Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday 7 September 2015

Supaya Orang Melayu Jangan Lupa Isu 1MDB- syarikat sedut wang rakyat.



 “When plunder becomes a way of life for a group of men in a society, over the course of time they create for themselves a legal system that authorizes it and a moral code that glorifies it.”
― Frédéric Bastiat

Ianya sudah pun terjadi. Pembenar pencurian wang ialah M&A syarikat 1MDB. Ini ialah perlembagaan sesebuah syarikat. Ia mempunyai kesanan undang2. Ianya elemen legal system.
Membenarkan pengeluaran dan pembayaran dari 1MDB hanya PM selaku Menteri kewangan yang ada kuasa mutlak.
Sama seperti menteri kewangan merupakan penanda-tangan sah akaun2 di Hong Kong. 


Maka yang demikian, apalah kita nak pecahkan kepala apabila 1MDB disuruh bayar USD700 juta kedalam akaun Good Star yang dikuasai oleh Jho Lo? 
Najib yang perintah- Shahrol Helmi menurut sahaja. Jika dikemudian hari kita dapati Shahrol Helmi lakukan kesalahan, we will deal with him accordingly. 
UMNO hari ini bukan UMNO zaman dahulu. UMNO hari ini ada budaya memuliakan salah laku dan penjahat. 
Najib hanya perlu berdepan dengan hang setia dalam UMNO- menyeru rakyat jelata UMNO untuk memberikan kepecayaan penuh kepada nya sebagai presiden UMNO untuk mencari dana. 
Dana itu pun untuk hulur kepada pemimpin dan ahli UMNO.  


Zahid Hamidi kata- kepala bekas timbalan pengarah SB masuk air. Mungkin hal yang serupa boleh dikatakan terjadi ketika Najib membenarkan pembayaran 'hutang' USD700 juta. 
USD 700 juta ini ialah kononnya hutang yang telah diberikan oleh syarikat induk kepada Petrosaudi.

Kenapa 1MDB hendak JV dengan sebuah  syarikat yang sedia ada hutang USD700 juta? Apa pasal nak beli sebuah syarikat yang sedia ada hutang? Tidak ada beban, batu digalas- kata perpatah Melayu.

Itu langkah bodoh yang pertama. Ianya suatu alasan untuk memindahkan USD700 juta kedalam akaun yang dikuasai oleh sahabat Najib  iaitu Jho Low. 
This is pure embezzlement.
wah- pemimpin kita semua baik dengan orang cina, tapi rakyat biasa disuruh bermusuh dan berkelahi dengan orang Cina. Pandai sungguh pemimpin Melayu kita berburu bersama anjing dan berlari bersama buruan. 
Hebat.

Kedua- kenapa 1MDB menyuntik USD 1 billion kedalam JV tapi rakan kongsi tidak letak wang tunai? Satu sen pun tidak. 
Sebaliknya rakan kongsi hanya menjanjikan menyuntik asset nya kedalam syarikat JV.

Asset yang dikatakan ialah telaga minyak yang di miliki oleh syarikat Canada- Burried Hill dan telaga minyak yang dikatakan ujud di Turkmenistan.
Harta Ismet Ulamraja banyak diserata dunia- Hindustan, Kazakhstan, Syaitan dan Gohid Gostan. 

Kedua2 asset ini tidak ujud pun.

Maka- pertama- rakan kongsi sudah curi USD700 juta. 
Kedua rakan kongsi sudah kelentong najib mengenai keujudan asset.

Soalan nya- kalau sudah wang USD700 juta disapu dan kemudian asset yang sepatutnya di suntik tidak ada, kenapa mahu teruskan JV.

Selepas bayaran USD700 juta, 1MDB bayar lagi tambahan USD 330 juta.

Kalau dah rakan kongsi berhutang kepada syarikat induk- maka bayaran hutang mestilah kepada syarikat induk.

Tapi bayaran ialah kepada pihak ke3 yang tidak ada kaitan dengan syarikat induk dan tidak sebahagian dalam perjanjian JV antara 1MDB dan Petrosaudi.

Apa yang telah berlaku? Pada awal ini Najib telah menyebabkan 1MDB membayar USD700 juta kepada sebuah syarikat yang diujudkan untuk menyapu duit. 
Sebagai orang dan otoriti akhir yang mengeluarrkan wang ini, Najib bertanggung jawab. Dia gagal menjalankan tugasan nya.

Malah, jika dia tahu wang itu dibayar kepada suatu syarikat yang tidak ada kena mengena, maka dia telah  melakukan pecah manah.

Kenapa dia mebenarkan bayaran berikutnya sebanyak UUSD 330 juta? Kalau pertama kali boleh dikatakan kesilapan, kali kedua mengandung niat salah laku.

Kenapa dia membenarkan 1MDB berakan kongsi dengan syarikat PAK Arab yang nyata kelentong duit 1MDB? 
1MDB bukan syarikat kerajaan? Modal asal sebanyak RM1 juta ialah duit kerajaan.

Kerajaan memberi jaminan kepada 1MDB. Kalau bukan syarikat milik kerajaan atau syarikat yang tidak dikuasai oleh kerajaan- mengapa surat jaminan kerajaan diberikan?

Jika bukan syarikat kerajaan- mengapa standy credit sebanyak RM1 billion disediakan dan dimana RM900 juta digunakan oleh 1MDB?

Rakyat Malaysia jangan lupa kepada putar belit untuk  menggunakan 1MDB menyamun duit rakyat dan mendedahkan Malaysia kepada musibah ekonmi.

Dan ini semua dilakukan  dengan kebenaran dan kerjasama Najib Tun Razak. 
Orang Melayu yang berhimpun dimana sahaja, samaada sedang dan sudah berhimpun dan akan berhimpun, tanya satu soalan. 
Adakah orang dan bangsa Melayu memuliakan kemungkaran dan perlakuan fasad? 
Ingat- 6 bulan setelah JV ini dibatalkan tapi setelah banyak wang telah dicuri, kerajaan dan 1MDB gagal mendapatkan kembali pemulangan duit. Malah 1MDB menukar semua wang yang disapu oleh 1MDB kepada hutang.
1MDB sudah bertukar menjadi institusi kewangan berlesen ketika mengubah wang yang disapu kepada pinjaman? Kenapa beri pinjaman kepada syarikat yang menipu kita?

20 comments:

Anonymous,  7 September 2015 at 20:01  

amat memalukan negara malaysia

KT Wong,  7 September 2015 at 20:43  

Dato,

For the survival of the nation, and trhe well-being of the rakyat, I would hope that everyone of us opens his eyes to the truth and does the roight thing.

However, there was a report today that despite being aware of the 1MDB scandal, many in Najib's home base Pekan are still supporting him.

Among the reasons why, one said, “We get money for Raya, we get BR1M.", something which another person descriobed as "it's ceklat (candy) culture. When there are elections, they give candies and the people accept," he said. "You know what is democracy? Demo-kasi."

See:
1MDB, RM2.6 billion scandals reach Pekan but have little impact
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-rm2.6-billion-scandals-reach-pekan-but-have-little-impact

Another report highlighted Pekan residents' die-hard support for Najib. Quote:

Though the connection is decades-old and far removed from the Razak family, it is still a matter of pride for people here. "He is a Pahang man. He is a Pekan man. We won't give up on him."

See:
In Pekan, Razak family name shields a beleaguered Najib http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-pekan-razak-family-name-shields-a-beleaguered-najib

With such attitudes in Pekan, and likely in many rural areas too, it truly is an uphill battle to save the nation from the UMNO-BN regime.

Anonymous,  7 September 2015 at 20:55  

Why, why,why did he do it when everybody knows that it is an unprofitable venture??? Ahhah! Unless he has some ulterior motives.

Anonymous,  7 September 2015 at 21:13  

Orang PAS xkesah pun dgn 1mdb. Orang PAS xkesah pun GHB nak buat parti. PAS adalah parti paling kuat dan telah lama bertapak di Tanah Melayu.

PAS semakin kuat tanpa GHB.

Anonymous,  7 September 2015 at 21:34  

Dear Ariff,

In the very first place, and this is never to be forgotten, there should have been due diligence done before 1MDB came into the so called joint venture. This is the acceptable practice everywhere... No due diligence done - in fact the 1MDB had only two weeks to get to know their counterparts in that damning joint venture! It is notable that Ar Rasul saw has said that everything begins with niat. And as far as the 1MDB is concerned from the very beginning (the same if you were to bring in the matter of the TIA) the intention is to use it to milk the nation dry. From one transaction to another, the aim is to profit the plunderers with the rakyats to suffer the burden afterwards. And to think that those so called decision makers in 1MDB and those they listen to in the federal government continue to behave - just listen to what they say and how they look in pictures - to this day as if they are God's gifts to Malaysia (and the Malay people in particular). They and their kind make me want to puke. I am pretty sure I am not alone. When will Allah's help come? Did I hear someone say when we are deserving of such help?

Anonymous,  7 September 2015 at 23:48  

Salam Dato,

Apa yang paling menjijikkan saya ialah bila ada segelintir orang Melayu mengatakan :

"Saya tahu apa yang Najib telah lakukan.... tapi dia orang Melayu pemimpin kita , jangan jatuhkan dia takut orang Cina ambil alih, susah kita nanti..."

Orang sebeginilah mempunyai otak yang paling ???@!#%%@ (geleng kepala saya).

Kalau macam inilah sikap kita orang Melayu yang tidak berani berubah untuk kebenaran kerana sikap pengecut, takut-takut maka istilah "Takkan Melayu hilang di dunia" tak bererti lagi.

Secara biologinya tetap rupa Melayu, tapi jati diri Melayu hilang seolah macam Hang Tuah sendiri hilang entah ke mana....

Anonymous,  8 September 2015 at 00:01  

Satu kebenaran yg jelas dlm nama najib...
N ~ Niat
A ~ Aku
J ~ Jelas
I ~ Ingin
B ~ Berbohong.........nak apa lagi?

Hehehe....

Anonymous,  8 September 2015 at 00:45  

Kesalahan besar najib?
Menipu rakyat
Kejatuhan najib?
Memanggil rakyat haram jadah bangang bangsat
Kesilapan besar rakyat?
Terlalu percaya najib
KESILAPAN BESAR INDIVIDU?
Takut utk berubah...
Ingatlah.....najib bukan seorg yg baik berbudi bahasa dan BENAR. Beliau seorg penipu dan telah lama mengamalkan RASUAH. Tanya TI betul atau tidak. Di mana berlaku? Kementah. Jumlah setuju? 5 mil. LA nak keluar najib minta? 15 mil.....
Tanya TI.Siapa TI?

KISAH BENAR.

Anonymous,  8 September 2015 at 10:15  

That means mast******* on line. What a stetement.

Anonymous,  8 September 2015 at 11:39  

KT Wong, in Pekan najib is like a diety. There's nothing we can do or say that will change their minds.

Anonymous,  8 September 2015 at 21:52  

Disebabkan PM Malaysia sekarang dah jadi kaum kerabat spesis setan, maka dia lebih senang deal dengan negara2 jenis go head gostan dan syarikat2 yang CEO nya jenis demikian. Rakyat tak usahlah cemburu kalau duit semua masuk syarikat Jho Lho. Bukan kah Jho Lho ni sepusat sepusing dengan Rosmah Mansor. Aura unik lagi istimewa Rosmah dan Jho Lho inilah yang telah menyebabkan laki Rosmah yang telah ditangas kangkang mengikut saja saranan sibuntal itu. Tidak kah pernah seorang ibu kepada sorang laki pernah berkata kepada anaknya, "jika hang menikah dengan betina ni, maka puaka inilah yang akan menyusahkan hang dibelakang hari". Begitulah yang disampaikan para jiran di sembilan negeri yang tahu ciritera asalnya. Wallahhuaklam!

Anonymous,  8 September 2015 at 23:13  

Malaysia will break up! After the racial riots in September 2015. Bukit Bintang will be in flames! PAS will clap and claim that finally God has acted. Petaling Street will burn. The Chinese towkays would have shifted their money to Singapore. They will recruit the Bengalas, Burmese Rohingya, the Nepalese, the Indian gangsters, and the Indons to protect their properties. These mercenaries will fight the red-shirted rabble-rousers till the army come come in to shoot down all people wearing other that red colored clothing. The police will join in. The Indonesian government would move into Sarawak. The Filipino forces would jump Sabah. The Thais already fed up with Malaysian ustaz stirring up trouble among the Malay/Muslim population will march into Kedah,Perlis, Kelantan and Terengganu.They will offer the true Malays to form a Greater Melayu Raya from all these states with Patani, Yala, Narathiwat and Songkhla. Singapore will invite Johor to join them. UMNO will put all MCA and MIC people in New Villages. Malaysia Baru will center around Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pahang and Negeri Sembilan. Penang will declare to be an Independent State and call in the Chinese and American Navy to protect them.
Najib will be Kazakstan and Zahid Hamidi safely in Java.

Sumpitan Emas,  9 September 2015 at 12:10  

1/2
“Tidak dapat tidak para inteligensia, khasnya yang bergerak dalam lapangan sastera dan seni, termasuk dalam bidang ilmu akademik, harus dapat menjadi obor kemanusiaan dan pencerahan yang mengaju kepada kebebasan manusia daripada penindasan, tirani kuasa, kejahilan ilmu, obskurantisme agama serta terasingan peribadi maupun dari keangkuhan narsistik manusia. Dalam keadaan masyarakat yang mana terjadi penindasan atau wujudnya sikap tidak toleran kepada kepelbagaian, maka dari suara-suara dan perjuangan para inteligensia yang berfungsi harus dapat menggerakkan perlawanan, langsung mengucapkan pendirian, kepercayaan dan keazaman mereka untuk menyanggah mereka yang zalim, korup dan dangkal.

Pendek kata, para inteligensia kita seharusnya memikul tugas kemanusiaan dengan berfungsi sebagai peninjau idea dan penggerak menyanggah autoriti kuku besi dan salah guna kuasa, serta mengungkap gagasan idealisme pembaharuan yang boleh diterokai dalam masyarakatnya, dengan menyamai pemikiran kritis dan kreatif yang penting dalam menyuguhkan budaya berfikir. Mentelah lagi, di saat-saat ketaksuban idea dan rasa defensive apabila identiti/budaya kita dipalitkan dengan penjenayahan keganasan dan rasisme, adalah menjadi kewajiban di kalangan para inteligensia (a) memperbetulkan prejudis manusia yang senang mencari kambing hitam sebagai sasaran kebenciannya; (b) mengafirmasi moral restraint dalam keadaan saling tuduh dan saling berdendam; (c) menepis segala bentuk dogmatisme yang datang menjelma dalam berbagai aliran pemikiran baik agama, kebudayaan, politik dan sebagainya.

Azhar Ibrahim menghimpun makalah-makalah berkenaan para inteligensia khasnya dari sudut gagasan pemikiran yang mereka bawa. Pertemuan dan perkenalan beliau dengan mahaguru, sasterawan dan budayawan menginspirasi untuk mengenali kelompok ini dengan lebih lanjut sehingga dikumpulkan menjadi sebuah buku yang sekarang berada di tangan anda. Hal ini agar termaklum bahawa golongan intelektual/inteligensia adalah kelompok yang penting dalam setiap masyarakat kerana mereka menjadi obor pencerahan, pengaju keadilan dan penyeru kepada perubahan dan kemajuan. Masyarakat yang terbelakang mungkin dapat memecahkan belenggu masalah sekiranya ia memili kelompok intelektual berfungsi, yang tentunya didukung oleh kepimpinan Negara yang bervisi dan beretika.” (dari kulit belakang “CENDEKKIAWAN MELAYU PENYULUH EMANSIPASI” oleh AZHAR IBRAHIM (SIRD 2014; ISBN 978-967-0630-13-7; 258 m/s; Rm30)

Sumpitan Emas,  9 September 2015 at 12:11  

2/2
“Azhar Ibrahim adalah Felo Pelawat di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Nasional Singapura (NUS). Beliau meraih ijazah Doktor Falsafar dan Sarjana dari university yang sama dalam pengkhususan Pengajian Melayu, khasnya dalam bidang sastera Melayu klasik, pemikiran Islam Nusantara, dan wacana sastera dan inteligensia Melayu masa kini. Sebelum berkhidmat di NUS, beliau pernah menjadi pensyarah di Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknoloji Nanyang. Tumpuan kajian beliau adalah sosiologi sastera, teologi sosial, wacana kebudayaan, peradaban dan pemikiran Islam, serta minat dalam hal-hal literasi kritis dan pembangunan intelektual Melayu. Beliau telah selesai menamatkan kajian pasca-doktoral di Fakulti Teologi, Universiti Kopenhagen, Denmark dan di Universiti Stanford, American Syarikat pada 2009-2011.” (dari kulit belakang buku)

Dari Bab I, “Inteligensia Berfungsi Dan Pemberdayaan Sosial”, m/s 16:
“Suara kritis golongan inteligensia harus dapat terungkap dengan baik guna mencapai pencerahan sosial dan kesedaran kritis yang menjadi asas penting dalam proses pemberdayaan. Juga kesungguhan mereka menulis dan membicara hal-hal abstrak dan konkrit demi menjelaskan kenyataan sosial adalah permulaan yang sihat untuk menjana pemberdayaan. Justeru ini mengingatkan kita apa yang pernah Alatas tegaskan bahawa ‘a society without a functioning group of intellectuals is deprived of a certain level of consciousness and insights into vital problems. Inilah cabaran kita dalam membentuk kelompok cendekiawan dan inteligensia berfungsi untuk mara ke hadapan dalam memimpin agenda pembangunan komuniti, masyarakat dan Negara, selain mencetus kesedaran untuk pencerahan dan pemberdayaan.”

Adakah suatu functioning group of intellectuals di bumi kita buat masa ini? Pada pandangan saya, ada. Persoalan susulan – jika ada, fasal apa kita masih mendepani senja sepanjang hari, hari demi hari?

Jawabannya, tirani kuasa.

Anonymous,  9 September 2015 at 12:19  

Agree...my family in law is from there and many of the villagers are Najib hardcore..no matter what...sick of it.

Anonymous,  9 September 2015 at 15:28  

Latest on 1MDB, officials at a United Arab Emirates state investment vehicle raised questions about more than a billion dollars (USD) in money which was supposed to be repaid to them by 1MDB that they said is missing.
Arul CEO 1MDB must show proof of the remittance, when it was sent, via bank, etc., otherwise a fraud can be said to have been committed.

Anonymous,  9 September 2015 at 18:07  

YB Dato',

More than 50 years ago, I was attending English secondary school. One principle that my teacher drummed into us was that "when you loose your wealth, you loose nothing; when you loose your health, you loose something ; and, when you loose your honour, you loose everything."

In those good old days of the 60's, discipline, honour, integrity, dignity, respect for your fellow human beings, were our guiding principles instilled into our young minds by teachers who were held in high regards by society then. We were totally color blind as all the students of various races interacted harmoniously in and out of school.

Fast forward to the present, our society is now sick with racialism being brandished overtly by all and sundry, no less by the government leaders who are exploiting this medieval perverted strategy to hold on to power. Internationally our country is now infamously known to practice grand corruption, with the mainstream leaders being protected and revered by a certain portion of the population, almost as if grand corruption is a national religion.

The red shirt rally planned for Sept 16 is such a fierce and vigorous defense of grand corruption directly, and indirectly the perpetrators are telling the world that those who had acted and demonstrated against grand corruption, are against the Malays. No matter how one looks at the rationale and objectives as declared by the red shirt organizers, from whichever angle, one cannot but to arrive at the inference that their version is that corruption is synonymous to the Malays, and any challenge to this shall be attacked in retaliation ,violently if necessary.

Malays should be angry with these red shirts for hijacking their ethnic "maruah", honour and dignity.
The overwhelming majority of Malays should warn these hijackers that their defense of grand corruption has nothing to do with the dignity and honour of the Malay race, but is a mere diversion to shield and protect the world's most infamous corrupt leader who happens to be a Malay.



NordinabilaH 11 September 2015 at 10:45  

Pada aku najib nilah bapak penyagak dan penipu jadi apa tunggu lagi najib dan penyokongnya harus ditentang habi habisan agar rakyat dan malaysia selamat goob bye najib we dont need you

Bad 11 September 2015 at 21:45  

Jason Lim said it succinctly "We have become nothing short of a laughing stock in all aspects – politics, corruption, abuse of power, favouritism, and now sports. Very soon, we are going to be cited as an example all over the globe on ‘How a country should not be run’."

narcissus 12 September 2015 at 23:44  

anonymous 9 Sept 18:07 ....... one thing your english bteacher didn't drum into you was "lose" is not "loose"

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP