Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 31 August 2013

Dalam Seminggu yang Lalu



Ianya tidak mendatangkan kerugian apa2. Jika tawaran Anwar Ibrahim untuk berdamai tidak dilayan, tidak mengapa. Jika pimpinan UMNO enggan, janganlah puak Anwar Ibrahim hidung tak mancung, pipi tersorong sorong.
UMNO akan terbenam dalam PRU14 nanti. Kita akan lawan UMNO sampai ia kalah. Apa yang perlu dilakukan ialah menunjukkan dasar yang UMNO jalankan menyusahkan orang Melayu. 75% dari penduduk Melayu akan mendiami bandar2 dan separuh Bandar.hampir 10 juta Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 sebulan manakala 30% Melayu kaya menguasai 70% kekayaan orang Melayu. Jadi mana untung nya orang Melayu berada bawah pemerintahan UMNO? Budak2 UMNO yang diupah oleh penasihat Najib untuk ptui sana ptui sini dalam blog ini- kita sengaja membenarkan komen mereka disiarkan supaya dunia boleh melihat inilah kualiti perkerja Najib.Kualiti ludahan dan kahak.
Masa depan UMNO semakin muram kerana punca sokongan nya akan berkurangan. Perpindahan rakyat kebandar disusuli dengan perbandaran minda mereka. Pengalaman dan perjalanan hidup yang lain yang mereka tempuhi tidak meletakkan UMNO itu sebagai punca segala nya. It’s a matter of time.  UMNO hanya hidup selagi orang Melayu mengucap solat ku, ibadah ku, hidupku dan matiku adalah kerana UMNO.
Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan nya bukan untuk suka2 apatah lagi menghiburkan hati orang seperti KJ aau Mukhriz. Tapi jika saya faham Najib, Anwar Ibrahim membuat kenyataan tersebut tentulah sudah ada lampu hijau dari Najib. Entah2 mereka sudah buat deal. Najib pun mahukan kerajaan perdamaian untuk mengukuhkan kedudukan masing2. Najib boleh tahu sesiapa yang menentang projek ini dan ramai mana mereka. Setakat ini hanya KJ dan pimpinan second class sahaja yang bising dan sangsi. Pada suatu ketika dahulu yang sangsi dan tidak sangsi semua mencium kaki Anwar dan kalau boleh buntot Anwar pun mahu mereka cium.
Ramai orang lupa bahawa Najib dan Anwar digunting dari kain yang sama.
Mana kita tahu ini semua bukan mainan politik Najib? Najib tahu Mahathir dan geng2 nya menyerang Najib dan akhirnya akan menyingkir Najib. Jadi, penyelesaian nya ialah membawa masuk Anwar dengan beberapa terma perdamaian untuk menghabiskan Mahathir dan pengikut Mahathir.
Masaalah dengan Najib dan Anwar ialah kedua dua merasakan mereka lebih bijak dari yang lagi satu dan kedua dua merasakan mrereka boleh outwit satu sama lain. Hanya pak pandir sahaja yang bergegas masuk ketempat yan malaikat pun takut pergi.
KJ mesti lah faham maksud apabila Hishamudin berkata bahawa hanya Najib yang berhak bercakap mengenai tawaran Anwar tersebut. Najib belum berkata apa2, KJ sudah meluru kehadapan.
Apa kata jika langkah pertama Anwar ini adalah suatu rancangan to cut off Mahathir? Perdamaian antara Najib dan Anwar merupakan solution yang muktamad untuk menyingkirkan the Mahathir problem? Dan perdamaian Anwar dengan Najib menutup lubang mana2 pihak menuntut kedudukan presiden UMNO dan PM? Jika orang lain jadi presiden UMNO, masa depan kedua dua Najib dan Anwar akan kelam.
Itu mukaddimah sahaja mengeni intrigue politik dalam istana UMNO. Kita tinggalkan cerita itu dan mari lihat isiu yang lebih besar untuk orang Melayu. Kita biarkan budak Najib dan Anwar ini bemain apa yang mereka mahu main.
Merdeka bukanlah UMNO yang memberi maksudnya.
Semua cakap2 mengenai ancaman kepada kepentingan Melayu ini adalah drama UMNO. Bagaimana kepentingan orang Melayu tergugat kecuali orang Melayu membiarkan nya? Dan oleh kerana UMNO menguasai kerajaan dan pentadbiran, bagaimana kepentingan Melayu tergugat kecuali UMNO yang membiarkan ianya jadi tergugat?
Beberapa hari yang lalu, saya mendengar seorang bekas general angkatan tentera kita berkhutbah mengenai erti kedaulatan negara. Kita mesti jaga kedaulatan negara kita dari ancaman orang lain kata nya. Orang lain itu siapa? Inilah syarahan yang jenis nya meluatkan para pendengar. Loya tekak kita.
Penceroboh Sulu masuk kedalam negara kita, kita tidak bertegas menangani pencerobohan itu. Kita berdolak dalik dengan alasan kita menyukai cara diplomatic dan kerana penceroboh beragama Islam. Adakah kita lupa bahawa jutaan umat Islam bunuh membunuh atas nama Islam? Maka alasan yang Hishamudin dan kerajaan beri adalah  alasan yang terlalu dangkal. Sikap kita semestinya sesiapa menceroboh negara kita, tidak kira agama dan bangsa, kita usir dengan ketenteraan. Kelembapan pimpinan kerajaan menyebabkan ramai perwira negara kita terkorban. Darah perwira yang gugur melumuri tangan pimpinan negara yang lembik dan lembab.
Buatlah banyak mana drama dan pantomime atas padang, ianya tidak akan membenamkan fakta bahawa kerajaan kita incompetent dalam menangani pencerobohan bangsa Sulu.
Tapi lebih dari itu, kedaulatan negara ini mesti kita pelihara dari penganiayaan pemerintah. Pemerintah yang menggadai maruah negara ini dengan memberi kerakyatan kepada warga asing dengan begitu mudah tanpa mengira kualiti pendatang asing membeloti kedaulatan negara kita. Pegawai imigresyen yang menjalankan sindiket membenarkan rakyat asing masuk kedalam negara ini , belot kepada kedaulatan negara. Apatah lagi yang menjual kad pengenalan, mereka pembelot kedaulatan negara kita.
Jika kita benar2 mahukan pendaulatan negara kita dan memuliakan kemerdekaan yang kita capai, kita mesti hapuskan perkara2 ini. Jangan berkhutbah kepada kita mengenai konsep kedaulatan negara jika tangan kita berlumuran dengan pembelotan2.

Read more...

Thursday, 29 August 2013

The State of the Nation.



The Penang government must do what it thinks is right. If it thinks and believes that screening of the film Tanda Putera would likely cause hatred and communal tension, then it must ban the screening. It’s not up to the film director to pronounce whether cinemas in Penang are likely to lose their licenses. She is just a business person hoping to recover enough money to repay the loan she takes. Or to justify the grant given her by the right wing UMNO politicians.
If the national body of film FINAS endorses such a move, then FINAS itself is a racist nest.
The Penang government must never be a shilly-shallying government like Najib’s. Many of us know the true nature of Najib. He believes in a twisted version of elegant silence.  That’s insulting TUn Musa Hitam.
To him saying nothing seems to infer some halo of statesmanship around him. So he thinks. Well, if its winter time and he is skating on a pool, his political bullshit is warm enough to liquefy the surface on which he stands. His mind says the film is not good, but his blackened heart wants to go along with the right wingers of UMNO. He plays both sides. Front and behind. 
But the Penang government must also be even-handed. The film New Village must also be disallowed if it causes the same emotions.
If the government wants to test the maturity of its citizens, allow both Tanda Putera and New Village to be screened. If not, ban both.  The films can either be bad or good. They can’t be both. Either they will create racial tension or not. The government must decide promptly.
My own feeling is the government will allow Tanda Putera to be screened while outlawing New Village. Might is right and the mighty defines how the script is written. The fact is, the UMNO hoi poloi needs this emotive booster. They have been brainwashed for so long into believing their sorry lot is caused by others not  the incompetency of this government.
The movie Tanda Putera is necessary to reaffirm the reason for UMNO’s existence. The reasons for its being have been eroded by the compromising posturing of the diffident Najib , such that some deliverance and redemption are needed. Tanda Putera fulfils the yearnings. It has to be screened and it must. 
This is what UMNO does best. It redirects energies of people away from the basic and most fundamental issue- are they running this country with the best talent in the best manner? UMNO is afraid to answer these questions and so it directs people’s attention to contentious issues that sap the energy and vibrancy of this nation. And judging from the quality of people Najib places in his cabinet, we are indeed marching speedily towards mediocrity. What can we expect from these people if the standard responses from BN MPs are to ridicule, discredit the person and asking opponents to go outside and have a fight?  We can’t run this country with mediocre talent like how UMNO is doing. And so, it puts up all the smokescreen and red herring issues such as debating whether to screen Tanda Putera and New Village or not.
The present generation is not stupid. They grow up with different life-experiences and has acquired knowledge and awareness in the process. I am confident enough, if both Tanda Putera and New Village are screened; people will not go into the streets to look for a fight.
So I am a little amused to see a person of calibre like Wee Ka Siong warning the director of Tanda Putera to be responsible if there are racial riots. There won’t be if our police do their job well. They won’t be if the government comes down hard on the right wingers in UMNO and NGOs are prevented from doing so.
But the obvious glaring point is, Wee‘s caveat only displays the effeminate nature of the current MCA. That is why MCA is being buggered. Now, that is substantive sodomy!

Read more...

Saturday, 24 August 2013

Politik Bukan Perkauman



Dalam buku nya One Man’s View of The World, yang di tulis oleh Lee Kuan Yew, ada satu bab yang bertajuk Malaysia: A Different Path. Dalam bab itulah Lee Kuan Yew menyatakan bahawa jangan letak harapan yang tinggi kepada pembangkang (PR) untuk melakukan perubahan kepada politik yang bersandarkan perkauman.
Ini konteks yang dipercakapkan oleh Lee Kuan Yew. Kepada nya, pihak pembangkang tidak mempunyai agenda besar bagaimana mahu menukar politk perkauman Malaysia. Kepada Kuan Yew, penyatuan parti dalam PR adalah disebabkan oleh agenda asas untuk menggantikan BN sebagai kerajaan. Dan bila PR menjadi kerajaan, dasar politik perkauman yang mengutamakan orang Melayu akan terus dilaksanakan.
PAS dilihat oleh Kuan Yew sebagai parti yang akan berdepan dengan tekanan2 dari orang Melayu sebagaimana UMNO berdepan dengan nya. Sebagaimana UMNO tidak berupaya membuat perubahan radikal kepada politik perkauman, PR juga akan beroperasi demikian. PR belum diuji dan bila ujian getir tiba, maka ia akan bertindak seperti UMNO dan BN.
Isu dasar disini ialah bukan siapa akan perintah atau tidak. Isiu dasar nya ialah adakah yang memerintah itu terdaya untuk melakukan perubahan kepada politik perkauman yang ada sekarang. Mengikut Lee Kuan Yew, politik perkauman yang diamalkan oleh Malaysia menyebabkan negara kita berada dalam keadaan tidak ada kelebihan. Kenapa? Kerana dasar yang diamalkan oleh Malaysia akan meyebabkan kolam bakat atau talent pool untuk membangunkan negara menjadi semakin kecil. Fakta nya, mana2 negara pun memerlukan himpunan bakat dan kualiti manusia yang tinggi untuk membangun. Amerika sebagai contoh membesarkan talent pool dengan kemasukan pelbagai bangsa kedalam negara itu yang dijadikan rakyat Amerika.
Akhbar perdana kita hanya menyebut bahawa pihak PR tidak akan mampu menjadi kerajaan Malaysia. Itu pandnagan berat sebelah dari akhbar pertama yang melapurkan mengenai interpretasi dari buku Lee Kuan Yew tersebut. Semua orang tahu apa Bernama lakukan dan kepentingan siapa mereka wakili. Jadi pandangan berat sebelah yang diberitakan oleh Bernama tidak menjadi suatu yang menghairankan.
Jika sesiapa membaca buku tersebut, mereka juga diberitahu oleh Lee Kuan Yew bahawa konsep 1Malaysia yang dicanangkan oleh Najib tidak pratikal dan tidak akan berjaya. Kita berkongsi 1Malaysia tapi rakyat tetap hidup berasingan mengikut bangsa dan kebangsaan mereka. Jika saya mahu, saya juga boleh menterjemahkan 1Malaysia sebagai konsep angan2 Mat Jenin kerana Najib juga tidak mempunyai agenda besar melainkan koleksi slogan2 yang mengembirakan hati sahaja tapi kosong dari segi nilai perlaksanaan.
Saya berpendapat bahawa orang Melayu tidak perlu takutkan politik bukan perkauman. Politik bukan perkauman boleh diasaskan diatas negara yang mengamalkan perintah mengikut undang2 dan bukan perintah ikut budibicara. Politik bukan perkauman juga boleh dijayakan diatas system ekonomi yang ditentukan oleh tenaga pasaran bebas.
Komposisi kaum mutakhir ialah Melayu dan Bumiputera adalah 69%. Bukan Melayu ialah 31%. Dikalangan bukan Melayu, orang Cina merupakan glongan terbesar iaitu sebanyak 24%. Apa pun yang akan terjadi, orang Cina dan India bangun dan sedar dan memahami bahawa mereka hidup dalam negara yang majority Melayu. Oleh yang demikian mereka ada suatu pilihan untuk mara kehadapan yakni dalam sebuah negara yang memperakui bahwa negara ini adalah negara berbilang bangsa dimana setiap bangsa mempunyai hak yang sama keatas negara ini.
Adakah perakuan bahawa semua kita mempunyai hak yang sama keatas negara ini meletakkan orang Melayu pada landasan disadvantage atau kerugian? Kita fikirkan perkara ini.
Saya tidak fikir demikian kerana sesiapa yang memerintah akan memfaktorkan fakta ini yakni apa pun mereka buat, mereka akan memperakui bahawa kupulan majority ialah orang Melayu. Oleh kerana mereka majority tentulah kepentingan mereka akan mendapat pengutamaan dari segi tekanan2. Ini memerlukan sebuah keajaan yang tegas dan berani yang boleh mengimbangankan kepentingan2 bangsa.
Identifikasi kepentingan bersandarkan kepada kaum boleh diatasi jika kita memusatkan perhatian kepada isu dan bukan kepada bangsa yang menjadi bahan isiu tersebut. Sebagai conotoh: kemiskinan. Jika kita fokuskan kepada konsep kemiskinan itu sendiri dan bukan siapa yang miskin, kita akan sedar bahawa kemiskinan melanda semua kaum. Sesiapa yang dikategorikan sebagai miskin, mesti mendapat bantuan dalam bentuk rupa yang disepakati bersama. Jika kemiskinan itu di tandakan oleh pendapatan RM1500 sebulan, maka sesiapa sahaja yang mempunyai tahap pendapatan yang demikian mempunyai hak yang sama untuk berharap tindakan penyelesaian yang sama.
Adakah parti2 politik dalam negara kita bersedia untuk menukar politik perkauman dalam negara kita? Dan soalan ini saya tujukan kepada  semua parti termasuk DAP parti saya.
Sebagai permulaan, berani atau tidak kita bersetuju bahawa mana2 parti yang mengemukakan calun dalam PRU mengemukakan pencalunan mengikut komposisi demografi? Sebagai contoh- sanggupkah DAP mengemukakan calun nya mengikut kadar 69:24: 7 yakni 69% dari calun nya mesti Melayu/Bumputera, 24% Cina dan 7% India?  Dan soalan yang serupa kepada UMNO. Sanggupkah UMNO mengemukakan calun nya mengikut kadar yang serupa yakni 24% dari calun nya mesti Cina, dan 7% calun nya India?  Berani atau tidak negara ini meluluskan undang PRU yang berkehendakkan bahawa mana2 pari yang mahu bertanding mesti mengemukakan calun mereka mengikut kadar ini? yang tidak berani melakukan demikian, tidak berhak bertanding dalam PRU?
Jika kita tidak sanggup, maka kita mesti belajar unuk menghormati kepentingan yang kita ada yang bersifat sama dari segi undang2.

Read more...

Friday, 23 August 2013

Di Bawah Lindungan Kerajaan UMNO




Sekarang kalau kita membunuh orang, tapi pendakwa raya tidak dapat membuktikan ada niat, kita boleh lepas dari pertuduhan membunuh. Walaupun setelah kita tembak seseorang, kemudian menaruh bahan letupan dalam rongga dan tempat mana ada lubang dibadan dan letupkan- sehingga tulang belulang berkecai dan berterbangan- itu semua bukan pembayang ada niat membunuh. Kita ada perbuatan membunuh, tapi tidak ada niat itu tidak mengapa? System pengadilan apa yang kerajaan pimpinan UMNO bangsa Melayu kita ini amalkan?
Sungguh benar apa yang nyatakan oleh pendita Zaaba. Kezaliman keatas bangsa Melayu dilakukan oleh pemerintah dari bangsa Melayu itu sendiri.
Ini akan menghantar mesej kepada gangster dan pembunuh upahan, boleh letupkan sesiapa sahaja. Jika pembunuh Altantuya lepas dari tuduhan, ini membuktikan pasukan pendakwa raya sub-standard. Tugas pertama kerajaan baru yang akan ganti BN yang korap ini ialah mengadakan retrial dan panggil semua orang yang tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Hari ini hari malang untuk keluhuran undang2 di Malaysia. Kita tidak akan tahu siapa yang memerintah supaya Altantuya dibunuh. Lagi pun mengikut lojik soldadu UMNO- tidak mengapa Altantuya dibunuh kerana dia pelacur anatra bangsa yang telah memberi perkhidmatan istimewa kepada Razak Baginda dan mugkin juga pemimpin tertingi negara. Hal pantat memantat, pemimpin tertingi negara tidak kurang hebat nya.
Najib akan jual segala asset negara atas nama bangsa Melayu. Adakah kita percaya bahawa Najib berkata bahawa MAS tidak akan dijual? Sedangkan Dr Mahathir Mohamad sudah pun menyatakan ianya patut dijual dan dikendalikan oleh pihak swasta. Idris Jala menyebut perkara tersebut dalam suatu forum bersama dengan Tony Fernandez. Tony Fernandez mungkin menyatakan pandangan nya dalam konteks penglibatan kerajaan dalam system ekonomi pasaran bebas dan ingin melihat penglibatan kerajaan dikurangkan.
Ini kenyataan yang sanctimonious datang dari Tony F. Apa yang dia tidak beritahu ialah penglibatan dan sokongan kerajaan kepada orang lain biarlah dikurangkan- tapi kepada dan untuk AA mesti dipertingkatkan. Kalau boleh AA dijadikan monopoli industry penerbangan.
Masa depan orang Melayu akan malang jika kita biarkan para perompak UMNO dan kunco2 mereka terus berkuasa. Mengapa kita tidak dengar lagi cerita Deepak Jaikishan? Sebab deal telah dibuat dengan nya melalui Azeez Raheem dan Azzeez sekarang pengerusi Tabung Haji. Inilah endless possibilities yang sekarang dijaja oleh Najib. Apa2 sahaja bole terjadi.
Masa depan orang Melayu akan baik? Setelah 56 tahun kita beri UMNO memerintah fakta nya : ialah 10 juta orang Melayu atau 90% dari 40% yang menerima pendapatan RM1500 sebulan adalah orang Melayu. Pelanggan kebajikan JKM adalah orang Melayu pada jumlah majority nya. Siapa yang memerintah orang Melayu jika tidak UMNO? Fakta nya ada dimana mana tapi pemimpin2 UMNO tidak akan berani bercakap mengenai perkara ini. Sementara itu UMNO mengupah pecacai2 bertaraf tingkatan 5 untuk bercakap mengenai isiu2 orang Melayu. Behentilah dari temberang orang melayu. Saya tidak fikir mereka2 ini membaca tulisan pendita Zaaba. Seperti yang Tun Daim kata- budak2 UMNO hanya suka membaca majalah Gila2 dan komik serta cerita hantu.
Kita mesti bangun menentang cubaan untuk memusatkan sumber kekayaan dan asset dalam satu tangan. Tidak semena mena, Idris Jala menyatakan pandangan nya bahawa MAS patut dijual dengan harga yang bagus. Semasa menyatakan demikian, dia berada dalam forum bersama pemilik AA, Tony F. Idris Jala ingat rakyat Malaysia bodoh ke- orang akan membuat andaian bahawa Idris Jala berkata demikian kerna didorong oleh Tony F. siapakah  yang akan untung dan mempunyai kapasiti untuk mengambil alih kekosongan yang diujudkan oleh MAS? Tentulah AA.
Jadi bagi pihak siapa Idris Jala bercakap? Najib pernah beritahu saya bahawa Idris Jala dilantik kerana kepentingan politik Sarawak. Selama berada dalam MAS, tidak ada perkara besar yang dilakukan kepada fundamentals business MAS. Dia menjual asset dan harta benda MAS untuk menutup balance sheet yang teruk. Selama 10 bulan berturut turut, buku akaun MAS menunjukkan kebaikan .tapi kebaikan itu tidak datang dari operasi bisness bahkan ia datang dengan menjual harta benda MAS dan memindahkan liability ke pihak lain. Ini semua main silap mata yang menyinari mata Najib.
Ada antara kita yang memandang tinggi apa yang Idris Jala  lakukan keatas MAS. Tapi ramai juga yang hampa. Ujian sama ada apa yang dilakukan oleh Idris Jala berkesan atau tidak ialah dengan melihat sama ada penyelesaian yang dilakukan berkekalan . Jika kekal, maka tentulah MAS berada dalam keadaan yang sihat har ini. Tapi apa sudah jadi dengan MAS? Ia masih tetap rugi. Kerana untung yang patut datang dari operasi tidak datang.
Tapi Najib tentulah termakan dengan carta2 dan lampiran powerpoint yang dikemukakan oleh Idris Jala and his boys bukan?

Read more...

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP