Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday 10 June 2014

Khalid Ibrahim Bertanding Jawatan MB atau Timbalan Presiden?



Untuk Bahagian ke 3 ini,  saya akan menulis dalam bahasa Melayu. Seperti yang kita tahu proses pemilihan pimpinan PKR belum tamat. Walaupun di peringkat jawatan tertinggi- jawatan timbalan presiden contohnya, Azmin Ali mendahului sokongan, Khalid Ibrahim masih yakin dia boleh menang.
Tapi saya tidak tahu sama ada keyakinan ini bersandarkan sokongan yang dia jangkakan dari ahli ataupun ianya keyakinan self-induced yang tidak bersandarkan apa2 melainkan perasaan gagah sendiri.
Tumpuan orang ramai ialah persaingan antara Azmin dan Khalid Ibrahim. Saya khuatir Khalid Ibrahim has not got it right- dia tidak boleh menang tanpa berpencak dalam gelanggang. Kalau dia mengharapkan rekod nya sebagai MB untuk menang, dia akan kecundang. Mustahil dalam dunia ini, Khalid Ibrahim sahaja yang boleh jadi MB. Betul lah dia ada MBA dari Queensland. Azmin Ali pun tidak kurang cerdik nya. jadi MB bukan nya rocket science.
Ini bukan pertandingan untuk jawatan MB- ini untuk timbalan president. Dia jadi MB jika ada kedudukan politik. Khalid jadi MB bukan sebab dia mengisi jawatan kosong. Dia diletakkan disitu oleh parti nya. ini bukan pemindahan dari PNB ke Guthrie.
Saya harap askar2 Khalid berkerja keras. Apa yang mereka ada ialah menjual Khalid sebagai pentadbir dan pengurus ekonomi Selangor. Yang terbaik setakat ini. Ye lah- berbanding dengan kualiti pimpinan UMNO sebelum ini.
Itu mereka kata dan Khalid akan mengiakan. Persepsi umum dari ahli lagi penting. Masyarakat diluar yang uninformed melihat Khalid sebagai telah melakukan sesuatu yan terbaik. Ada program jom shopping, bantuan kematian, pelbagai macam bantuan social yang lain. Ekonomi membangun dengan pesat sebab kurang karenah birokrasi dan rasuah.
Wang resev tunai pun banyak. Hasil dari jualan assets, kutipan bayaran dari Talam Corporation. Dan hutang2 yang tertunggak.
Jadi Khalid kelihatan baik dari sudut pengurus sebuah negeri. Namun, yang dia berada dalam pertandingan jawatan politik. kita kena membezakan dua perkara ini. Expectation dan kepentingan politik berbeza dari kepentingan seorang pengurus dan korporat.
Khalid lousy sebagai seorang politician. Khalid seperti tidak tahu membezakan bahawa seorang pengurus melakukan sesuatu dengan kaedah betul, manakala seorang politik melakukan sesuatu yang betul, doing things right and doing the right thing.
Kalau dahulu wang saku jom shopping ialah RM500- kali ini ianya RM300. Ini mungkin betul dari sudut penjimatan dan penjimatan boleh disalurkan kepada resev tunai- tapi adakah ia nya langkah politik yang betul? Jika wang kerajaan bertambah mengapa wang jom shopping dikurangkan?
Khalid tidak boleh mengkaliskan diri dari sangsi orang. Dia mempunyai hutang peribadi RM70 juta dari Bank Islam. Judgment sudah diperolehi oleh bank. Macam mana bank boleh memberi potongan rambut sehingga RM10 juta dan itu pun dibayar secara ansuran?
Kita faham- Khalid mungkin dapat layanan istimewa ini kerana nama dia Khalid Ibrahim. Kalau nama dia ariff sabri atau sakmongkol , tidak mungkin potongan rambut seperti itu boleh dilakukan.
Memang benar ini urusan peribadi. Kia tidak boleh iri hati. Tapi ia menimbulkan keraguan. Jika Khalid dilihat boleh melakukan side deals semasa berjawatan MB, tidak mungkinkah Khalid juga berpotensi melakukan side deals dimasa hadapan? Apa kata jika dia buat side  deals dengan UMNO? Tindak tanduk Khalid menimbulkan kesangsian politik. jika Khalid gagal mengurus expectations politik, dia akan gagal.
Jika anda duduk dengan Khalid, anda akan segera membentuk pemikiran bahawa Khalid seorang yang tidak mendengar pandangan orang lain. Para pembantu nya masih anak2 muda yang impressionable dan ditundukkan oleh Khalid. They are well intentioned people though. Tapi, tidak ada orang yang berani sanggah kata mamak bendahara.
Khalid jadi MB Selangor kerana dia dipilih oleh PKR. Jika di kalah dalam jawatan timbalan presiden, Khalid mesti gentleman dan kosongkan kerusi MB. Kerana dia jadi MB bukan dipilih oleh rakyat, tapi ehsan parti nya. Dia jangan fikir bahawa tanpa dia Selangor akan merudum.
Banyak dihebohkan mengenai kehandalan Khalid membina resev tunai 3000 juta untuk Selangor. Bagaimana RM3000 juta itu dicapai? Kita mahu belajar dari kehebatan Khalid. Yang baik kita contohi. Adakah ianya datang dari penjualan assets? Kawalan dan disiplin kewangan yang ketat? Kenaikan premium keatas hartanah? Atau apa? Khalid kena beritahu kita.
Saya dapat tahu rungutan para pemaju. Di setiap kawasan kemajuan, kerajaan mengenakan quota jualan kepada bumiputera. Mana mampu bumiputera beli 40% dari unit yang dibina? Jadi, yang tidak terjual akan di mohon perlepasan. Apabila mendapat perlepasan, pemaju kena bayar bayaran penalty kerana tidak dapat menjual kepada bumiputra. Kepada pemaju, ini suatu bentuk cukai kedua keatas mereka.  Khalid ingat ini suatu business move yang baik- tapi ia nya mudarat dari segi politik.
Peniaga merupakan golongan penjana kemajuan ekonomi. Kenakan mereka terlalu berlebih, sokongan mereka akan beralih. Akhirnya, dari segi politik PKR akan rugi.
Khalid jimat duit kerajaan dengan memaksa ramai pemaju membina infrastrucktur seperti jalan akses dari lebuh raya atau jajambat. Sedangkan infra seperti ini disdiakan oleh kerajaan. Tentulah dia dapat jimat wang kerajaan jika apa yang patut disediakan oleh kerajaan dipaksa keatas pemaju. Akibat nya apa? Akibat nya, pemaju akan memidnahkan kos menyediakan infra ini kepada pembeli dalam benyuk harga hartanah yang melambung naik. Maka janganlah kita hairan, jika rumah di Selangor berharga jutaan Ringgit.
Saya meilhat pemilihan timbalan ketua PKR ini sebagai persaingan antara dua tokoh yang mana lebih boleh di tolerate. If it’s a contest between two evils, it boils down to a contest which asks which of the two evils can be tolerated. Both are not good or bad- each can be described either way- the more important question, who is more tolerable.
Tapi, saya perlu memberi ruang juga untuk Khalid Ibrahim.
Saya jarang melihat Khaled Ibrahim dalam parlimen. Dia sibuk mengendali Selagor. Lim Guan Eng juga ketua menteri. Tapi dia kerap ke parlimen. Ini sebagai pentujuk bahawa di Pulau Pinang, Guan Eng telah ujudkan suatu system yang boleh berkerja. Dia telah ujud suatu system yang self operating dan self continue. Di Selangor , Khalid terpaksa berada di tempat, kerana segala nya bergantung kepada operationalibily nya. takde Khaled, maka Selangor akan musnah.Khalid lebih berminat mengujudkan suatu sistem yang self perpetuate dengan penggantinya seorang clone Khalid Ibrahim. jika orang lain, Selangor habis.
Dalam banyak tulisan mengenai Khalid, saya tidak lah menganggap Khalid sebagai seorang gergasi. Benar, dia mempunyai latar belakang korporat yang luas. Dia berkerja selama 18 tahun dengan Tun Ismalil Ali. Implikasi nya, oleh kerana Tun Ismail seoarang pengurus yang baik, tentulah Khalid sedikit sebanyak menyalini kehebatan TunIsmail Ali. Dia menjadi CEO PNB dibawah bayangna Tun Ismail. Kemudian, Kahlid di hantar ke kumpulan Guthrie. Dia ditawarkan sejumlah saham Guthrie pada harga yang cukup baik.
Penglaman luas ini menjadikan Khalid, dalam penyebutan nya sendiri- seoang technician yang cekap yang memastikan jentera ekonomi negeri berjalan lancar.
Namun, pengalaman yang di hiimbaukan semasa menajdi CEP Guthrie mungkin suatu metos yang dibajai oleh nya dan pengikut nya sendiri. Khalid tidak pergi mengurus Guthrie kerana motivasi murni- dia diransang oleh kepentingan kewangan.

Dia ditawarkan peluang membeli sehingga 20% ekwiti dalam Kumpulan Guthrie Bhd syarikat milik PNB. Jadi maknanya, Khalid masuk kedalam suatu yang telah pun sedia- bukan dia membina Guthrie. Khalid dibenarkan membeli pada peringkat pertama, 5% pegangan dalam  Guthrie bersamaan dengan  50 juta saham pada harga RM125 juta atau RM 2.50 sesaham. INi pun deal yang sangat baik, kerana saham itu bolehdijual pada harga yang lenig baik dalam pasaran terbuka. Kemudian dia telah diberi pilihan untuk membeli tambahan 15% dari Guthrie dalam masa 3 tahun pada harga yang dibincang.
Semasa Khalid menjadi CEO Guthrie, adakah prestasi Guthrie sebagai syarikat perladangan hebat seperti yang digemburkan?
Dari sudut prodaktiviti perladangan sebagai contoh, Guthrie dibawah Khalid tidak dapat menyaingi produktiviti kumpulan IOI. Dan Guthrie pun disokong oleh PNB. Ertinya, Khalid setiap kali membentuk kehebatan nya atas sokongan insitusi yang lebih besar. Guthrie oleh PNB, dan jawatan MB nya oleh PKR. Selangor pula sediakala negeri yang terkaya di Malaysia. Menambah nilai kepada Selangor yang kaya, bukanlah sesuatu yang mendasyatkan seperti yang didakwa oleh Khalid. 
Orang tidak nampak yang Khalid ini seorang consumate dealmaker. 

17 comments:

Anonymous,  10 June 2014 at 09:03  

PKR is doomed.

Anonymous,  10 June 2014 at 09:35  

Askm tok
Benar lah ape yg Kate...
Masa kerja dulu2 iTu stail tski
Semi politicking beza dgn Niaga
Memang umno nk terus jdi mb
Contoh isu kid ex.....
Polisi pakatan free tol
Tip dia Lebih Mesra umnooooo

Pok Li,  10 June 2014 at 09:39  

Ramai tokoh2 korporat dicanangkan sebagai berjaya kerana mereka berada di tempat yang betul pada masa yang betul.. Right Place at the right time. Oleh kerana prasarana ekonomi dan kedudukan syarikat yang sedia kukuh. Ditambah dengan kuasa publisiti maka tokoh2 korporat ini di lihat tersangat hebat. Halim Saad, Amin Shah, Tajudin Ramli adalah beberapa contoh. Apabila ekonomi merudum, maka hilang lenyap lah kehebatan tokoh2 ini.

Pada saya TS Khalid telah melakukan beberapa perkara yang betul dalam menguruskan ekonomi negeri Selangor. Tetapi kehebatan beliau terlalu diberi tambah nilai.. Too much exaggeration. It's not too difficult to show improvements when you take over damaged company or state. All you need to do is to go back to basics and do the right things. In Selangor, improvements could easily be realised the moment corruption is eradicated as the state already had strong economic fundamentals and resources.

TS Khalid needs to be focusing on how to use Selangor to assist Pakatan take over the Putrajaya. That should be his ultimate objective when he decided to jump into politics.

bumi-non-malay 10 June 2014 at 10:14  

Khalid kita tak suka sebab tak tahu jatuhkan JAIS yang bertindak terlampau kini.... masalah Air...tak ADA pembinaan baru tempat sembayang untuk agama bukan islam... kucar kacir dengan semua bentuk infrastructure....terlalu seronok dengan UMNO-BN...

Azmin kita tak suka sebab tak tahu berpolitik, gila kuasa sampai kucar kacir kat Sabah PKR dan kemungkinan besar Sarawak....juga begitu rapat dengan beberapa tokoh UMNO....

Langkah Kajang dah TERKANGKANG??

mana MB Wan Azizah??....

DAP selepas Teluk Intan Kecoh....

UMNO-BN semua tari menari sebab focus atas Barang naik, kos hidup tinggi, petrol tinggi, tol tinggi, bodohkan rakyat 53% semua adalah perbuatan DAP-PKR-PAS........

Biar Panda2 hidup macam sultan-raja, asalkan adat korrupsi dan kegilaan UMNO-BN tak mati...... biar mati anak, jangan mati adat sembah UMNO-BN!!....cel@#$%^&!#!!!

hantar satu lagi Tumpangnaut UMNO ke Angkasa...$50 Million Ringgit... malaysia pasti maju!....beginilah rentak bunyi ekonomi malaysia yang akan TERHEMPAS macam MH370!!

yoko ono 10 June 2014 at 10:17  

i couldnt hv said it better sir!pas will loose 5 seats,pkr 3 seats and dap 2 seats next election.this mb is self absorbed.he is just a manager and bureaucrat.noway is he a visionary.guthrie shares went below even at the price he bought and the brainchild of that takeover raid was NOT him.he execute it successfully but that is it.Late saleh majid called him a 'vindictive'man and d ilyas kadir(ex ceo pnb)says he is incoherent when executing.he relies on ceos to make himself look good.cant do that running a state!

Anonymous,  10 June 2014 at 10:39  

Ok Khalid is not good as MB. Pls name one from PKR that fit to be Selangor MB. Can anyone?

Wan Azizah? - too soft. dont even know how to control her party

azmin? no priciple, too much politicking....look what happen during the ADUN salary increment - in the dewan he just keep quiet, but outside the dewan turn 360 degree..is this a trusted leader? Also look at all the complaints during this PKR elections by the grassroots...i think all of us can read

Anonymous,  10 June 2014 at 10:47  

Berkenaan kuota 40% utk bumiputra, saya setuju, kerana kita lihat ratio penduduk selangor. tetapi adakah benar terdapat lebihan kuota yg org melayu tidak mampu beli? Atau apabila ada pembeli bumi tetapi pemaju kata kuota utk bumi dah habis? sedangkan kuota tersebut masih ada. Kita harus menyelidiki perkara ini...bukan hanya mendengar drpd pihak pemaju shj....

Anonymous,  10 June 2014 at 10:56  

Do you think DSAI just put Khalid as MB right from the beginning without thinking? Why not Azmin or other persons? only DSAI knows why...because he knows the strengths and weaknesses of his boys...

Anonymous,  10 June 2014 at 12:47  

Dear Datuk Sak,
I don't see what is the point of accumulating 3bil sitting in the bank generating interest when basic things that affect Selangorians like pot holes, cleaniness etc are not taken care of.

Anonymous,  10 June 2014 at 14:55  

Whenever Sultan Nazrin terlintas dlm pemikiran, his brilliant academic credentials earned through great diligence plus his incredible niceness of personality, he only spends his own money, he never burdens but enables his common subjects are given opportunities and assistance to cari lebih rezeki, his visits are most beneficial to the humble recipients, free from the norm pretentiousness and sarkas bodeking, his continuous acceptance and protection for all his multi-ethnic subjects and all that which matter to their respective hearts, souls and minds, it makes one swell to be a Malay.

However, claiming to be a Latino is just as frequent as the incessant absurdity and claiming this that jaguh by mafia UMNO NGOs back in Malaysia, without any substance and betterment which makes, would make our muhibbah Atuk & Opah ( many could be in the 70s and above ) as well as the hearts of Abah Mak swell with pride. The exceptions of good rational, compassionate Malays with grace to our fellow Malaysians could accelerate by millions more, yes ?

Selamat Berpuasa semua..

Anonymous,  10 June 2014 at 17:51  

What can you expect from a corporate man? Do you think he cares about water shortage, freedom of religion issues in Selangor and the issue of KIDEX transparency and all of his secret deals with UMNO? He must step down if he loses this battle.

the mean machine,  10 June 2014 at 21:05  

HM Zahid said bcause of his warnings gangs stayed away from the Teluk Intan by-election causing an expected 12,000 majority for opposition to a majority of 238 for BN.

He said 'I warned them because I know each of their faces,and what they were doing'.

This dude knew who the gangsters were and he warned them.If the HM knew who the gangsters,rapers,criminals and child molesters were he just warned them.This Zahid dude should be cleaning toilets instead of getting buta gaji.

Anonymous,  10 June 2014 at 22:22  

Brader YB, ini kali kawan tak setuju dengan awak . Nampok sangat awok pro azmin.patutlah TGNI tegur.

Anonymous,  11 June 2014 at 07:40  

Ape saloh pro azmin. Adekoh baik pro umnok?

Anonymous,  11 June 2014 at 11:01  

I met him and he thinks he is hell of great ....let me remind again if PAS and DAP is to keep quiet, selangor will be gone...just get Khalid out as anyone can do the job as MB....

Anonymous,  12 June 2014 at 18:34  

Khalid Ibrahim and his office seems to be sounding more and more like the Barisan Nasional officers of yesteryear in the way they speak and even respond to public enquiries. They speak to a presumed ignorance of the public in order to dodge around issues that savvier people are bringing up.

There is the issue of deciding what's best for the public on the basis of holding the office of Menteri Besar alone.

Worse than the Kidex issue, and something of far reaching consequences for public health and the political viability of Pakatan Rakyat for decades in the future is his decision to use water from mining ponds to alleviate the coming drought.

1. Heavy metals in water cannot be treated with current technology in treatment plants.
2. There are no "safe" limits for this type of exposure, although I fully expect Khalid's office to fall back on this and play around with perception.

Pakatan must stop this, FORCEFULLY if necessary. This is not something Pakatan or the public can just leave to someone else to take care of.

I think we may fully expect Khalid and his office to use delaying tactics before pushing the decision through at the last minute, so let's anticipate that and act appropriately.

Anonymous,  12 June 2014 at 18:35  

The mining pond water issue should be considered an imminent threat.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP