm RM
|
Jho low dan rakan2
|
2,249
|
2,310
|
||
Najib Razak
|
681
|
1,197
|
||
Riza Aziz
|
238
|
|||
Qubaisy , Husseini
|
473
|
|||
Husseini badawy
|
67
|
2,739
|
||
Pak arab prince turky
|
4.0
|
|||
Casey tang, jasmine loo
|
5
|
|||
Golman Sachs*
|
268
|
|||
Lain2
|
119
|
|||
Jumlah
|
4,033
|
5,053
|
1197
|
23,995
|
*Goldman Sachs telah bantai yuran yang
terlalu tinggi. Saya hitungkan pada kadar 5% keatas USD6500 billion. Mereka
telah caj USD593 juta untuk yuran. Ini terlalu tinggi. Kadar RM terkinii ialah
1USD=RM4.4.
Bererti dari jadual 2, paling kurang Najib dan geng penyamun sudah
merompak RM24 billion duit dari 1MDB.
Maka kita tanya Najib dan geng ketuanan Islam tolong jawab juga:
1. macam mana RM24 billion mahu diganti?
2. apakah projek2 BN yang Najib mahu inflate kos nya untuk mengambus
wang yang dicuri? ECRL? Pan Borneo Expressway? KL-Singapore HSL? Rapid Johor?
3. ini semua jenayah. Siapa yang patut kita jel? Tentu nya ia mesti
bermula dengan Najib terlebih dahulu. Sebab dia ketua.
4. saya taya sekali lagi, mengapakah tidak seorang pun dari pencuri2 ini
didakwa dalam mahkamah Malaysia? Apa yang menyekat untuk membawa pulang Jho
Low, Shahrol Halmi, Nik Faisal Arif Kamil, Dato Subuh, Casey Tang, Jasmime Loo?
Bagaimana dengan Ismee Ismail, Lodin Wok, Arul Kanda, Dr. Irwan Serigar
Abdullah dan KSN Ali Hamsa?
Kita indict semua lembaga pengarah 1MDB barulah kebenaran boleh menang
keatas kemungkaran. Jangan kamu ingat kamu boleh lari.
4 comments:
Yes Datuk Sak. We must continue to harp on this 1MDB.
APA LA MALANGNYA DPT PEMIMPIN LEBAI MALANG
berlinangan airmata membaca...., teruskan perjuangan, kami bersama mu dato.
Datuk
What is the break even cost per kilometre for the current KTMB services from KL to Padang Besar?
And what will be the break even cost per kilometre for ECRL?
Post a Comment