Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 26 September 2015

Keadaan Negara kita hari ini: Zalim, penghambaan minda dan murung- siri 1.



Pembaca yang budiman lagi bijaksana,

Saya menutup tirai penulisan dalam blog ini untuk suatu waktu yang tidak ditetapkan, dengan menulis artikel2 dalam Bahasa Melayu secara bersiri. Mulai Oktober, saya ambil sabbatical. Artikel2 ini akan merangkumi pandangan2 yang terkandung dalam beberapa artikel berbahasa Inggeris yang disiarkan beberapa kali sebelum ini.
Judul asal saya: The state of our nation: tyranny, servitude and misery. 



Adakah negara kita sudah tidak berundang undang?

Ada benda yang tak kena apabila kita biarkan seorang tauke ikan bakar dan seorang bekas tentera yang terkenal kerana berbogel tunjuk punggung depan rumah Ambiga, ambil undang2 dalam tangan dan cadang buat demonstrasi ( baca rusuhan)  di Petaling Street.  

The country has descended into lawlessness.

Mereka pula yang boleh keluarkan ancaman secara terbuka dan pihak polis tidak berbuat apa apa? Mengapa tidak pakai SOSMA keatas mereka tapi keatas Khairudin Abu Hassan kerajaan dengan zalim nya menggunakan akta ala ISA ini?
( Jamal Yunos telah ditahan polis)

Kita tahu tujuan mereka- hendak masuk dalam kawasan cina dan tunjuk samseng dan kuat. Tangkap sahaja dan masuk mereka dalam lokap. 
Negara kita Malaysia diancam oleh domestic terrorists. 

Apa sikap Najib terhadap perkara seperti ini? Najib is an insouciant leader.Dia tidak akan berbuat apa2 bahkan akan mencurahkan minyak keatas api. Semua nya, untuk menyelamatkan dirinya.
PM yang bertanggung kawab keatas seluruh Malaysia tidak akan membenarkan anasir jahat menggugat keselamatan negara dan hubungan kaum di Malaysia.  Nyatalah PM Najib bukan seorang yang bertanggung jawab. 
Jika PM membenarkan sentiment perkauman, pelampau bangsa, agama dan seumpamanya, bebas melakukan apa sahaja, negara kita akan hancur.

Agaknya Najib lebih suka melihat negara hancur untuk menyelamatkan diri nya? Saya sudah beritahu lama- bahawa inilah second nature Najib- biar dia seorang selamat walaupun dikeliling nya terbakar. That is the nature of the man.

Kita sudah lihat ekpresi sikap ini. Dia buang Muhyidin dan Shafie Apdal (bukanlah mereka ini bersih pun)- kerana mereka menggugat nya; dia buang peguam negara kerana sedang menyediakan kertas dakwaan( peguam negara kata dah tak boleh selamatkan Najib kerana bukan satu kampong- satu dunia tahu apa Najib buat); dia singkir ketua SB dan timbalan sb, dia tukar pegawai SPRM, dia ugut gabenor Bank Negara atau pujuk supaya menutup skendel aliran wang); dia kebas dan songlap wang kedalam akaun peribadi nya; akhir sekali dia kenakan SOSMA keatas Khairudin Abu Hassan. 
Almost all of the institutional supports for a functional democracy are demolished by dictator-like Najib. 

Ini semua petanda Najib tidak peduli apa jadi pada negara, asal dia selamat. Ini character Najib yang sebenar. Character yang dia sembunyi dari Dr Mahathir yang menyebabkan Dr Mahathir menyesal sokong Najib. Ketika artikel ini siap, Dr Mahathir telah menyiarkan artikel nya mengenai Najib.

Ini petanda2 orang yang mementingkan dirinya daripada segala nya. Dan orang Melayu masih mahu berketuakan orang seperti ini? Orang Melayu UMNO maksud saya.  
 Najib fiddles while the country burns.
Orang UMNO bertanya secara perli, kalau Najib tiada, siapa boleh gantinya?  Dan saya sudah jawab lama, kalau orang macam Najib boleh jadi PM, sesiapa lain pun boleh.

There is no such thing as a free lunch. 
UMNO mengajar orang Melayu bahawa mereka ada anugerah self-entitlement. Mereka secara semula jadi berhak keatas sesuatu. Jadi mereka berhak berdengki dan mencemburui pencapaian golongan lain dan berhak mengambil pencapaian orang lain.

Sedikit sebanyak fikiran seperti ini di serapkan secara rasmi dalam bentuk Dasar Ekonomi Baru. Orang Melayu beranggapan bahawa dengan sokongan dasar rasmi dan perlembagaan, mereka berhak keatas segala nya.

Biarlah saya ingatkan secara mudah- bukanlah niat DEB itu menjadikan SEMUA Melayu jutawan- bahkan tujuan DEB itu ialah menyusun masyarakat Melayu megikut merits mereka. Yakni mengikut apa yang mereka usahakan, mengikut kelayakan mereka, mengikut pengeluaran tenaga, kerja kuat, prestasi tinggi. Bukannya hak itu datang bersekali dengan kelahiran dari perut ibu mereka.

Quran pun menyebut: dan bahawasanya seorang manusia tiada memperolehi selain apa yang telah diusahakan nya. Quran 53:39.


Petaling Street.
Mereka berhak ada premis berniaga di Petaling Street umpamanya. Jika demikian mengapa dewan bandaraya atau KDNKK tidak melaksanakan dasar tersebut? Jawab nya, lesen kebenaran berniaga banyak dikeluarkan kepada tokoh UMNO dan mereka sub-lesenkan kepada Cina.

Orang Melayu yang mundar mandir dengan perasaan dunia ini berhutang kepada mereka, sekarang mendesak kerajaan memberi peluang perniagaan yang sama di petaling street. Pergilah ke Dewan Bandaraya dan apply permit berniaga.

Peniaga Melayu mesti seterusnya mendesak kerajaan menyekat Bangladesh, Myanmar, Nepal, Acheh dan orang Indonesia dari berniaga. Mereka inilah yang sebenarnya mengambil alih perniagaan yang boleh dilakukan oleh orang Melayu. Ini baru adil.

Selepas ini apa? Desak kerajaan buat undang2 mewajibkan pengunjung Petaling Street membeli dari mereka? Dan mereka jual barang tiruan atau asli?

Kalau tauke ikan bakar nak tahu, pasaran untuk barang tiruan memang besar. Semua orang tahu di Petaling Street mereka boleh beli barang tiruan. Ada pengunjung memang pun pergi ke Petaling Street untuk beli jam rolex. Atau beli beg LV. Beg Birkin Hermes pun mungkin ada. Tali pinggang Hermes banyak.

Pihak berkuasa tahu perkara ini. Peniaga yang menjual mempunyai pelanggan nya. Bukan hak dan urusan kita mencampuri dalam transaksi pasaran terbuka antara pembeli dan penjual. Jika pelanggan hendak beli barang tiruan, siapa kita hendak menyekat nya? Dan jika nilai pasaran barang tiruan tinggi, kerajaan dapat hasil cukai yang banyak.

Lawatan duta China ke Petaling Street suatu yang unprecedented. Semua dunia sudah tahu apa Najib buat dalam negeri. Isyarat dari negeri China ialah jika ada tindakan yang mencedera kepentingan China di Malaysia, negara komunis itu akan bertindak balas. Bukan dengan cara tentera kerana mungkin orang China takut pesilat2 Ali Rustam, tapi mereka hanya perlu membalas dengan respons ekonomik. Menjelang 2017, nilai dagangan Malaysia dan China mencapai USD160-170 billion.

Menteri dalam negeri kita dan menteri luar negeri tidorkah?

8 comments:

Anonymous,  26 September 2015 at 08:27  

Ulasan dan padangan yang bernas. Kenapalah penyokong UMNO hard core tak paham-paham lagi? Dah lama UMNO membangkitkan isu perkauman di kalangan ahli-ahli hard core. The Chinese have been monopolising the economy for decades and we're still living life as usual, in peace. We do not want to be like the United States of America, the melting pot of the world, yet the African Americans, the natives of the land, are look down upon. Cukuplah angin perkauman ini. Everyone knows their place in the society. Only our PM is oblivious to it.

Anonymous,  26 September 2015 at 10:10  

When Jamal Ikan threatened that riot would take place on Saturday, Msian police could not do anything like what they normally do to any non-umno members who made similar threat by swiftly arresting and detaining them. Jamal would indeed do what he had threatened to do because he is supported by Najib. And the Msian Police is also supporting Najib despite his massive corrupt activities.

It takes a warning from China's Ambassador to jolt the Msian police into action. Only last night did they arrest jamal. am of the malay together with Najib.

It just shows the 3 world standard of the Malaysian police.

Anonymous,  26 September 2015 at 12:59  

It is indeed unprecedented and this won't be the first and the last, but the beginning. The China Ambassador's visit to Petaling Street (Chinatown) and his statements are China's subtle way of telling the PM and his ministers to stop all their nonsense.

Those with ambitions to be Prime Minister take note. You will need China's support, so better start to act fair and proper to all races. Those in the China embassy is not blind nor deaf to what is happening.

In every thing, there is always a tolerence limit. The soil may be different, the roots are the same. (Tanah mungkin beda, akar masih sama).

Anonymous,  26 September 2015 at 13:34  

DATO Sak ,THIS IS GEORGE CHOO

SIAPA YANG TIPU ORANG MELAYU SELAMA INI?

Bukan MELAYU,CINA ATAU INDIA tapi ORANG UMNO.

Dalam satu Forum kat Nexus Kerinchi,DR M telah setuju denga saya bahawa Najib adalah

seorang PM yang LEMAH.

Najib CURI wang Rakyat tapi dia DITIPU oleh IKAN BAKAR.

NAJIB BAGI 3 JUTA ringgit kepada Ikan Bakar tapi Ikan Bakar SOROK wang itu untuk

diri sendiri dan tidak diagihkan kepada orang baju merah.

Buktinya,YOU TUBE.kIRA KIRA 20 orang muda baju merah bertanya kepada SABRI YAKOB

dimana pergi WANG,MAKAN dan MINUM YANG DIJANJIKAN kerana mereka tidak menerima

wang ,makan dan minum yang dijanjikan.

Kedua,mereka bertujuan berkumpul hingga tengah malam tapi bila saya tengok berita

pukul 6 Astro AWANI ,Padang Merbok hampir KOSong KERANA banyak baju merah balik

kerana PERUT LAPAR.Ikan Bakar janji 1 juta orang tapi hanya 50000 ribu yang keluar

kerana WANG TIDAK DIBERIKAN SEpENUHNYA. Janji 200 seorang tapi bagi 50 saja.

Inilah kerja KAKI TIPU yang sekarang naik pangkat dari RACIST to RAPIST.

Najib sanggup menghancurkan Malaysia untuk menyelamatkan diri dan isterinya

dan dia dikEliling oleh orang yang TAK BOLEH DIPAKAI SEPERTI Ikan Bakar dan Anuar

MARA.

Bukti,WEBSITE UMNO KMU.NET telah mengkritik Ikan Bakar dengan KUATNYA baru baru ini.

OKAYLAH SAK,TAKE A GOOD REST ,RECHARGE YOUE BATTERY and COME BACK STRONGER.








KMU.NET website UMNO telah












































Anonymous,  26 September 2015 at 14:20  

Kita tak patut merasa teruja dengan lawatan Duta Cina kePetaling Street tetapi sepatutnya mengecam perbuatan tersebut sebagai campur tangan asing dan hal ehwal dalam negeri Malaysia.Negara Cina akan memberi reaksi yang sama jika Duta Malaysia membuat lawatan dan ucapan yang sama diUrumchi Xinjiang terhadap rakyat Cina keturunan Han yang menindas kaum Uighur.Ini bukan tanda kita menyokong tindakan golongan baju merah yang dengan sengaja membuat kacau bilau antara kaum dengan kata kata kesat mereka tetapi sebagai tanda kepada orang asing yang kita akan dan mampu menyelesaian persengketaan dalam negara dan ianya tidak bersangkut paut dengan kuasa asing.Janganlah disebabkan takut kerugian dari segi ekonomi kita sanggup menyerah maruah kita kepada ugutan Negara Cina.Lagipun kalau mereka mengena tekanan dari segi ekonomi,kaum China Malaysia sendiri akan merasai beban tekanan ini lebih dari orang Melayu.

Anonymous,  26 September 2015 at 18:50  

Suddenly I felt reading coffee-shop macai stuff but your message was done eventhough not as directly poyo as Tukar Tiub. At least you are a little bit there than Din Merican to punch at Jamal and the likes.I do not know how far can you go--not emulating Pak Samad, never!--but I begin to feel losing the best English handled by a Malay. Sori out of tajuk. See, how the rojak we'll be hearing soon. Not to forget borrowing red guard street parlance.Catch em bro!

Anonymous,  27 September 2015 at 14:35  

1. China is not China of those days. China is now economically strong. They do business in many foreign countries. China will intervene when their economic interests are affected. They just need to do the minimal economically to make us run with the tail between the legs. There are some stupid people in our society who just cannot understand this.
2. Lesen Melayu punya. Business Cina punya. Business licences and contracts are given to the Malays and these are given to the Chinese. The Malays make some money and the Chinese make more money and become richer. Why then must the "ikan bakar" man make a fuss of the Chinese?
3. Today we see foreigners doing business. They operate their businesses with licences owned by the Malays. Whom to blame then? Banglas, Indonesians, Pakistanis etc are into business using licences owned by the Nalays. Is this part of NEP?
4. The country is doomed all because of Umno's weak policies. Najib must leave the scene first. Also we need a strong Opposition.
5. I salute DAP and PKR - both Penang and Selangor are doing well. Keep it up. Pakatan Harapan should become a strong coalition. We cannot depend on Barisan anymore. Worse still with Najib up there.

1KangKongLand 27 September 2015 at 16:44  

Buat undang kalu nak makan ikan bakar mesti makan Dari ikan bakar Jamal lembu sekinchan

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP