Ratapan Orang UMNO berbeza beza
Orang Melayu akan ditimpa malang jika UMNO tewas dan bukan lagi jadi kerajaan. Ungkapan kata2 ini berkemundang dalam dewan PWTC semasa PAU 2012 baru2 ini. Beberapa orang telah menangis hiba. Maklum sahajalah, presiden UMNO memekik dan melolong melafazkan kebimbangan nya.
Walau bagaimanapun, kita tidak akan memandang rendah
kepada pahlawan2 UMNO yang menangis. Pahlawanis pula yang di ketuai oleh ketua
nya, srikandi UMNO nombor wahid, Shahrizat Abdul Jaleel, mungkin bercadang mahu
menarik narik rambut jika mereka berjiwa Melayu. Atau kalau ada darah campuran
Hindu, akan mahu menyelak kain dan menyinsing lengan baju. Kalau ada tembakau
dimulut akan nampak hebatlah lagi pahwalawanis UMNO.
Najib telah menggambarkan bagaimana kehidupan orang
Melayu akan tergugat dan diancam. Jika mudah sangat UMNO rasa terancam, maka 55
tahun memegang kuasa, apa sudah mereka lakukan?
Apa sudah jadi kepada Presiden UMNO yang sedikit masa
dahulu cakap berdegar degar mengenai 1Malaysia? tidak ada yang terpinggir dan tidak yang
ditinggal? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang cakap besar mengenai model
ekonomi baru? Apa sudah jadi kepada presiden UMNO yang bercakap besar mengenai
ETP, GTP, NKRA nya dan lain2 singkatan kata2? Semua nya sudah dihumban keluar.
Kehdupan orang Melayu seperti mana yang mereka kecapi
selama ini akan berakhir.
Kehidupan yang ahli UMNO lalui dan harungi amat berbeza. Kepada
majoroti orang Melayu, kehidupan salaam 55 tahun dibawah penjagaan dan
perlindungan UMNO menyebabkan 8.5juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM
1500 sebulan. 240,000 dari 260,000 bekas tentera hidup tanpa pencen dan
terpaksa mencari rezeki sebagai buruh, jaga dan security guards. Ertinya,
rakyat biasa, ahli UMNO biasa hidup sebagai rakyat yang terpinggir. Nikmat yang
mereka rasai tidak lebih daripada hasilan minima tanggung jawab mana2 kerajaan dalam
dunia.
Kehidupan antara Melayu istimewa dan Melayu terpilih
berbeza bagai bumi dengan langit daripafa kehudpan yang dilalui oleh rakyat
biasa. Rakyat hidup biasa, yang istimewa hiudp istimewa. Pemimpin UMNO hidup
sebagai tuan, ahli UMNO dan orang Melayu seperti hamba. Pemimpin UMNO hidup
sebagai warden, rakyat seperti mereka yang diawasi.
Kita tidur atas tilam yang sama, tapi bermimpi yang
lain2.
Jadi, orang UMNO menangis kerana sebab yang berbeza. Pemimpin,
golongan istimewa dan elit menangis kerana kehidupan menyalahguna keududkan,
kehdupan hisap darah dan ambil untung dan riba, akan berakhir. Kehidupan golongan
istimewa dan aristocrat politik UMNO yang membudak budakkan dan membodohkan
orang Melayu akan berakhir.
Kehdupan golongan elit yang dibangunkan diaats
pembohongan bahawa orang Melayu terancam yang telah membolehkan golongan yang
bercakap menegnai ancaman tesrebut, akan berakhir. Itu yang golongan elit dan
yang Dato Najib tangiskan dan pekikkan.
Rakayt biasa hanya manangisi kepada metos kehidupan yang
telah direka oleh golongan elit UMNO. Yakni suatu hidup yang senentiasa
terancam yang menyebabkan rakyat merasa perlu bernaung dengan UMNO. Setelah 55
tahuh berkuasa, UMNO masih gagal menyngkirkan ancaman tersebut? Apa yang telah
mereka lakukan?
Maka rakyat dan orang Melayu secara umumnya, meratapi
pemusnahan metos mengenai kelemahan dan kadaifan mereka. Mujurlah mereka
meratapi berkahirnya suatu cerita dongeng dan rekaan. Golongan elit, golongan
bangsawan politik- mereka menangisi berakhirnya reality hidup yang selama ini
mereka palsukan.
12 comments:
Sak,
Hmmm...the truth has finally come out from the nations foremost spin Doctor.
Ibrahim Ali and the Perkasa, Pekida chaps are going to have another heart attack tomorrow if they see this.
Tun Dr. Mahathir stated:
“Affirmative action is neither a permanent privilege nor symbol of superior status for the Malays and Bumiputera.
“Affirmative action should be regarded as a temporary crutch to enable you to walk forward and eventually, we have to throw away the crutch when we feel very certain that Malays can compete in the market without any ‘tongkat’,”
Lets see what damage control UMNO is going to do. As the clock ticks, they are getting more desperate and fumbling in their own lies they have been spinning for decades.
Lets see if Perkasa comes out with their 'jangan mencabar this AND jangan mencabar that' rhetoric.
Maybe they will say Tun's English is bad and was misunderstood or the reporter was a junior and wrote the wrong thing ala Utusan sytle.
Lets wait and see. WHY is Dr. Mahathir doing Najib's cheerleading for him. Who is the real PM anyway???
Salam Dato,
Pada permulaan Najib mengambilalih jawatan PM betapa berlagaknya dia, konon lebih hebat dari Pak Lah. Saya sebagaimana rakyat Malaysia melihat si najib ni taik kucing saja, nak tunjuk bagus tapi lebih bodoh dari lembu.
Perlakuan samsengnya dengan merampas Perak tanpa undian di DUN negeri,sebenarnya telah menunjukkan dia tu memang manusia yang tak hormat undang-undang. Dengan berselindung di sebalik 1Malaysia ciptaan Zionist Yahudi laknatullah, dia sudah menunjukkan dia ni jenis manusia Yahudi yang sememangnya dibenci oleh kaum melayu islam selain selain Umno.
Dengan memperkenalkan NKRA, KPI dan entah apa lagi, dia ingat rakyat malaysia ni bodoh macam dia. Semua tahu si najib ilmu tak tinggi mana dan belajarnya juga tak habis, bukan macam Dato dan juga orang lain seperti juga saya.
Kesimpulannya si Najib ni cuma tin kosong dan kaki temberang saja, tapi dia bangsa tak sedar diri. Dan selepas PRU13 ni baru dia tahu siapa diri dia yang sebenarnya. Manusia hampas dan tiada harga diri!
Salam DS... gaji jaga baru 1200 di Ghombau City ,,, batang kan gaji jaga ni di bandar bandar bosa ??
See latest story and video of Deepak :
http://blog.marhaen.info/laman-utama/1-artikelmarhaen/2700-deepak-nasib-28-juta-atau-laki-bini?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter
Bukan melayu yang menagis kat kaca TV......berapa mereka dibayar untuk berlakun?? Macam berapa Jakim, Jais dibayar unutk lakukan kegiatan moral mereka kat Kelantan, Selangor untuk api-apikan isu2 Islam??
Banyak juga melayu , cina, india, orang asli yang menagis dalam hati di berJUTA kampung kerana tak cukup makan...setiap hari bertunkus lumus cari rezeki....
Ini realiti rakyat malaysia...nak hidup sengsara atau nak hidup sengsara tapi dapat tengok semua pencuri, penyamun, pengHamba-abdikan rakyat Malaysia, ketua dan Kroni UMNO-BN kat Hotel Sg buloh?
Ingat bagi duit sumbangan kat Kaca TV bermakna 7 Juta rakyat miskin dapat rezeki.... Jangan hidup impian UMNO..... hidup impian awak sendiri....
Asskum tuan,
Ketua Pengarah JAKIM, JAIS, JPJ dan entah apa-apa lagi, semuanya insyaallah akan membocorkan rahsia apabila bersara nanti seperti juga apa yang dilakukan oleh Musa Hassan.
Salam,DS,
UMNGOK dari dulu lagi,mereka hanya bersandiwara saja,cuma bangsa melayu yang terkenal dengan layunya,sanggup menjadi hamba hina dizaman moden ini.
Betapa MAHADEATH KERALA KUTTY, telah merosakan Tanah Melayu tanpa disedari oleh bangsa yang terkenal dengan layu ini.
Bangsa yang malas menggunakan akal akan mudah diperbodohkan.DUNIA SEKARANG TERKENAL DENGAN SLOGAN, ORANG BODOH MAKANAN ORANG CERDIK!
Itulah Melayu yang dah layu. Mereka menangis bukan kerana apa, sekadar kemampuan untuk menyamun dan merompak harta rakyat sudah sampai kepenghujungnya.
Percayalah tak lain tak bukan,lakonan menangis hanya untuk menarik simpati bangsa, BANGSA MELAYU BANGANG yang sanggup diperhambakan.
Semua ini ditujukan kepada pengundi SALURAN SATU yang terkenal dengan pekat BIRUnya.Tapi mereka lupa bahawa golongan yang dekat dengan liang lahad dah tak ramai.
Semua SLOGAN,GAGASAN dan apa-apa yang Najib kemukakan adalah retorik kosong yang tidak membawa apa-apa makna.
Untuk kekal kuasa mereka ada satu pilihan iaitu MENIPU DAN MENIPU dalam PRU 2013.
Hanya ini lah saja jalan keluar buat UMNO.
TAPI MEREKA LUPA,MEREKA MERANCANG, ALLAH JUGA MERANCANG,DAN PERANCANGAN ALLAH adalah yang TERBAIK!
Doa rakyat yang dizalimi tidak ada HIJAB!
TUNGGULAH,sesungguhnya mereka akan benar-benar MENANGIS!
HOTEL SUNGAI BULUH SEDANG menanti!
kesian si tua.....
crying because what he heard is not the Umno he knew.
What can he do as a simple member with no voice?
Cry la
"the fate of the Malay" lies in Education which holds the key to unlocked all forms of dependancy, old habit die hard when hands out already paralysed the Malay to a damaging extent for the last 50 years of UMNO rule. UMNO will keep on repeating the same psychological mantra of Human Weakness to rule, "take my answer" & "don't ever question". their propaganda media will broadcast 5 received goodies giving hopes to the thousands "4D Dream". I firmly believe the Quest and self Exporation is critical, never even mind if we are going to fail thousands of time, at least we serve as an example of undying will to move forward "the Real Pendekar". The Deciding factor now for this warfare of GE13 is the WILL of the Malay itself, do we want this falsehood dream to continue or we choose to be different.
Sakmongkol, keep up the good works though i feel quite bored reading the same material again again. you need something new to freshen up ( not just pointing out the shit already done). the malay need something IMPACTFUL to WILL into ACTION and Change for the Better.
HIDUP MELAYU IKHLAS. HIDUP MELAYU SABAR. HIDUP MELAYU BERSYUKUR....HIDUP MELAYU EXTREM..HIDUP MELAYU.
Pokcik-pokcik dan mokcik-mokcik semua, jangan menangis. Mereka ini yang berteriak-teriak di dalam dewan buat-buat saja. Ini 'demo' di atas pentas bukan di tepi jalan raya.
Apa sebab tak usah menangis? Sebab sudah ramai orang Melayu memileki rumah mewah, kondo mewah, kereta mewah, dapat membeli belah di London, Paris, Tokyo, Hongkong. Anak mereka ini semua spaeking Inggeris, ya spaeking, di sekolah mewah, macam anak orang Inggeris.
Kita semua boleh menangis jika kita merenung balik kepada beberapa peristiwa yang telah berlaku,atau yang dikisahkan dalam beberapa buah buku:
1. Bagai mana seorang Ketua Hakim, Tun Salleh Abas, dan tiga orang Hakim Mahkamah Tinggi, yakni, Tan Sri Dato Wan Suleiman, Tan Sri Dato Wan Hamzah dan Dato' George Edward Seah Kim Seng semua dibuang kerja pada masa yang sama pada tahun 1988.
2. Selepas itu seorang lagi Hakim Mahkamah Tinggi, yang ramai sudah lupa, dihalau keluar dari jawatannya, iaitu, Hakim Datuk Syed Ahmad Idid. Dakwaan beliau terdapat rasuah di kalangan pegawai Kehakiman tidak disiasat dan beliau disuruh berhenti tanpa siasatan lanjutan, apakah benar atau tidak dakwaan beliau.
3. Hal-hal yang terkandung dalam dua buku hasil Zainal Abidin Ahmad, seorang peguam dan bekas ahli UMNO: a) "PRU 13, UMNO tumpas?" Memadailah saya sebutkan beberapa contoh saja di sini dari buku tersebut-cerita satu kapal dua nakhoda di Jabatan Kerja Raya, kes Balkis, kes Tajudin Ramli,dll.
b)"Tan Sri Abdul Gani Patail Pemalsu, Penipu, Penjenayah?" Antara peristiwa atau perkara yang terdapat adalah: dua surat terbuka, daripada bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Dato' Mat Zain Ibrahim; kes Brig. Gen.(B) Datuk Mohamad Yasin Yahya bekas Panglima Brigade Sabah,"Yang telah berpuloh tahun menabur keringatnya mempertahankan kedaulatan Negara..." dituduh memberi keterangan palsu,tetapi akhirnya didapati tidak bersalah. Beliau telah memberi keterangan di Mahkamah melibatkan kes Dato Ramli Yusuff, juga seorang pegawai kanan PDRM; kes salahlaku Tan Sri Gani, kes Mata Lebam DSAI.
4)Satu hal yang dibangkitkan oleh Tan Sri Dr Nordin Kardi, Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu, pada awal tahun 1970-an sampul surat rasmi kerajaan tertulis "Urusan Seri Paduka Baginda". Soalan beliau ialah:"Masih adakah sampul surat sedemikian sekarang? Jika tiada, siapa mengubahnya?
Pokcik dan mokcik sekalian, banyak hal lagi yang amboh nak tulis tapi amboh tak tahan nak nangis dah.
Sekian, kali ini kita melambai tangan sambil mengucap, "Bye, Bye" kepada munafik-munafik yang setahun sekali mesti mengacau warga tua. Mereka semua ini bahlul.
That shameless cry-baby just got himself a datukship. How about that?
Post a Comment