Masa depan negara gelap dibawah kepimpinan yang mediocre
Dr
Mahathir kata dia akan terus bercakap mengenai orang Melayu. Kenapa Mahathir
perlu bercakap begini? Kerana dia tidak yakin Naib faham apa ertinya menjadi
pemimpin Melayu terlebih dahulu sebelum jadi pemimpin Malaysia.
kita
pun mendapat perkhabaran dimana dalam perjumpaan tertutup, Mahathir membalun
Najib. Kerosakan UMNO bermula dari zaman Pak Lah kata Mahathir. Najib
menyambung kerosakan tersebut. Kesilapan terbesar Najib ialah dia hilang
keyakinan kepada jenama UMNO.
Najib
mengikut Mahathir sudah malu menjaja jenama UMNO. sebab itu dia menjaja Najib
sebagai jenama dan 1Malaysia sebagai jenama tambahan. Najib ingat negara kita
sudah menjadi demokrasi ala Amerika dimana kita pilih presiden. Kesana kesini
para juak Najib membesar besarkan factor Najib untuk mendapat kemenangan.
Keadaan
bertambah buruk kerana Najib mempunyai barisan penasihat yang tidak ada pengalaman
politik dan tidak sensitive terhadap kesan daripada nasihat yang diberi kepada
seorang PM yang kurang cerdiknya. Mengikut Mahathir- BR1M adalah suatu
kesilapan kerana ianya membiasakan orang akan berfikiran bahawa mendapat wang
setiap kali adalah suatu hak. Masaalah akan timbul bila kerajaan tidak
mempunyai wang untuk mendanai rasuah dan politik wang. BR1M boleh kita
ibaratkan sebagai seorang yang menunggang harimau yang sudah takut untuk turun
kerana akan dibaham harimau tersebut.
Najib
bukanlah pemimpin yang kuat. Dalam kawasan parlimen nya, kita amat hairan
bagaimana jumlah pengundi mencecah 80,260 orang. Orang yang tidak datang dari
Pekan tentulah tidak memahami perkara ini. Sesak dan semak Pekan jika ada orang
seramai ini.
Dari
tahun 2004 hingga 2008, jumlah pengundi bertambah pada kadar 5534 orang sahaja.
( dari 52, 683 dalam tahun 2004 kepada 58,217 dalam tahun 2008). Ini pertambahan
yang munasabah memandangkan ada kem tentera wataniah dan kolej2. Tapi sejak
tahun 2008 hingga 2023, yakni 5 tahun, jumlah pengundi bertambah secara
mendadak dengan tambahan 22,043. Ini pertambahan yang menakjubkan. Dari mana
datang nya 22,043 ini?
Kita
tahu pegawa2i Najib menjalankan operasi membawa masuk orang asing dan memberi
kad pengenalan kepada mereka. Sekurang kurang 18,000 warga asing dari kemboja
dan Myanmar dijadikan rakyat negara ini dan beralamat di Pekan. Kalau kita
tolak 18,000 dari majority Najib dalam tahun 2013, maka majority nya hanyalah
17,000. Dan mengikut maklumat dari orang Pekan sendiri, pertambahan pengundi
asing amat mendadak antara 2008-2013.
Pada
PRU11, Najib mendapat majority 22,922. PRU12 majoriti nya 26,464. Majoriti
sebenarnya dalam PRU13 jika kita tolak 18,000 warga asing (Myanmar, Kemboja
dll) , majoriti Najib hanya 17,000. Ini bermakna, Najib tidaklah bertambah kuat
dalam kawasan nya sendiri. Kekuatan nya bertumpang kepada warga asing yang
dapat KP segera. Dan Dr Mahathir tahu maklumat ini sebab ramai perisik masih
setia dan mengkagumi Dr Mahathir.
BR1M
pada hakikat nya kemuncak amalan politik wang. Ini masaalah terbesar yang
sedang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Yakni, kerajaan telah memertabatkan
politik wang kepada tahap yang lebih tinggi dan mereka yang berkepentingan
membisu malah menyokong rasuah dan politik wang. Atas otoriti apa misalnya,
timbalan pengerusi SPR menyatakan janji projek dan pemberian wang bukan politik
wang? Dia bukan tokoh politik tapi anggota suatu suruhanjaya yang berjawab
kepada Tuanku Agong.
Politik
wang tidak lain dan tidak bukan ialah pembelian undi untuk kekal berkuasa dan
setelah dapat kuasa kerajaan akan mencari jalan mengutip balik wang yang telah
dibelanja dengan kadar untung pula. Proses ini diulangi setiap kali pilihanraya
dan masyarakat terjerumus semakin dalam dalam sedutan politik wang.
Kenapa
ini terjadi? Ini terjadi kerana politik wang sudah menjadi budaya UMNO.
pemimpin naik keatas kerana membeli undi dan bukan menawarkan keupayaan dan
kemampaun. Kita akan tiba pada suatu keadaan dimana barisan pimpinan adalah
mereka yang telah membayar untuk naik hairaki kepimpinan. Kita mendapat mediocre
leadership dan mediocre leadership tidak akan dapat membangunkan negara. Satu mediocre
leadership akan menghimpunkan kumpulan orang yang sepemikiran dengan nya dan
secara kolektif, ini akan menjahanamkan negara kita.
Dr
Mahathir tidak percaya Najib melakukan yang terbaik untuk orang Melayu. Atau mampu
melakukan nya. Bahkan dia anggap Najib seorang pemimpin ynag lembik dan
berkompromi dengan bangsa lain. Mahathir memberi contoh kesediaan Najib
meletakkan SPR dibawah pemantauan parlimen sebagai bukti Najib tunduk kepada
tekanan. Bukan rahsia lagi Mahathir sekarang sedang menyerang Najib secara
senyap2. Sementara dia berlari bersama arnab, dia memburu bersama anjing2.
14 comments:
Pemimpin yang mediocre tapi greedy without any honesty and integrity.
Thinking all the time how to enrich themselves and their families and friends.
The people are last in their considerations.
Wonder how long more this country will have to put up with this bunch of shameless characters.
Sebenarnya...Najib buat tipu dengar Tun Bapa Kemerosotan Malaysia......
Dia tahu Umur dia dan Tun besar dan harap Tun akan Mampus tak lama lagi...kemudian boleh terus berkuasa dan Hapuskan 2-3 Timbalan PM macam Tun dulu supaya Anak dia naik thakta dalam 15 tahun.....
Semua Rakyat Malaysia keluar Padang Merbok 31 Ogos pakai baju Hitam Bantah, Occupy dan inshahAllah Pahatkan Perubahan Sekali Gus....diSiaranLangsungkan Ke Dunia!!.....Erti tak !!..Ayuh...mulakan Persiapan Hari ini juga!!
Assalamualaikum Datok, mengapa perkara ini tidak dibawa ke mahkamah atau dilapur kepada Polis. Saya sebagai pesara tentera melihat isu ini dari perspektif keselamatan; ia amat serius!
Negara ini akan "di Zimbabwekan"
dibawah pemerintahan UMNO Baru-BN.
Zimbabwe adalah satu contoh
"failed state" atau "collapsing state"/"collapsed state".
http://www.brookings.edu/press/books/chapter_1/statefailureandstateweaknessinatimeofterror.pdf
Phua Kai Lit
the truth is melayu malas.suka nak jadi arab.korma kata tamar,buka puasa jadi iftar.meluat.semua pakat pakai tudung,trying to be as ugly as possible.cuba la ustaz ajar maths or
something like that.yknow,stuff like
trigonometry,geometry,algebra and quadratic equations.lepas tu selit la ayat koran.kan productive?
Isu bangkadesh pun tak boleh nak dibuktikan kini awak tambah pulak dengan myanmar dan kemboja.Sudahlah mangkok rakyat sudah jelak dengan pembohongan demi pembohongan terutamanya dari talibarut cina seperti awak.
Cakap cakap apa pun tak guna, Negara menghala ke bankrupsi
Macam mana Negara kaya dengan bahan mineral dan antara pengeluar kelapa sawit dan lain yang terbesar didunia boleh menghadapi masalah kewangan?
Nisbah Jumlah pinjaman Negara adalah separuh GDP berbanding dengan Indonesia baru sahaja 20% dan nisbah pinjaman Negara kita tertinggi di Asean. malu malu
Pimpimnan Bee End toyol, bodoh, gila, etc
Baik kita semua berkawan dengan Zimbahwe dan Kemboja, Bangladesh, nanti semua rakan sekelompok yang mundur
bodohnya kamu!?
Tukar Najib.....Selamatlah Islam & Melayu
you and your comrades in DAP thinks the world of Mahathir. Forget about him lohhh. He is a senile old man aleady....why so afraid of what he thinks and do? Focus on Tokong family la...Fight hard to ensure them get power soon. If not lugi lohh they pay you peanuts....oooo sorry they pay peanuts so they get mokey lohhh!!! solly aaa, bulan posa jangan marah aaa....
Pemimpin cam mana yang tak mediocre nya Mangkok? Pemimpin DAP lah pada kamu bagus sangat? Selesaikan dulu masaalah dalaman parti DAP tuh sabelum nak labelkan parti lain.
Hidup Lim Kit Siang! Hidup Lim Guan Eng!! Mampus sama UMNO!
Sesiapa yang menyokong BN/UMNO adalah orang bodoh kerana dia orang akan diperbodohkan oleh BN/UMNO sampai tua.
UMNO adalah parti yang korap sampai tiada batasan & selalu menggunakan isu perkauman untuk memecahkan keharmonian negara kesayangan kita. Doakanlah parti ini menerima balasan & karma dari Tuhan.
Post a Comment