Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 23 July 2012

United Munafik National Organization


Orang UMNO masih tidak faham. Yang tidak mahu menerima UMNO sebagai satu2 nya wadah perjuangan politik Melayu ialah orang Melayu sendiri. Janganlah merasa hairan. Bukan semua orang Melayu bersetuju dengan UMNO dan bila mereka tidak dan enggan bersetuju, mereka tetap juga Melayu. UMNO boleh mendepankan apa hujjah sekali pun, tapi jika orang Melayu enggan menerima posisi UMNO sebagai suara mutlak orang Melayu, tidak ada apa2 yang UMNO boleh lakukan. UMNO tidak boleh paksa orang Melayu mesti menyokong nya.  Fakta ini nampak nya tidak di fahami oleh pimpinan UMNO.
Tidak menyokong UMNO tidak mengurangkan keMelayuan kita. Tidak memyokong UMNO tidak bererti membelakangkan Islam. Demikian juga, saya tidak boleh memaksa orang Melayu menyokong Pakatan Rakyat. Yang boleh saya buat ialah membentangkan penghujjahan saya. Orang Melayu mesti diberi kebebasan untuk membuat pilihan tanpa diadili secara negative.
Orang Melayu memamfaatkan demokrasi dengan memilih wadah untuk memperjuangkan kepentingan mereka. Kita jangan menyamakan kepentingan nasional dengan kepentingan UMNO. Orang Melayu boleh memilih PAS, PKR atau DAP. Kalau UMNO respons seperti orang gila dengan mengheret cerita karut seperti penyelinapan masuk komunis dan ekstremis Islam, maka orang akan membaca ini sebagai usaha yang sangat terdesak dilakukan oleh UMNO untuk kekal berkuasa.
UMNO bukanlah satu2 nya wadah politik untuk orang Melayu menjaga dan membela ugama mereka, raja2 Melayu mereka, ekonomi mereka, bangsa mereka. Selagi rakyat Malaysia mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2, semua kita akan selamat. Semua kita dijagai oleh sistem undang2 yang adil dan saksama.
Ini bukan soal marah atau tidak suka pada UMNO. Orang Melayu kian sedar bahawa UMNO semenjak tahun 1981 memperjuangkan kepentingan segelintir orang Melayu yang terpilih dan istimewa. Itu sebab kita tidak boleh menerima lagi istilah Bumiputera. Dalam istilah BumiPutera- yang berada didepan ialah Putera- kata lambang kepada putera bangsawan, putera pemimpin UMNO, pemimpin atasan kerajaan. Yang istimewa dan terpilih ini berada dihadapan mengaut segala sumber kekayaan negara meninggalkan sisa2 dibelakang untuk dinikmati oleh rakyat biasa yang terbanyak. Mereka lah yang dahulu sekali merompak dan menyamun harta negara.
Baki yang sedikit, itulah peninggalan yang disyukuri oleh mereka yang terkenang semasa dahulu dimana kehidupan tidak begitu rumit dan expectations tidak begitu sukar.
Suatu masa dahulu, kerajaan rasis Amerika menggunakan psychiatry untuk mengasingkan mereka yang menentang supremacy kaum kulit putih. Kaum bukan pulih putih disijilkan sebagai orang gila dan diperintah oleh mahkamah yang dikuasai oleh white supremacists untuk dikurung dalam institusi orang gila. Dengan cara demikian, suara penentangan terhdap kezaliman kerajaan rasis disenyapkan.
Di Malaysia, rasis UMNO pun mengamalkan alienasi seperti ini. orang Melayu yang menentang UMNO di golongkan sebagai golongan yang murtad Melayu dan meninggalkan Islam. Atas premis ini UMNO kemudian nya memutarbelitkan isiu mahu menutup kelemahan yang mereka lakukan.
Semasa dalam UMNO, keMelayuan saya sebagai contoh, tidak pernah di pertikaikan. Bilamana, saya yang masih orang yang serupa, masih Melayu sebaik sahaja bertukar parti politik, maka Melayu saya di pertikaikan.
Kita biarkan UMNO terus sombong dan bongkak meminggirkan semakin ramai orang Melayu yang menolak UMNO. Penyokong Melayu yang menyokong PKR dan PAS lebih ramai dari pengundi Melayu yang menyokong UMNO. Ini yang tidak di fahami oleh UMNO. Jika orang Melayu sendiri menolak UMNO, dimanakan justifikasi UMNO untuk terus hidup?
Kerana itu, kita kena faham strateji UMNO menggunakan 4R- Race, religion, Rulers dan Riots. Ras, raja melayu, ugama dan rusuhan. Agenda nya ialah menakutkan rakyat supaya mempercayai jika UMNO kecundang maka agama Islam, bangsa Melayu, raja2 Melayu akan musnah dan rusuhan akan berlaku. Rusuhan akan berlaku jika pihak UMNO tidak menerima kekalahan dalam PRU yang akan datang. Sebab orang UMNO menyangkakan kuasa yang mereka ada sekarang bersifat hak milik kekal. Kuasa yang ada bersifat hak milik sementara lah dol.
Orang Melayu tidak mati bergelimpangan jika UMNO tiada atau tewas. Orang Melayu tidak mati jika UMNO hilang kuasa. Orang Melayu bukan kanak2 kecil atau orang tua yang uzur yang memerlukan penjagaan UMNO. Tidak ada orang Melayu mati bila UMNO tewas di Kelantan. Tidak ada Melayu mati bila UMNO tewas di Pulau Pinang atau di Selangor atau di Kedah.
Penjaja Melayu yang meraung buat bising dan yang dijuarai oleh Reezal Merican yang bergegas dengan kenderaan Hummer nya ke Komtar adalah penjaja Melayu yang tidak membayar sewa selama 5 atau 6 tahun. Solusi nya ialah menggantikan mereka dengan penjaja Melayu yang benar2 mahu berniaga dan faham tanggung jawab membayar sewa premis perniagaan dan patuh pada syarat2 yang ditetapkan oleh pihak yang berkuasa. Itu sahaja.
Bandingkan pula dengan kezaliman yang dilakukan oleh pimpinan UMNO yang memborong  agihan premis perniagaan bazar Ramadhan dan menyewakan premis tersebut kepada peniaga2 Melayu dengan sewaan yang tinggi. Kita semua tahu terdapat pihak berkuasa tempatan yang mengagihkan premis2 bazar ramadhan kepada pimpinan UMNO yang kemudian nya bertindak sebagai rent seekers lintah darat menyewakan nya kepada peniaga2 Melayu.
Lihatlah kezaliman kerajaan UMNO dan syarikat kroni mereka yang  menzalimi rakyat Selangor dengan kekurangan air yang dicipta untuk tujuan politik. Kita tahu gameplan kerajaan UMNO. Ini mesti suatu alasan untuk panggil tender tertutup untuk membina suatu lagi projek berbilion Ringgit untuk kroni mereka. Hujan turun dengan lebat, air di Selangor tidak ada? Jika air yang kurang ialah air yang dirawat, ini membuktikan si pemonopoli tidak cekap melakukan kerja mereka. Apa yang mereka buat dengan untung yang banyak? Dan mengapa tidak mengurangkan ketirisan NWR? Wang dan untung mahu, tapi tanggungjawab membetulkan paip yang bocor tidak mahu. Syarikat yang incompetent yang mengancam kesejahteraan rakyat mesti diambil tindakan keras.  Ini dengan terang suatu pengkhianatan dan pengkhianat mesti digantung.
Semua yang pimpinan UMNO buat hari ini ada muslihat nya.  Bila saya menulis mengenai perkara kos landsan MRT Sunagi Buloh- Kajang yang gila, ada seorang menempelak saya dengan menyatakan saya tidak tahu membezakan keadaan diMalaysia dengan negeri cina. Jarak nya hanya 150km tapi harga nya ialah USD17B (RM53B) or USD133M per km.  landasan keretapi Bullet Train sejarak 1318km dari Beijing - Shanghai (keretapi paling laju didunia pada kelajuan  350km per hour) mempunyai kos  USD22B or USD16M per km.
Bayangkan banyak mana wang rakyat dirompak dan dilanun oleh kroni UMNO.

20 comments:

Anonymous,  23 July 2012 at 18:22  

Salam Dato' Sak,


Kalau ia pun Dato' jangan lah labelkan UMNO tu " United Munafik National Organisation". Organisasai tidak pernah munafik, Jadi UMNO tidak munafik. Organisasi wujud dan bergerak mengikut perlembagaan nya. perkara 3.3 - mengenai Agama Islam. Yang munafiknya adalah anggota/ahlinya/ orangnya. Marakan ahlinya bukan kepada ORGANISASI.Pelabelan munafik itu amat berat.

Meneliti hujah dato tersebut, disamping memahami ertinya politik-kuasa-reward.

Percaya lah Dato. Mula-mula semua elok dan baik, lama-lama berubah juga, natijahnya lambat laun serupa juga. Pada masa itu generasi akan datang akan memperkata benda yang sama. Sejarah empire telah membuktikan kitaran yang sama, Orang kata dunia ini bulat. Lihat saja empire atau daulah UMAIYAH, ABBASSIAH, OTTOMAN dan palin kecil empire MALACCA, cerita nya serupa ( NAIK,,,,KEKAL,,,,,ROSOT). SEkarang PR nampak burok nya BN.... esok-esok partai baru pula nampak buruk dan kebobrokan PR Pulak. Baru akan jadi burok seperti kAIn bURoK, buat pengelap sipinggan mankok dan alas kaki. itu hakikat kehidupan.


Apa pun itu hak individu, Sebagai melayu dan islam kita dipandu oleh, QURAN, HADITH dan ULAMA.Kalau kita berhijrah,berhijrah lah ke tempat yang lebih baik. kesetiaan boleh berubah tapi prinsip dimalarkan/ kekal.


Ini Pandangan saya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak, selamat berpuasa dan beribadah,kalau terpalantik mohon dimaafkan.


kAiN bURoK - apakan daya sudah tak berguna lagi sudah di ganti dengan KERtas Tisu.

Anonymous,  23 July 2012 at 18:33  

YOU want to talk about kebebasan? Do you know the meaning of the word 'kebebasan'?

Anonymous,  23 July 2012 at 18:38  

DAP menghasut tak apa. PERKASA tak boleh. UMNO tak boleh. Awak ni ada pakai otak ke?

kalau awak dapat jadi kroni memang awaklah pengampu bodek nombor 1. Tak dapat jadi kroni marah dan merajuk.

Anonymous,  23 July 2012 at 19:55  

...and the worst n preposterous part ialah MAMAK KERALA LEBIH MELAYU DARI MELAYU,,,kahkahkah...melayu umno habis basahkuyup kena 'kencing' dengan MAMAK KERALA !!!

bruno,  23 July 2012 at 20:41  

Dato,since so many tokiorains are spooked and coming out of the woodworks,you must be doing something very right.Keep up the good work.

Three Trees,  23 July 2012 at 21:11  

Dato,Keep on writing,the day of reckoning will come.BN has lost the plot.They have run out of ideas,i think the karma has come full circle.No matter how they plot they will fail.What goes round comes around.They have to pay for their SINS

Anonymous,  23 July 2012 at 21:53  

23 July 2012 18:33
Do you know the meaning of the word 'kebebasan'? Expound upon your arguments
first !

Anonymous,  23 July 2012 at 22:16  

sebab tak dapat jadi kroni lah orang tua ni masuk DAP.....jadi pencacai partai Cina ni......tu semua orang dah tahu.....yang sokong dia dalam blog ni adalah dua tiga orang pencacai pembangkang jugak. same ammo, same few persons except use different lingo but they are all the same....syok sendiri.....

Anonymous,  23 July 2012 at 22:34  

Bruno and Three Trees,

Bunga-bunga TAHI, petanda TAHI rupanya betul BERTAHI.....TAHI....TAHI.

Anonymous,  23 July 2012 at 22:56  

Anon 23 July 2012 18:33 said

"YOU want to talk about kebebasan? Do you know the meaning of the word 'kebebasan'?"

So what is the meaning of the word "Kebebasan"? Also, sila tunjukkan diri, xde telor kalau hanya berani berselindung disebalik anon.

Anon 23 July 2012 18:38 said

"DAP menghasut tak apa. PERKASA tak boleh. UMNO tak boleh. Awak ni ada pakai otak ke? "

apa yang DAP hasut? Ramai pembahas disini nak tahu apa yang dihasut oleh DAP. Kami semua tahu dan faham apa yang dihasut oleh Perkasa dan UMNO baru kerana semuanya terpampang di dada akhbar utusex

Jeng Semenyih

tokiorain,  23 July 2012 at 22:57  

hey bruno bro, lets not waste sak's time moderating our comments. what in the world makes you think i am pro-umno in the first place? lets go over to kaytee's and thrash this out. your ex-buddy the monster, needs all your help. bodoh punyer orang.

dato', hope you approve this post. i am done here. tq.

Anonymous,  24 July 2012 at 00:27  

BETUL LAH TU DATO SAK, MEMANG UMNO MUNAFIK, SELAMA 50 THN KERJA MEREKA MEMFITNAH, MENGADU DOMBA, DAN MENGHABIS KAN HARTA NEGARA DGN MEROSAK REPUTASI KUMPULAN DAN INDIVIDU YG TAK SEALIRAN, TIDAK ADA PERASAAN KASIHAN DLM KAMUS MEREKA, RASA RASA NYA CUKUP LAH MEREKA DI BERI KUASA, JOM UBAH.. MEREKA KATA NAK BANTU MELAYU TAPI NEGERI MELAYU MEREKA DISKRIMINASI KAN, KASIHAN KELANTAN, CUMA HANYA BERHAMPIRAN PILIHANRAYA MULA LAH MEMOMOKKAN JANJI JANJI MANIS.. CUKUPLAH .. RAKYAT SUDAH BIJAK MEMIKIRKAN APA YG TELAH UMNO LAKUKAN.. CUKUPLAH.UBAH LAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA ,JADIKAN NEGARA YG BERJAYA MENTARBIYAHKAN RAKYAT KEARAH ISLAM YG SYUMUL.

Anonymous,  24 July 2012 at 00:32  

SYABAS DATO SAK ANDA BETUL...KAMI SOKONG, BIAR PENCACAI, PENGAMPU, PEMBODEK PANAS BUNTUT DAN MENCARI IDEA BAGAIMANA NAK SPIN... DIA ORG DAH TAK ADA IDEA. ALLAH SELAMATKAN KAMU.

Anonymous,  24 July 2012 at 01:05  

Assalam Dato',

Munafik is the perfect word. For the sceptics, go find a good dictionary.

Surrogate

nick 24 July 2012 at 07:59  

Dato,

Yet again we find the UMNO "loyal" supporter resorting to ad hominem instead of refuting the arguments that was put forward for debate. Not a single one of them are able to strongly convince us of UMNO's "excellent" track record (paying RM32billion as compensation to highway concessionaires are not a good track record but quite the opposite when the same concessionaire have already reaped billions upon billion of profit)!

Not once were they able to prove that UMNO is not corrupt to the core (the scorpene and the recent LRT George Kent Scandal is just the newest in a long list of corrupt UMNO practices that have cost us hundreds of billions RM)! Not even a second could they argue that UMNO never used RACE, RELIGION, ROYALTY AND RIOT just to stay in power (Muhyiddin again raised the spectre of May13 and the SB are accusing without proof, communist and JI infiltrating PAS and DAP which is only the latest of the 4R ploy employed)! Quite contrary, their antics and their use of ridiculous bullying and childish tantrum only convinced us of how low UMNO has become and how utterly unfit and unsuitable UMNO is as a political party and more importantly as the government of a democratic nation.

So, to the ever rabid UMNO fans! Please put forward your sane and reasonably intelligent argument (if you can muster it) and convince us logically and intelligently why we shouldn't kick out UMNO to the rubbish dump or to the landfill! Tell us, how (in the next 5 years) UMNO can change for the better and govern Malaysia cleanly, fairly and honestly when handed a mandate of 50 years, they (UMNO) have failed miserably and worse, siphoned out nearly a TRILLION RM of the nation's wealth to their overseas private account!

Sincerely I think it would be very doubtful since their president (Najib and AAB, I exclude TDM since he was the cause of it) wasn't able to do that (Najib was even implicated with massive corruption scandal and his deputy has a hand in the cowgate scandal). I would wager that the UMNOnites would not do much better and perhaps since they can't, they have to resort to ad hominem, vulgar remark, unsubstantiated accusation and of course false labeling (derhaka, murtad, khianat and so forth)!

Word to the wise or more to the point, to the unlearned! Don't feel too bad when the majority of Malaysian do not agree and accept your childish and bullying antics you call "argument and facts". It not their fault! It's just that the IQ of most Malaysian are too numerous to be counted with your fingers and toes. A clue for you to ponder, an IQ of 1 doesn't mean that you have a first class mind. So don't be assuming that since you are an ardent admirer of Najib 1Malaysia slogan that you also must have 1 IQ count! Think before you open your mouth (that is if you know where that process is done) and it's not in the fingers and especially not where the sun never shines (unless you are a sunbather).

Nick.

Anonymous,  24 July 2012 at 08:45  

Dato Sak,

Pencuri/perompak/lanun tak sedar
mereka sendiri yang mengali kubur politik "digging their own political graves" :


http://www.foreignpolicy.com/articles/2012/06/18/10_reasons_countries_fall_apart


Phua Kai Lit

Adlan Noh,  24 July 2012 at 08:56  

Lihat saja sikap si Reezal Merican, seorang PEMIMPIN UMNO yg enggan membayar sewa premis perniagaan. Ini lah dianya penyakit yg melanda puak2 UMNO/BN. Mereka akan bulldoze segala peraturan & undang2. They are alsways above the law. Sekiranya seorang PEMIMPIN melanggar apa yg telah termaktup, isn't it ironic? Teringat saya kepada cerita Musang Berjanggut dimana yg membuat undang2 menghalalkan memasuki rumah seorang wanita yg suaminya tiada di rumah. Musang Berjanggut accurately portrays the happenings today. But what make me sigh in relief is the fact that Musangssss Berjanggut of today do not wear turbans but BLACK SONGKOK. Alhamdulillah.

Anonymous,  24 July 2012 at 09:48  

Dato'

Di negara-negara maju, bekalan utilies seperti air. elektrik dan telefon tidak dibenarkan dimonopoli. Tapi di negear kita, semua ni dimonopolikan. Jadi, kroni-kroni UMNO terus bermahajarela.

Tindakan yang diambil untuk oleh kerajaan PR Selangor amat arif untuk memecat pengerusi dan ketua eksekutif Syabas yang mendapat gaji buta sahaja.

Musafir1957,  24 July 2012 at 09:57  

Apa lagi kalau bukan 'munafik'? Tiap hari ternampak orang-orang tua yang tidak rela jadi pengemis biar betapa susah menjaja di tepi jalan raya. Ada yang membawa ikan masing dari rumah ke rumah, hasil dari lebihan ikan yang tidak dapat dijual kerana kampungnya terlalu jauh dari pekan. Ada yang mencari tin kosong dan membeli surat khabar lama.

Sekiranya kekayaan negara kita diurus dengan baik, sudah tentu kaum warga mas tidak usah bersusah payah mencari nafkah hidup. Terlalu menjolok mata gaya hidup segelintir manusia yang tanpa segan silu masih berani melaung-laungkan merekalah yang memelihara hak dan kepentingan orang Melayu, yang lain semua karut dan pembohong.

Sekiranya kediaman-kediaman mereka ini adalah rumah banglo biasa,dan mereka memakai kereta biasa, beg biasa, mungkin jeritan kepahlawanan mereka ini benar-benar jujur.

Dengan terdedahnya berbagai skandal dan gaya hidup bangsawan UMNO, gelaran 'munafik' ini tepat tetapi menyedihkan golongan ahli-ahli UMNO dari era bapa PM Najib.

Anonymous,  25 July 2012 at 16:11  

Orang ME-la-yu yang masih sokong dan bermati matian dgn UMNO adalah jenis tidak ada OTAK!

BODOH!

ALLAH swt tidak kira bangsa apo mu...yg penting takwa sahaja, harap ada orang umno jadi celik balik lah kesian!

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP