Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 3 July 2015

Bila Najib Bercakap Hal Keagamaan.



Astagha…Ustaz Najib Razak berkhutbah lagi mengenai perilaku umat Islam. Al Ustaz Najib ibni Razak al Pekani wa al wasathiyah.

Maka supaya pembaca semua mendapat perspektif yang seimbang, maka ana, al faqir ilallah ketengahkan hujjah dari perspektif agama lah jua mengikut seadanya.Wallahu 'alam bissawab.

Kali ini dia kata Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan. Agak nya, orang Islam baru tahu akan perkara ini.

Siap dengan baca mafhum hadith lagi.

Saya sebagai bekas ketua penerangan UMNO Pekan dimana Najiib menjadi ketua Bahagian akan ulangi apa yang saya selalu kata. Bahawa bila Najib bercakap mengenai hal2 agama, ramai pendengar jatuh dari kerusi ankara terkejut.

Orang tua2 di Pekan, tahu perkara ini. Mereka bukan baru kenal Najib. Yang baru kenal jialah jenerasi muda UMNO yang tak boleh mengunyah bubblegum sambal berjalan. Termasuk segala pengampu dan penggilap buah apple.

Perbandingan Najib bercakap mengenai hal2 keagamaan Islam macam Hugh Hefner pemilik Playboy bercakap mengenai agama Kristian.

Bagaimana saya melihat Najib? Najib macam orang yang difirman Allah dalam Al Baqarah ayat 44.

Iaitu adakah kamu Najib,  menganjur orang lain berkelakuan baik tapi kamu lupa mengamalkan nya terlebih dahulu sedangkan kamu membaca ayat2?

Najib sedang membawa seluruh Malaysia ke neraka jahanam ekonomi dan politik.  

Rasuah berleluasa, skendel kewangan didedah satu persatu- 1MDB, KWAP, EPF, MARA , FELCRA, PPFI, SRC, FGV. Kita tunggulah Tabung Haji, Amanah Raya dan banyak lagi. Hubungan kaum menjadi teruk. Malaysia kebanjiran pendatang asing. Penjagaan keselamatan rakyat dipajak kepada warga asing. Najib membiarkan ekremisme agama menjadi jadi. Najib tak tahu nak buat apa apa.

Najib juga seperti orang yang di sebut Allah dalam Al Baqarah ayat 204.

Iaitu perihal orang yang memukau pendengar dengan ungkapan kata2 muluk mengenai dunia ini dan membibirkan Allah sebagai saksi megenai penceritaan nya, tapi sesungguh nya, Allah kata, orang macam ini ialah musuh kamu yang ketat.

Bagaimana jadi musuh ketat?

Allah terangkan lagi dalam Al Baqarah ayat 205

Yakni sebaik sabaik sahaja diluar pandangan kamu dia melakukan mungkar-dimana sahaja dia melakukan onar dan huru hara dan memusnahkan tanaman dan ternakan. Tapi Allah murka kedada pelaku kerosakan dan kemungakarn.

Kemusnaha kepada tanaman sudah pun terjadi; ditangan Najib- pemusnahan Felda, keberhutangan perserta FELCRA, korapsi dalam industry pertanian. Ternakan? NFC sudah berlaku bukan?

Umat Islam jangan terpengaruh dengan ungkapan kata2 pelopor wasathiyah ini. Mereka mesti ingat, intipati wasathiyah ialah melayakkan diri supaya umat Islam iaitu umat yang pertengahan jadi contoh teladan kepada kelompok dan bangsa lain. Untuk jadi contoh teladan, mesti diri sendiri dahulu menunjukkan bahawa dia berpegang kepada system nilai yang baik.

Najib memberi mini khutbah nya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.

Yang dia beri itu duit umat Islam. Karajan  Najib hanya pemegang amanah menyalurkan bantuan dan sumbangan. Pada bab mengujudkan instutusi saksiah dan muamalat Islam- kita puji kerajaan Najib. Tapi pada bab mempolitikkan penyaluran sumbangan atas nama Islam , kita mengutuk tindakan lihai Najib. Islam bukan monopoli mana2 parti politik termasuk kerajaan yang berkuasa pada hari ini.

Jangan nak perli orang kerana rakyat makin sedar bahawa Najib seorang penipu bersiri. Bersyukur kepada Tuhan bukanlah boleh diterjemahkan kepada membisu bila kerajaan dan Najib melakukan mungkar.

Bahkan kalau mendiamkan dan membisukan diri ketika orang disekeliling dan kerajaan melakukan segala macam bentuk kezaliman, mengundang laknat dari Allah.  Lihat Al Maidah ayat 78.

Orang Rohingya. ini trick murahan dari Najib. Orang Rohingya tiba ke darat, sudah tentu cium bumi sebab selamat dari bahaya dilautan.  Mereka bukan nya tahu Malaysia bumi bertuah atau tidak. Bertuah atau tidak bukan bergantung kepada pengiktirafan pelarian Rohingya. Rakyat Malaysia yang mendefinasikan negara sendiri.

Mereka juga bukan tahu Malaysia dan pemimpin2 nya ramai yang rasuah, salah guna kuasa, mencuri wang rakyat, memalsukan harga, membuli rakyat, mengenakan cukai yang zalim dan sebagainya.

Adakah kita berharap Rohingya yang baru selamat tiba kedarat boleh menjai penganalisis politik sekoyong koyong?




9 comments:

SolitaireHunter 3 July 2015 at 16:20  

Assalam Tn SAK47

Retorik Najib saya tak kisah sangat... Yang merisaukankan saya ialah Najib dah start pegang duit Zakat, takut mimpi ngeri kegagalan bersiri menguruskan dana menjangkit ke Jbatan Zakat pula!

Labu8455 3 July 2015 at 18:01  

Tidak menghairankan kalau suatu hari nanti Najib akan naik ke mimbar untuk menyampaikan khutbah dan seterusnya mengimamkan solat Jumaat. Orang yang desperate macam Najib sanggup melakukan apa saja untuk cuba menyembunyikan kebenaran.

Unknown 3 July 2015 at 20:21  

Kalau mcm tu tok....teruk betul tu. Sampai jatuh kerusi ! Ada benar jugak pasal saya pernah dengar secara direct sewaktu beliau d kem pertahanan....apa yg berlaku antara beliau dan supplier kerabat ni....banyak tu ! Deal tu tak done...sbb banyak sangat ! Banyak yg d mintak.....job tak de besar sangat......75 mil.......
Tertanya2 jugak mana pergi bekas sprinter negara dulu....dengar2 kat dia pun ada banyak tu ! Tapi yg tu bukan unit....jgn salah paham !

bruno 3 July 2015 at 20:37  

The Malaysian Government,Najib and 1MDB have to immediately send their lawyers to the land of the free,the OLde US OF A and sue the ass off the WSJ.The WSJ cannot be taken lightly as it is no SR or the supermarket gossip tabloid,The Star.No action and as silent as a tikus and the world will take for granted that the parties accused are guilty as hell.Guilty or not,the Malaysian Government,Najib and 1MDB must have the resolve to prove that they have backbones to take the case to court.

The land of the free,the OLde US of A is the best place to have a fair cock fighting match.The court is neutral and sometimes the guilty party can be punished and make to pay billions for libel.Hopefully,Umno and Malaysia's best lawyer Shafee will represent the MG,Najib and 1MDB.If Shafee and his team can win this case in the OLde US of A,then he has indeed earn and deserve to be called Umno and Malaysia's best lawyer.Lose,and he will be known as the lawyer who can only win in Umnoland (the land of the bolehs).May the team with the best lawyers win.

Anonymous,  3 July 2015 at 22:58  

Inilah IDOLA Haji Hadi, Presiden PAS. Seorang PM yg petah berbicara bab agama dan bijak "mengKURUSKAN" kewangan negara. ha ha ha setakat nak lelong negara, budak tingkatan satu pun boleh!

bruno 3 July 2015 at 23:29  

Well,either Najib is so smart and confident as to have the money from 1MDB wired directly to his personal account in Malaysia?Leaving miles of paper trails?Like traceable e-mails from our modern day internet police?

Or are the reporter/reporters from the WSJ and their editors smoking a cheap inferior brand of the cheapest and lowest quality type of weeds?

Well,I would not be surprise if a movie about 1MDB to be produced,submitted for the Oscars and be declared the winner.

Anonymous,  5 July 2015 at 18:50  

Ada satu lg xsebut tik pasal kes bunuh wanita Mongolia Dan kes di port dixkson

Anonymous,  1 August 2015 at 18:06  

Dalam negara yang penuh orang yang buta ..........yang bermata satu itulah raja mereka

Anonymous,  1 August 2015 at 18:08  

in the country of the blinds.....the one eye man is king

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP