Bolehkah kita percaya 1MDB?
Macam mana kita
hendak percaya apa pemimpin kerajaan dan pengurusan 1MDB cakap dan kata?kata orang puteh-
Oh, what a tangled web we weave,
When first we practise to deceive!
Oh, what a tangled web we weave,
When first we practise to deceive!
Mungkin kalau
Najib bercakap dengan JKKK kampong permatang Keledang- boleh lah. Kebanyakan mereka
akan melopong dengar bagaimana bijaksana nya pemimpin mereka melabur duit
diluar negara.
Demikian juga, kalau
arul kanda bercakap depan budak sekolah tahap 6 bolehlah- mereka pun, seperti
ahli JKKK Permatang Keledang, akan terlopong mulut. Wah- betapa pemimpin negara bijaksana mengukir
masa depan yang cermerlang, gemilang dan terbilang.
Hmmm- rasa macam
pernah dengan ungkapan slogan ini.
Ahli dan penyokong UMNO berkata bodoh betul
budak Dapig dan penyembah tokong Lim ini- 1MDB ialah pelaburan jangka panjang.
Well, in the
long run we are dead.
Sukar kita
hendak percaya apa2 yang diterangkan oleh kerajaan atau pegawai 1MDB mengenai
1MDB. Berapa sebenarnya wang 1MDB di simpan di Cayman Islands? Ada baki ke
tidak setelah ianya digunakan untuk membayar hutang yang dipinjam dalam Dollar
Amerika? Pinjaman mana ynag telah membuat Arul Kanda dan 1MDB menukar fikiran-
daripada bayar hutang dengan consortium bank Malaysia sebanyak RM2 billion- baik bayar
hutang lain yang did denominasi dalam dollar Amerika.
Soalan nya:
hutang mana pulak tu macca?
Tapi nanti- bukankah
semua dunia diberihu bahawa wang kita ada RM7-8 billion di Cayman Islands? Jika
kita gunakan RM2 billion- ada 5-6 billion lagi yang boleh diguna untuk bayar
the other US Dollar denominated loans bukan?
Sekali masuk ke Malaysia,
sekali tak masuk. Mana satu cerita yang benar? Najib sila jawab. JKKK kampong Belimbing
dan JKKK Kampung Sri Makmur nak tahu. Arul Kanda kena jawab sebab budak sekolah
darjah 6 hendak tahu.
Belum pun kita
rungkai ikatan putar belit najib sebagai punahsihat 1MDB dan Arul Kanda- sekali
lagi kepala kita pening. Arul Kanda kata RM2 billon bukan wang dari Ananda Krishnan.
Mungkin dia malu kerana 1MDB macam pinjam dari chettiar. Jika bukan dari Ananda
dari siapa?
Jika bukan
Ananda yang pinjamkan- apakah tindakan yang pihak bank akan ambil keatas
Ananda? Bukankah ketika meminjam RM2billion tersebut, Ananda menjamin pinjaman
tersebut melalui syarikat nya Usaha Tegas?
Sekarang pihak bank mesti tegas keatas
Ananda- paksa dia bayar sebab dia yang jamin pinjaman RM2 billion tersebut.
Adakah 1MDB
pinjam dari sesiapa tapi bukan Ananda untuk membayar hutang RM2 billion nya?
Itu bermakna , 1MDB gali lubang kambus lubang- berhutang untuk bayar hutang.
Abang Mi yang
jual satay di Pekan sehari Dong Raub pun boleh buat bisnes macam ini. Kerajaan hanya
perlu jamin bon yang Abang Mi terbitkan dan Abang Mi akan jual satay nya di
saentero dunia.
Bantulah BUMIputera
untuk jadi billionaire! Berhentilah bantu bumiPUTERA.
RM7-8 billion
itu pun bukan datang dari hasil business operations. Ianya bayaran pinjaman oleh
PetroSaudi atau apa entah. Tapi bayaran tersebut tidak dibawa kembali ke
Malaysia. Ia disimpan dalam suatu Segregated Fund yang diurus oleh pengurus
dana yang berpangkalan di Hong kong. Saya pun malas nak sebut berapa pulangan
hasil dari pengurusan tersebut. Banyak sangat maklumat yang mengelirukan.
Kerajaan
kena buat Kertas puteh nampak nya untuk menrungkai kusut 1MDB.
Punahsihat 1MDB
kata- better keep the money in Cayman Islands. Brader Jho Low kata simpan kat
sana lagi baik. Bank2 di Malaysia tak boleh pakai. Bank luarpantai kita di Labuan tidak cukup
bagus rupa nya.
Lagi[un, mustahil standard punahsihat 1MDB sama dengan standard Pehin
Taib Mahmud?
Pengurus dana
dan bank tempatan tidak cukup standard? Jika tak cukup standard, apa pasal kita
bayar gaji jutaan Ringgit kepada beberapa CEO bank milik kerajaan?
Jawapan nya,
semua ini tentulah keputusan yang diambil setelah berbincang dengan PUNAHsihat
1MDB- Najib Tun Razak graduan dari University of Nottingham England tersebut.
Hurrah! kata
orang puteh.
One theory about the origin of
"hurrah" is that the Europeans picked up the Mongol exclamation
"hooray" as an enthusiastic cry of bravado and mutual encouragement
satu pagi di Raub Pahang.
7 comments:
Tuan,Najib tiada apa-apa kelulusan pun.sebab tu dia bangang.jangan ingat dia tu belajar kat U.bangang tahap pekak dan tuli.
Pengerusi 1MDB Wak Lodin dalam bulan Januari pernah berkata wang yang disimpan di akaun di Cayman tidak dibawa pulang kerana matawang USD masa itu sedang meningkat naik dan kita akan rugi kalau wang deposit ditukarkan ke matawang ringgit... aduh bodoh kenyataan ini...
Saya berbisnis di Indonesia, Pak Ariff... jadi banyaklah berita yang say dengar di Jakarta.
Antaranya ialah 1MDB telah membeli sebuah tambang batubara (lombong arang batu lah dalam bahasa kita) iaitu coal mine di Kepulauan Provinsi Riau di persekitaran Jambi berharga USD45 million...
Coalmine berharga begitu iaitu USD45 million biasanya mesti mengandungi deposit sebanyak 90 million tan batubara pada harga USD0.50 satu tan harga pasaran.... dan bisa memberi batubara selama 45 tahun pada kuantitas 2 juta tan per tahun...
Tetapi tambang batubara di Jambi dikatakan hanya ada 15 juta tan deposit saja.... hehehe
In Malaysia Insider today,
PKR Rafizi commented under the listing of bonds and treasury bills in Bank Negara Malaysia's website, there were two Malaysian treasury bills issued on February 11 and 13 for the amounts of RM1billion and RM1.1billion, which he said, were unusually high.
"The timing and amount is very unusual and out of character.
"For one, the Malaysian government has not issued anything to the tune of RM1 billion in the past and the timing is too close to the time 1MDB had to settle their RM2 billion debt," he said today.
Rafizi said going over the records of the last couple of months, the government's treasury bills were only in the amounts of RM80 million to RM100 million. So bills for RM1 billion and RM1.1 billion issued this month were unusually high.
So, billion dollar question:
Did Putrajaya settle the RM2 billion loan owed to banks by debt-laden state investment vehicle 1Malaysia Development Bhd (1MDB)?
It really needed someone with an eagle eye and understanding of movement of funds to ask this.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/did-putrajaya-settle-1mdbs-rm2-billion-debt-asks-pkr#sthash.rqzT7S6s.dpuf
Dato, blogger Outsyed the box, theorised if the Next Attorney General of Malaysia would be Shafee.
Talk is Tan Sri Ghani Patail will be elevated to the Federal Court once his tenure as AG comes to an end. That may be this year.
Do you have any other input?
Sedarlah...wahai orang Malaysia...
Freedom is never voluntarily given by the oppressor; it must be demanded by the oppressed. Martin Luther King, Jr.
atau
Kebebasan itu tak diberi Percuma oleh mereka yang Zalim, Ia Mesti dituntut oleh mereka yang diZALIMI ...Martin Luther King, Jr.
Segala alat2 pun dah diguna UMNO-Bangsat Negara dengan Izin Sultan-Agong untuk Zalami Rakyat Malaysia...
Orang Malaysia hanya faham Barang Naik, Kos Hidup Tinggi dan Ringgit hilang KUASA Beli....Kalau tak tukar kepada Wang Asing untuk Jaminan sendiri...maka Awaklah yang rugi Kelak!!..>Tak lama lagi Ekonomi Malaysia akan Runtuk, Pecah, Retak....Harap dalam masa yang Paling Marah dan Lapar...Jangan Lupa mana Rumah Tokoh2 UMNO-BN....Kononya semua Isteri menteri2 UMNO-BN Adalah suri Rumah Tangga yang ada BERBILLION WANG ASING Kat Bank SWISS Hong Kong Shanghai Bank.....beginilah cara Korrupsi Malaysia...dan Kalau kena beli seseorang MP, ADUN utuk terus Berkuasa...disitulah datangnya Wang Simpanan untuk terus HAMBA ABDIKAN rakyat Malaysia!!....Guna Wang Asing, ELAK Bayar GST....Mampus UMNO-BN!!!!!
Salam,
Sy cadangkan Tonton filem Documentary inside job.kisah tentang sistematik financial collapse di US tahun 2010.
Post a Comment