Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 21 April 2017

Berikan pilihan untuk Rakyat



Ada 2 gologan orang Islam didalam negara kita. Satu, yang bersikap legalistic. Yakni yang ingin memuliakan dan memperkasakan Islam melalui perlaksanaan hukum hakam; kedua yang bersikap kemanusiaan- mengembangkan dan memuliakan Islam dengan cara meminimakan ketakutan, ancaman, ugutan fisikal, ugutan spiritual dan lain2 bentuk kebuasan.
Dalam bahasa moden, satu golongan mahu memuliakan Islam secara otoritarian dan dictatorial. Mereka mahukan lebih kuasa dan lebihkan hukuman yang berat2 keatas masyarakat.
Yang lagi satu melalui cara demokratik, membeli pilihan kepada rakyat, ikut prinsip kedaulatan undang.
Bila dikatakan tidak ada paksaan dalam islam- itu bukan proposisi negatif sahaja- implikasi positif nya ialah mesti beri pilihan, ada demokrasi.
Kalau kita ada pendekatan untuk memuliakan Islam, mengembalikan kegemilangan nya yang tidak mencetuskan huru hara, yag tidak mencetuskan kegelisahan, kerisauan, melaga lagakan satu sama, lain, tidak menimbulkan perbalahan, syak wasangka dan ketakutan serta ancamam ganas dan cedera, tidak kah kita mahukan nya?
Berbanding dengan suatu pendekatan yang mencetuskan ancaman, ketakutan, huru hara, memberikan jalan untuk sebahagian orang melampiaskan nafsu dagahakan darah, yang mana kita pilih?
Jika kita tidak dapat selesaikan isu yang paling asas ini, masyarakat akan berada dalam keadaan yang kacau bilau, tegang, bermusushan dan bercakaran sesama sendiri.
Demikian saya katakan- orang Melayu mesti membetulkan politik mereka terlebih dahulu, barulah negara Malaysia ini aman dan boleh maju.
Pemimpn negara kita tidak menampak kepimpinan nya dalam nenyelesaikan msaalah ini. Bahkan golongan ketuanan Melayu dn ketuanan Islam bergabung untuk merucingkan lagi keadaan. satu menggunakan ancaman kepada bangsa sebagai alat mengekang minda orang Melayu; satu menggunakan ancaman kepada agama untuk memenjarai roh orang Melayu.
Kedua2 ketuanan ini bercanggah dengan piagam manusia yang merdeka- bahawa baik dan buruk yang menimpa kepada kita ialah hasil tangan kita sendiri dan hasil usaha kita sendiri. Tidak perlu kita bergantung kepada grup ketuanan Melayu dan grup ketuanaan Islam.
Kaedah pertama itu memerlukan pemikiran dan analisa yang lebih, ianya menarik atau appeal kepada intelek dan pemikiran. Yang kedua, lebih mudah, ianya hanya memerlukan appeal kepada emosi, ketakutan, akal yang tidak rasional . Ianya hanya perlu kepada pujian keatas  diri sendiri dan tepukan dibelakang bahawa, kita lah sahaja jurucukap untuk kebenaran.
Haji Hadi dan Taqiyuddin pulang ke negeri masing2 disambut sebagai wira untuk apa? Untuk membentang usul? Posman hanya melengkap tugas nya apabila surat yang dihantar itu sampai kepada penerima. Haji Hadi dan Taqiyuddin hanya menghantar surat, ianya belum sampai dijadikan rang2 undang2 yang diwartakan.
Namun, saya tidak akan kata pendekatan in salah atau tidak betul. Geng Haji Hadi ada hak memikirkan cara mereka adalah cara yang terbaik; tapi jangan lah membuasi dan mengganasi mereka yang tidak setuju dengan pendekatan tersebut. Siapakah mereka yang hendak mentakfirkan orang lain, menghalalkn darah mereka yag tidak bersetuju dan menyatakan bahawa jika yang tidak setuju mati, hanya boleh ditanam di jirat cina?
Mahukah kita biarkan orang2 yang berminda buas dan ganas ini menguasai system perundangan kita? Undang2 yang baik( good law) ialah yang menegakkan keadilan. Undang2 yang tidak baik atau bad laws digunakan oleh mereka yang berkuasa menekan, menzalimi dan menindas rakyat.
Maka, jadilah rasional- hukum yang digunakan untuk mengkafirkan orang, menekan rakyat yang lemah, mengancam orang ialah bad laws.
Mungkin ianya selesaikan jenayah dan salah laku lain ketika masyarakat tidak kompleks. Atau ketika masyarakat berada pada tahap kesamarataan yang tinggi. Semua orang sama kaya atau sama miskin. Ia tidak salah, kerana hukum2 ada dalam Quran. 
Itulah dia pendenkatan kedua.  Yakni, cara cara mereka yang malas berfikir. Cara orang gua menggunakan belantan, membantai yang lemah seperti perempuan dan kanak2, supaya tunduk dan taat kepada mereka. Ianya jalan short cut kepada mereka yang mahu mengubah dan mengatur hidup masyarakat.
Yang mana, pemabaca mahu piliih?
Cara kedua ini, kata orang puteh, is right up the alley parti seperti umno dan pas. Sesuai dengan pegangan mereka yang terkini iaitu menggunakan ancaman kepada bangsa dan agama untuk menakutkan rakyat.
Jika saya, kaedah pertama ialah pilihan saya. Ia nya jalan yang lebih panjang, tidak lansung, yang memerlukan perancangan, pemikiran, usaha. Tapi kebaikan nya ialah ianya tidak mencetuskan rasa cemas, terancam, permusuhan, baik untuk masyarakat dan baik untuk diri kita sendiri.
Am nya, cara yang digunakan oleh Nabi Muahammad saw.
 يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ


Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikan makan, sambunglah silaturrahim, shalatlah di waktu malam ketika orang-orang tertidur, niscaya kalian akan masuk Syurga dengan selamat.”

Dalam politik, sibarkan salam itu apa ertinya? Kepada saya- ianya memberikan rasa selamat kepada yang disampaikan salam. Perlindungan dari pembelotan, lindungan dari kebuasan, kezaliman pemerintah. Perlindungan dan keselamatan dari ancaman fisikal orang lain, perlindungan kepada harta, jiwa dan raga, ancaman dari luar, perlindungan dari ancaman dan keganasan anggota masyarakat yang lain.
Bagaimana melakukan ini- mesti ujud sebuah kerajaan yang baik yang dipimpin oleh orang yang baik.  Ada order dahulu, kemudian law. 
orang yang jujur dan amanah menjalankan undang2 yang meregulasi hubungan antara pemerintah, antara sesama individu, antara negara dengan negara lain. Bagaimana undang2 ini distruktur bergantung kepada kapasiti pemerintahan dan oleh pihak bertanggung jawab.
Yang menjadikan negara utuh dan jitu ialah hubungan sesama individu dalam masyarakat. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Meningkatkan pergaulan untuk kesefahaman. Mengujudkan perasaan yang meningkat keyakinan dan kepercayaan. Bukan melaga lagakan sesama warga negara.
Berikan makan ertinya mengembangkan ekonomi sebagai pengalas rezeki. Apa system ekonomi yang baik? apa dasar2 yang memajukan sesuatu industri? Apa yang patut dihasilkan? Bagaimana persaingan ekonomi mesti diregulasi? Bagaimana pemerintah berperanan untuk meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan ekonomi?  Mengujudkan persekitaran yang membantu meningkatkan pendapatan individu.
Cara ini lebih indirect dan memerlukan aplikasi akal yang rasional. Ia berbeza dengan cara legalistic yang menggunakan penghukuman untuk meregulasi tingkah laku manusia.
Yang mana satu pembaca pilih?

4 comments:

MrTipu123 21 April 2017 at 12:18  

Ramai yang mampu menggunakan kaedah menghukum tapi tak mampu melaksanakan pendekatan mendidik, kerana ianya mudah tapi tak berkesan.Jika kita tak mampu mendidik masyarakat untuk beratur,menjaga harta dan kebersihan tandas awam, tidak membuang sampah merata rata,bagaimanakah kita dapat mendidik masyarakat untuk perkara yg lebih besar.Tanpa islam, masyarakat barat dapat mendidik rakyatnya,tapi kita lebih cenderung untuk menghukum.

NoManNoCry 22 April 2017 at 12:18  

...actually, sejak zaman tatkala adam lagi, the ultimate goal adalah 'mengejar dunia' sebelum 'meninggalkan dunia'@mati@mampus !!!

Anonymous,  22 April 2017 at 12:32  

Masaalah nya pak lebai ni nak hukum org je,bila puak dia tak hukum pun.mcm2 alasan akan keluar..contoh kes mustapa Ali.

Anonymous,  22 April 2017 at 18:05  

Sindrom LowBye ini akibat dari terkena virus Anak Butir Tahik Low, ataupun terhidu Kingcin Ayoh Eddy Peng.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP