Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 21 June 2013

Agenda UMNO bukan Agenda Melayu



Orang Melayu harus sedar bahawa UMNO itu parti yang bersifat feudal.  Parti itu dipimpin dan dikuasai oleh mereka yang berminda feudal. Suatu kumpulan kecil memerintah melalui suatu lapisan pembesar yang menghamba-abdikan golongan pengikut bawahan. Apa yang diperlukan ialah menyedapkan hati pengikut bawahan supaya percaya bahawa pimpinan atasan menjuarai kepentingan rakyat bawahan. Untuk tujuan itu- UMNO menciptakan konsep agenda Melayu.
Apa yang diperjuangkan oleh UMNO feudal ini? Kepentingan ekonomi segelintir kelompok yang kecil. Bagaimana menjamin dan memastikan bahawa pengkayaan suatu kelompok yang terpilih berserta dengan rakan2 diluar, terjamin dan tidak terganggu. Bisnes2 besar diberi kepada yang terpilih. Sumber kekayaan dipegang dan dikuasai oleh suatu kelompok kecil. Projek2 besar yang menelan belanja berbilion ringgit pergi kepada putera bangsawan, putera pemimpin atasan, cukong2 cina dan brahmin2 India. Memastikan Melayu terpilih mendapat bayaran gaji RM1.2juta setahun manakala graduan melayu tidak mampu membeli rumah berharga RM300 ribu.
Mustahil ini agenda orang kita Melayu. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang korap dimana pemimpin mengayakan diri mereka. Mustahil orang kita Melayu merelakan khazanah negara dirogol dan dicabul oleh orang yang kita beri amanah. Mustahil kita inginkan kerajaan yang gagal mengurus kewangan negara. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang menyembunyikan cara mengurus perniagaan milik rakyat yang menjual minyak dan gas. Mustahil kita orang Melayu merelakan suatu keluarga mendapat komisyen keatas pembelian dan penjualan minyak dan gas negara. Musahil kita orang Melayu merestui penjualan minyak sawit dilakukan melalui commissioned agents. Mustahil kita orang Melayu rela melihat orang Melayu kita mempunyai pendapatan yang rendah, susah mendapat tanah, susah memiliki rumah dan sebagainya.
Jadi, soalan apa dia agenda Melayu hanya suatu rhetoric dan pekikan kosong yang bising sahaja. Ianya candu dan dadah yang mengkhayalkan orang kita Melayu. Khayalan tersebut menyebabkan kita orang Melayu secara keseluruhan nya kekal dalam keadaan ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan hidup. Keluarga dan anak2 orang ternama dalam negara ini- Melayu, Cina dan India terus memboloti sumber kekayaan dan merasuah rakyat untuk kekal berkuasa.
Orang kita Melayu keliru pemikiran nya. Keliru apabila menyamakan agenda UMNO itu sama dengan agenda Melayu. Agenda UMNO ialah mengekalkan kuasa politik, mengekalkan supaya Najib atau presiden UMNO perdana menteri. Agenda nya ialah mengekalkan cengkaman puak feudal UMNO keatas perniagaan besar dan sumber2 pembikinan wang.
Agenda orang Melayu? Seperti 100 tahun dulu ialah bagaimana mengeluarkan orang kita Melayu dari kemiskinan dan mengambil tempat yang wajar dalam kehidupan masyarakat. Agenda UMNO sangat berlawanan dengan agenda orang kita Melayu.
Orang kita Melayu mesti bertanya, adakah agenda Melayu itu hegemony UMNO? Adakah agenda Melayu itu berkehendakkan UMNO itu jadi parti yang disokong secara mutlak oleh bangsa Melayu? Kita sokong walaupun pemimpin nya korap, kerajaan nya boros dan membazir, kerajaan memberi sumber kekayaan kepada kroni dan golongan istimewa?
Penyokong UMNO masih tidak boleh faham bahawa lebih ramai orang Melayu telah menolak UMNO. Berhentilah dari mencandui pemikirang bangsa kita dengan pekikan agenda Melayu!
Daripada 5.2 juta undi yang di perolehi oleh BN, berapa ramai pengundi nya Melayu? 63%? Itu baru 3.28 juta. Berapa ramai ahli UMNO? Kali terakhir ianya 3.2 juta. Sekarang mungkin lebih- kerana setiap hari sebelum 5 Mei dahulu, ramai memasuki UMNO. Media UMNO melapurkan seolah2 tidak ada lagi orang Melayu yang tinggal dalam parti2 pembangkang- semua nya berbondong bondong masuk UMNO.
Berapa ramai pula pengundi Melayu dari 11.2 juta pengundi? 65%? Maka jumlah pengundi Melayu semua nya ialah 7.28 juta. Jika 3.28 juta dari jumlah ini mengundi BN, maka Melayu yang tidak menyokong BN ialah 4.0 juta. Bukankah 4.0 juta lebih besar dari 3.28 juta? Hendak putar macam mana lagi?
Agenda Melayu yang paling atas sepatutnya ialah mengeluarkan mereka dari penjara kemiskinan. Dalam tahun 1927, Zaaba menulis- orang2 kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah suatu kaum yang tersangat miskin. Oleh kerana miskin, maka orang Melayu kalah atau ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan kemajuan.
Pengamatan ini masih menghantui bangsa Melayu sehingga hari ini. Dan ini agenda Melayu yang teratas dan terpenting. Kerana kemiskinan orang Melayu, kata Zaaba ialah kemiskinan yang meliputi serba dan mengelilingi mereka pada segala pihak nya.
Jadi, mengapa fikiran kita orang Melayu dipesongkan kepada menyibuk mengenai kedaulatan bahasa Melayu? Kepada mengistihar menjaga agama Islam? Kepada mendaulatkan Raja2 Melayu? Mengenai yang akhir ini- siapa yang mengancam raja2 Melayu? Dalam sejarah kita yang mengancam dan menghina raja Melayu ialah puak neo-fuedal UMNO.
Adakah UMNO sudah berperang untuk membetulkan segala syarat2 atau kelengkapan yang boleh membawa kepada kejayaan dan kebesaran bangsa dan kebesaran yang sebenar nya?

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP