Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday 15 June 2014

Hubbul Watan atau Kecintaan kepada ibu pertiwi.




Ramai dikalangan kita, terutama bangsa Melayu adalah penyokong system raja berpelembagaan. Ini bererti kita mahukan raja Melayu kita terus ujud, tapi mereka tertakluk kepada perlembagaan. Ertinya juga, oleh kerana perlembagaan itu adalah undang2 tubuh nya negara kita, yang dihasilkan oleh pemikiran pemimpin rakyat, raja2 Melayu itu tertakluk kepada kehendak rakyat jelata.
Sebagai orang Melayu, raja Melayu adalah sebahagian dari budaya dan warisan budaya. Mustahil kita membuang budaya kita. Dalam budaya Melayu, raja2 Melayu itu bahagian integral dalam budaya kita seperti bahasa dan agama orang orang Melayu. Buang nya, bererti kita membuang sebahagaian dari diri kita sendiri.
Perkara ini mesti dnyatakan seawal ini sebelum ada pihak yang menuduh Melayu durhaka. Kita menolak idea raja mutlak kerana idea konsentrasi kuasa keatas rakyat yang berada dalam tangan seorang secara mutlak, adalah idea yang bertentangan dengan piagam seorang manusia yang jasadnya merdeka dan berjiwa merdeka. 
Kita tidak mahu kezaliman raja Melayu menyebabkan anak Melayu menulis seperti yang pernah ditulis oleh Thomas Jefferson mengenai Raja George 111 dengan menggelar raja Gerorge sebagai : usurper, plunderer , oppressor. Tapi kalau raja2 Melayu melampauai batas keadilaan- saya yakin suatu hari yang terdekat , ada anak Melayu yang akan menyebut raja2 Melayu sebagai : penguasa yang tidak sah, perampas dan penindas.
Nabi Muhammad sendiri berakata: besar dan muliakan akan kamu Sultan (iaitu pemerintah) kerana mereka itu kebesaran dan bayangan Allah dimuka bumi- selagi mereka itu adil.
Apa ertinya ini? Ini ertinya, ketaatan kita kepada pemerintah ialah ketaatan yang bersyarat. Syarat nya satu sahaja. Kita taat kepada pemerintah, sultan, raja,  selagi mereka itu adil. Dalam budaya Melayu ia dinyatakan dengan sejelas juga: raja adil raja disembah, raja zalim raja disangah.
Manusia yang berjiwa dan berjasad merdeka membangunkan suatu masyarakat yang didirikan atas prinsip, bahawa masa depan seseorang adalah tanggungjawab peribadi terlebih dahulu dari segala nya. kepada manusia merdka, pemerintah, sultan, wazir, gabenor, presiden bukanlah pelindung kepada mereka. Kepada manusia merdeka, negara sesuatu yang dinukil oleh rakyat untuk tunduk kepada tuntutan mereka, bukan sesuatu yang menundukkan mereka. Dia melihat kerajaan dan pemerintah sebagai wadah, alatan, perkakas untuk mencapai sesuatu matlamat bukan nya penjamin dan pemberi rezeki , bukan tuan atau Tuhan yang disembah secara membabi buta yang mesti dipuja. 
Dalam buku Capitalism and Freedom, Milton Friedman mengulangi ideal dan cita2 manusia merdeka bila dia menyebut: manusia berjasad dan berjiwa merdeka akan bertanya; apakah saya dan rakan2 lain buat dan lakukan melalui kerajaan untuk membantu kita semua melaksanakan tanggung jawab peribadi masing2, mencapai matlamat2 kemasyarakatan kita dan melindungi kermedekaan kita? Dan seterusnya mereka akan bertanya: bagaimana kita kekalkan kerajaan dan pemerintah yang kita ciptakan dari menjadi raksasa dan dajjal yang akan memusnahkan kemerdekaan yang kita kepada nya kita telah bersumpah, melindungi nya sehingga tetesan darah yang akhir?

2 comments:

maae 15 June 2014 at 12:30  

Tq YB. Ini baru boleh mengasah fikiran anak-anak muda melayu. Ada rujukan Sunnah Nabi yang mesti di jadikan paksi untuk mereka menghayati.

Juga kepada bukan melayu yang tidak tahu pun sejarah Tanah Melayu. Jika mereka tidak di didik, bagaimana untuk saling menghormati ? Penyakit memang dari kafirun harbi di sokong yang munafik serta murtad.

Anonymous,  16 June 2014 at 13:09  

I agree fully that pakatan will lose selangor if Khalid remains. He is like a 'musuh dalam selimut' - very sad indeed. It looks like money will buy even principled people, if Khalid was one before. Now, he is all out to help BN covertly. I used to like him, but now I hope he steps down asap.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP