Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday, 20 December 2012

Soalan nya ialah apa untung nya Melayu jika UMNO tewas, bukan apa rugi nya mereka kalau UMNO tewas



Pemilihan anggota CEC dalam DAP tiba2 jadi isiu yang hangat. Mengapa demikian? DAP bukan parti komponen BN. MCA yang sama usia dengan UMNO tidak ada bangsa Melayu. MIC pun demikian juga. UMNO pun tidak ada bangsa Cina. Persoalan pokok nya, janganlah kita hendak memaksakan nilai yang kita pegang keatas parti lain. Tahulah DAP dan Melayu dalam DAP membuat adjustments nya. Yang paling penting DAP bersama PAS dan PKR mahu menumbangkan UMNO yang rasuah, korap dan penindas bangsa sendiri. Amat benar kata Zaaba 80 tahun yang lebih, penindas yang zalim sekali ialah dari kalangan bangsa sendiri.
Apa pasal orang Melayu yang beragama Islam mahu meletakkan masa depan, keselamatan mereka, rezeki mereka kepada UMNO? UMNO hanya sebuah parti politik dan tidak boleh menyamai Tuhan. Dan orang Melayu sudahpun insaf bahawa tanpa UMNO, mereka tetap boleh hidup bahkan menikmati kehidupan yang lebih baik daripada bergantung kepada UMNO.
Orang Melayu di Selangor, Kelantan, Kedah, dan Pulau Pinang dan Perak sebelum rampasan kuasa oleh UMNO hanya perlu bertanya- adakah kehidupan mereka dibawah PR lebih baik dari kehidupan dibawah UMNO? Jika jawapan nya ya, maka mereka sudah bertemu dengan jawapan kepada samaada Melayu akan rosak binasa jika UMNO tewas. Mari kita berhenti dari diperbudak budakkan oleh UMNO dan ditakutkan oleh UMNO supaya mempercayai bahawa tanpa mereka, Melayu akan binasa.
Melayu yang masuk DAP dihina sebagai murtad, tukar bangsa dan jual bangsa. Eloklah kita nyatakan disini- kita tetap Melayu- yang cina itu biarlah dengan cina mereka. DAP hanya landasan politik sahaja. Bukankah lebih baik masuk PKR atau PAS? Saya syorkan kepada mereka ini- berhentilah jadi bodoh. Kita hendak lawan dengan kamu, kamu mahu tentukan parti mana kita mesti masuk? Peduli apa parti mana yang kita pilih- yang penting kita hendak lawan UMNO. UMNO yang bersenapang ajak kita lawan, tapi mereka menetapkan parang dan pisau mana kita pilih. Tapi inilah suara yang datang dari parti yang sekarang ini dianggotai oleh orang yang bermutu rendah. bukan saya kata- Dr Mahathir yang kata. Yang cerdik masuk DAP, yang pandai masuk PKR dan yang bijak masuk PAS. Jadi apa yang tinggal dalam UMNO? Half past six punya orang.
Melayu dalam PAS, PKR dan DAP tidak kurang sentiment keMelayuan nya dari Melayu dalam UMNO. Orang UMNO tidak perlu cakap besar mereka lebih utamakan agama, bangsa dan negara. Kita bukan tak tahu latar belakang kamu.
Hanya mereka berada dalam parti politik yang berlainan. Orang Melayu hari ini bukan lagi kerja mereka menaksir jika UMNO kalah apa jadi kepada orang Melayu dan perkara2 yang dekat dihati mereka? Kita bukan budak kecil atau yang terencat fikiran yang mesti dijaga oleh UMNO. Dalam pada jaga itulah pemimpin UMNO ambil kesempatan dan malakukan rasuah dan lain2 penganiayaan terhadap bangsa sendiri.
Cuba kita tanya, soalan yang lebih penting- boleh kah kita letakkan masa depan bangsa , agama dan negara dalam tangan perasuah, pengurus yang tidak cekap dan pemimpin yang zalim? Negara maju kalau pengurusan nya diletakkkan dalam tangan pimpinan yang baik yang mempunyai kebolehan, keupayaan, dedikasi dan komited kepada mendukung kepentingan rakyat. Ini soalan yang lebih penting daripada bertanya apa masa depan UMNO. UMNO tidak ada masa depan sebab pemimpin mereka rasuah, zalim dan tidak cekap. Rakyat tak boleh amanahkan negara ini dalam tangan puak UMNO.
Kalau UMNO utamakan orang Melayu, mereka tidak jual tanah reseb Melayu. Kalau UMNO utamakan Islam, pemimpin tak senyum dan tumpang gembira bila orang kafir MCA mempersendakan dan mengejek agama Islam. Kalau UMNO sayangkan raja2 mereka, mereka tidak mebiarkan raja melakukan kezaliman dan kejahatan  dan penganiayaan sebab rakyat akan benci raja2 Melayu kalau dibiarkan. UMNO biarkan sebab mereka boleh ugut raja2 Melayu kalau tidak ikut UMNO, maka masa depan raja Melayu yang diancam. Yang mengancam? UMNO!
Orang UMNO selalu bertanya- bayangkan apa kerugian orang Melayu kalau UMNO kalah? Cuba kita tanya dari sudut yang berlawanan. jika UMNO kalah, apa faedah yang orang Melayu dapat?  Apa kebaikan2 nya? Bukan nya, kalau UMNO kalah, orang Melayu boleh terus hidup atau tidak, agama Islam akan terjaga atau tidak, raja2 Melayu akan terus ujud atau tidak.
Semua perkara2 ini tidak pun terancam kalau UMNO kalah. UMNO bukan Tuhan yang dipuja oleh  penyokomg nya. Seolah olah nya, kalau UMNO tidak ada, kepada setengah orang, dunia mereka kiamat. Dunia kiamat kepada mereka yang dapat tender secara runding terus, yang buat rasuah, yang guna kedudukan untuk kayakan diri. Pendek kata dunia kiamat untuk mereka yang mendukung suatu system yang beri ganjaran kepada yang kurang berkerja dan yang bertenggek atas system tersebut.
Rakyat benci melihat, mereka yang ambil jalan pintas, yang mengguna hubungan politik, kedudukan mendapat ganjaran lebih dari mereka yang kerja dengan jujur, yang belajar tinggi dan sebagainya. Jika sitem demikian terus diamalkan, bagaimana rakyat mahu berkerja keras dan jujur jika melihat dalam hidup, matlaon dan kaki haprak lebih berjaya dari kita. Itu system yang didukung oleh UMNO dan para pemimpin nya gagal mengubah system tersebut.
Apakah orang Melayu akan sejahtera dan ekonomi mereka bertambah baik? Selama diperintah UMNO- pemimpin UMNO sendiri mengakui bahawa orang Melayu mengemis dalam negara sendiri. 8.5 juta hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 47% dari penduduk bangsa Melayu. Kalau dikira pendapatan RM3000, 70% adalah Melayu. Apa faedah yang orang Melayu dapat sejak diperintah oleh UMNO?

7 comments:

Cahaya Qalbu,  20 December 2012 at 15:45  

1 / 2
Benarkah Peniaga Melayu Ditindas Di Pulau Pinang?


Dalam menjalankan tugas harian sesebuah kerajaan tempatan, tindakan harus diambil terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang. Namun demikian, apa-apa tindakan yang diambil pihak berkuasa tempatan Pulau Pinang selalu diputar-belit sebagai penindasan terhadap orang Melayu,sedangkan tindakan yang diambil tidak pernah disasarkan ke atas peniaga Melayu semata-mata.

Mengikut perangkaan MPPP, pada tahun 2009 tindakan telah dikenakan terhadap 1,737 penjaja Cina, 815 penjaja Melayu dan 247 penjaja India kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen. Pada tahun 2008 pula, 1,082 penjaja Cina, 785 penjaja Melayu dan 196 penjaja India dikenakan tindakan.

Jelas tiada unsur perkauman dalam tindakan yang telah diambil. Tambahan pula, biasanya pemilik gerai yang terpaksa diroboh akan ditawarkan tapak alternatif yang berdekatan.

Berikut adalah beberapa kes yang telah dihebohkan dalam media massa utama milek BN:

>Kafe Do Re Mi

Pemilik tidak mempunyai permit dan telah membina struktur haram atas pokok yang mengancam keselamatan awam. Untuk mengelakkan kemalangan, pihak berkuasa tempatan MPPP terpaksa mengambil tindakan ke atas gerai tersebut. Gerai alternatif telah disediakan di Bayu Senja, Batu Feringghi namun pemilik enggan menerimanya.

>Gerai 3N Ikan Bakar

Gerai tidak berlesen dan merupakan struktur haram di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum gerai asal dirobohkan.

>Kes Taman Pelangi

Kerajaan Negeri dituduh menzalimi peniaga-peniaga Melayu. Daripada 22 gerai tanpa lesen dan berstruktur haram yang telah diroboh, hanya 4 merupakan gerai milik Melayu. Terdapat juga gerai-gerai milik Cina dan India, tetapi selebihnya milik warga asing yang berniaga secara haram.

Selama beberapa tahun, terdapat aduan daripada penduduk-penduduk kawasan tersebut tentang kegiatan-kegiatan haram, termasuk pelacuran, yang makin berleluasa sampai kawasan itu diberi nama ‘mini Hadyai’. Ini menyebabkan MPSP mengambil tindakan tegas untuk ‘membersihkan’ kawasan tersebut.

Apa-apa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat terhadap gerai-gerai yang melanggar undang-undang adalah tindakan yang wajar dan langsung tidak berunsur perkauman.

c,  20 December 2012 at 15:46  

2 / 2

Benarkah Perarakan Maulud Nabi Tidak Dibenarkan Di Pulau Pinang?

Bukan sahaja perarakan Maulidur Rasul dibenarkan, malah perayaan Maulidul Rasul disambut dengan lebih meriah di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Cerita kononnya perarakan telah dibatalkan Kerajaan Negeri adalah fitnah yang dilakukan oleh UMNO.

Adakah Sistem Tender Terbuka Yang Dilaksanakan Di Pulau Pinang Mengabaikan Kontraktor Melayu?


Sistem tender terbuka untuk segala kerja pemerolehan dan pembekalan kepada Kerajaan Negeri yang dilaksanakan oleh pentadbiran Pakatan Rakyat di Pulau Pinang telah membuka peluang untuk banyak kontraktor Melayu yang dahulunya tidak mendapat peluang walaupun layak.

Di bawah sistem BN dahulu, hanya kontraktor Melayu yang mempunyai kabel atau merupakan kroni-kroni UMNO sahaja yang mendapat habuan.

Dengan sistem tender terbuka, kontraktor-kontraktor Melayu telah pun membuktikan daya saing mereka dengan memenangi lebih 70% daripada kesemua projek dan kontrak Kerajaan Negeri. Ini menunjukkan bahawa kontraktor-kontraktor Melayu memang berdaya saing dan mampu berjaya atas usaha sendiri.

Adakah Pakatan Rakyat Menjadi Punca Melayu Miskin di Pulau Pinang?


Pakatan Rakyat baru mentadbir Pulau Pinang selama empat tahun lebih. Berbagai usaha untuk membantu orang miskin serta menaikkan taraf hidup kesemua warga negeri giat dilaksanakan. Sudah tentu tidak masuk akal jika dipersalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sedangkan BN (dan Perikatan) telah memerintah Pulau Pinang sejak tahun 1959.


Sejak pelaksanaan DEB, kerajaan BN Pulau Pinang telah diberikan prasarana pembangunan khusus untuk Melayu semata-mata, melalui Yayasan Bumiputera Pulau Pinang, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dan Koperasi Gabungan Negeri, selain bantuan dana kepada badan-badan seperti Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang dan kumpulan-kumpulan berkaitan. Tetapi Melayu di negeri itu masih tetap miskin. Tentunya masalah ini berpunca daripada UMNO/BN.
~~~
Sourse> Ubah

Rahmat,  20 December 2012 at 16:21  

Tun mamak Mahathir kedua terkaya di dunia...hidup melayu...kepala otak umno...ini mamak la bukan melayu. Orang melayu tolong la buka mata, bangkit dan tolak cilaka umno.

Anonymous,  20 December 2012 at 20:33  

Nama-nama berikut banyak didalam berita sejak 2-3 minggu kebelakangan ini :

1. Musa Hassan
2. Robert Phang
3. Ramli Yusof
4. Hishamuddin Hussein
5. Deepak Jaikishan
6. Balasubramaniam
7. Gani Patail
8. Cecil Abraham

Berita-berita ini semuanya berkisar tentang 2 perkara :

1. Pembunuhan Altantuya
2. Rasuah dan salah guna kuasa
dalam pentadbiran kerajaan
UMNO/BN.

Malangnya orang yang bertanggung jawab (dan isterinya) sepatah pun tidak bersuara.

Adakah ini dipaggil 'elegant silent' atau senyap sebab ketakutan???

bumi-non-malay 21 December 2012 at 04:50  

Mengiku Laporan $900 Billion Ringgit dah keluar Malaysia secara HARAM sejak 10 tahun lalu.....boleh kat $1 Trillion kerana kita tak tahu secara mendalam. Bayangkan berapa dah keluar Malaysia secara Haram untuk 55 tahun.

Bukan saja melayu akan Mampus...semua Lang Malaysia pun akan mampus dengan hutang Hamba yang membebankan manakala puak UMNO-Bn dan Kroni hidup selera.

Kita harap walaupun penuh dengan beban hutang...kita dapat lihat semua ketua UMNO-BN serta Kroni, Korrupsi dan pembunuh hidup kat Hotel Sg Buluh. Ini adalah hadiah untuk 55 tahun kerana Rakyat diZALIMI UMNO-BN....

Anonymous,  21 December 2012 at 09:56  

Orang Melayu sepatutnya banga ada Melayu macam Dato yang mempunyai kapasiti intellectual yang terbukti tidak kurang dari mana mana pihak..

Hanya dengan pemikiran yang objektif macam Dato dapat orang Melayu betul betul mencapai Ketuanan Melayu yang tulen.

Dalam pencapaian benar, tidak cukup hanya melihat dari segi ketakutan. Untuk pencapaian yang kukuh, keuntungan risiko lah penglihatan keseluruhan..Dengan menguasai risikolah orang Melayu boleh menguasai diri dan apa saja ancamannya. Melari dari nya dan tidak akan Melayu menguasai masa hadapannya tidak kira berapa kekayaaan yang dia ada.

Anonymous,  22 December 2012 at 03:26  

Umno tetap menang sebab sekutu rapat dengan pakatan zionist..erti kata dibayang payung zionist..zionist memastikan umno tetap menang..ingat lagi tak semasa najib mula-mula dilantik jadi PM..beliau telah pergi ke vatican pope utk suai kenal to his true leader....mr - pope..apa kata najib sesudah melawat pope..kata najib beliau menerangkan mesej islam pada pope (is it?)..persoalan disini sebagai ketua vatican mr al pope ada lah menjadi wajib terlebih tahu pasal nabi muhammad dan islam dari sang najib sendiri,kelakarla najib ko nak citer kat pope pasal islam...diorng mengkaji alquran lebih dr kita org islam...so najib apa sebnarnyer perjanjian ko dgn pope dgn pergi kesana...tahukah apa status pope sekarang?pope sekarang bersatu dgn zionist israel dimana tidak pernah berlaku dlm sejarah silam ....maka selepas tu muncul lah segala konsep 1, si dajal bermata satu

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP