Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 23 July 2015

Harapan Baru menyala dalam obor hati rakyat Malaysia.



Saya terjemahkan kedalam Bahasa Melayu suatu artikel yang ditulis oleh blogger Donplaypuks. Artikel asal disini. Sana sini saya tambah.

Jadi marilah kita mendapatkan beberapa jawapan benar dan terus terang kepada beberapa soalan mudah, ditanya dalam Bahasa yang mudah dari kerajaan krook lagi membohong ; sebuah kerajaan dimana Rosmah memakai celana dan Najib pakai kain. Soalan2 nya:-
1. apakah sumber RM2.6 billion yang disalurkan kedalam akaun peribadi PM? Wang pinjaman? Sumbangan? Wang haram? Dari mana ia datang? Adakah ianya dari dana perang yang disimpan dalam bank luar pantai yang dikendalikan oleh UMNO? Jika dana perang- siapa yang sumbang? Tauke judi? Tauke babi? Kutipan rasuah? Atau ianya suatu jumlah yang dipinjam untuk sementara dari 1MDB yang akan diganti kemudian. Sedikit dana berjumlah RM2.6 billion untuk kerja2 membeli undi? Sogok sana? Sogok sini? Hulur sana? Hulur sini?
2. kenapa RM2.6 billion disalurkan kedalam akaun peribadi? Mengapa? Kenapa? Why? Wei-sha-ma?  
3. jika seperti yang diistiharkan oleh PM, duit itu bukan untuk kegunaan peribadi, bagaimanakah pengunaan RM2.6 billion untuk tujuan yang hanya PM tahu, tidak boleh dianggap, paling tidak, perbuatan money-laundering? Ini suatu kesalahan yang boleh menyebabkan PM dijel paling kurang 5 tahun. Dan bagaimana mahu kata PM tidak dapat faedah dari penggunaan RM2.6 billion ini sedangkan wang tersebut diguna untuk membeli undi dan kemenangan? Kemenangan itu bukan faedah?
4. siapa lagi yang dapat durian runtuh dari RM2.6 billion ini. Ada 222 kawasan parlimen. Kalau wang RM2.6 billion dibahagikan sama rata sama rasa atas nama keadilan UMNO, maka setiap kawasan parlimen patut dapat RM11.7 juta. Maka setiap ketua bahagian UMNO yang ada dalam setiap kawasan parlimen, cuba cek, ada dapat tak RM11.7 juta seorang? Atau seperti biasa, boss dapat, anak buah gigit jari dan terpaksa berkelahi dan baling kerusi meja , bakar balai raya nak dapat duit?

5. bagaimana wang RM2.6 billion digunakan? Untuk apa? Beli kapal terbang? Helicopter? Kapal layar? Sponsor kahwin bini muda? Pakai sikit untuk kahwin anak? Beli intan berlian? Baju bertatahkan ma’nikam?
6. maka jika RM2.6 billion diguna untuk membiayai pilihanraya BN, untuk beli undi dan beli lawan, tidakkah ini bermakna kemenangan UMNO dan BN adalah akibat rasuah dan oleh kerana itu kemenangan mereka dibatalkan semua? Ini cukup untuk membatalkan pendaftaran UMNO dan parti BN yang lain dan semua yang mendapat agihan dari RM2.6 billion diheret dan dihantar kedalam jel dan di haramkan untuk bertanding dalam pru yang akan datang?

7. Adakah PM berani untuk menyaman WSJ, Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown atau The Edge? Saya tidak fikir PM berani. Ada telur atau tidak? Apa lagi yang dinantikan? 

Soalan tambahan untuk 1MDB:

1. kenapa kah PM tidak bercakap benar mengenai jumlah wang dan tanggungan sebenar 1MDB iaitu sebanyak RM46 billion? Menteri kewangan lupa menyebut perihal hutang dan bayaran faedah RM4 billion yang diambil alih oleh MOF, tapi mesti dibayar oleh pembayar cukai kepada suatu dana pencen?  Mengapa tak kira hutang ini?

2. kenapa 1MDB membayar RM18billion untuk sejumlah IPP termasuk ambil alih hutang IPP sebanyak RM$6 billion dan kemudian meluput-nilai RM RM3 billion sebagai impairment goodwill? Kemudian menerima sumbangan  RM250juta dari pihak penjual IPP? Mengapa tidak sebagai pelabur yang bijak, bersabar beberapa tahun, baru beli memandangkan IPP tersebut nak tamat tempoh kontrak dan boleh dibeli pada harga yang murah? Kita bukan berada dalam darurat kegelapan. Dan antara IPP tersebut yang mana ada pinjaman RM6 billion?

3. kenapa bayar Goldman Sachs yuran sebanyak 12%- suatu peratusan luar biasa? Dan apa maksud GS yang menyatakan 1MDB dan PM mahukan wang RM2.6 billion dengan segera?
4. bagaimanakah menteri kewangan berbohong dalam parlimen menyatakan bahawa wang RM3.5 billion dalam bentuk tunai disimpan dalam sebuah bank di Singapura, sedangkan transaksi tersebut, yakni deposit tunai  tidak berlaku? Kemudian bila terperangkap bagaimana kah menteri kewangan 1 dan 2 meneruskan bohong mereka dan bercakap mengenai assets dan units? Tidakah menteri kewangan ada perasaan malu dan ada maruah? Tentu ini bukan nilai orang Bugis yang ada integrity dan harga diri.

5. kalau kerajaan meminjam RM46 billion, "melabur" RM18 billion membeli IPP yang dipalsuharga, beli pulak tanah pada kos RM2 billion dan belanja RMRM6 billion lagi dalam kos overhead dan kewangan, bolehkah kerajaan menyenaraikan dan menerangkan dalam Bahasa yang mudah, dimanakah sebetulnya pergi baki RM20 billion? Nyatakan baki ini  dalam imbangan bayaran atau balance sheet 1MDB atau MOF.  Jangan putar belit- nyatakan kepada rakyat kemana pergi nya baki RM20 billion itu? Masuk poket sapa? Beli apa?
Pemimpin baik memberi inspirasi untuk rakyat mencapai ketinggian. Najib suami isteri menyebabkan musibah, kemiskinan dan kehancuran.
Pada tugu Statue of Liberty ada kata2 sajak untuk memeransangkan meraka yang tiba di pantai USA.  Memandangkan apa yang terjadi pada Malaysia hari ini, sajak yang di tulis oleh Emma lazarus bertajuk 'The New Collosus' sangat tepat.:-
Not like the brazen giant of Greek fame,
With conquering limbs astride from land to land'
Here at our sea-washed, sunset gates shall stand
A mighty woman with a torch, whose flame
Is the imprisoned lightning, and her name
Mother of Exiles. From her beacon-hand
Glows world-wide welcome; her mild eyes command
The air-bridged harbour that twin cities frame.
"Keep ancient land, you storied pomp!" cries she
With silent lips. "Give me your tired, your poor,
Your huddled masses yearning to breathe free,
The wretched refuse of your teeming shore.
Send these, the homeless tempest tossed to me,
I lift my lamp beside the golden lamp!"

Dan ini sebenar nya apa yang kami perjuangkan- pemimpin yang baik, pemerintahan yang baik dan hak kebebasan kami. Kita bukan berdiri dalam ketakutan melihat negara kita hancur dan terbakar sedang emperor Najib dan empress Rosmah bermain biola.

8 comments:

Unknown 23 July 2015 at 09:20  

Soalan mudah dlm bahasa mudah....JAWAPAN JE YG SUSAH. Pelik tapi benar!
Ambil mudah je tok.....jika kita benar sampai bilapun kita tetap pertahankan kebenaran kita,jika pusing sini sana...tentu ber sebab....kan?

bruno 23 July 2015 at 11:03  

It is a possibility that within the next few days,the PDRM will come calling at the front doorsteps of Rafizi and Tony Pua.They will sure be arrested with either one or two guys from the Edge.They will be charge with dealing and handling of known stolen documents.And also of trying to topple the Umno gomen.Even though everybody knows to do that,they will have to ask Jibby's golfing buddy Barrack for loan of his US Marine Corps.

Unknown 23 July 2015 at 11:07  

Kawan aku pada bulan lepas dia nak bank in RM30,000 sudah kena query dengan abank dan bank negara kerana peraturan di mana mana pintu sempadan jika bawa masuk US$10,000 bersamaan matawang US$10,000 kita kena isytihar. Apa yang pelik kawan aku business trading company di malay sia saja, hari hari keluar duit masuk tetipa dihari tu lebih sikit dia ni buat insurance dan lain lain lagi bukan money launderingpun. Bodohnya dia pasal tak minta tolong guna pakai masuk dalam akaun rosmah dulu dan kemudian dipindah keakaun dia, barulah ok!kalau dia buat transaction $2 billion ok lagibank negara tak hampiaq.

Anonymous,  23 July 2015 at 14:33  

Datuk

Rosmah tu adalh anak seorang guru.
Anak didik guru biasa nyer d didik dgn sempurna.
Rosmah adalh bekas pelajar asrama penuh.
Tunku KUrsiah College adalh tempat rosmah dapat ilmu.
Sedih bekas pelajar TKC saperti rosmah boleh jadi krook.

AstagfirLAH al Azimmm...

Anonymous,  23 July 2015 at 20:31  

I am not going to comment on the goings on of our current state of the nation or politicians on both side of the divide. Only that i feel we are losing our country and my sympathies goes out to those who fight for the truth and their suffering families in whatever circumstances they are in. May God bless Malaysia and may we all find peace again.....whatever it may be.

bruno 24 July 2015 at 01:41  

Jibby and his lawyers have their balls caught between a rock and a hard place.

Tony Pua,Rafizi and the two guys at the Edge have their balls caught between the legs of a sawhorse.

Of course,having one's balls caught between the legs of a sawhorse is much much more painful than having one's balls caught between a rock and a hard place.

Najib will come out of this 1MDB scandal smirking like he just had his first ever orgasm.

Tony Pua,Rafizi,Tong and HO will more likely spent the coming and many more Christmases and Chinese New Years with Anwar in Sungei Buloh.Joining them will be former PKR SG Nasution and a few more.

Malaysia is not like UK,Canada,Australia or New Zealand where the slightest scandal,no matter how minor will have the PM running stark naked out of their bathrooms and heading for the hills.Even the PM's of Japan,Taiwan and South Korea bow their heads low and walk away.Even the president of the most powerful nation on this planet,the Olde US of A got chased out of office.All because his men were ears dropping on a democratic couple screwing and screaming during sex(same mess Tony,Rafizi and gang are in)

Umno controls all the public institutions in Malaysia.When push comes to shove,Umno wins hands down.It is just plain stupid to go all the way and knock heads with them.The opposition have to know when to pull their punches,and where or what are their limitations.When Najib is down,do not step and jump on him.Let Mahathir and his gang do the dirty work.No matter what,come rain,storm or thunder,Umno will not dare touch Mahathir.

The only way the opposition can chase out Umno from Putrajaya is through the ballot boxes.The way things are going they can thank their lucky stars if they can retain their existing seats in the next GE.

Anonymous,  24 July 2015 at 07:16  

Ini hanya sedikit. Banyak lagi masalah negara yg kita sedang hadapi. Satu penipuan menyumbang kpd 1000 lagi penipuan. Sayang! pelbagai pihak sedang ambil kesempatan untuk mencari untung, kumpul harta, kuasa, perdagang manusia, dadah, pelacuran, dan mencemar environmen. Ringkasnya aktiviti jenayah. DEMI untung terdekat, jangka masa panjangnya negara musnah.

Anonymous,  24 July 2015 at 15:09  

Tolong ye siapa2 pun. Jangan gelojoh nak berkuasa mengambil alih pemerintahan negara. Oleh kerana bn yang perintah selama ni, jangan harap nak ambil semua harta ni ye. Ini bukan harta mak bapak kau pembangkang!

Kami akan angkut keluar semua sekali. Ya. Semua sekali harta2 negara ini tiada lagi di sini. Kami boleh tukar ringgit kepada emas. Ya emas tuan2. Nak jadi apa pun dengan nilai ringgit, itu tuan2 punya pandai2lah. Hutang negara? Alahai, tuan2 wajib bayarlah. Kata nak memerintah, perintahlah dan tanggunglah semuanya.

Siapa berani tahan kami nak punggah harta2 tu. Siapa yang berani tahan kami nak keluar negara? Semua orang kami bebas sebebas2nya buat apa yang kami suka. Pergi mampos pembangkang dan rakyat2 bodoh penakut. Nak memerintah konon...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP