Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 12 February 2015

Solidariti Bersama Anwar- Bahagian 1






 Ianya sudah pun bermula. Pemenjaraan Anwar hanya memberi sebab untuk meningkatkan usaha. Ia nya percikan api pemula yang membakar padang rumput kering yang luas. Biarkan sejuta bunga kesedaran menyeri.


Saya terjemahkan suatu tulisan yang disiarkan oleh sahabat saya Walla. Tidak sedikit jejaka UMNO yang menalipon saya mahukan nombor talipon Walla yang mempunyai wajah lebih cantik dari Neelofa dan Siti Nurhaliza.

Saya kata- jangan buang masa. Sudah lama si cantik Walla jadi makanan ketua bahagian dan ketua pemuda UMNO.



Terjemahan.

Sejak bertahun, mereka mahu benamkan Anwar. Sekarang mereka telah menggunakan insitusi kehakiman yang nampak dengan angkuh menepikan isiu2 yang dibangkitkan oleh pihak pembela.

Keputusan hakim yang diberi terdengar seperti suatu monolog pihak pendakwa. Jika Mr Spock dari SS Enterprise mendengar nya, telinga nya yang menegak akan kendur penuh kehairanan.

Tapi apalah yang mahu dihairankan apabila system kehakiman yang sama telah gagal memberi keadilan kepada kes yang melibatkan seorang bangsa Mongol?

Kerakusan untuk menghumban sesetengah orang dari kandang mahkamah tanpa perbicaraan adil membayangkan motif politik.

Dalam kes si Mongolia, motif nya ialah menyembunyi. Dalam Kes Anwar, motif nya ialah mendedah. Memburaikan. Lagi terperinci lagi bagus. Nampak sangat tidak konsisten nya.

Ia membawa kita kepada persoalan mengapa Dr Mahathir menyeru supaya orang ramai menerima keputusan mahkamah sebelum ianya diumumkan?

Dengan menyedari baahwa Anwar Ibrahim akan memusuhi nya jika dibebaskan, mustahil Mahathir menyeru orang menerima keputusan mahkamah jika keputusan itu membebaskan Anwar. Tidak begitu?

Maka, Dr Mahathir tentulah sudah mengetahui dahulu bahawa keputusan nanti tentu akan membayangkan usaha tidak padam dan gigih untuk membuang Anwar dari lanskap politik Malaysia.

Jadi bagaimana Dr Mahathir tahu hukuman nya jika dia tidak diberitahu terlebih dahulu oleh mereka yang mengetahui keputusan hakim?

Soalan nya, mengapa perlu para hakim atau yang tahu keputusan hakim memberi tahu keputusan tersebut kepada mereka yang berkepentingan mendahului pembacaan hukuman kepada orang dalam kandang tertuduh?

Adakah bila Jabatan PM bercakap mengenai keadilan individu, ianya suatu omongan kosong dan publicity stunt? Jadi mana keadilan kepada Anwar Ibrahim?

Yang hilang dari prosiding mahkamah hari iu ialah prinsip bebas dari sebarang kemunasabahan kesangsian./beyond reasonable doubt. Prinsip ini tidak dikupas. Prinsip ini menetapkan, jika terdapat sebesar zarrah pun kesangsian, maka yang tertuduh mesti dibebaskan. Membuktikan tidak bersalah bukan tanggung jawab yang tertuduh. Pendakwa mesti membuktikan kesalahan merentangi prinsip kemunasabahan kesangsian!

Maka yang demikian, Malaysia mungkin merupakan negara pertama didunia, dimana seorang insan didakwa, ditekan dan ditamatriwayatkan dengan menggunakan agakan agakan disamping DNA yang luput waktu.

Tidak syak lagi hyparmarket2 diseluruh dunia berminat untuk mengetahui proses saintifik apa yang telah digunakan untuk melanjutkan hayat hidup barangan2 yang boleh luput.

Kehidupan Anwar Ibrahim yang dicemari oleh musuh politik nya  menjadi suatu kehidupan yang menyeksakan. Dia mungkin melakukan banyak kesilapan semasa dalam UMNO. Bezanya ialah , manakala parti lama nya terus menerus melakukan musibah dan onar seperti membiarkan seorang individu yang penakut lagi bodoh cuba menidurkan masyarakat yang laparkan keadilan dengan menggunakan Akta Hasutan, Anwar membetulkan diri nya untuk menebus kesilapan lampau. Dia lakukan demikian walaupun menyedari bahawa melakukan demikian, dia akan mendedahkan dirinya dan keluarganya berdepan dengan serangan demi serangan tidak bermaruah, seluruh jentera kerajaan yang dikuasai oleh suatu parti politik  yang jahat.

Mereka tidak puas dengan hanya dengan mata lebam. Mereka mahu memancung kepala nya. Selama ini apa sebenarnya yang Anwar telah lakukan? Kecuali memberi pidato yang berapi dan bersemangat diatas pentas yang dibasahi hujan?

13 comments:

Anonymous,  12 February 2015 at 20:44  

HAKIM BERSIFAT KEJI TERHADAP RAKYAT NEGARA INI.JADI RAKYAT NEGARA INI PERLU INGAT TIADA KEADILAN KITA SEBAGAI RAKYAT .MEREKA PEMBELA PENJENAYAH YANG BERKUASA DIMALAYSIA INI.SEMUA KESALAHAN PIHAK MEMPUNYAI KUASA DANMEMTADBIRNEGARA INI BEBAS WALAU PUN MELAKUKAN KESALAHAN.TERUTAMANYE NAJIB DARI DULU KITA DENGAR DIA DITANGKAP OLEH PIHAK MAJLIS AGAMA ISLAM BERKALWAT BERSAMA DENGAN ZIANA ZAIN BERJUGA DENGAN ISA PENDEK TAPI UZTAZ YANG MENGNANGKAP NYE DITUKAR FAIL DIBAKAL.KES ALTANTUYA KEDATANGAN ALTANTTUYA DIPADAM DAN DIA ARAHKAN DIBUNUH DENGAN BEGITU ZALIM SEKALI.DANA NEGARA BERBILION DISONGLAP ATAS NAMA 1MDB SEWENANG WENANG NYE.KINI HAKIM SERTA KAKITANGAN KERAJAAN YANG LAIN DALAM KEHANCURAN .BEREBUT PANGKAT DAN GELARAN SERTA TAKUT AKAN KEADILAN.BUKAN ANWAR SAJA MEJOR ZAIDI DAN BARU BARU INI TERDENGAR PEGAWAI BAHAGIAN AKUARI DIARAHKAN MEMASUKI PEJABAT PERANGKAAN DAN APA BILA LAWAN DIMAKAMAH HAKIM SAMA MACAMANA MEREKA BUAT KES ANWAR .DATANG KEMUDIAN PENDING DGN ALASAN ADA KEMATIAN DAN CUTI 2 MINGGU .DATANG BALIK HAKIM YANG DILANTIK DAN DIBAYAR TIDAK BOLEH BERKATA APA DAN JATUH HUKUM.APA PUNYA MAKAMAH LE INI.

Anonymous,  12 February 2015 at 23:56  

Ambiga always has her hand on the pulse of the nation and has invariably proven right and she has this to say now:

Putrajaya will soon realise it has made a mistake in incarcerating Datuk Seri Anwar Ibrahim, warned lawyer and activist Datuk Ambiga Sreenevasan today, saying that the opposition leader was more dangerous inside prison. She said that despite being convicted of sodomy and sentenced to five years in jail, Anwar should not be discounted. "Don't discount him. He is at his best when he is down‎. BN (Barisan Nasional) will see that it has made a terrible mistake in imprisoning him‎," she said at a forum at Malaysiakini office in Petaling Jaya tonight.

Ambiga, who is the former Bersih 2.0 co-chair, said Anwar was a bigger factor than ever before. "He symbolises what our struggle is about. He becomes ‎a rallying factor for Pakatan Rakyat," she added. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/anwar-more-dangerous-in-prison-than-on-the-outside-warns-ambiga#sthash.DusMSa8p.dpuf

Firestone 13 February 2015 at 00:04  

Dato - Walla's contribution in your blog is one of my "must read".... she's thorough, argue her points very well and much more I like her wittiness in presenting her views... I hope she continues to contribute.... one real smart cookie I would say... with brains and looks....

Anonymous,  13 February 2015 at 03:06  

Dato,

Izinkan saya berkongsi pendapat berkenaan pandangan Tun Mahathir dan Chandra Muzaffar tentang 2 perkara berikut:

1. Ura ura Nurul Nuha akan bertanding di Permatang Pauh menggantikan Anwar dianggap Tun Mahathir sebagai kronisme dan PKR sebagai parti keluarga Anwar.

2. Kengganan Anwar menjalani ujian DNA dan enggan bersumpah mengguna alquran seolah menjadi bukti Anwar bersalah di mata Chandra Muzaffar.

Pendirian saya, soal samada dalam organisasi, parti atau apa apa pertubuhan pun, lantikan calon dikalangan keluarga sendiri bukanlah menjadi satu masalah atau isu asalkan majoriti keahlian bersetuju begitu dan selagi individu atau calon yang diberi jawatan berkenaan diyakini jujur dan dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas tanpa sebarang penyelewengan.

Kita lihat Anwar yang pernah puluhan tahun menjadi orang penting negara dan menjawat jawatan TPM bertahun tahun. Anwar sehingga kini tidak pun pernah dibuktikan bahawa beliau seorang yang kaya raya walau pun media massa kawalan UMNO BN sejak hari pertama penyingkirannya heboh mendakwa perihal kekayaan dan rasuah beliau. Tapi semua dakwaan itu rekayarsa semata mata tanpa pernah dibuktikan sekali pun UMNO BN yang menguasai segala jentera kerajaan. Cuba pula kita lihat bekas MB selangor, Khir Toyol, menteri menteri UMNO BN mahu pun ADUN2 parti berkenaan, sepenggal dua menjadi YB sudah mampu hidup mewah dan mengumpul harta yang banyak. Kita yakin anak anak Anwar yang dididik dan dibesarkan dari rezki sumber halal ayahanda mereka pasti akan menjamin moral dan jiwa mereka lebih bersih dan dapat dipercayai berbanding anak anak menteri yang perasuah dan menyalah guna kuasa.

Maka bukannya soal lantikan ahli keluarga sendiri yang menjadi persoalan dan isu sebaliknya kejujuran dan kemampuan melaksanakan amanah rakyat itu yang lebih perlu diutamakan. Cuba kita tinjau gaya hidup anak anak menteri UMNO BN, anak Nazri Aziz, anak anak Tun Mahathir dan anak anak serta kaum kerabat Najib sendiri, hampir semua kaum keluarga pemimpin UMNO BN ini boleh dikatakan mempunyai kekayaan luar biasa walau pun mereka diketahui tidak pun menceburi atau memegang jawatan politik. Mereka mereka ini kaya kerana bapa mereka menggunakan kedudukan dan kuasa yang ada selaku menteri untuk kepentingan diri dan keluarga sendiri. Apakah kita fikir orang seperti Mirzan, Mohkzani mahu pun Mukhriz boleh berada dalam kedudukan yang cukup selesa dan hidup sujper mewah sekarang ini kalau bapa mereka Tun Mahathir ini cuma penoreh getah di kampung pendalaman?. Jadi soal lantikan kaum keluarga sendiri dalam satu satu organisasi bukanlah menjadi isu selagi lantikan itu dipersetujui serta menepati kehendak ramai dan amanah rakyat tidak diabai atau diselewengkan. Tuduhan dan pandangan sinis Tun Mahathir itu tak ubah bagaikan seekor ayam jantan yang hebat berkokok tapi tubuh sendiri busuk diselaputi najis. Tun Mahathir lupa atau nyanyuk barangkali, bahawa dia sedang meludah ke langit diatas pundak kepalanya sendiri.

2b continue..

Anonymous,  13 February 2015 at 03:06  

From above..

Berbalik kepada komen Chandra Muzaffar yang kononnya dikenali sebagai seorang pemikir yang hebat, saya cuma mampu ketawa sendiri. Rupanya Chandra ini bukanlah tajam dan bijak sangat akalnya. Keengganan Anwar memberi DNA beliau bukan disebabkan beliau takut kerana bersalah. Sebaliknya dari awal lagi Anwar sudah tidak dapat terima bukti mani yang kononnya ditemui di dalam rektum Saiful. Cuma Anwar dan mereka yang berkonpirasi tahu bahawa specimen mani yang dibawa sebagai bahan bukti oleh pegawai polis terbabit adalah bukti yang direka cipta hasil konspirasi pihak musuh politik beliau yang memegang tampuk kuasa. Dan inilah juga antara sebab kuat kenapa specimen dna mani berkenaan mempunyai dna orang ketiga. Kerana apa?. Kerana specimen berkenaan bukanlah suatu yang asli dari perbuatan liwat yang terjadi diantara dua orang, bukan tiga. Dalam menjelaskan kehadiran dna orang ketiga ini, ternyata pihak pendakwa gagal memberi jawapan yang munasabah dan boleh diterima akal.

Saya ingin bertanya. Andainya Chandra sendiri ditahan dan dilokap. Kemudian dna beliau yang diperolehi dari benda2 yang pernah digunakannya serta dari tempat2 yang pernah dihuni beliau sebelumnya, lalu dna itu disuntik ke rektum seseorang atau ianya didakwa ditemui dalam dubur seseorang oleh pegawai polis yang bersubahat lalu dibawa ke hospital untuk ujian pihak doktor. Apakah Chandra masih mahu membenarkan dna beliau diambil dari tubuh beliau untuk diperiksa dan dipadankan dengan dna rekaan tadi?. Sudah tentulah dna itu berpadan bukan?. Amat bodohlah jika Chandra masih sanggup memberi dna setelah diri sendiri tahu bukti dna yang dikatakan dari rektum orang yang menuduh itu adalah bukti ciptaan. Sebab itu Anwar menegaskan berkali kali bahawa tuduhan liwat II itu adalah konspirasi. Saya kira otak Chandra semakin berkarat atau mungkin kerana dendam kesumat tidak berkesudahan.

Namun bukanlah suatu yang anih jika Tun Mahathir mahu pun Chandra Muzaffar begitu berdendam terhadap Anwar kerana sifat dendam ini amat kuat dalam diri orang orang yang berdarah kitol dan mandeliar. Sejarah Melayu telah menyebut ini sekian lama. Bukankah kitol dan mandeliar itu bersalasilah pariah?.

Kepada Chandra..kalau anda yakin dengan sumpah dan ajaran Allah, kenapa dari awal kes liwat ini dibicarakan, anda tidak sarankan pemerintah kesayangan anda membawa kes ini ke mahkamah syariah?. Bukankah kedua yang menuduh dan yang tertuduh itu muslim belaka?. Kenapa mahu mengguna pakai Islam separuh separuh saja?. Anda sebenarnya tidak yakin dengan hukum dan undang undang Islam, sebaliknya anda dan ramai yang lain yang berkhiblatkan UMNO BN cuma pandai memanipulasikan Islan untuk kepentingan kelompok anda dan diri sendiri saja. Anda sebenarnya tidak layak lagi untuk terima penghormatan warga Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran.

bumi-non-malay 13 February 2015 at 11:19  

Solidarity itu Satu Jalan untuk Tendang UMNO Keluar...

Tukar Ringgit Kepada Wang Asing USA, Singapura dan Australia DAN...Paling Penting Mulai Guna Wang asing beli makan Jalan Ke Dua...... Ini Nasihat untuk mereka yang Betul2 Benci UMNO-BN....Apa susah Guna Wang Singapura yang Kian Meningkat...dan Ringgit Jatuh?? Misalnya Beli Nasi Lemak Sekarang $3 Ringgit... Guna Wang Singapura $1....Kita Bagi UMNO-BN GST dan untung TAX GST Korrupsi Kosong. Biar UMNO-BN tak ada duit dalam Poket untuk macam mana Keganasan dan kezaliman terhadap rakyat...Biar Rakyat penyokong UMNO-BN Beli Barang Naik dengan Ringgit...manakala Puak Pakatan beli lebih Banyak benda dengan Murah Guna Wang Asing......Yang Mana Rakyat Malaysia Nak Pilih...Macam Zimbabwe...Syria atau Korea Utara??...kalau Tak Bangkit Semua Negara Ciplak yang disebut akan Jadi Keyataan Kepada Malaysia.... APA Sultan_Agong boleh Buat?? Rakyat yang Marah dan Lapar adalah Rakyat Yang UMNO-BN Paling Takut..... B B B.... Rakyat yang guna Wang Asing adalah Rakyat yang cukup Makan dan Cerdik!! Solidarity Bagi UMNO-BN Rasa GST Kutipan cukai KOSONG!!

Anonymous,  13 February 2015 at 12:06  

It will be great if PR or PKR can start printing Anwar's T-shirt for sale to the public with the word " I WILL BE BACK" printed on it.

This is one way of giving moral support and show solidarity to Anwar and his family members who has to go through all this suffering again.

This will also keep the flame of reformasi burning brightly and help to remember the most persecuted politician that this country ever had, i.e. Dato Seri Anwar Ibrahim. Who is willing to sacrifice his freedom and the suffering of all his family members, so that we can have a better country to live in.

Anonymous,  13 February 2015 at 13:44  

There's so many twists in every tale.

The AG said Saiful Bukhari did not face sodomy charges as he had turned state witness.
PMO issued a statement on Tuesday saying that Anwar's case is a case where a private individual took up a case against him. But now AG is now saying otherwise, that this case was taken up by the state and Saiful was not charged because he turned state witness. So which is which? Issuing contradicting statements will dig Putrajaya grave's deeper.

Isn't it true in Islamic law, the giver or receiver cannot become the witness as there will be elements of bias. When a woman and a man are caught for consensual sex (zina) both will be charged for the offence and there must at least be 4 witnesses to testify to that effect. The woman or man cannot turn round to become the witness to their act as both had consensual sex.

Everywhere which way, Saiful should also be charged since the court has found Anwar guilty. Therefore punishment should also be meted out to Saiful, and the court will decide if Saiful's punishment can be mitigated.

Now this will make sense.

Anonymous,  13 February 2015 at 13:46  

Firestone 00:04
you are sure Walla is a female, all along though Walla as a "he" ? Anyway this person writes compellingly and is a must read whenever his/her article appears in Sak's blog.

Firestone 13 February 2015 at 16:01  

Dato Sakmongkol, please consider fielding Major Zaidi in Permatang Pauh....

Firestone 15 February 2015 at 23:38  

Anwar Ibrahim sudah dipenjarakan dan sudah tidak berupaya bersuara... kenapa Pendakwa Raya Shafee Abdullah ini terus saja mencaci dan mengkritik dia begitu kejam dan zalim? It is wrong to do this when a man is already down!

This Shafee was put to shame by young lawyers like Ramkarpal Singh Deo and was put in the pocket by veteran lawyer Gopal Sri Ram. Anwar was jailed by a flawed system and this Shafee thinks he won the case for the government on a level playing field and now is the right time for him to assume the Attorney-General post?

He is just too arrogant and unpolished and if I recall he was also the one who advised the Home Minister to send a letter to the FBI to plead for a gambling kingpin Paul Phua....

Anonymous,  17 February 2015 at 07:49  

Jiang Jing (Madam Mao Zedong) berkata bahawa "I am Chairman Mao's (attack) dog".

Shafee Abdullah - attack "dog" untuk siapa ?


Phua Kai Lit

dt rahman pekan 19 February 2015 at 11:47  

I think it was lky who said that anwar fell into his own trap.

anwar knows that the only route to putrajaya is thru umno/bn. that is d reason why since day one after pm najib took over, he has been attempting to strike a deal which luckily never materialized.all this while both d dap n pas hv been kept in d dark n hv been taken 4 a ride n I think some hv realized it now.

he has been found guilty by the highest court of d land even after spending tons of money on the best legal brains 2 defend him.I don't think there is anything wrong in putting yr rival out of commission if both parties r given equal opportunity 2 fight it out. it is just like a boxing match - u can't possibly put a flyweight 2 fight a heavy weight where the result is a foregone conclusion.

we need 2 move on. there r real n genuine people that can carry d anti corruption n anti nepotism flag. anwar shld tell his family members n supporters 2 stop going all over the country telling half truths in d hope that people will continue 2 believe of his innocence.

likewise shafee (saiful) shld also reciprocate by stopping their road show bcos it does not serve any purpose.

but if both parties insist on fighting after the 12 rounds (of boxing) hv been concluded then by all means continue 2 give the people added entertainment.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP