Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 3 June 2013

Metos Kejayaan UMNO

Sukar kita hendak percaya bila Dato Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana Dato Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?
Undi yang UMNO dapat lebih kurang jumlah ahli UMNO. Ini bererti , perkara yang UMNO berjaya lakukan ialah meyakinkan ahli UMNO yang tidak menyokong UMNO dalam tahun 2008, menyokong nya kali ini. Jika demikian, tidak adalah berlaku penambahbaikan kepada UMNO. Tidak ada pertambahan sokongan orang Melayu yang bukan ahli UMNO kepada UMNO.
Jika Dato Najib berkeras berkata ada tambahan sokongan dari orang Melayu, maka itu bererti sokongan dari ahli UMNO sendiri kepada kepimpinan Dato Najib berkurang. Kalau ahli tidak percaya kepada kepimpinan presiden nya, maka apa lagi yang mereka tunggu?
UMNO hanya boleh mencapai angka 3.2 juta hanya jika ada sebahagian besar ahli UMNO tidak menyokong nya, dan deficit tersebut ditampung oleh sokongan Melayu bukan ahli UMNO. Jika semua ahli UMNO menyokong UMNO dalam PRU13, maka tidak ada sokongan Melayu bukan ahli UMNO kepada UMNO.
Jadi dimana letaknya kejayaan UMNO yang didakwa Dato Najib?
Dato Najib kata umno muncul sebagai parti yang paling popular pasca pru13 kerana  umno menang 88 kerusi. Semua orang tahu UMNO bertanding dalam kerusi yang jumlah pengundi dalam kawasan nya jauh lebih kecil berbanding jumlah pengundi dalam kawasan parti lawan. Jika PAS bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi secara purata berjumlah 77,000, UMNO bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi secara purata adalah 36,000.
Maka jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi UMNO itu hanya 44 kerusi parlimen. Kerana 2 kerusi yang dimenangi oleh UMNO bersamaan 1 kerusi PAS. Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain UMNO. Demikian juga dengan PKR. PKR bertanding dalam kawasan dimana jumlah pengundi nya secara purata ialah 75,000. Nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi oleh PKR ialah 60 kerusi.
Jadi dimana letaknya kejayaan UMNO? Kemenangan nya ialah kemenangan kosong.
Dalam tahun 2008, umno telah mendapat 2 juta undi orang melayu. Ketika itu jumlah pengundi melayu ialah 5.7juta. Lebih ramai orang melayu sejak 2008 sudah pun menolak umno. Erti nya, ketika itu umno hanya memperolehi 35% dari undi orang melayu.
Berapa jumlah pengundi Melayu kali ini? Jika 70% dari 11.2 juta pengundi dalam PRU13 ialah orang Melayu, maka jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta.
Buat lah perkiraan sendiri. Jika semua undi yang di perolehi UMNO semua nya pengundi Melayu, maka jumlah nya 3.2 juta. Tapi jumlah pengundi Melayu semua nya ialah 7.8 juta. Ini bererti 4.6 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO.
Tapi kita tahu bukan semua 3.2 juta undi yang diperolehi UMNO itu datang dari orang Melayu. Orang Cina dan India masih menyokong calun UMNO. Katalah 15% sokongan untuk calun UMNO datang dari pengundi bukan Melayu. Ertinya, pengundi Melayu yang menyokong UMNO adalah sebanyak 85% atau 2.72 juta sahaja.
Sekali lagi buatlah perhitungan. Jumlah pengundi Melayu ialah 7.8 juta. UMNO hanya dapat 2.7 juta pengundi Melayu. Ertinya, 5 juta orang Melayu tidak menyokong UMNO dalam PRU13.
Jadi apalah yang hendak dibanggakan dengan 88 kerusi parlimen yang UMNO dapat?

18 comments:

Anonymous,  3 June 2013 at 01:30  

It is getting tiresome to listen to you talk about UMNO this and UMNO that. The election has ended and the government has been formed. If you and your cohorts dont like the results, then why on earth do you guys form the government in Penang, Kelantan and Selangor?

Cakap tak serupa bikin la lu orang. Tunggu lah......sampai kucing bertanduk....

Anonymous,  3 June 2013 at 01:36  

Saya kagum Dato' masih larat ulas ucapan yg tiada akauntabiliti dan dibuat dalam media dalam tangan, dibeli dan berbayar.

The emperor has no clothes, it is playing at the national theatre. Everybody including the emperor knows it. Not a pretty sight.

Anonymous,  3 June 2013 at 02:50  

Sokong dato,tepat dari ak47 apa yg nak d banggakan dgn umno penggal ni kerajaan najib boleh bertahan paling lama 4 tahun lps tu pru 14 tarikh akhir umno

Anonymous,  3 June 2013 at 07:34  

Dato',

The real danger of Pakatan is the possible frogging of some MPs. Anwar's once blue-eye boy is one possible frog. Look at some his public statements. In private, definitely there are more shit.

Then there is the call of Unity government by some PAS/UMNO elected representatives. Although this may not succeed in totality, however, some PAS MPs may use this issue as an excuse to jump ship.

Hence I think one way to frustrate these possible happenings is to propagate widely all the massive corrupt practices, plundering a of the people's wealth, and all the mortal sins committed by UMNO, so that all attempts to jump on the UMNO bandwagon, is liken to associate with corruption and dirty money, and that these frogs have no higher ideals than the smell of dirty money.

Anonymous,  3 June 2013 at 09:48  

Bagaimana pula dengan sokongan ahli Umno atau orang Melayu kepada parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan? Terutamanya bagi MCA dan Gerakan, memandangkan 90% kaum cina menolak BN, maka kebanyakan undi datang dari kalangan ahli UMNO atau orang Melayu yang tak sokong PR.

Fazilis

Anonymous,  3 June 2013 at 09:52  

3 June 2013 01:30


anol... aku faham purpose ko tuh, kadang kala aku pun rase letih dengan citer PRU13, especially FAKTA/ nombor lagi..

boleh cakap dengan sopan sket tak macam manusua bertamadun? mari aku bagi example:-

Dato Arif, boleh buat article yg sentuh issu negara selain PRU?
mungkin gejala rasuah ker, kewangan negara, issue minyak negara, issue duit haram negara.

berhenti cakap pasal fakta/nomber yg majority rakyat ber-low income pun malas nak tau, impak zero jer dalam kehidupan.



Anonymous,  3 June 2013 at 10:21  

Rumours of frogs are going around in umno blogs I read it at my massa

Unknown 3 June 2013 at 12:25  

Do not worry... the frogs can be bought, but the people cant...

anon 1:30... umno lakukan penipuan di kerusi2 marginal....thats why pkr and pas yang patutnya menang besar, merosot secara rasmi...

pakai undi tentera and polis untuk menang... Malu lah kawan.... kalau anak jantan,lawan satu sama satu tanpa undi pos...

memang bacul UMNO ni...

tentera n polis tak payah undi pun... kacau jer.... or buat perubahan untuk tentera and polis ada wakil kat dewan senat sahaja..

kacau jer polis dan tentera dalam demokrasi... buat kem di mana2, kemudian kacau pilihan orang tempatan....

Sistem demokrasi bangang...

Anonymous,  3 June 2013 at 12:25  

BN nak usul 50 petisyen terhadap pru 13 lalu. what a shame BN didnt believe what they had.

Anonymous,  3 June 2013 at 13:39  

Got to give it to you for expressing your view. But the last line kind of making the whole point null and void.

Anonymous,  3 June 2013 at 15:47  

Anon 3 June 2013 01:30

The onus is on UMNO/BN to challenge the overwhelming results in Selangor, Penang & Kelantan.

Please grow some human brains before you ape UNNO/BN's lame feedback.

~ Cermin Hikmat.

Anonymous,  3 June 2013 at 16:37  


Diharap anda memperbetulkan analisa anda yang tidak tepat langsung.orang melayu berada di Sarawak juga..undi Melayu kepada BN bukan datang ahli Umno je..dan undi Pr juga bukan dtg dari ahli parti2 PR..majoriti pengundi di Malaysia tak menjadi ahli mana2 parti..harap buat analisis kerana banyak blog telah memperlekehkan analisa tepi longkang anda..amat menjengkelkan dgn kelulusan yg anda ada..

Anonymous,  3 June 2013 at 19:28  

sak,

If you have been in the Science stream you would be taught Statistics .An Arts graduate like the big mouth Anwar would not understand figures.The point i wish to make is that Statistical Analysis has shown that about 63% malays , 90% chinese and about 43% indians vote for BN in Peninsular Malaysia.You can get this analysis in Dah Ikhwan Weblog where Dr DI analysed the results of PRU 13 through linear and multiple regression to come out with realistic results.Compare that with your results.Thank you.

DS

ulitmayang 3 June 2013 at 21:31  

Dato'

- dlm umno tak ada yg cerdik
- semua nya bodoh
- spt kata mahathir
- bodoh dari bawah sampai atas

Sbb tu najib tak reti matematik
- sbb dia tu ketua org2 bodoh

Anonymous,  3 June 2013 at 21:51  

woi cermit hikmat,

apa la lu, lu tarak akai ka?

siapa yg dok demo sana demo sini, terpekik terlolong sana sini macam orang sakit otak?

lu orang punya ketua la, bingai anwar sama lim bintang tiga!!

lu ni bukan cermit hikmat tapi cermin tarak akai punya.

apa pasai UMNO mau challenge results di negeri2 lu. bahalol punya komen, la lu ni!

Anonymous,  4 June 2013 at 00:17  

Anon 3 June 2013 21:51

Kalau tiada pihak yg protes keputusan di Selangor, Penang & Kelantan bermakna tiada penipuanlah disana. Oleh yg. demikian teruskan sajelah dirikan kerajaan yg sah.

LOL!

Anonymous,  4 June 2013 at 00:37  

Anon DS 3 June 2013 19:28,

I have surfed the said website that claimed to be objective and made the following comments if it dare to post it -

Maaf saudara,

"Ia kini kian menyerupai protes dari masyarakat Cina kerana gagal menumbangkan Kerajaan Melayu/Islam di Negara ini." - Ayat ini berbau perkauman yg mercerminkan pendekatan serta pendirian saudara (Dah Ikhwan Weblog) yg tidak objektif.

Apa Lagi Cina Mahu? Cina mahukan Amanah, Ketelusan, Kesaksamaan & Keadilan iaitu nilai2 dan prinsip utama yg dituntut oleh Islam. Apakah nilai2 ini semua ini ditolak demi ketuanan Melayu?

Setahu saya, Baginda Rasullulah sendiri tidak memperjuangkan ketuanan Quraish.

~ Tongkat Hikmat

Anonymous,  4 June 2013 at 09:51  

Anon 3 June 2013 21:51,

Meludah ke cermin sendiri nampak..

LOL!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP