Dalam Seminggu yang Lalu
Ianya
tidak mendatangkan kerugian apa2. Jika tawaran Anwar Ibrahim untuk berdamai
tidak dilayan, tidak mengapa. Jika pimpinan UMNO enggan, janganlah puak Anwar
Ibrahim hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.
UMNO
akan terbenam dalam PRU14 nanti. Kita akan lawan UMNO sampai ia kalah. Apa yang
perlu dilakukan ialah menunjukkan dasar yang UMNO jalankan menyusahkan orang
Melayu. 75% dari penduduk Melayu akan mendiami bandar2 dan separuh Bandar.hampir
10 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan manakala 30% Melayu kaya
menguasai 70% kekayaan orang Melayu. Jadi mana untung nya orang Melayu berada
bawah pemerintahan UMNO? Budak2 UMNO yang diupah oleh penasihat Najib untuk
ptui sana ptui sini dalam blog ini- kita sengaja membenarkan komen mereka
disiarkan supaya dunia boleh melihat inilah kualiti perkerja Najib.Kualiti ludahan dan kahak.
Masa
depan UMNO semakin muram kerana punca sokongan nya akan berkurangan. Perpindahan
rakyat kebandar disusuli dengan perbandaran minda mereka. Pengalaman dan
perjalanan hidup yang lain yang mereka tempuhi tidak meletakkan UMNO itu sebagai
punca segala nya. It’s a matter of time. UMNO hanya hidup selagi orang Melayu mengucap
solat ku, ibadah ku, hidupku dan matiku adalah kerana UMNO.
Anwar
Ibrahim mengeluarkan kenyataan nya bukan untuk suka2 apatah lagi menghiburkan
hati orang seperti KJ aau Mukhriz. Tapi jika saya faham Najib, Anwar Ibrahim
membuat kenyataan tersebut tentulah sudah ada lampu hijau dari Najib. Entah2 mereka sudah buat deal. Najib pun
mahukan kerajaan perdamaian untuk mengukuhkan kedudukan masing2. Najib boleh
tahu sesiapa yang menentang projek ini dan ramai mana mereka. Setakat ini hanya
KJ dan pimpinan second class sahaja yang bising dan sangsi. Pada suatu ketika
dahulu yang sangsi dan tidak sangsi semua mencium kaki Anwar dan kalau boleh
buntot Anwar pun mahu mereka cium.
Ramai
orang lupa bahawa Najib dan Anwar digunting dari kain yang sama.
Mana
kita tahu ini semua bukan mainan politik Najib? Najib tahu Mahathir dan geng2 nya
menyerang Najib dan akhirnya akan menyingkir Najib. Jadi, penyelesaian nya
ialah membawa masuk Anwar dengan beberapa terma perdamaian untuk menghabiskan
Mahathir dan pengikut Mahathir.
Masaalah
dengan Najib dan Anwar ialah kedua dua merasakan mereka lebih bijak dari yang
lagi satu dan kedua dua merasakan mrereka boleh outwit satu sama lain. Hanya pak
pandir sahaja yang bergegas masuk ketempat yan malaikat pun takut pergi.
KJ
mesti lah faham maksud apabila Hishamudin berkata bahawa hanya Najib yang
berhak bercakap mengenai tawaran Anwar tersebut. Najib belum berkata apa2, KJ
sudah meluru kehadapan.
Apa
kata jika langkah pertama Anwar ini adalah suatu rancangan to cut off Mahathir?
Perdamaian antara Najib dan Anwar merupakan solution yang muktamad untuk
menyingkirkan the Mahathir problem? Dan perdamaian Anwar dengan Najib menutup
lubang mana2 pihak menuntut kedudukan presiden UMNO dan PM? Jika orang lain
jadi presiden UMNO, masa depan kedua dua Najib dan Anwar akan kelam.
Itu
mukaddimah sahaja mengeni intrigue politik dalam istana UMNO. Kita tinggalkan
cerita itu dan mari lihat isiu yang lebih besar untuk orang Melayu. Kita biarkan
budak Najib dan Anwar ini bemain apa yang mereka mahu main.
Merdeka
bukanlah UMNO yang memberi maksudnya.
Semua
cakap2 mengenai ancaman kepada kepentingan Melayu ini adalah drama UMNO. Bagaimana
kepentingan orang Melayu tergugat kecuali orang Melayu membiarkan nya? Dan oleh
kerana UMNO menguasai kerajaan dan pentadbiran, bagaimana kepentingan Melayu
tergugat kecuali UMNO yang membiarkan ianya jadi tergugat?
Beberapa
hari yang lalu, saya mendengar seorang bekas general angkatan tentera kita
berkhutbah mengenai erti kedaulatan negara. Kita mesti jaga kedaulatan negara
kita dari ancaman orang lain kata nya. Orang lain itu siapa? Inilah syarahan yang
jenis nya meluatkan para pendengar. Loya tekak kita.
Penceroboh
Sulu masuk kedalam negara kita, kita tidak bertegas menangani pencerobohan itu.
Kita berdolak dalik dengan alasan kita menyukai cara diplomatic dan kerana
penceroboh beragama Islam. Adakah kita lupa bahawa jutaan umat Islam bunuh
membunuh atas nama Islam? Maka alasan yang Hishamudin dan kerajaan beri adalah alasan yang terlalu dangkal. Sikap kita
semestinya sesiapa menceroboh negara kita, tidak kira agama dan bangsa, kita
usir dengan ketenteraan. Kelembapan pimpinan kerajaan menyebabkan ramai perwira
negara kita terkorban. Darah perwira yang gugur melumuri tangan pimpinan negara
yang lembik dan lembab.
Buatlah
banyak mana drama dan pantomime atas padang, ianya tidak akan membenamkan fakta
bahawa kerajaan kita incompetent dalam menangani pencerobohan bangsa Sulu.
Tapi
lebih dari itu, kedaulatan negara ini mesti kita pelihara dari penganiayaan
pemerintah. Pemerintah yang menggadai maruah negara ini dengan memberi
kerakyatan kepada warga asing dengan begitu mudah tanpa mengira kualiti
pendatang asing membeloti kedaulatan negara kita. Pegawai imigresyen yang
menjalankan sindiket membenarkan rakyat asing masuk kedalam negara ini , belot
kepada kedaulatan negara. Apatah lagi yang menjual kad pengenalan, mereka
pembelot kedaulatan negara kita.
Jika
kita benar2 mahukan pendaulatan negara kita dan memuliakan kemerdekaan yang kita
capai, kita mesti hapuskan perkara2 ini. Jangan berkhutbah kepada kita mengenai
konsep kedaulatan negara jika tangan kita berlumuran dengan pembelotan2.
16 comments:
Pemimpin yang tamak kuasa, harta dan keduniaan sanggup mengadai maruah negara adalah penderhaka nombor satu Malaysia.....Penderhaka 1 Malaysia menjadi sejarah hitam no 1 Malaysia...1 Malaysia...
Very well spoken, Dato'.
Our country is not yet mature enough to rise beyond loudly bipartisan politics. Yet, the situation is serious enough now for us to put aside our differences and solve what are now bordering on crises. That is not an overstatement - there is ample and continuing evidence from around the world of how quickly harmony can disintegrate. Let it not happen to us!
In the end, Mahathir will block any overtures by Anwar, but at least he can say he tried.
Dato' kalau Jamil Khir yang bercakap tak payah layan lah sebab dia general yang tak tahu kawad...yang pasti dia pandai ia lah membodek...itu kerja Jamil Khir yang tak habis habis mencanang dia general...alahai general KAGAT apa yang dia tahu pasal ketenteraan...yang pasti tahu bodek... tengok muka dia pun kita boleh teka...
Salam dato..
Selamat menyambut merdeka.Agak keras kritikan dato kpd DSAI kali ini tetapi sy kurang brsetuju mengenai pendapat Dato mengenai hal ini.DSAI memegang majoriti 51% dan masalah ekonomi negara,masalah perkauman yg dimainkn dan kadar jenayah tinggi buat masa ini bukan shj terkena kpd majoriti 47% tetapi juga yg memegang pimpinan 51%.Sy brsetuju dgn dialog yg di ilham oleh DSAI utk sama2 pihak PR dan BN mencari penyelesaian mengenai isu ini agar rakyat yg menyokong PR 51% berhak berasa selamat dan selesa.Sekurang2nya kami melihat pimpinan kami lebih mengutamakan rakyat dari ego pemimpin.Kita boleh brbeza pendapat dan membuat spekulasi apa2 pun Dato tetapi buat masa sekarang dan apa yg telah brlaku sekarang amat penting rakyat melihat pemimpin dari pihak BN or PR berdialog dan mencari jalan bagaimana utk mencari permasalahan negara pada masa skrg.
Tidak ada makna merdeka jika warga asing boleh menjadi rakyat Malaysia dengan begitu mudah seperti yang didedahkan semasa RCI Sabah. Mereka yang menjual/memberikan kerakyatan ni memanglah pengkhianat negara. Tindakan yang setegas-tegas wajib dikenakan terhadap mereka ni.
Setuju
Dato,
Yang terang terang dan terbukti menggadai Kerakyatan Malaysia kepada warga asing tak lain dan tak bukan adalah Tun Mahathir dan balaci balaci beliau. Di era Mahathirlah semua ini bermula. Beliaulah kepala kepada petualang2 negara. Malah kejadian menjual kewarganegaraan ini terus berjalan hingga ke hari ini sebagaimana didedahkan Sivarasa baru2 ini. Perhati dan teliti betul2. Nampaknya negara negara di sebelah benua India diberi keutamaan. Kenapa?. Adakah kerana faktor Islam atau memang kerana ada usaha untuk meramaikan spesis yg sama dgn Mahathir serta kerabatnya. Percayalah jika ramai golongan ini dlm Malaysia dan UMNO, tak mustahil klu Malaysia boleh terbelah seperti India yg kmdn pecah kepada Pakistan dan Bangladesh. Kerajaan hari ini tak payahlah nak menuding ke pihak lain sbg pengkhianat. Sedarlah bahawa bapa segala pengkhianat negara ini sebenarnya adalah pengasas UMNO baru itu sendiri. Manusia pengkhianat ini yg patut dihukum seberat2nya.
Nampaknya ramai yang risau dengan agenda Anwar mengajak Najib bertemu mata atas urusan yang meragukan.
Suasana gelisah itu amat dirasai oleh otai yang masih aktif sehingga mereka tidak sedar telah reka cerita kononnya pertemuan antara Anwar dan Najib itu tidak lebih sebagai pengkhianat kepada penyokong sendiri dan tak layak diangkat sebagai pemimpin.
Ianya tak ubah seperti isu filem Tanda Putra, belum tonton tapi dah kata filem itu tak layak ditayangkan.
Negara Malaysia dikatakan mengamalkan demokrasi berparlimen bertunjangkan raja berperlembagaan. Dan rakyatnya diberi ruang untuk mencadang dan menyokong sesiapa yang mereka suka dilantik sebagai wakil rakyat.
Anda sokong Najib jadi wakil rakyat dan pemimpin negara kerana anda tidak ada kelayakan jadi ketua. Saya sokong Anwar jadi wakil rakyat dan pemimpin parti pembangkang kerana saya tidak ada kemampuan untuk menghuru-harakan kekuatan UMNO Baru kecuali memperalatkan beliau lakukan provokasi minda.
Oleh kerana itu kita amat menyokong tindakan Anwar mendesak Najib berbincang dimeja bulat demi kepentingan rakyat bangsa Malaysia.
Saya menyokong 100% perjuangan Dato & Pakatan Rakyat untuk mengalahkan UMNO/BN yang sekarang kerap kali memainkan isu perkauman, korup & memecah belah keharmonian & perpaduan antara kaum.
salam dato,
ini adalah pendapat saya.
meskipun UMNO nampak gagah dengan memenangi kerusi Parlimen paling banyak dalam PRU13, namun perebutan dan pergolakan kuasa dalam Himpunan Agong UMNO kelak tahun ini akan menyaksikan proksi-proksi Tun Mahatir saling membantai dan mentibai proksi Najib Razak dgn suku-baki Tun Abdulah Badawi.
kita tak payah lihat jauh bila kita menyaksikan menteri baru KDN Zahid Hamidi dan proksi Najib Razak seperti Shabeery Chik, Khalid Noordin, Pulai MP (dah lupa nama dia dah) dan Jamil Khir dalam mentaliti siege menyatakan bahawa Islam/Melayu konon digugat dan dicabar khususnya oleh enemies of Islam tapi senyi supi bila tidak menamakan siapa dia musuh ini.
sama ada zahid hamidi, hishamuddin dll dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai VP UMNO kerana cabaran Mukhriz, Isa, Musa Aman, Shafee Apdal nanti bakal akan memusnahkan UMNO dari dalaman.
jika Muhkriz bakal menjadi VP UMNO terbaharu nanti; siapa lagi yang akan tersungkul nanti? Zahid ke? Hishamuddin ke?
sama-sama kita beli popcorn nanti untuk menyaksikan tayangan perubtan kuasa dan politik yang jauh lagi menarik dari filem tajaan mereka Tandas Put??? yang telah dijangka tidak mendapat sokongan padu daripada pengunjung pawagam wayang di seluruh negara kini.
passerby
Kalau jumpa spesis raja mandeliar dan ular dlm UMNO,ingat pesan orang orang lama.,bunuh spesis mandeliar dulu berbanding ular. Ular mungkin boleh membunuh tapi tak mungkin ular mampu hancurkan negara sedangkan spesis mandeliar ini bukan saja sanggup mdnfitnah, membelot, membunuh malah sanggup gadai negara demi kepentingan peribadi. Sudah sudahlah. Tegakah biarkan melayu terus dipandirkan oleh keturunan mandeliar ini. Melayu selama ini telah disantau oleh spesis pariah kerala. Sudah sudahlah.
salam Dato
Merdeka kah kita terutama melayu,adakah ekonomi org melayu meningkat,poodah ditipu umno hidup hidup,segelintir melayu saja.
berdaulatkah negaraku ddgn berlambak dan bersepah indon,bangla,siam,myamar,india,china doll,pakistan,filipina,afrika dan lain lain,puncanya mamak che Det kebanggaan umno
UMNO won seats which are 1/6th in number of electorates compared to seats won by Pakatan Rakyat. In other words, Pakatan Rakyat has 6 times the number of votes of UMNO for every seat by seat comparison....
I suspect Hishammuddin Hussein and Zahid Hamidi will unite and face off with Mukhriz Mahathir in the VP race. Shafie Apdal will not be affected because Musa Aman will not contest as announced as Musa Aman is just upping his stakes...
Isa Samad will not be a threat unless he links up with Mukhriz and Mahathir and Muhyiddin...
Salam Dato'
Saya fikir ini adalah taktik Anwar untuk melaga-lagakan puak-puak yang berlawan dalam UMNO. Taktik yang simple dan efektif, umpama membenam bara api dalam sekam.
I think Anuar was only fishing to see who is who in umno as well as PR with the call for round table and knowing fully well that he will get a mixed reaction and of course a rejection from UMNO.
its rather uncouth to mislead the rakyat that there would be more to it with the round table when knowing fully well the agenda to call for the round tabke just before the UMNO PAU would be a complete misdirection
Post a Comment