Keadaan Negara Kita Hari ini- Siri 2
Ada pembaca2
menulis mengatakan penulisan ini bias
dan tidak akan menyiarkan komen. Elok pembaca ketahui komen jenis mana yang
TIDAK akan disiarkan.
Komen sebaris
tidak akan saya layan kerana tidak ada pemikiran serius dalam ayat sebaris. Orang
yang komen untuk meluahkan marah dan kebencian dalam bentuk ayat sebaris, tidak
akan dimuliakan dengan penyiaran komen jenis tersebut. Hanya dengan berkata
tulisan ini bias tanpa menunjukkan
dimana bias nya, tentulah tidak akan
disiarkan. Saya minta maaf- ini bukan tulisan karangan tingkatan 3.
Komen yang maki
hamun dan menolak kesemua hujjah dalam artikel ini kerana tersangat anti DAP
dan berfikiran tidak rasional, dalam bentuk cacian peribadi tidak akan disiarkan.
Jadi elok jangan buang masa.
Komen yang tidak
bersetuju tapi memberi penalaran/reasoning dan penhujjahan, walaupun pedas
kepada saya, saya tidak ada masaaalh untuk menyiarkan. Berapa banyak komen dari
tukang komen yang tidak setuju dengan saya, telah saya siarakan kerana saya
menghormati hujjah yang rasional dan menampakkan proses penalaran.
Musibah melanda negara akibat angkara
durjana Najib Tun Razak.
Negara ini
mengalami musibah dan malapetaka kerana suatu orang. Nama dia Najib Tun Razak. Bahkan
isteri nya yang tidak dipilih oleh orang ramai secara demokrasi turut sama
menyibukkan diri dalam memerintah negara.
Kesan kepimpinan yang buruk.
Kepimpinan yang
buruk mengakibatkan pentadbiran dan pengurusan yang buruk. Kalau dia tidak
amanah dan jujur, apa nasihat yang dia beri akan di perlekehkan orang. Ucapan dia
akan hanya diterima dengan sinis dan ketawa.
Pecah amanah diperingkat
tertinggi akan hanya mengukuhkan amalan pecah amanah diperingkat bawahan. Belian
dengan harga yang dipalsukan, hanya menjadi amalan itu suatu kebiasaan. Penglibatan
pemimpin tertinggi dalam aktiviti mendobi wang menunjukkan bahawa system kewangan
dalam negara huru hara. Jika pemimpin boleh langgar undang dan memunggah wang sana sini, ia akan menggalakkan penyeludupan wang haram.
Wang hasil dari rasuah, komisyen, pemalsuan invoice, akan terus berleluasa. Antara tahun 20003-2012, Malaysian hilang USD395
billion atau secara purata USD39.5 billion setahun.
Macam mana perompak dan
penyamun yang memunggah wang keluar secara haram hendak takut, kalau pemimpin
negara melakukan perkara yang serupa?
Kredibiliti Bank Negara Malaysia sebagai institusi yang mengawal dan memelihara integriti sistem kewangan akan musnah.
api tidak boleh dibungkus dengan kertas.
Semua usaha
mempertahankan Najib akan dilayan dengan telinga pekak. Rakyat sudah percaya bahawa
Dato Najib ialah PM yang terburuk kita ada. Segelintir pemimpin UMNO yang
mempertahankan Najib, melakukan demikian kerana mahu kekal releven.
Orang2 seperti Salleh Said keruak, Ahmad Maslan, Syed Ali Al Habshee, Anuar Musa, Ali Rustam, Noh Omar melakukan apa yang mereka lakukan untuk kekal releven dalam pandangan Najib.
Dr Mahathir di perjahatkan/Dr Mahathir is vilified.
Tokoh yang
paling dikecam hari ini ialah Dr Mahathir. Saya mendapati ianya melucukan
kerana terkadang kala terpaksa mempertahankan Dr Mahathir; sepatutya tugas ini dilakukan oleh orang UMNO yang berhati-budi/yang ada conscience.
Adakah budaya orang
UMNO melupakan orang yang paling berjasa sekali kepada UMNO dan bangsa Melayu?
Sumbangan Dr
Mahatir berbanding dengan sumbangan Najib, ibarat langit dan bumi. Namun,
penyokong Najib memperlakukan Dr Mahathir sekian kurang ajar, orang Melayu mahu
berdiam diri?
Sebagai seorang
yang telah mentadbir Malaysia selama 22 tahun, tentulah Dr Mahathir mempunyai
maklumat terperinci untuk mendedahkan salah laku Najib.
Cuba tanya
soalan ini- kenapa perlu Dr Mahathir memilih jalan susah untuk mengkritik Najib
kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan. Pada umur 90 tahun, mengapa perlu Dr
Mahathr ambil risiko dan mengundang kebarangkalian hilang semua? Nama baik,
penghormatan masyarakat, di dipulau?
Kenapa perlu Dr
Mahathir menyusahkan diri dan mendedahkan diri nya kepada kemungkinan dicerca
dan dihina orang, KECUALI jika apa yang
dicakapkan oleh beliau benar2 belaku? Dr Mahathir mesti bersuara.
Bukanlah lebih
seronok jika dr Mahathir pencen, berjalan sana sini dan menikmati masa dengan
anak cucu dan sahabat handai? Kecuali Najib benar2 melakukan kesalahan, maka
itu mendorong Dr Mahathir bersuara. Dia bersuara untuk menyelamatkan orang
Melayu dari musibah yang dbawa oleh Najib.
Jika hari ini,
diadakan pungutan suara dikalangan orang Melayu menanyakan siapa antara Mahathir
dan Najib yang mereka percaya, orang lebih meyakini Mahathir.
Komplot menggulingkan Najib cara tidak
demokratik?
Dalam suatu
himpunan silat, Najib berkata kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak
boleh ditumbangkan. Ini kenyataan sudah terang lagi bersuluh. Semua orang tahu
ini. Tidak ada sesiapa mahu menggulingkan kerajaan dengan cara bukan
demokratik.
Depan orang yang
menyokongnya, tentulah dia boleh keluarkan kenyataan ini tanpa bantahan.
Maka, biar kita jawab
Najib. Sebelum kelentong nya diterima sebagai kebenaran.
Tidak ada komplot
menggulingkan Najib secara tidak demokratik. Jika seorang PM didapati bersalah membunuh
orang misalnya, dia akan di hukum. Jika seorang PM didapati mengamal salah laku
dia boleh di impeached secara demokrasi
melalui parlimen.
Jika UMNO
menyingkirkan Najib, maka Najib akan dikeluarkan sebagai PM. Ianya sama seperti
apa yang berlaku di Australia. Dia boleh berdepan dengan undi tidak percaya-
suatu cara yang dibenarkan oleh parlimen. Jika kalah, Najib kena berhenti. Dia juga
akan berhenti jika mana2 bil yang dibentangkan dalam parlimen tidak dipersetujui.
Jika bil mengenai bajet 2016 dikalahkan, maka kerajaan Najib gugur.
Jika tiba2 BN
tidak cukup ahli parlimen, maka kerajaan Najib akan diberhentikan.
Maka tidak benar
Najib kata kerajaan yang dipilih secara demokratik tidak boleh disingkir. Ianya
boleh melalui cara yang dibenarkan oleh parlimen.
Jika 57 ahli parlimen
Malaysia Timur memilih untuk keluar BN, kerajaan UMNO akan tumbang. Jika hanya
30 orang MP dari BN menyebelahi 88 orang MP bukan BN,maka BN sudah hilang
sokongan majority dan akan tumbang.
Negara kita dilanda musibah politik.
Kita sekarang
tidak ada 1 Malaysia. Itu konsep omongan kosong Najib sebab pengistiharan tidak
disusuli dengan perbuatan. Najib hanya berlagak mahukan sebuah negara yang
bersatu tapi pada masa yang sama menjalankan dasar pecah belah. Dia melakukan
ini kerana mahu menutup salah laku yang dia jalankan semasa dalam jawatan.
Bila masa maruah
najib dimalukan atau dirobek dan dicalar oleh Cina sedangkan dia berrekreasi
dan berbuat bisness dengan orang Cina? Pemilik Gerge Kent yang diberi Najib
kontrak RM11.5 billion ialah seorang Cina. George Kent ada masaalah dengan Ampang LRT extension project tapi walaupun dengan masaalah ini, Geroge Kent dan MRCB terus diberi lagi kontract LRT3 dari bandar Utama ke Kelang. Dan Cina ini telah melantik si tin
kosong dan bising mulut, Ibrahim Ali sebagai pengarah syarikat. Jho Low adalah
sahabat karib Najib yang bertukar whatsapp ribuan kali. Dia juga budak Cina.
Kita hendak
rakyat beritahu Najib supaya berhenti berlari dengan binatang buruan sambil memburu
bersama anjiing.
Fakta yang
menyedihkan ialah: Kita ada Malaysia untuk Melayu. Malaysia untuk Cina. Malaysia
untk setiap suku kaum dalam negara kita.
PM yang ada sekarang meruncingkan
pembahagian ikut kaum dengan menyebelahi himpunan merah dan mengeluarkan
kenyataan membakar api di himpunan silat.
Sedangkan kita
semua tahu Najib menggunakan itu semua untuk menenggelamkan isiu rasuah nya,
salah guna kuasa, songlap duit, memperkudakan1MDB sebagai skim cepat aya, menyalurkan
wang kedalam akaun peribadi nya, gagal menjelaskan kemana wang dan dana 1MDB di
aplikasi.
Setiap kali
ditanya, orang 1MDB akan mengkakaktuakan jawapan, nilai asset kita lebih besar
dari tangunagan. Jadi mengapa tidak mampu membayar faedah setiap tahun?
Semua orang tahu
dalam keadaan terdesak, asset akan djual pada harga fire sale KECUALI Najib
memaksa GLC membeli pada harga yang 1MDB mahu. Itu sama dengan pembelian dengan
harga yan dipalsukan.
Sila ambil
perhatian. Jika pun penjualan asset akan dapat cover nilai hutang dan tanggungan, kesalahan tetap kesalahan dan
tidak dihapuskan. Songlap wang, pemalsuan harga, masuk duit dalam akaun sendiri
semua nya tetap kesalahan walapun sudah di cover.
Apabila di cover, wang yang disonglap dari 1MDB
wajib dipulangkan.
10 comments:
1. Najib harus berundur.
2. Malangnya ada dalam Umno dan parti-parti lain yang masih mahu "jilat" Najib kerana pangkat dan wang.
3. Ekonomi negara merudum dan akan terus merudum selagi Najib berada di atas.
4. Majoriti rakyat mahu Najib undur.
5. Yang salah tetap salah. Yang membuat salah harus dihukum. Jangan pula undang-undang dibuat satu untuk orang yang tidak berpengaruh dan satu lagi untuk yang bepengaruh.
6. Najib telah merosakkan institusi kerajaan. Apabila ini berlaku rakyat sudah tidak lagi menghormati institusi kerajaan.
7. We are fed up with this man and his wife. He should be replaced and brought to justice.
Dear Dato Sak,
Saya merasa heran dan ajaib kenapa Hadi Awe, Harun De , Mahfuz dan Nik Abduh senyap dan sunyi saja sekarang terhadap isu isu politik , ekonomi dan rasuah yg sedang melanda negara masakini. Takkan tak boleh analisa dan berikan komen terhadap isu isu itu dari segi Islam yg mereka ini sepatutnya ilmuan dan pakar. Bukan kah tanggungjawab ulama menegakkan kebenaran. Apa kah Harun De dah malu kerana mempertahankan Najib dan akaun peribadi nya.Apakah Hadi Awe dah malu kerana kedapatan cetek ilmunya bila mengatakan isu penyonglapan wang memerlukan 4 saksi untuk membuktikannya. Tak boleh bayangkan seorang pemimpin politik dan ulama pula tu mengeluarkan pandangan yang begitu tak pandai. Malu kompeni saja. Dan yang lebih teruk lagi pemimpin pemimpin kategori ustaz ini tidak mahu menerima hakikat bahawa untuk memerintah negara memerlukan umara dan professional - ahli ekonomi, pakar kewangan, pakar pengurusan, pakar petbankan, pakar pertanian dll yg juga ilmuan dalam melihat dan menganalisa isu isu kenegaraan dari segi Islam. Tetapi pemimpin pemimpin ustaz ini tidak nampak atau tak mahu menerima hakikat ini. Mereka yang mahu mrnyumbang kepada pembangunan ummah dituduh pula sebagai barua dan pengkhianat, sebaliknya gerombolan pengkhianat negara yang sebenarnya dipertahankan. Dunia akhir zaman. Wallahu waalam.
Assalammualaikum w.b.t. Terlalu banyak penyelewengan yang telah didedahkan oleh media antarabangsa. Peliknya, masih ramai rakyat Malaysia, terutama hard core UMNO, lebih mempercayai kata-kata yang keluar dari mulut PM. We need to face the fact. Kalau tak tumbuh, tak melata, kalau tak sungguh, orang tak kata. Tun Mahathir will definitely have the evidence of all the wrong doings or else he will not speak up on these matters. Amat menyedihkan, seperti kata tuan, seorang yang berumur 90 tahun masih lagi terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan negara. Sepatutnya, Tun dah boleh berehat dan menikmati hasil usahanya membangunkan Malaysia, melihat pembangunan negara ini dengan bangga. Tapi kini sebaliknya yang berlaku.
NTR tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan melepaskan jawatan PM.Walau apa jua derita yang dirasai, dilalui rakyat hasil daripada tindakan-tindakan kurang bijak yang diambil PM, NTR hanya memandang sepi keluhan-keluhan ini. We have a leader who doesn't listen at all to the voices of the people. What he wants is to find ways to keep the post, his longevity as the executive administrator.
I talked to a foreigner who has been here for the past 20 years and he said, during Tun's time we never faced the kind of difficulties that we are facing now. Every economical problems will be dealt with by the government and thus the effects on the people is minimise. But this time, the people will have to face these difficulties themselves, because the government doesn't seem to care.
All the negative publicities spread over the news all over the world doesn't have any effect on the PM. No one knows what goes on in his mind. How long must we endure this? Bak kata TSMY, kepada Allah kita berserah.
Dato...
Walaupon satu malaysia malah dunia tahu apa yang berlaku...dimanakan cerdik pandai dan ahli parlimen yg berani mengkritik...walaupon dalam BN tidak semestinya mendapat perhatian najib. Saya memerhati ahli parlimen yang ada ketuaan nya sendiri...orang najib orang pak lah...dan orang bn yang bukan orang najib atau pak lah...kenapa sepi saja...
Di manakan "orang tua" yang diheboh heboh sedang mentiapkan SD...? Atau juga semua yng berkuasa dan berpengaruh sudah didiamkan oleh najib...
Apakah solution untuk orang marhain seperti saya?
Dato' saya setuju dengan ulasan dato' tetapi disebalik dr mahathir yang bersungguh untuk menjatuhkan najib disaat ini selain daripada kelemahan najib dalam menangani isu semasa yang sedang melanda negara ialah kekecewaannya kerana najib tidak menyokong anaknya mukris bagi jawatan naib presiden. Pandangan saya jika najib dapat menjanjikan yang mukris selepas ini akan dijadikan salah seorang naib presiden tentu dr m akan meredakan tekanannya.
Amat malang jika ada orang seperti anonymous tidak dapat membezakan yang mana satu kenyataan ust hadi dengan kenyataan yang di'spin'. Jahil sangat kah ust hadi sehingga hendak kan 4 orang saksi dalam kes mencuri wang. Saya kira pelajar tingkatan enam pun tahu hal ini.
Isu pengkhianat tidak ada kena mengena dengan kes najib. Jangan bawa isu yang tak releven semata-mata marah dekat pas dan taksub dengan geng yang sedang mencuba untuk menubuhkan parti amanah dan sehingga kini masih belum tahu nasib mereka. Allah maha tahu
Sri Jawi
Salam Dato,
Memang betul kata Dato..Tun Mahathir sudah sepatutnya merehatkan diri dan enjoy life setelah bersara..Selama 22 tahun berjaya membangunkan dan transform Negara sehingga dikenali Dunia dan kita amat berbangga mempunyai PM yang Dunia mengatakan sangat BIJAK..malangnya ada juga Orang Kita sendiri yang tergamak menafikan jasa2 besar Tun..Kalau kita sebagai rakyat pun berjaya hasil daripada nasihat dan tunjuk ajar Tun apa nak hairan dengan kejayaan anak2 Tun sendiri..sudah tentulah Tun sebagai bapa mereka akan menasihati dan membimbing mereka menuju kejayaan..Tun sangat sayangkan Negara ini..Tun telah melaksanakan dan menyediakan jalan kepada Negara bagi menuju kemajuan..Sekarang Tun nampak kesalahan yang sedang dilakukan Najib dan Kabinetnya..Tun nampak dan terpaksa menegur..Tun tak mahu Negara ini rosak..adakah kerana sayangnya Tun pada Negara maka Tun dihina dan dipersalahkan..fikirlah wahai Rakyat.
PRU13 dirosak sabotaj oleh Hadi awe bagi beri laluan umno dapat perintah lagi dan dari dulu,kini dan selamanya jika tak dinyahkan Hadi,jangan harap terlampau nak tumbangkan umno, namun kita lawan tetap.lawan
Megapa Gang Baju Merah UMNO IS Islam tu tak pergi ke SRJK yang kini ada banyak murid2 melayu di seluruh Malaysia dan Paksa mereka keluar SRJK dahulu sebelum buat cakap2 hasut batalkan sekolah SRJK.??...macam mana pulak dengan sekolah Agama Islam?? Nasib baik ada Media Intenet Bantai UMNO Baju Merak Kau-Kau.......
Nak Ringgit Malaysia berbanding dengan Singapura macam $MYR 1 = S$0.10 sen baru sedar Malaysia kian merosot??? Nak berapa 10 tahun lagi sebelum sedar UMNO-Bangsat Negara(BN) tu Hina Maruah Malaysia macam Bolasepak melayu UMNO FAM Kena Bantai 10-0 oleh UAE???
There's nothing good these days Dato.
It's really quite depressing.
The future is hazy. And that is as real as the smog that's enveloping our country.
Malaysia, quo vadis?
Umno bonggok
Post a Comment