Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Monday, 23 July 2012

Kerajaan yang tidak boleh dipercayai


Dunia, dunia. Menjelang PRU13, UMNO jadi sewel. Biarlah orang UMNO jadi sewel. Kita jangan jadi macam mereka.
Kita dapat lihat kesewelan UMNO sejak akhir2 ini. ketawa orang melihat kebodohan dan kesesakan UMNO. Memang UMNO sedang tersangat cemas. Tiba2 seorang pegawai tinggi PDRM mengeluarkan kenyataan bahawa parti2 Pakatan diseludupi oleh Jemaah Islamiah dan Komunis. Ini membikin rakyat yang berfikir menggaru kepala heran lagi ajaib. 
Rakyat bertanya, jika JI dan Komunis nak ambil alih kuasa, mengapa tidak menyelinap masuk parti2 komponen BN? UMNO, MCA dan MIC. bukankah dengan demikian, lebih pantas dan apdal mendapatkan kuasa pemerintahan? Umpan sahaja pimpinan UMNO dengan wanita jelita termasuk jelitawan Mongolia dan berikan mereka wang seperti yang di berikan kepada Perimekar, sudah tentu JI dan Komunis dapat menawan kerajaan. Dan jika ancaman JI dan Komunis amat serious, apa pasal PDRM sibuk mengeluarkan kenyataan politik dan membuang masa nyanyi dan main musik di mall2 beli belah? Baik tangkap anasir2 Komunis dan JI.
Tapi , benda2 sewel yang menakjubkan seperti inilah yang kita sudah dapat jangka akan datang dari pemimpin2 kerajaan UMNO. Mereka tidak pun pasti mengenai perangkaan jinayah yang berlaku sejak akhir2 ini. akiviti kepolisian lebih di halakan kepada mengintip rakyat sendiri daripada melakukan kerja mengawal dan membenteras jinayah.
Jadi apa pasal kita rakyat hendak pandang serius mengenai apa yang di lakukan oleh orang gila dan sewel? Kerajaan UMNO sudah pun menunjukkan mereka tidak lagi boleh di percayai.
PM Najib jangan hendak main2 teka teki lah dengan rakyat. Jangan hendak main tarik dan tolak dengan penjawat awam. Orang Kampung sudah tahu SOP PM kita. Dia pasti akan beri dan hulurnya duit. Jangan risau fulus akan datang. Biar bengkrap negara, asal dapat beli sokongan rakyat.
Penjawat awam tidak perlu risau, sebab bonus raya mesti ada. Saya sudah katakan berulang kali- kaedah Najib menyelesaikan isiu masyarakat ialah dengan membayar dan menyogok rakyat. Beli Rakyat 1 Malaysia, Kedai Mydin 1 Malaysia, tayar satu Melaysia, Kinik 1 Malaysia. Standard Operating Procedure.
Bukankah ini kerajaan wasathiyyah? Yang jadi role model sebab mereka parti sederhana dan pertengahan? Duit mengongkosi ini datang dari mana? Ianya datang dari peruntukan bajet. Bajet itu mana? Jangan main senyap2 sebab hutang kerajaan sudah hampir 55% dari Pendapatan Negara. Kerajaan yang belanja rakus mahu berkhutbah kepada rakyat mengenai prinsip belanja berhemah. Jadi jangan berbicara mengenai wasathiyyah kerana kerakusan berbelanja tidak melayakkan kerajaan bercakap mengenai contoh kesederhanaan.
Kemudian kita tengok TPM al malikul sembab- Muhyidin aka raja lelong Malaysia yang menakutkan rakyat mengenai peristiwa May 13. Jangan menakutkan rakyat- kerana yang menanam bibit syak wasangka dan curiga antara kaum ialah UMNO. UMNO menang kalau orang Melayu daif dan jahil. Sebab itu kepentingan UMNO yang tertinggi ialah mengekalkan orang Melayu dalam kejahilan dan kebodohan.
Jika UMNO tidak melakukan nya, maka ia akan memerintah anak2 syarikat UMNO seperti Perkasa dan NGO2 lain mengeluarkan kennyataan yang menghasut. Mengapa pihak PDRM tidak tangkap orang2 seperti ini?
PM dan TPM dua badut politik janganlah hendak membodohkan rakyat terutama orang Melayu. Mana masuk akal Melayu akan musnah jika menolak UMNO jika yang menolak UMNO itu ialah orang Melayu sendiri? Orang Melayu bukanlah bodoh sangat mahu menyimpan sesuatu yang menyusahkan dan memudaratkan mereka seperti UMNO. Tidak PM dan TPM- yang menolak UMNO ialah orang Melayu. 3.7 juta dari 5.7juta dalam tahun 2008 menolak UMNO.
Kita mahu nasihat TPM- daripada bercakap kalut dan membazirkan tumpuan rakyat, sepatutnya Tan Sri mengurung diri nya dalam Kementerian Pelajaran dan kasi terang kepada rakyat, setelah berbelanja RM5 billion untuk PPSMI, dia buat U Turn membatalkan inisiatif tersebut. 
Dan kualiti pemimpin macam ini yang hendak dipercayai oleh orang Melayu? Yang bertanggung jawab menggantikan PMR dengan perperiksaan apa entah yang tidak berguna sebagai persediaan pelajar berdepan dengan SPM. Hancur lagi lah budak2 Melayu dengan kualiti pimpinan UMNO seperti ini.
Dalam tangan UMNO, rakyat dan orang Melayu berada dalam keadaan lebih bahaya. Masa depan anak2 kita termasuk majority nya anak2 Melayu terancam dengan system pendidikan stail UMNO. apa yang kita boleh harap datang dari half past six leaders?  Bolehkah kerajaan mentransformasi negara ini diatas tenaga kerja yang mempunyai tahap pembelajaran yang se-standard UMNO? Mampuih kito jang dan daro!.
Dasar pelajaran UMNO lebih bahaya daripada jembalang 13 May yang digemburkan oleh TPM; kecuali lah jika UMNO telah hantar gangsters dan kaki pukul nya kesekolah sekolah untuk menerajang dan menumbuk pelajar2 sekolah. Kalaulah UMNO sudah pun lakukan seperti ini, masa depan rakyat kita tidak cukup bahaya lagi di bandingkan dengan memperjudikan nyawa rakyat Malaysia yang menggunakan kapal terbang yang mendarat bergantung kepada system pendaratan kapalterbang yang tidak selamat. Budak 27 tahun jadi jutawan kerana diberi konsesi bekalan system sub-standard melalui system tender tertutup. Ini tender yang tertutup daripada syarikat2 yang bukan kroni.
Nasihat kita kepada menteri2- janganlah mengeluarkan apa yang patut keluar dari lubang bawah melalui mulut.Busuknya sampai keseluruh penjuru Malaysia.
Nasihat kita kepada pemimpin2 UMNO yang degil seperti kerbau , mungkin lebih baik mereka beli tiket kapal terbang dan jika mereka terselamat daripada kerosakan system pendaratan kapal terbang, eloklah mereka pergi ke Madrid Spanyol dimana kita dengar, jumlah kerbau2 untuk berlawan dengan Matador berkurangan.Hendak jadi kerbau, jadilah kerbau yang bertarung dengan matador Spanyol.
Oh ya- jika pergi ke Spanyol, jangan lupa bawa menteri yang sudah naik jobo- yang menggunakan slogan UMNO sebagai slogan hari merdeka. Binawe punya menteri. Hari merdeka di sambut oleh semua rakyat, bukan oleh ahli UMNO sahaja tau.

21 comments:

bruno,  23 July 2012 at 08:35  

Dato,it has been almost half a year since I last heard from tokioman.His handlers must have sent him out looking for me.And when he finally located me,he ask me to walk my dog.

If that is all he has got to tell me after looking for six long months,than he must be ripe for the mental institution Tanjong Rambutan.His handlers must be bankrupted of ideas.Must be standing on the edge of the cliffs,waiting for it to give way.

bruno,  23 July 2012 at 09:08  

Dato,the most important thing is to keep repeating and reminding the people of the hanky panky of the corrupted Umno/BN.

Like the cow's scandal,how Umno screwed the Malays by eating up all the subsidised cows themselves,leaving the rakyat to end up paying higher prices.Like FGV,how Umno conned the Felda settlers to part with their land,and made billions in return.

Like how Umno used the PDRM to chased political activists and rounding up all the foreign GRO's working in karaokes.Like raiding vice dens and night clubs for illegal foreigners working there.

Just rounding up the illegal ladies and leaving the illegal men have crooked papers issued by them.Letting them run wild by the hundreds of thousands in the cities and surburds committing crimes unheard of.Robbing and beating up their victims savagely like wild animals.

When more tokiorains come a visiting,it will only meant one thing.The messages have hit home.

Anonymous,  23 July 2012 at 10:33  

Dato',

Bercili padi sungguh posting kali ini ye...........mesti yang terkena itu panas pijau agak nya.

Dato' tolong huraikan kesan nya kepada negara dan rakyatandai ya hutang negara mencecah 55peratus berbanding GNP?.ulas dalam bahasa mudah. kami seme nak tahu jugak.


KaN Pm TELAH mengariskan 4 prinsip menguruskan ekonomi; antaranya " berbelanja tidak melebihi pendapatan". apakah saranan ini untuk rakyak tidak termasuk negara?.

bERBANDING TAHUN 60-AN, sekarant ( tahun 20-an) rata-rata rakyak telah senang dan selesa hidup. Dulu tahun 60-an rumah pun berdinding kulit kepong, berlantaikan batang pinang, mandi air telaga atau anak sungai, jalan denai, atap cucoh 9 daun atap) tidak kalis api, sekolah membetis hampir 2 batu, makan ikan kering dan sayur kankong. Malam diterangi oleh lampu ayam berfuel kerosin. Apakah Dato engalami semua ini , aku rasa tidak, Aku melalui semua ini. Tapi sekarang tidak ada lagi, hanya kenangan. Tapi aku dapat juga masuk Universiti, walaupun kelulusan cukup makan. Dulu makan punsusah dan cari duit pun susah.

Siapa kah yang membuat transformasi dan perubahan, bukan kah Kerajaan yag di dukongi olah UMNO-BN. Kita tidak boleh nafikan nya.

fAKTA : YANG LAMA NAMPAK BUROKNYA TAPI YANG BELUM DIDUGA YANG BARU APAKA IA NYA LEBIH BAIK. tIDAK BAIK ORANG NYA GANTIKAN DENGAN LEBIH BERWIBAWA DAN BAIK. sOALNYA APAKAH KITA MEMPUNYAI PILIHAN?, APAKAH PILIHAN KITA BETUL DAN TIDAK MENDATANG SESALAN DIKEMUDIAN HARI?, LINANGAN AIR MATA TIDAK BERGUNA LAGI........


kAIN bUROK.

Ariff Sabri 23 July 2012 at 11:21  

kain buruk

saya akan jawab cakap besar tuan dalam artikel lain.

Samson 23 July 2012 at 13:04  

Kain buruk, saya pun pernah hidup zaman yg serupa juga, skrang soalnya kain buruk kena paham konteks pencapaian BN boleh di persoalkan, lagi2 dgn segala beban dan ketirisan yg nyata., ttg apa yg telah di buat jgn lupa juga kat zaman itu bahkan negara2 ASEAN yg lain pun daif juga, kan Korea dulu pun miskin tapi hari ni mrk mcm mana? Begitu juga Taiwan dan yg pasti Singapore tu adalah "cermin" utk Msia mencerminkan diri jd soalnya apa yg kau kata tu adalah perkara yg mmg biasa, cuba u tanya sendiri mcm mana negara yg kaya hasil alam dan modal insan mcm Msia ni boleh keterbelakang pencapaian yg di sebutkan kalau di banding dgn negara tersebut? Apakah institusi saintifik dan pendidikan Msia yg masyor di dunia? Apakah Msia berteknoloji dan innovasi tinggi mcm negara rantau ASEAN yg lain mcm Singapore, Taiwan dan Korea yg dulunya lebih daif dari Msia? Apakah taraf hidup perkapita Msia skrang ni boleh di banggakan jika di banding dgn mrk? Ini pun u jgn lupa juga., bukan kata BN tak buat kerja, tapi apa yg mrk buat itu semuanya ada "kos terselindung"., inilah yg org cuba sampaikan.

Anonymous,  23 July 2012 at 13:12  

Dato ,

You sound very angry but i dont believe your write up on this topic.What is wrong with kain buruk punya pandangan ? Just because it is different from the normal recycle response from that bruno, your ardent supporter you melenting.Dont DAP practise transparency and freedom of expression ?.Let both side provide their opinons and we voters atas pagar decide.Selamat berpuasa Dato'.

Anonymous,  23 July 2012 at 13:58  

Dato'.

Some people are just blind. Melayu kata "Buta Hati" mata boleh lihat, telinga boleh dengar tapi hati tak dapat nak bezakan yang benar dan yang batil. Mereka ini sentiasa akan di perbodohkan oleh pemimpin atau Tuan nya.

Yang Buruk itu tetap dikatakannya Baik dengan membandingkan dengan yang susah zaman dahulu.

Inilah hasil pendidikan negara kita.

Anonymous,  23 July 2012 at 14:34  

Samson,

What make you think that Malaysia will be better of with PR ?. PR is not good enough to lead.When Malaysia menjadi tauladan pada banyak negera anda cuba nak politikan pulak isu ini menyalahkan pemerintah itu dan ini.Mudah cakap tapi bikin susah.Gara gara terlalu percaya daayah blog pembangkang.You have your views and we have ours.

nick 23 July 2012 at 14:46  

Dato,

It is quite sad to know that there are still many Malays who subscribe to Kain Burok's logic and arguments in defense of UMNO bad track records as the government trusted to manage the people's welfare and money. I guess they are the only kind now left in UMNO aside from sycophants and the spineless and principle-less opportunist, the ee Malays.

But what can we hope from someone who is contented with mediocrity in his academic life, in his working life, in his future expectancy and in short on everything. With such low standard i.e having piped water instead of a well, a paved road instead of a gravel one and of course a corrupt but malay majority government instead of a "penjajah", of course the present Malaysia is heaven to kain Burok. He is living in bliss even though his neighbors and friends are headed towards a disaster (Malaysia going bankrupt through corruption and leakages done by UMNO) which will effect their future and livelihood.

kain Burok doesn't care that his leaders are filthy rich at his and Malaysian expense as long as he is given a cut from whatever scheme his leaders hatched (even though the cut would be RM500 once in 5 years). In Malaysia it truly is correct when we say that "Ignorance is bliss" because in Malaysia only the ignorant will find the condition in Malaysia (social, economic and political) is blissful and heaven. Kain Burok, a little advise, err.. actually a reality check! If you truly believe that Malaysia now is a blissful and prosperous nation, don't worry about UMNO's fate in the coming GE. There's no way a happy, prosperous and blissful citizen of Malaysia will kick out a government that has done so much for them. BUT if you are living in a fantasy world just like your UMNO leaders then there is reason to worry and worry much.

Bullshit is still bullshit no matter how you package it and that's what Najib and UMNO is trying to do. Selling bullshit in a neat and smart package called 1Malaysia. You can start to worry now or get back to sleep.

Nick.

Anonymous,  23 July 2012 at 14:56  

Kalau PR dapat memerintah negeri2 yang di tawan dengan telus dan amanah saperti P.Pinang dan Selangor kenapa tak boleh dengan seluruh negara.Mereka telah buktikan,tetapi BN yang sengaja memburukan nya.Lihat lah kes Talam,adakah ia merugikan Selangor yang diapi2kan oleh BN,pada hakikat nya prestasi amat mambanggakan.Hutang dapat dipungut,sewaktu BN memerintah,hutangnya bertimbun dan dibiarkan sahaja,mungkin ia adalah punca "rezeki" pembesar2 BN.

Anonymous,  23 July 2012 at 15:07  

Tuan Samson,

Tuan berhak menyatakan pandangan saudara, betul pada saudara tidak mesti dipersetujui oleh orang lain. Jelas nya saya kurang bersetuju dengan saudara.Berza pandangan dibenarkan dalam ruang lingkup demokrasi.

Ada fakta saudara salah, jangan marah, Taiwan dan Korea bukan dalam kelompok Negara ASEAN tapi dalam kelompok negara ASIA. Singapore betul dalam negara ASEAN.

Malaysia juga negara maju dalam kontek Kita. Hidup senang, aman damai, senang cari rezeki kalau berusaha dan berinovasi. Faktanya tak kan begitu ramai, jutaan, warga asing dengan izin dan PATI menjadikan Malaysia negara kita sebagai sumber mencari rezeki. Kalau miskin lagi mundur, mahu kah mereka datang secara resmi dan tak resmi?. Samson tak terfikir ke, jangan denial lah. Kerana kita masih membangun kan teknologi, inovasi dan tingkat modal insan, beri lah peluang dan sukungan.


Dato' SAK, terima kaseh ingin menjasap, terutama pasal hutang hampir 55 peratus, nak juga info dan pandangan dari seorang ekonomis seperti Dato',

ANOM 13:12 , tiada apa salah nya. itu kenyataan, Tapi apa masaalh nya dengan you, Bros. cool and relax lah. Penting nya hidup kita sudah lebih baik dari atok dan nenek kita, mundar mandir selamat.


Samson apakah itu persepsi atau kebenaran. sama -sama kita gali.

Terkennnnaaang kemasa lalu, hati ku gundah gelana memikirkan masa depan..... Dimanaaaaaa ku cari ganti.


kAIN bUrOK.

Anonymous,  23 July 2012 at 15:12  

It's so easy to say that life today is better than before thanks to BN government.

But to they young people especially to the new entrants to the job market and university graduates, they only life going downhill from here thanks to the Policies of the BN Gov.

Good jobs are scarce, high paying jobs go to foreign grads because of their better education or worse relatives of BN leaders.

Those who get jobs can't afford to buy houses since prices are way beyond their affordability.

The mat rempits stay mat rempits and then graduate into Crime.

These are neglects by the government as they become busy with creating projects that line up their pocket.

So,we can praise the past government that build the country into what it is but if the underlying fundamentals (rule of law, accountability of gov, check and balance by a free media and high quality parliamentary representatives) then we'll go back to where we were except for those with large bank account of course.

When the young are dissatisfied, the ruling gov. is in trouble...

Orang-orang

Stk,  23 July 2012 at 15:16  

Anon 23 July 2012 14:34,what makes ypu think PR can't run Malaysia efficiently.Just like food,if you don't taste it how do you know it is no good?It might even taste better than expected who knows.
Don't talk craps about BN performance.they had nothing to boast about.If you read MSM and think it is all rosy ,well too bad you are still in a slumber.

Stk,  23 July 2012 at 15:16  

Anon 23 July 2012 14:34,what makes ypu think PR can't run Malaysia efficiently.Just like food,if you don't taste it how do you know it is no good?It might even taste better than expected who knows.
Don't talk craps about BN performance.they had nothing to boast about.If you read MSM and think it is all rosy ,well too bad you are still in a slumber.

Samson 23 July 2012 at 15:17  

Thats true, respecting opinion democratically speaking so I think Ketua Audit and T.I is our guideline, don't you agree? Anyway unless you have "Ostrich syndrome" surely you would have heard praises from international quarters concerning PR results, maybe they are "biased" also but then surely you won't negated the facts that all PR states are debt-less? The core of all debate is facts and surely u are not rejecting this fact which is as clear as daylight?

Anonymous,  23 July 2012 at 16:30  

Ha ha ha..Kain Burok..

Pandai aok berkias..ha ha ha.

Kalo' yang burok tu Kain Chindai tak per lah...kena pulak dipakai gadis jelita.dah memang nampak Cantiknya..ha ha ha..tapi sayang ..kalo chindai yang buruk sekarang ni dipakai Kera Gemuk atau Lembu gemok ..ha ha ha..cuba anda bayangkan..Adakah sesuai lagi chindai burok tu...ha ha ha...

Kena halau dulu kera gemuk dan Lembu gemok dari memakai kain chindai tu wehhhh..ha ha ha.

Kain Burok..kalo aok nak makan sirih..buah pinang jangan dilupa..ha ha ha...tapi jangan sebab takut termakan Pinang Malan, jadi aok takut makan sireh..

Itulah yang ambe nak tuan fahamkan.

Anonymous,  23 July 2012 at 16:49  

If our population is that of India, China or Indonesia, we have very done well.

For 30m people and with vast natural resources, with majority of poor and disadvantage are Malay/Bumi and huge income/wealth gap, there is something very wrong.

The Dato is right, good government is necessary to properly address this problem.

Anonymous,  23 July 2012 at 20:04  

Ada berbagai tuduhan dan fitnah terpulang anda dipihak yang mana.Yang pasti PR tidak mungkin boleh berjaya dan mereka kena menerima hakikat ini.Bila masanys PR pernah jadi kerajaan ?.Tak pernah kan ?.Eloklah kaluan semua berfikir dengan tenang dan ikhlas yang kebarangkaliannya adalah zero.

ANJING MENYALAK BUKIT MANAKAN RUNTUH ! Kata pepatah melayu.Salam

Samson 23 July 2012 at 21:55  

Kain buruk, secara konteks ASEAN ke Asian countries ke itulah yg saja nak tujukan, "ketepatan akademik" tu tak penting sgt lah if you got my point lah. Hakikatnya ini soal perbandingan antara semua negara ini, Malaysia masih mundur, cuba tanya handphone yg u pakai tu siapa bikin punya? Pen yg kau pegang tu siapa bikin punya termasuk komponen mesin tu siapa yg bikin? Mana satu universiti Msia yg ada nama di dunia? Adakah SIRIM itu setanding dgn TUV, SA, UL dan piawaian negara maju yg lain? Apakah orang Msia di kira "bangsa dunia" mcm Jepun, Korea, British ataupun Amerika? Saya orang teknikal, mungkin kain buruk later belakang dan tafsiran ttg isu ini berbeza di mana kalau aman damai, jalan berturap dan air paip tu dah cukup di kira "kemajuan"., yg lain tu Nick dah jawablah, btw FB profil saya "Choong Yian" krn semua ni dari link kat FB saya terus ke blog AK47 ini., saya nak tanya juga., kalaulah UMNO tu begitu baik mana pula sorang intelektual mcm AK47 "berpaling tadah" pula.

Kampong man,  24 July 2012 at 08:39  

Sdr Kain buruk,

Saya bersetuju dan sealiran dengan pandangan saudara.Apa yang saya lihat kecenderogan penyokong PR mahukan keaadaan yang lebih baik dan PR menjadi kerajaan pula dengan menumbangkan UMNO tetapi rakyat majoriti masih memilih tidak bersama PR kerana masih banyak kepincangan dalamam coalition itu sendiri yang bertentangandengan berbagai ideologi.Bukankah baik sekira DAP dapat menerima Islam dan hudud dengan lebih terbuka dan bukanya ancaman umpamanya.Malah Karpal Singh kuat menentang kerana DAP lebih bersuara dan DAP pasti menjadi tunjang PR bagaimana UMNO dalam BN.Pengundi kena membuat pulihan ini dan tidak dapat dinafikan factor sentiment kaum juga akan memainkan peranan bagi pengundi.Jadi pilihlah yang tebaik untuk tuan tuan.Selagi PAS lemah ramai orang Melayu tetap bersama UMNO kali ini.

Perpecahan orang melayu kepada tiga tidak menguntungkan bangsa itu.PKR umpamanya akan berkubur juga akhirnya walaupun parti ini parti yang mempunyai kerusi Parlimen terbanyak(31) di pru 12.Dasar perjuangan bagi memperkasakan DSAI untuk menjadi pemimpin negara(PM) tidak lagi mendapat sambutan malah dari coalition PR itu sendiri.Penghijrahan
orang kuat dan pengasas parti yang pada asalnya dianggap satu perubahan baru demi kebaikan negara ramai pula meninggalkan PKR saperti Chandra Muzaffar, Zulkifli Nordin ,Ezam dan ramai lagi tidak lagi mempercayai perjuangan parti itu.Kita tidak hanya boleh mengharapkan Anuar,Azizah, Nurul, Azmin dan lain lagi meneraju negara. Pasti parti PKR ini akan kehilangan sokongan di PRU 13.Maka faktor kelemahan PKR ini yang akan menidakkan kemampuan PR menghampiri Putrajaya realitinya.

Bagi DAP pula kebangkitan kaum tionghua menyokong parti ini kali ini tidak dapat dinafikan terlalu kuat dengan perpecahan parti Melayu.Mereka mahujan perubahan(change) for the sake of change.Kekuatan UMNO/BN dengan sambutan kuat kaum Melayu kali ini akan menumbangkan kekuatan PAS yang banyak lari dari perjuangan asal dengan tersingkinya banyak ulamak di pucuk pimpinan atas.Apalah yang kita harapkan dari Mat Sabu dan puak puak Anwarinas ini ?.Walaubagaimana pun pengundi muda dan pengundi atas pagar akan menentukan arah kemenangan parti di PRU 13 nanti.Peperangan cyber tidak dpat dinafi memainkan peranan bagi kedua parti.BN yang dahulunya banyak taking for granted dahulunya tidak lagi demikian.Candidate yang dapati korup sama sama kita vote them out.Calon parti hsrus bersih dan mesra rakyat.Walaubagaimana pun perjuangan di Selangor dan Perak tetap menarik kalii ini.Saya yakin bro Sak dan Aspan dapat memberi kepercayaan orang melayu pada parti DAP ini.Sayang ,dengan pengunduran Tunku Aziz DAP terlepas satu peluang besar meyakinkan orang Melayu bahawa mereka multiracial.Buat masa ini belum multiracial sangat lagi pada pandangan saya.sekian dulu satu persepsi dari saya.Kapada Sak terus berjuang dan kita lihat nanti adakah PR boleh berjaya meyakinkan rakyat yang mereka relevan .Salam, selamat berpuasa dan terima kasih. Wallahwuallam.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

Anonymous,  24 July 2012 at 12:55  

The ordinary Chinese had been neglected and betrayed by their BN reps....these parties had been irrelevant for a long time and will NEVER recover.

We all have choices to vote for a good and fair government for the common interests of all.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP