Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Saturday, 15 June 2013

UMNO akan Jual Bangsa Melayu untuk Kekal Kuasa



Hanya orang UMNO sahaja yang boleh memegang dua fikiran yang bercanggah pada masa yang sama. Hanya Najib saja yang boleh bercakap mengenai 1Malaysia dan bukan 1Malaysia ketika yang lain. Pada malam keputusan PRU, dengan muka yang bera, dia menyalahkan bangsa Cina kerana tidak menyokong UMNO. Siapa nak sokong parti yang pemimpin nya semua korap dan rasuah?
Hanya UMNO boleh bercakap mengenai perpaduan orang Melayu, tapi mendiskriminasi Melayu yang tidak menyokong mereka. Ketua kampong UMNO (pengerusi JKKK) bercakap besar mengenai menolong orang Melayu, tapi menyekat bantuan kepada Melayu yang tidak menyokong mereka. Hanya pemimpin UMNO yang malas pergi masjid dan surau, tapi menyekat Melayu lain menyemarakkan masjid dan surau.
Hanya pemimpin UMNO sahaja yang bercakap mengenai memberi tanah kepada orang Melayu tapi menyekat pemberian kepada Melayu yang tidak menyokong nya. Di Raub ada ribuan orang Melayu yang hidup atas tanah lebih dari 40 tahun, masih tidak mendapat hakmilik. Pemimpin dan penyokong UMNO mempunyai tanah diserata tempat. Hanya orang UMNO bercakap mengenai mulia nya institusi raja2 Melayu tapi pada masa yang sama mengibaratkan raja2 Melayu sebagai anjing.
Jadi, kepentingan yang UMNO jaga dan kukuhkan ialah bukan kepentingan Melayu keseluruhan nya tapi kepentingan kelompok dan puak mereka. Maka apa perlu orang Melayu menyokong UMNO?
Yang kita kena sokong ialah penubuhan sebuah kerajaan yang memerintah dengan tegas dan menjaga kepentingan masyarakat keseluruhan nya. Jika Melayu itu sudah majoriti, tidak dapat tidak, kepentingan melayu lah yang diutamakan. Memahami ini tidak memerlukan ilmu hisab yang tinggi. Hanya orang UMNO sahaja yang menganggap orang Melayu di kampung2 bodoh dan hanya pemimpin UMNO sahaja yang menggelarkan orang Melayu lain- haramjadah.
Orang UMNO memang tak tahu malu. Lebih ramai orang Melayu menyokong PR dari UMNO, pemimpin UMNO masih tidak faham2. Calun2 UMNO, yang menang dan kalah mendapat 3.2 juta undi. Ada faham? 3.2 juta ini adalah undi keseluruhan kepada semua calun2 UMNO.
Dari 3.2 juta undi ini, bukan semua yang mengundi terdiri dari orang Melayu. Cina dan India ada juga menyokong UMNO. Sekitar 10%. Ertinya, orang Melayu yang menyokong calun2 UMNO secara lansung ialah 2.9 juta. Tak tahulah saya hendak ajar kalau tidak faham ilmu hisab mudah ini.
Jumlah ahli UMNO pun lebih banyak dari itu. Jika semua ahli UMNO menyokong calun UMNO dan semua calun BN, 3.2 juta penyokong mesti tidak dapat tidak ada 3.2 juta angka asas. Ahli UMNO pun tidak menyokong UMNO.
Fakta nya ialah adalah menjadi kerugian besar jika orang Melayu memilih UMNO untuk menjaga kepentingan mereka. Wakil UMNO pemalas dan penipu. Saya amat senang hati mendedahkan mutu kerja wakil UMNO di Raub misalnya. Tunggu lah.
Kerja membalun UMNO ini tidak akan selesai sehingga mereka bukan lagi kerajaan. Selagi UMNO menghalang kejayaan bangsa Melayu, kita mesti bantai mereka. kita tidak boleh terima kenangkuhan UMNO mengaku bahawa mereka wakil tunggal kepentingan Melayu. Kepentingan orang Melayu ialah mendapatkan keperkasaan ekonomi dan perkongsian kuasa. Kepentingan ini bertentangan dengan kepentingan feudal UMNO.
Ya , UMNO itu parti bersifat feudal. UMNO di strukturkan supaya sekumpulan kecil yang terpilih menungang diatas belakang rakyat yang diperhamba abdikan. Kepentingan UMNO ialah membolot kekayaan dan memusatkan kuasa dalam tangan elit. Kepentingan bangsa Melayu berlawanan dengan kepentingan UMNO. Pertentangan ini menyebabkan orang Melayu tidak lagi boleh menerima kepimpinan UMNO.
Dalam kawasan yang tidak di tandingi oleh calun UMNO, orang Melayu tetap ada menyokong parti BN. kita akui ini. Tapi berapa ramai sangatlah orang Melayu yang menyokong mereka. Dari 899,000 undi yang diperolehi oleh calun MCA( menang dan kalah) berapa ramai Melayu yang menyokong mereka? Katalah 20% Melayu menyokong cakun MCA. Baru ada sekitar 180,000 orang. Melayu yang menyokong MIC? 10% dari 292,000 ialah kira2 29,000. Melayu yang menyokong PBB di Sarawak? 40% dari 232,000=91,000.
Wa hasil balik asal, jumlah orang Melayu yang menyokong UMNO secara lansung dan tidak lansung (melalui sekutu2 BN) ialah 3.2 juta.  3.2 juta sama jumlah nya dengan jumlah ahli UMNO. Jadi apalah yang hendak dibanggakan oleh UMNO.
Setelah belanja berbilion Ringgit dan setelah menyogok dan merasuah orang Melayu terutama nya, dari 2.2 juta undi Melayu dalam tahun 2008, UMNO hanya dapat menambahkan 1juta sahaja pengundi Melayu.
Ringkasan keputusan PRU13- data terpilih.
PARTI
UNDI(JUTA)
% UNDI
KERUSI
%KERUSI
BARISAN NASIONAL
5.24
47.4
133
59.9
UMNO
3.24
29.32
88
39.64
PUBB
0.23
2.10
14
6.31
MCA
0.89
8.14
7
3.15
PRS(swak)
0.06
0.54
6
2.7
MIC
0.29
2.64
4
1.8
Pakatan Rakyat
5.62
50.88
89
40.09
DAP
1.74
15.71
38
17.12
PKR
2.25
20.39
30
13.5
PAS
1.63
14.77
21
9.46
TOTAL
11.27
100
222
100
Sumber: SPR

Kalau MIC, PBB dan yang lain2 tinggalkan UMNO, UMNO akan mati. Penyokong UMNO faham signifikens perkara ini tidak? Ini akan menyebabkan Najib akan melakukan apa sahaja untuk menjual harga diri nya untuk memastikan UMNO kekal sebagai kerajaan. Ini termasuklah menggadaikan kepentingan bangsa Melayu. Apa dia peduli? Selagi dia terus kekal jadi PM.
Marilah bangsa Melayu sedar bahawa masa depan mereka bukanlah bergantung pada UMNO. UMNO kojol pun, bangsa Melayu tetap hidup. UMNO perlukan bangsa Melayu, bukan bangsa Melayu perlukan UMNO.

19 comments:

Anonymous,  15 June 2013 at 09:25  

memang bangsa melayu-umno adalah bangsa yang takde marwah dan harga diri, usahkan dengan RM 50.00 (rujuk blog sokong pakatan rakyat) kalau bagi diorang famplet yang diorang tak baca pun akan sokong umno

Anonymous,  15 June 2013 at 10:14  

Sak,

Elok2 petronas kongsi telaga minyak & gas dengan esso & shell alih2 datang paria tajaan don mamak sedap kapor konsesi... dia pulak makan atas angin main kerja sub kat oil co ikut suka dia...mamak makin cerdik tamaknya...tak main lagi la sabsidi gas...sapu je kat telaga..makan atas angin 4 perigi haha haha haha ... Melayu jugak tertipu dek ketuanannya..

~ Dukun Pak Belalang.

Anonymous,  15 June 2013 at 11:43  

Dato,

Umno got 29.32% of the total GE13 votes & yet garnered 88(39.84%) seats.

This is where Clive Kessler's 2-part articles on "Malaysia’s GE13: What happened, what now?" on Umno's stronger hold on the Malay representation got all wrong!!!

That claim can ONLY be truth IFF the 88 parliament seats were won on BIGGER % of votes (ie Malay votes).

As it stands now, majority of the Malays have rejected Umno.

The distorted increment of the Umno's parliament seats has been due solely to gerrymandering, period.

This has underpinned the uneasy sub-surface discord of the Malay masses. Umno should beware, as this could easily turned violence due to the continue discontent in this numerically huge Malay masses.

Think about the current happenstance in Turkey. There is just about the same simmering effect.

bumi-non-malay 15 June 2013 at 15:00  

UMNO melayu tu Raja TIPU dan Hina Rakyat Malaysia!

Semua orang Kalau boleh Kita bantah raksaksa Occupy mulai 15 - 22 Kat Dataran Merdeka. Setip hari kita buat permit Polis untuk TINDAK Rally.... KUBU ILLUSI tak Boleh Bergabung kat Dataran Merdeka AKAN TUMBANG dan di KUBURKAN...

Jangan jadi Romantik terhadap Kerajaan Zalam UMNO-BN... UBAH KUBURKAN UMNO!! Kali ini LAh!

Anonymous,  15 June 2013 at 15:55  

Anon Dukun Pak Belalang 15 June 2013 10:14

Memang betul.. Ananda (Kroni Tun Mutahir) sudah sapu 4 Sarawak oil & gas fields.. nanti kasi sub kat oil companies.. kerja broker kapor harta rakyat makan komisen atas angin... mamak greed knows no bounds..

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2013/06/billionaire-linked-to-offshore-deals-in.html?m=1

~ Melayu juga yg tertipu oleh Ketuanannya..

anak melayu 15 June 2013 at 17:30  

orang umno tak sebegitu...cuma najib dan kuncu2 menterinya.

Anonymous,  15 June 2013 at 18:25  

hidup melayu hidup UMNO

Anonymous,  15 June 2013 at 18:29  


After Merdeka, the government control ALL of the country's resources, including tax and oil revenue, to properly develop and invest to benefit the ordinary people.

Now these resources and assets, after the 80s Privatisation/Piratisation, are moving into the hands of powerful and influential private vested interest groups....thus they control government and the economy direction of the country.




nshinah 15 June 2013 at 23:59  

let us listen to music for a change...
enjoy the music..

http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/06/1000-tahun-by-singaporean-singer-imran.html

nk

Anonymous,  16 June 2013 at 00:24  

Salam Sdr. Arif.(Yang Berkhidmat)

Memang jenis pewaris umno, gulungan perosak lagi merosakkan,
Yang tamak lagi haloba,
Yang bodoh lagi membodohkan.
Yang joli lagi mengadaikan.
Yang bebal tak bolih diganti,

Kuburkan.... Myi

1Crony,  16 June 2013 at 00:33  

Beruntung sedikit Tuan Ariff yang asyik dok membelasah Najib. akhirnya jadi juga ADUN. Apahal Aspan Alias yang pantang jumpa ayat "Anwar", sepantas kilat beliau menembak walaupun pelurunya dibekalkan dari Utusan dan TV3? Barangkali beliau mahu menutup kekecewaan beliau terhadap parti baru (DAP) yang membelakangkan beliau hingga Jennice pun beliau sanjung? Kadangkala veteran UMNO ini masih ditakuk 50-an lagi, perasannya orang yang pagi dan petang melayari blog ini tak perasan kot?

Unknown 16 June 2013 at 20:21  

Salam, you are going to angkat sumpah 24th so hope you can trim sikit, dek! We would like you to shred them UMNO finer than the latest Paper Shredder!
You must keep yourself fit and take care of your health,this is going to be the next big step for you.
RPK upload your latest blog stats together with Selena's article today! Keep those figures coming and cramp them to all those `die-hards' UMNOs lethargic brains!
Take care! Wassalam

Anonymous,  16 June 2013 at 20:30  

Sak,

Bukan saja Bangsa, malah Raja & Ugama Melayu pun kena jual demi mengekalkan kuasa supaya tak kena tangkap diatas perbuatan2 jenayah seperti rasuah dan pembunuhan.

Memang betul Anon 15 June 2013 10:14 - "Melayu jugak yg tertipu dek Ketuanannya.."


bumi-non-malay 17 June 2013 at 07:23  

Sebenarnya Semua Orang Malaysia DI JUAL UMNO....demi kepentingan Kuasa UMNO...apa pun boleh dilakukan...

Orang Singapura kata nasib Baik diJUAL UMNO hari ini.....demi kepentingan bangsa melayu dulu.

Kalau orang Malaysia dah Matang Pemikiran...kita kena Tinjau mengapa dan Siapa Pecat Singapura....Apa sebabnya??

Mengapa Sabah/Sarawak tak Pecat Malaysia.... hari ini?

Apa guna masih perlu Malaysia kalau gejala rompak, serang Terrorist Sulu, orang asing terus memerintah Malaysia melalui UMNO Haram?? Semua Malaysia telah ditipu...teruskan Bantah Raksaksa....

Anonymous,  19 June 2013 at 09:27  

Salam Sdr Ariff(Yg Berkhidmat)

Selagi umno diterajui olih anak-cucu pemimpin lalu, selagi itulah perangai sombong,bongkak, (dan bangang?) akan ujud dlm umno. Perangai ini diturunkan kpd JKKK(peringkat akar umbi),
Selagi ada parti dinamakan mca, mic, selagi itulah ujud nya perkauman dalam Maalaysia ini.
Selagimana ada BN yg memerintah Malaysia ini, selagi itulah pembaziran, kezaliman, salahguna kuasa, rasuah berleluasa.
Selagi ada orang umno ,bn yg masih percaya akan teori bn tentang demokrasi, selagi itulah sukar untuk membentuk kerajaan baru di Malaysia (tetapi tidak mustahil).

Setakat ini umno akan terus, mca, mic, akan terus menggunakan isu perkauman untuk terus bernafas,
Umno juga telah memperaktikkan penggunaan orang "import" bagi memperkukuhkan kedudukaan kemelayuannya.
Saya rasa orang2 import ini perlu dikenakan penalti 21 tahun juga bagi membolihkan mereka megundi. logiknya disini, kita rakyat Malaysia kena tunggu 21 tahun baru dibenarkan mengundi.

Melayu kena sedar sekarang kerana umno telah menjadikan bangsa Melayu bangsa kelas 3 dinegara Malaysia selepas bangsa "kamu nak apa lagi?" bangsa umno yg kulit gelap/hidung besar, senang kata melayu balik jadi kuli semula.

Wassallam.... myi

Anonymous,  19 June 2013 at 23:07  

hidup melayu mampos umno. umno pengkhianat bangsa negara dan agama.

Anonymous,  20 June 2013 at 00:10  

Apa sudah jadi sama lu punya kawan Aspan loh? Hari hari hentam lu punya Tokong parti DAP?

Lanti lu tinggal sorang loh jadi tukang sapu sampah atau drebar sama parti Lim keluarga lohhh!!! hahahahah...

Apa la bangang punya manusia lu ni!!!

Anonymous,  20 June 2013 at 03:44  

Dato

Sekim Cepat Bahalol yang di tawar dahulu zaman batu kerala ber jaya bahalol kan banyak melayu baik kampong juga bandar.

Akibatnya melayu jadi malas hendak hidup senang , rasuah itu ibarat nasi lemak sarapan pagi aje.

Anonymous,  21 June 2013 at 06:41  

"Dua (2) senjata yg paling ampuh bagi setiap penindas yang SEDIKIT adalah "kebodohan" & "ketakutan" seluruh tertindas yang RAMAI."

Selagi masih ada ramai melayu mcm anon 20 June 2013 00:10 TAKUT pada Cina, Christian, Yahudi & sebagainya, selagi itulah melayu jadi HAMBA kpd UMNO.

~ Jadilah tuan kpd keberanian, bukan hamba kepada ketakutan, demi kebodohan, kamu. ~

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP