Jangan marahkan harga tak turun, marahkan mengapa pendapatan tidak naik?
Daripada bertanya
mengapa harga barang tidak turun, elok kita tanya mengapa pendapatan tidak
naik? Atau jangan suruh rakyat boikot penjual dan pembekal- suruh rakyat makan
kurang.
Bukankah kerajaan suka kata- kurangkan makan itu dan ini supaya badan jadi sihat, kencing manis kurang, darah tinggi menurun?
Kurang makan
ayam, ikan, sayur dan beras. Atau kerana kerajaan suka intervene dalam pasaran,
mengapa tidak kerajaan bertindak sebagai pembekal dengan meliberalkan sumber
bekalan?
Saya tak lah sampai hati nak suruh sahabat saya orang Pahang, menteri
pertanian jadi penjual makanan dan sebagainya. Takkan lah kaki tangan kementerian
asas tani beratur tepi jalan jual sayur dan ikan. Kalau Tajudin Rahman yang
jual tepi jalan, pembeli lari tengok muka dia yang bengis.
Seingat saya,
kakitangan kementerian Pertanian bertindak sebagai pengeluar makanan semasa
Sanusi Junid jadi menteri pertanian. Itu
pun kerana semua orang tahu Sanusi Junid gila gila orang nya.
Saya hanya mohon
menteri pertanian membanyakkan sumber bekalan makanan dan barangan lain.
Jika ada satu
pembekal beras, buka pasaran supaya semua orang boleh impot beras dari mana
sahaja. Paling baik, musnahkan monopoli BERNAS. Buka pasaran untuk impot makanan
lain. Jangan beri AP kepada kawan2 UMNO sahaja. Pecahkan monopoli impot bawang
putih dan bawang merah.
Tapi situ pun
ada masaalah. Kerajaan umno telah memusnahkan ekonomi dan merosakkan kredibiliti ekonomi negara kita,
menyebabkan kos impot naik. Harga Ringgit jatuh merudum- sekarang RM3.60-363
kepada 1USD. Jika import kita dalam USD, ertinya, semua makanan yang kita impot
menjadi mahal.
Jadi kita tanya
kerajaan, mengapa awak tidak kukuhkan matawang RM?
Baik kita boikot
kerajaan yang incompetent mengurus ekonomi kita.
Rakyat lebih
suka pendapatan naik dari membising menurunkan harga. Harga kalau sudah naik,
sukar mahu turun sebab rakyat faham manakala menteri tidak faham ekonomi-
prices are sticky downwards.
Kos hidup
semakin meningkat. Harga barang makan mengikut Index Pengguna semua nya naik-
termasuk harga kangkung.
Mengikut jabatan
perangkaan Malaysia; index harga pengguna naik 2.7% pada bulan Disember. Harga makanan
dan minuman bukan alcohol naik pada kadar purata 2.4%. harga Kangkung yang
Najib duduk jerit sana sini pun naik 2.8%. harga ayam, telur ayam, mentimun , kailan, sawi
pun naik.
Jadi mengapa tak
tanya apa pasal tidak naikkan pendapatan? Atau berani atau tidak menteri
pertanian atau sesiapa istihar, kita turunkan pendapatan orang ramai kerana
sekarang harga barang sudah turun?
Ini bukan cara
mengurus ekonomi negara. Jangan kita pandir sangat dan mencetuskan huru hara. Kita
jangan khuatir lah dengan sokongan beberapa bekas pemimpin
UMNO ynag membawa banner Je suis Ismail
Sabri- entah2 antara mereka itu pemegang AP makanan yang besar.
Kita kena
selidik keseluruhan rantaian bekalan. Betul harga minyak dan disel turun, tapi gaji
perkeja naik atau tidak? Kos pengendalian naik atau tidak? Kos spare parts kenderaaan
naik atau tidak ?Dan dalam raintaian bekalan ini, jumlah perkerja Melayu yang menyarai anak bini, ramai.
Jadi isiu harga
barangan kehidupan liat turun bukan lah isiu perkauman sangat. .
Orang Melayu
masih tidak faham. Bahaya yang kita berdepan bukan nya perkelahian antara Melayu
dengan cina atau dengan bangsa lain. Cerita berkelahi dengan cina timbul bila
kerajaan UMNO hendak tutup mata orang dan mengalih pandangan masyarakat dari
tatakelola mereka yang buruk.
11 comments:
"Jangan marahkan harga tak turun, marahkan mengapa pendapatan tidak naik?"
Marahkan kedua-dua nya!
1. Harga minyak turun, tapi
harga barang lain masih meningkat
2. Pendapatan? Macam ini lah :
(Komen saya dari blog Saudara Anil Netto)----->
Let’s see (if I remember correctly):
New single storey terrace house in Petaling Jaya in 1970 —– RM10,000
Same single storey terrace house in PJ in 2014 —- selling for at least RM 300,000 !
Visit to the GP in 1970 —- RM5
Visit to the GP in 2014 —- between RM30 to RM50
Haircut at Indian barber shop in 1970 —– 50 sen
Haircut at Indian barber shop in 2014 —– RM12
Bowl of hawker stall noodles in PJ in 1970 —– RM1 to RM1.50
Bowl of hawker stall noodles in PJ in 2014 —– RM5 to RM6
Lower end foreign car in 1970 — RM10,000
Lower end foreign car in 2014 —- RM50,000 to RM60,000
Starting pay for fresh university graduate in 1970 — RM 1,000
Starting pay for fresh university graduate in 2014 — RM2500 to RM3000
Rise in house prices are the most alarming (& low starting pay for fresh university graduates too).
So, this is my conclusion:
Pay of fresh university graduate has increased only 3X (2014 compared to 1970)
but the prices of other things have all increased more than this.
Increase in house prices have been the steepest, thus making life for fresh university grads difficult.
My guess would be that those fresh univ grads who are lucky enough to be able to live
at home in PJ or KL, obtained financial assistance from their parents in buying their
car, eat at home for most meals, do not have to support younger siblings, would be the most “well off”.
As for the other fresh univ grads, they would have to pay for renting a room in someone else’s
house, make monthly car loan payments, pay for meals eaten outside etc. They would have little savings left over at the end of the month.
Is it any wonder why so many young Malaysians go overseas (including to Singapore) to
work ?
Phua Kai Lit
Daripada bertanya mengapa harga barang tidak turun, elok kita tanya mengapa pendapatan tidak naik?
Good point to ponder.
Some economist said that the weakening of RM actually helps the M'sian exports.
Exporters sell in US$ & iff they bring back the earning & convert into RM, out of the blue, they make more money while selling the same volume.
The additional profit SHOULD be reflected into wage increments for their workers.
That was NOT done!
The exporters pocket the exchange gain without saying anything.
Similarly, many AP holders buy commodities in US$ & import into M'sia.
Now, the fall in MANY commodity prices overwhelms the strengthen of the US/RM exchange rate. These AP holders pocket the extra without saying a word.
Who r these exporters & AP holders????
Why Sabri DIDNT target them????
Tak tau &/or tak mau????
Could be both!!!!
TNB, the biggest profiteer from the exchange gain & falling commodity prices. What happens to the electricity tariff?
Ditto with Bernas, the monopoly in rice import. Ditto with MSM, the monopoly in sugar import!!!
Meanwhile the majority of the Chinese traders, with no cable connections & can do only domestic trades r to be blame for holding prices up!
Where do these traders get their goods from, does Sabri knows?
Does he also know that all of them has to pay additional 40% fuel tax on petrol/diesel used in their industrial production despite the falling in petrol/diesel pump prices?
Does he know that electricity bill constitutes a big portion of their overhead, besides the steadying prices of the primary ingredients controlled by the AP holders?
Surely he doesnt, since as an Agricultural minister, he ONLY look after kangkung - his boss favour. & even for that he isnt doing a good job, as the price of kangkung has raised many folds!
Incompetent to the nth, indeed.
Salaries are stagnant.Prices of goods are also stagnant,going nowhere even as gas prices have gone through the floor.Also the ringgit have gone South.That only meant that Malaysians standards of living have also gone South.
Now let us look at Singapore.It has no natural resources.The Sing $ is flying high.And salaries are very competitive over there.So are their standards of living.
So who are we to blame?The stupid and moronic politicians,of course.And also the tongkat,crutches and wheelchair dependents who relied on and voted for them.
The Associated Chinese Chamber Commerce has called the Govt to walk the talk and start the ball rolling in price decreases, CUT DOWN THE POWER TARIFFS. There is no reason why our electricity bills have not been reduced, and Putrajaya should know the rakyat will expect them to take immediate steps.
Kapitalis amat berkuasa di Malaysia.Pasaran hartanah, Aneka perdagangan,pengeluar sayur dan tanaman, insuran, perbankan dan lain2, bukan fokus terhadap beras sahaja adalah dikuasai oleh tauke cina beb. Kerajaan adalah diluar bidang kuasa dan tiada kuasa menyekat aktiviti ekonomi ini. Membuka AP impot supaya menjadi terbuka belum tentu matlamat atau motif penurunan harga boleh dilaksanakan memandangkan aspek pemasaran juga adalah dikuasai oleh kapitalis. Melalui pemupukan koperasi jika disatukan (merged) sehingga berupaya bersaing diperingkat bursa saham bakal menjamin ahli dan orangramai menikmati pasaran harga munasabah sekiranya diurus biaya bermotifkan ekonomikal.
PM Najib just issued a statement to help spin what Ismail Sabri posted in his FB.... unbelievable!
I suppose this is what we should expect from a PM who is weak, toothless and have no balls to do the right thing.... to expect anything else would be expecting too much...
Dah la sistem perundangan dan kehakiman makin lalok, pengurusan dana pun ikut berteraboq. Harga tetap naik, gaji tak naik naik...lama lama yang satu tu pun dah tak larat naik kerana stress angkara gerombolan lalok. Telan viagra pun tetap lentok.
UMNO BN makin mabok. Hayat bergantung kepada "juboq". Umur dah makin dekat kuboq. PRU esok insyallah leboq.
Buat Dato Sak..jangan stop mengasak. kerap keraplah gasak. Biaq Nafas Najib sesak. Mahathir dan Daim kena sesah jugak Kerana depa ni ni makhluk perosak.
Manusia yang boleh berjalan atas ayaq tu cukup bahaya. Dato Sak jangan lupa. Team depa kaya raya. Pak angguk pak turut mudah depa bela. Termasuk jin dan hantu raya. Nak libas Najib, libas depa juga. Sekali Dato Sak leka. LIwat 3 tak mustahil direka. Kali tu giliran Dato pula. Sanggupkah berumah dipenjara?.
Kalau rasa tak boleh nak bawa. Asal UMNO libas saja. Jangan peduli team apa. Mahathir, Daim atau Najib sama saja. Pelingkup negara. Lainlah Pak Syeh kita, pernah jadi TPM pun tapi tak kaya kaya.
Padan Muka Semua Orang Malaysia yang 44%...Yang Undi UMNO-Bangsat Negara....Opps...Lupa..itu UMNO-Barang Naik.
Selagi melayu,cina, India dan Bangsa Lain tak Faham apa dia Racism, Kebebasan Beragama, Kebebasan guna nama Allah, Korrupsi dan MASIH TAK CUKUP MARAH terhadap UMNO-BN yang telah guna SEGALA ALAT macam Media, Tentera, Polis untuk Kontrol Kebodohan Rakyat...maka Destinasi Ekonomi HUTANG $1 Trillion....ya Hutang $1,000 Billion akan Mampuskan Malaysia. Malapetaka Malaysia tak pilih hati..
Untuk Keselamatan anda semua yang cerdik ..tukar wang Ringgit Kepada Wang USA, Singapura, Australia dan guna Wang Asing untuk beli-belah.......Dengan itu GST satu sen pun tak diKutip...ha ha ha!! BBB - Bangun Bangkit Bantah .... Guna Wang Asing, Orang Malaysia Kaya...UMNO-BN miskin dan Mampus!!..tak ada kutipan Cukai GST...Mampuskan Kerajaan UMNO-BN!!..Ini corak Rakyat Malaysia Berdikari!!...Macam Mat Kilau...Tok Gajah..Panglima Gantang.... Boikot dan Bantai!!
2016 - $100 ringgit - 5 Kg Beras atau $1 USD - 10Kg Beras...pergi rasa ringgit yang lemah baik untuk Negara Malaysia @#$%!!
Dun talk tru your ass.
Teh ais kat kedai mamak RM1.70 400ml
Minyak RON95 - RM1.70 per liter
Kalau lah boleh minum, lebih murah minum RON95
Dato pernah bandingkan kos secawan kopi, teh dan teh ais di kedai kopi Cina dengan harga di kedai Mamak? Tolong bagitau Ismail Sabri harga tu....
Mungkingkah ini sebabnya harga minuman kita dikedai mamak tu mahal?
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/02/15/why-pay-more-for-sugar/
Post a Comment