Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 26 July 2015

Kuman diseberang Lautan Nampak, Gajah didepan Mata tak Nampak.



sudahkah melihat dan membaca dokumen asal?

Saya hendak tanya satu soalan dan para pembaca pun boleh nilaikan. Semua orang yang keluar kenyataan bahawa Sarawak Report guna dokumen yang telah diubah, palsu dan sebagainya- adakah mereka semua sudah melihat dokumen asal?

Sudahkah Zahid Hamidi sebagai contoh, melihat dan membaca dokumen asal? Dan membandingkan dengan  dokumen yang dikatakan diguna oleh Sarawak Report dan menghukum bahawa ianya sudah dicemari dan dipalsukan?

ugutan ekstradisi.

Bukan senang hendak extradisi seseorang kecuali kenyataan Zahid itu dikeluarkan hanya untuk tujuan menunjukkan kepada rakyat, bahawa Zahid melakukan sesuatu untuk melindungi Najib.

Kenapa hadkan kepada Claire Ruecastle Brown? Jika Brown di ekstradisi, Zahid mesti consistent- WSJ pun kena ekstradisi. Dan ekstradisi juga semua warga asing yang menulis mengenai 1MDB . Asia Sentinel, The Economist Magazine dan sebagai nya. Punggah semua mereka ini.

hal ini satu dunia dah tahu.

Bagaiman nak lindung, jika satu dunia sudah tahu apa Pm Najib lakukan? Adakah selepas ini, Zahid mencadangkan perkara ini dibangkitkan di PBB? Bahawa press luar negara serta pertubuhan menggugat kestabilan dan keamanan negara anggota? Mungkinkah Anifah Aman bercakap mengenai perkara ini di PBB? 


jika isiu ini dibangkitkan oleh warga negara malaysia, bagaimana?

Jika Sarawak Report tidak menerbitkan pencerahan dan pendedahan mengenai 1MDB, Jho Low, Peter Mahoney, Tarek Obaid, dan lain, skendel kewangan ini masih tetap didedahkan oleh parti pembangkang.

Soalan nya: bolehkah pembangkang pula dikatakan mencampuri urusan dalam negara kerana bercakap dan mengkritk perkara yang serupa yang dibangkitkan oleh Sarawak Report?

Yang mereka bangkitkan ialah salah gunakuasa, penyongglapan wang, rasuah, dan kemungkinan jenayah sudah dilakukan oleh pemimpin negara ini terutama PM. Yang mereka bangkitkan adalah kebarangkalian suatu jenayah telah dilakukan oleh Jho Low, Nik Faisal Ariff Nik Kamil, Shahrol Helmi, Tarek Obaid, Peter Mahoney, dan rakan2 Jho Low yang lain dalam dan luar Malaysia.

tidak ada sesiapa pun melihat dokunen asal.

Saya percaya, semua yang membuka mulut mengenai dokumen dipalsukan dan diubah tidak melihat dokumen asal.  Jadi bagaimana terus bohong kepada rakyat Malaysia bahawa dokumen yang digunakan adalah dokumen palsu atau sudah diubah?

kenyataan pgi.

Adakah mereka bersandarkan kenyataan yang dibuat oleh firma penyiasat PGI yang kenyataan mereka belum dapat disahihkan dalam forum yang sesuai seperti dalam mahkamah terbuka? PGI diupah oleh Petrosaudi- dia tentu cakap perkara yang menyokong Petrosaudi. Sandaran yang tidak kukuh.

Rahman Dahalan tidak pernah tengok, Shabery Chik tidak pernah tengok, polis pun tak pernah tengok. Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, supaya tidak timbul dakwa dan dakwi, bahawa dokumen sudah dipalsukan dan diubah.

apa sebetulnya kesalahan xavier justo dan kaitan nya dengan malaysia.

Apa kesalahan yang Xavier Justo lakukan sebenarnya? Zahid Hamidi kata mungkin bawak Justo ke Malaysia untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia. Kesalahan Justo dilakukan dimana?

Tuduhan menyatakan Justo melakukan peras ugut berlaku di Thailand. Yang ada kuasa keatas Justo ialah Thailand bukan Malaysia. Namun kalau Justo dibawa ke Malaysia, baik juga kerana lawyer boleh tanya Justo dl mahkamah terbuka.

Justo dituduh melakukan peras ugut keatas majkan nya, Petrosaudi. Petrosaudi pula dilapurkan telah membayar sejumlah wang kepada Justo untuk tutup mulut. Boleh jadi tak cukup maka Justo ugut Petrosaudi.

Itu antara dia dengan syarikat petrosaudi. Tidak membatalkan lapuran keatas 1MDB.

jangan dikelirukan dengan pertunjukan tepian.

Rakyat Malaysia mesti membaca langkah2 dan persembahan sampingan yang di adakan pihak penyokong Najib sebagai bertujuan memesongkan pandangan rakyat terhadap kesalahan dia.
Isu pokok ialah menjawab mana perginya baki wang 1MDB? Dan meyakinkan bahawa 1MDB ada cukup aliran tunai untuk membayar hutang dan menebus bon. Rakyat berhak beranggapan bahawa 1MDB tidak sihat kerana beberapa kali gagal membayar faedah pinjaman.

Jika tak mampu maka rakyat akan menanggung beban hutang. Peminjam tidak akan percaya apa yang disentuh oleh Najib. Najib pun tak boleh jadi jurujual pelaburan di Malaysia.

Sebenarnya, kalau Najib tidak dapat tidur malam, itu bukan masaalah kita. Masaalah kita ialah kalau kita yang tak dapat tidur disebabkan angkara durjana Najib dan konco2 nya.

Pertunjukan sampingan tak boleh batalkan isiu pegaliran duit kedalam akaun peribadi nya. USD700J ke dalam akaun nya datang dari Pak Arab dan RM42M kedalam akaun nya dari SRC. Duit SRC adalah duit rakyat. Masuk kedalam akaun peribadi sudah pecah amanah.

Ini dan banyak lagi dilakukan oleh Najib tapi rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak akan tahu jika tidak didedahkan oleh Sarawak Report, The Edge dan parti pembangkang. Janganlah terpedaya dengan air muka Najib dan mulut merah nya.

senarai pertunjukan tepian.

Setakat ini, apa dia pertunjukan sampingan? Antara nya ialah penangkapan Justo, pengakuan orang sakit mental dari Sarawak yang membuat tuduhan liar yang segera di nobatkan sebagai bukti untuk menyelamatkan Najib, rusuhan di Lowyat dan pembunuhan Najdi.

Semua ini pertunjukan2 tepian yang memesong pandangan rakyat dari kesalahan yang lebih besar.
Jangan kita terpedaya.

16 comments:

bruno 26 July 2015 at 07:46  

Zahid wants to have Claire Rewcastle extradited to Malaysia.Well,he can do that if he can have a case established that Claire Rewcastle had conspired with a group of people to topple the Umno gomen.That she was paid by them and is a mercenary for hire.Not using guns or water cannons but by her keyboards blogging propaganda garbage,fake or true at Najib,the PM of Malaysia.

Emer 26 July 2015 at 07:58  

Tepat sekali Pak Sak. Ini semua 'diversion' dari isu pokok. Pinjam MYR 42bil, belanja MYR 22bil, mana baki MYR 20bil? Jawab soalan asas maka isu Justo-PetroSaudi, cerita Claire-Sarawak Report-WSJ-Straits Times dan transaksi akaun peribadi terjawab dengan sendirinya. Tapi Presidente Del Bugisee pilih meng'kling'kan dirinya, putar sana sini. Sepertinya putar memutar ini dapat menyelamatkannya dari kecelakaan Allah di dunia, apalagi di aqhirat. Dan lebih malang ramai pulak yang sanggup mengusahakan pekerjaan putar memutar demi Najib sepertinya Allah tidak melihat dan mengetahui.

Anonymous,  26 July 2015 at 09:22  

Peribahasa melayu ada menyebut "sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua" dan ini sangat bertepatan sekali dengan segala tingkah laku najib untuk menutup segala skandal yang menyelubunginya sekarang. Dari itu usah bimbang dan ragu lagi. Najib pasti akan terperangkap juga akhirnya. Percayalah!

Anonymous,  26 July 2015 at 09:30  

YB salah. Pendedahan parti pembangkang tak akan kemana sekiranya Tun Mahathir tidak ke depan dan membongkar perkara 1MDB ini secara besar-besaran. Tun lebih dipercayai oleh ramai rakyat Malaysia dari pembangkang kerana Tun tak ada direct interest untuk jatuhkan najib seperti pembangkang. Indirect interest tu saya tak tahu.

YB kena terima hakikat tersebut walaupon tak suka.

bakat 26 July 2015 at 09:48  

Tapi yg sgt2 menakutkan ialah.. task force yg dipertanggungjawabkan adalah dr golongan mereka juga. Task force juga terletak dibawah kuasa MOF (najib) dan PMO (najib) untuk menyiasat tertuduh(najib).
Dato, jika ada maklumat dalaman, harus membongkar dan memdedahkan apa sebenarnya yg berlaku dibelakang tabir. Kesenyapan najib dan kuncu2nya memberikan saya tanggapan yg mereka sedang mengubahsuai dokumen dan menyediakan kambing hitam utk melepaskan najib dan rosmah.
Figura2 seperti dato, rafizi, mat sabu, tony pua harus terus mendedahkan kebenaran. Syukur SR, the Edge dan mediaa luar mendedahkan perkara ini dan kita semua tahu apa yg pemimpin yg diamanahkan ini buat. Kini pendedahan secara berterusan dan relentless supaya semua rakyat malaysia termasuk pakcik makcik felda sedar apa sebenarnya yg berlaku utk menjatuhkan bn pada pilihan raya.

Anonymous,  26 July 2015 at 11:23  

Pak Arab/ Peguam UK PetroSaudi Cayman tu macamana?

Anonymous,  26 July 2015 at 12:59  

Zahid like Ahmad Maslam is a stupid minister making stupid comments...which is an embarrassment of Malaysia. Msian cabinets full of stupid ministers making stupid comments..just to arse-lick their boss.

First, there is no such offence either in Britain or Msia making it criminal to interfere in the affairs of another country. Exposing the fact that the PM of Britain or Msia is corrupt is not an offence either in Britain or Msia. So what offence has Clare committed under the Malaysian law.

Mahfuz has called on the government to demote the IGP to the rank of Ketua Balai..Zahid also shld be demoted to be a parliamentary secretary..

Unknown 26 July 2015 at 15:57  

Pada anon 09.30,tak kisah la pembangkang ke atau TUN M yang bising pasal kes ni.Yang penting kebenaran harus ditegakkan.

Firestone 26 July 2015 at 17:57  


Coba Dato Ariff pelajari senarai jurucakap2 Najib ini:

1. Ahmad Maslan
2. Zahid Hamidi
3. Shahidan Kassim
4. Musa Sheikh Fadzir
5. Salleh Syed Keruak
6. Puad Zarkashi
7. Abdul Rahman Dahlan
8. Hassan Malek
9. Ismail Sabri
10. Syed Ali Alattas
11. Abdul Hadi Awang
12. Tan Keng Liang
13. Liow Tiong Lai
14. Ramesh Rao Naidu
15. Lester anak Melanyi

Semuanya sampah Dato, sampah belaka.... how can this country progress when such low-quality amoeba and planktons rule us?

pliang 26 July 2015 at 19:59  

No Balls even to sue WSJ and Edge, yet talking about extradition. Tokkok minister lah.

Anonymous,  26 July 2015 at 23:16  

Salam kepada dato' sak dan pembaca berhemah tinggi.

SEMUA kemungkinan2 yang bakal terjadi di negara kita sedikit hari lagi.

- Semua maklumat akaun dipalsukan.

- Semua data transaction dipadamkan.

- Semua tuduhan dibersihkan.

- Semua geng juga bersih.

- Semua tabung negara kosong.

- Semua dana habis bayar hutang.

- Semua duit songlap beli emas jongkong.

- Semua duit disembunyi diluar negara.

- Semua pelabur angkat kaki.

- Semua geng2 cabut lari.

- Semua negara tolak ringgit.

- Semua rakyat tambah miskin.

- Semua hutang tak mampu bayar.

- Semua perniagaan sederhana hancur.

- Semua bisnis tidak untung.

- Semua pengguna mengamuk.

Anonymous,  27 July 2015 at 20:43  

Kiranya... Apa yg Rasululah saw Sabdakan " RUWAIBIDHAH " itu TELAH TIBA di Zaman masa kita Idup & msh bernafas !

TANYAlah Ustaz2 Anda ... Atau Cari di Google - APA ITU " RUWAIBIDHAH " !!!

Utk PULIH Sosio Ekonomi ini BUKAN MUDAH !
NILAI RM Hati ini sudah meLEPASi RM3.80 / US$1.00 !!!


TAHNIAH Pengundi2 BN UMNO !

Unknown 27 July 2015 at 23:40  

Anon 23:16,

Perkara-perkara yg tuan senaraikan tu dah lama berlaku pun. Cuma kesannya baru mula terasa mungkin sbb GST kot? Kalau Najib buat style Tun M..sembelih dgn cara hiris sikit-sikit..mungkin tak terasa sangat sakitnya tu..tapi Najib sembelih main sekali henjut..tu yg menggelepar tu. Cuba check menteri-menteri lantikan Tun M, Pak Lah dan Najib..kompem 99% dah ada rumah, duit simpanan kat luar negeri. Kot-kot Malaysia jadi huru-hara..cau je la..tunggu hape lagi..tabung dah penoh..tak habih makan 7 keturunan..tak gitu?

Anonymous,  28 July 2015 at 00:02  

Tak payah susah2 nak kaji itu ini. Senang criter, Justo kata dia tawar jual dokumen yang ada pada beliau dengan harga berjuta. Petro Saudi bayar berjuta kepada beliau untuk senyap dan kemudian tuduh "blackmail" Petro Saudi berjuta juga. kalau dokumen itu tak "credible" kenapa harganya berjuta????? Takkan orang nak bayar berjuta semata2 nak tukar kandungan dokumen?????

Anonymous,  29 July 2015 at 10:20  

Najib has now gone past the point of no return. He knows "he" won't survive in GE14. My next prediction: His only move left (to avoid being jailed) is to "create" opportunities to declare emergency rule.

He has also reached a point where he does not care a hoot about being politically "naked" i.e. what people say about his escapades.

Muhyiddin better watch what he says as this may be used to sack him from UMNO.

Anonymous,  30 July 2015 at 08:22  

IGP ambil tindakan berdasarkan video confession SiSarawak bankrap,mabuk, anti-Rasullullah dan laporan polis siBankarp macai BN selepas digesa oleh Rahman Dahlan.. semua kena travel ban dan akan disiasat atas alan nak menjatuhkan kerajaan.

Nah, sekarang ada video confession TSMY yang Najib mengaku duit USD700M dari sumber Middle East ada masuk akaun peribadi Najib.. adakah IGP akan ambil tindakan siasat Najib dan travel ban Najib kerana kesalahan money laundering dan menjatuhkan ekonomi Malaysia dan merosakkan imej Malaysia kerana aliran wang haram keakaun peribadinya, ZET Aziz BNM kerana berdiam diri atas kesalahan AMLA itu?

Kalau kes siSarawak itu siRahman Dahlan yang menyegerakan sampai IGP ambil tindakan , nah sekarang atas video TSMY ini semua rakyat Malaysia yang perihatin duit pembayar cukai disalahgunakan mesti segera buat laporan polis supaya tindakan IGP dan polis segera diambil atas pengakuan Najib itu....

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP