Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 5 June 2012

Muhyidin dengan rasa cemas nya, Rais dengan kegentlemanan nya.


Semua orang ketawa bila mendengar Muhyidin Yasin dan Rais Yatim bercakap. Muhyidin menyifatkan PRU13 ini sebagai PRU yang menentukan mati atau hidup UMNO. Rais Yatim pula menasihatkan ketua pembangkang Anwar Ibrahim supaya bersikap gentleman kalau mahu bermain politik di negara ini. mungkin sikap gentleman yang di maksudkan oleh Rais Yatim yang dah naik jobo ini ialah, mahu melihat Anwar di ikat tangan dan di balun oleh UMNO. Rupa2 nya UMNO belajar dari Rahim Noor. Paling mutakhir, Menteri Dalam Negeri yang kurang bijak itu mengeluarkan kenyataan bahawa Pembankang mungkin mencetuskan huru hara dalam PRU yang akan datang. Inilah kenyataan yang paling membingungkan- setakat ini yang mencetuskan huru hara, kacau dan aksi ganas ialah UMNO dan kumpulan yang di taja UMNO. 

UMNO menggunakan tektik2 yang paling kotor dan jahat. Ini menyebabkan rakyat melihat kejahatan UMNO lebih besar dan lebih banyak dari kejahatan Anwar. Juara dan jurucakap UMNO ialah Ustazah Umi Hafilda yang kesana sini dengan jeritan Anwar al Juburi. Cara Umi Hafilda bercakap ialah cara seorang perempuan yang tidak cukup habuan. Dia amat sesuai dengan UMNO yang hari ini jadi pengedar video lucah dan penayang adigan2 porno dalam TV. Jurucakap UMNO ialah kaf lam ya nga- Nalakarupan. Perkara yang  Nala cakap di jadikan bahan sibaran umum oleh media dan TV yang di kuasai oleh UMNO. Inilah budaya besar yang mahu di naungi UMNO. Rosak bangsa Melayu macam ini. Jurucakap UMNO ialah penjual beras Sejati yang tak jati- Hasan Aqidah Ali. Jurucakap UMNO ialah Pekida. Mat Rempit. Dan ketua PERKASA yang tidak perkasa, Ibrahim Ali. Jurucakap UMNO ialah Ezam Mat Nor. 

Saya tidak ada affection apa2 kepada Anwar Ibrahim. belum pun berjumpa dengan nya dan belum berceramah dengan nya. Kalau dengar TV 3/4 dan Media2 UMNO, rasa nya kena pakai cawat besi kalau berceramah dengan Anwar. Anwar di gambarkan akan balun apa sahaja yang berada di hadapan nya. Inilah kerja UMNO yang paling dasyat. Mengaibkan lawan politik dengan isiu yang jika benar sepatutnya di bawa kepada mahkamah. Mereka yang menuduh Anwar dalam mahkamah semua nya tumpas. you have thrown everything at him including the kitchen sink, he is still out there.
Walaubagaimana pun, saya melihat orang ini sudah melalui the worse phases in his life. Walaupun dia di tuduh macam2 , dalam ceramah2 nya, Anwar telah memberi penghuraian dan penerangan yang meyakinkan pendengar. Dan para pendengar nya berjumlah ribu dan puluhan ribu.

He has explained himself quite well. Dan rakyat boleh mempercayai nya. Ini yang membimbangkan UMNO. Dah di balun, dah di jel, dah di aibkan di akhbar dan media, masih di yakini oleh rakyat. Jika setelah dilakukan ini semua, Anwar masih utuh, ia menunjukkan satu perkara sahaja- iaitu Anwar dan Pakatan akan menang PRU13 ini. Tak boleh tidur Muhyidin rupa nya!
Apa UMNO boleh buat, jika setelah sekian lama membalun Anwar bahkan sudah di jel oleh Dr Mahathir, rakyat bersedia memaafkan Anwar kerana mereka melihat kejahatan UMNO lebih besar? Saya rasa Dr Mahathir pun patut berhenti dari menghentam Anwar dan menghormati hampir 50% rakyat Malaysia yang mahukan demokrasi. DR Mahathir mesti menghormati, jumlah orang Melayu yang lebih besar yang tidak menyokong UMNO.  
Kejahatan Anwar jauh lebih kecil jika di bandingkan dengan kejahatan yang di lakukan oleh UMNO. Bukankah mahkamah yang di kuasai oleh UMNO telah pun membersihkan Anwar?
Yang akan mati ialah UMNO, bukan orang Melayu. Muhyidin ini tak baca kah sejarah UMNO? Dalam PRU12 tahun 2008, UMNO bertanding 115 kerusi. UMNO menang 78 kerusi. UMNO tidak mampu mencapai kejayaan 100%. Dengan rekod ini, Presiden UMNO mahu KM Sarawak yang bukan pun ahli UMNO dan yang mempunyai pencapaian 100% berhenti? Orang yang tak ada rasa malu sahaja yang melakukan demikian. 

Ahli UMNO yang telah berhijrah ke pihak cahaya terang, tidak akan kembali ke pihak yang menggelapkan. Jika terdapat lagi penghijrahan 5% ke pihak Pakatan Rakyat- UMNO akan hanya tinggal 58 kerusi. Kalau ada swing 3%, UMNO akan dapat sekitar 71 kerusi. MCA habis kuat akan ada 2 atau 1 kerusi sahaja yang tinggal sebab 80% masyarakat Cina telah meninggalkan MCA. MIC dalam PRU13 ini akan bungkus tanpa satu kerusi pun. Kita tak kiralah UMNO buat man-to-man marking ke, di depan perkerja UMNO orang kata ya, angguk bukan tanda setuju, geleng bukan tanda menolak. 
UMNO hanya mendapat 2.381 juta undi dalam PRU12. Ini hanya 29% dari jumlah jumlah undi sebanyak 7.878 juta. Jika parti2 komponen BN yang lain kecundang, UMNO akan kalah dalam PRU13 ini.  UMNO hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu yang berjumlah 5.7 juta. Lebih ramai orang Melayu menolak UMNO. Dimanakah asas untuk UMNO bercakap bagi pihak orang Melayu? 
Kita bercakap mengenai UMNO sebab ia berlagak sombong bercakap bagi pihak orang Melayu. Siapa yang beri kamu hak ini? UMNO bukan jurucakap orang Melayu. UMNO jurucakap orang berfikiran feudal yang ingat mereka boleh picit dan ramas dan tindas orang Melayu. UMNO bercakap bagi pihak golongan elit yang mengaut kekayaan dan memperkudakan nama bangsa Melayu. 
Geng UMNO suka bermuka muka. Kumpulan yang berarak menyatakan sokongan mereka kepada DYMM Sultan Johor sudah lupa bahawa dalam tahun 1997, UMNO melakukan lebih dasyat dari apa yang di lakukan oleh Nizar. Pandangan Nizar ialah pandangan seorang rakyat. UMNO bergerak sebagai suatu kumpulan yang menghina raja2 Melayu dan menggunakan jentera kerajaan untuk membalun raja cukup lumat. Kita berharap raja2 Melayu jangan termakan dengan penzahiran kesetiaan palsu oleh gerombolan UMNO ini. jika UMNO tidak setuju dengan raja2 Melayu, mereka akan melakukan perkara yang lebih dasyat lagi. Lumat Raja2 Melayu UMNO kerjakan.
Berada dalam UMNO memberi kita kuasa luar biasa kah untuk melakukan sesuka hati? Kumpulan yang berdemontrasi di depan rumah Azmin Ali misalnya- adakah mereka berani melakukan demikian tanpa restu dari pihak yang berkuasa? Pihak yang berkuasa dalam hal ini ialah pimpinan tertingi UMNO, Menteri dalam negeri dan Jabatan PM sendiri. Kecuali mereka beri sokongan, dana dan restu, kumpulan ini tidak akan berani melakukan apa yang mereka buat. 
Demikian juga mereka yang melakukan pasar malam di depan rumah Ambiga. Jerit sana dan sini menunjukkan aksi ganas dan menakutkan. Ambiga ini bukan rakyat Malaysia kah? Dia berhak mendapat perlindungan undang2 Malaysia. Yang menjaga keamanan telah bersumpah menjaga dan melindung semua rakyat Malaysia. Polis bukan jaga orang Melayu sahaja. Polis bukan jaga orang Cina sahaja. Polis jaga keselamatan semua orang. 
Otak orang UMNO sudah beku kah? Jika kita tidak dapat berhujjah dengan Ambiga, maka penyelesaian nya ialah mahu melucutkan kerakyatan Ambiga dan menghalau nya dari Malaysia? Ambiga ini rakyat Malaysia yang lahir di Malaysia yang mempunyai hak di bawah perlembagaan yang sama.
Dalam rumah Azmin tidak ada anak2 nya kah? Aksi budak2 suruhan UMNO tentu mencemaskan anak isteri Azmin. 
Kalau kita ada isiu dengan Azmin- hal yang di isiukan adalah dalam bidang mahkamah. Kita tidak boleh bertindak di luar peruntukan undang2. Yang melakukan cara demikian adalah gangster dan penjahat sahaja. Adakah UMNO telah terlalu teruk sehingga terpaksa menggunakan tektik genster dan penjahat?UMNO menggunakan tektik2 seorang pembuli dalam menangani orang yang tidak bersetuju dengan mereka. 

Jadi untuk menjawab Muhyidin, yang akan mati ialah orang UMNO. Orang Melayu telah pun melihat, rupa2 nya, ada kehidupan yang lebih baik selepas dan di luar UMNO. 
Yang lebih kita nak tahu ialah sama ada UMNO akan bersikap gentleman bila mereka kalah dalam PRU13 nanti? Jadi Rais Yatim jangan duduk sibuk nak suruh pihak Pakatan bersikap gentleman- pastikan parti kamu yang berfikiran feudal ini bersikap redha dan gentleman. 
Kalau Rais nak membuktikan ke-gentlemanan nya, maka berikan kebebasan akhbar dan kebebasan media kepada pihak Pakatan. Berikan mereka masa untuk menyampaikan penghujjahan dan penerangan.
Dan jika kami betul2 gentleman, maka jawab lah penerangan dan hujjah Pakatan dengan cara orang yang beradab.

20 comments:

Joel Christie Isaiah 5 June 2012 at 14:26  

Sudah tiba masa untuk UMNO bergulung tikar. Orang Orang yang masih menyokong UMNO adalah crony mereka sahaja. Yang lain sudah bosan dengan sikap pemipin pemipin UMNO yang menipu rakyat. We will vote for good people and good governance.The wicked must be brought to justice. Thank you.

Anonymous,  5 June 2012 at 14:51  

Syabas Dato! Right on bull's eye. Stinging remarks and perhaps obituary for Umno.

Salam.

Anonymous,  5 June 2012 at 16:29  

tu lah....klu dah pemimpin ni jahil,dia tidak akan nampak kelemahan pada dirinya sendiri dia rasa semua yg musuh buat salah.pasal tu lah UMNO jadi mcm ni....sejak akhir-akhir ni...dan tak lama lg nak berkuburrr...

Anonymous,  5 June 2012 at 16:32  

UMNO DGAR NAMA SAJA DAH BENCI,,,BLIM TGOK AHLINYA LAGI...

Anonymous,  5 June 2012 at 16:56  

Lingkup Umno nak lawan dgn rakyat tak berani tapi outsourcing keganasan kepada Perkasam , Syabas

Red Alfa 5 June 2012 at 17:07  

Salam Dato'

Jurucakap-jurucakap UMNO terlampau menyebok menabur fitnah untuk lagi menguatkatakan DSAI adalah begitu morally corrupt umat Melayu dan Islam tidak boleh menerimanya sebagai PM Malaysia sampai bila-bila.

Mengapa tak mampu atau pula dibalas baik oleh MSM juga jurucakap-jurucakap UMNO ini tentang yang banyak telah diperkatakan dalam press conference di Bangkok memberikan bukti-bukti yang mengaitkan Najib kepada rasuah besar dalam pembelian kapal selam Scorpene juga serta pengkhianatan besar yang dilakukan keatas negara dan raja dalam rahsia dan kepentingan negara telah di jual dengan tindakan cara yang begitu amat selamba.

Siapa lagi yang menyokong kuat Najib dan UMNO kalau tidak MACC dan A G Patail yang tidak membuat apa-apa tindakan sepatutnya.

Apa Mufti-mufti kelolaan UMNO kini telah berfatwakan rasuah dan pengkhianatan itu bukan dosa dan bukan yang merosakkan umat Melayu dan Islam?

Jelas selain daripada yang Dato' telah memperkatakan UMNO telah lama dulu sesat kini lagi menyesatkan.

Quiet Despair,  5 June 2012 at 17:20  

"I have no affection for Anwar," confessed Sakmongkol. Yes, as a long time frequenter of your blog, I know.
That's why I love you. You never idolized the man. And remember the fun time we had some time back describing the man in kurta dispensing snake oil.
If you are a fan of his, definitely Keadilan will be your choice. But you made a wise move. At least a better chance of political survivor.
There is no such thing as give a chance or play gentlemanly in politics. All is fair in love and war and especially politics.
Chivalry only comes from people like Zain Azraai whom my dad said was the perfect gentleman who uttered "after you" and "by your leave". It died with him.
And coming from Rais, the nasi tambah, it really sounds corny.
By all accounts he is as ruthless as they come. The Jelatang of Jolobu.
If not why is he still standing when he has burnt bridges.
Why that old face still tersongkok-songkok (Pahang word for terhegeh-hegeh)worming his way into Najib's radar.
High-end bodek for his survival.To people who matters. And bowing to his QC wife.
But we must heed Tun M and Muhyiddin's word. They have credence based on intelligence reports. Fore-warned is fore-armed.
The GE is a matter of life and death for Anwar. It is his last hurrah.
He will stop at nothing to get to Putrajaya. Don't discount the possibility of upheaval to protest unclean pollls.
Don't you wonder that whenever he is around, the samsengs are sure to follow?
Do you see such unruly behavior of taunting and throwing stones etc to hurt people happening in other peoples ceramahs.
And the police have evidence that there were instigations that the Bersih demos be a riot. That the people were urged to come to create havoc.
It is now before the Hanif panel to deliberate.
So it comes as no surprise if the GE will be a big-time riot if Anwar and his party lost.
You are an irresponsible government if you dont warn the people of looming trouble.

Anonymous,  5 June 2012 at 18:58  

umi ? gementar betul, the woman ; better be a monk, sami or an ustad into infinity.

Red Alfa 5 June 2012 at 19:07  

@quiet despair

Macam manalah kamu ini yang maseh boleh lagi menegakkan benang yang basah dengan mengunakan lojik berbelit kamu itu?

Bermati-matian kamu berpegang kepada bukan UMNO tetapi parti-parti lain yang mengunakan samseng-samseng dan cara samseng, bukan fitnah tetapi dalil yang pasti bagi kamu DSAI itu telah berdosa besar dan sekarang kuat berdusta tetapi tidak Najib satu-satunya pemimipin yang kamu mengagungkan yang tidak pernah berdosa mengkhianati jawatannya juga amanah raja-raja dan kaum Melayu.

Apakah akan Nasib Melayu kita ini selagi ada pencacai dan penyokong tegar UMNO yang salah itu adalah betul dan perkara yang jelas dinampakkan kabur dan samar.

Anonymous,  5 June 2012 at 21:46  

QD,

But we must heed Tun M and Muhyiddin's word. They have credence based on intelligence reports. Fore-warned is fore-armed.

Kamu dapat dari perawi mana ne??

Pernakkan kamu fikir sebaliknya.

Pernahkah kamu fikir intelligence menasihatkan "kalau kita tak buat kacau mampus umno".

Org bijak selalu fikir di luar kotak kan?

Anonymous,  5 June 2012 at 22:36  

Salam Red Alfa dan Anon 5 June 2012 21:46,

Terima kasih Tuan/Puan kerana beri balasan terhadap komen QD.

QD tu otaknya dah tak waras....tak guna otak lagi.

Anonymous,  5 June 2012 at 23:59  

Hello QD,

You had mentioned the opposition will rebel and make trouble if they lose in the GE 13. You tell Mahathir and Mahyuddin receive reports from the intelligence on this matter. If Saiful Jubur report is able to drag Anwar to court, why Mahathir's intelligence did not lodge a police report and bring Anwar or who planned for the future riots in court?. Evidence already exists .. why should wait?

I hope you are not a devil!. Your statement seem as accusing Anwar plans for "samseng" attack activities in his own ceramah, perhaps to gain public sympathy. If your statement is true, this means you fool the police for failing to do something when the trend of these attack and Anwar's tactics seemed to have read by your genius mind.

Are the police too stupid, much stupid than you?. If your allegations and statement is true, why the police failed to prove Anwar bad behavior until now? Should the police have managed to catch those who are hired thugs for these attacks.

I do not want to accuse you, the devil or pimps, but I am very sure characteristic behavior of the devil and demons is very significant in yourself. Only the foolish and dull mind people will believe your statements that being inspired by Satan.

By Pattani Warrior

Anonymous,  6 June 2012 at 00:59  

Dato,

Kasi chan la sama Rais tu. Dia sedang sibuk cari duit laa sekarang ni..nak bina kembali jambatan yang dah dibakarnya. Ha Ha.

Manusia Munafik laa si Rais ni. Satu satunya anak YATIM di Malaysia yang vandalisme...Bakar Jambatan..nasib baik dia tak bakar Jamban sekali. Kalau tak jenuh cari duit nak buat baru.

Anonymous,  6 June 2012 at 03:05  

Nampaknya this QD menghalalkan segala penipuan, rompakan and blatant abuse of power by these Gerombolan UMNO crooks. Otak kamu betul2 rosak and beyond redemption. It advisable that keeping on licking these Najis and Rosmah's ass until you fall dead.

Anonymous,  6 June 2012 at 10:03  

orang umno memang cekap dalam perang psikologi dan putar belit isue

Anonymous,  6 June 2012 at 13:54  

Tak akan Melayu hilang dari DUNIA
Cuma UMNO sahaja yang akan hilang selama lamanya...

Anonymous,  7 June 2012 at 04:45  

" So it comes as no surprise if the GE will be a big-time riot if Anwar and his party lost. "

QD, you are implying the obvious as a threat that your band will not vacate as the gentleman Koh Tsu Koon did and constitutionally ! For that one right thing he did, he will be remembered as a magnanimous leader; in the big picture, he showed his personal sacrifice and love for Penangnites to have a peaceful transition.


" You are an irresponsible government if you don't warn the people of looming trouble."

QD your reverse psychology is more of an early ambush, which the PK govt will take offense as parameters of robbing the democratic rights of every citizen and come up with extensive precaution steps in its several backup plans to protect the rakyat.

It shows umno leaders do not sayang the majority of Melayu and the rakyat an iota !! Perhaps, it will prep an unprecedented move heading into doing the right things for the first time, our God fearing leaders in the PDRM, the ATDM, the intellects of the society, the civilians will be bold and courageous, patriotic to do what is right, in solidarity with the rakyat, for the rakyat, in obedience to Him !

For a peaceful transition as Melayu have reawakened to sayang Melayu and sayang all races of Malaysians.

If the leaders had clear and sensitive consciousnesses and intelligence, they would certainly look forward to packing up and leaving for semi- retirement cum lecturing to inspire college / university students and business organisations to do tangible things for the betterment of the rakyat which in turn will enjoy mutual benefits. And for some with high intelligence and invaluable life experiences will write books and channel a large portion of the profits ( if people thirst literacy of excellence ) for the education, vocational training and welfare of the marginalized, the youths who are less academically inclined and creating meaningful jobs and leisure activities and providing comfort for the senior citizens.

The question is are the micro up to macro self- centered , hyper egoistic umno leaders, their respective spouses, children and cucu ?

Anonymous,  7 June 2012 at 23:14  

Why would a team, which had been losing their fights for the past 12 matches and yet respect the outcome of the match result, wreck havoc upon winning for the first time ever in their 13th attempt. Please explain the logic. This team would do just about anything but destruction and chaos to celebrate their victory.
Only those who are in a poor state of mind would do otherwise.
Such statement can be construed as highly seditious.
The police should get into action immediately.

Anonymous,  11 June 2012 at 01:23  

Fikiran yg usang dan berhampiran kepupusan. Itu lah ideologi UMNO. I dont see how it can change for the better because the stakes are too high. Besides, Shame can only be felt by man with self-respect. Guilt can only be sensed by man with conscience. Righteousness can only be exercised by man with Morality. Honesty can only be professed by man of Integrity. These are the characterictics that mould a man and the kind of leadership.Thus how can leadership that has no self-respect, no conscience, no moral & no integrity be trusted? Its like asking a thief to look after your gold.

puteri 25 June 2012 at 20:49  

sokong perenggan yang kedua terakhir!

"Kalau Rais nak membuktikan ke-gentlemanan nya, maka berikan kebebasan akhbar dan kebebasan media kepada pihak Pakatan. Berikan mereka masa untuk menyampaikan penghujjahan dan penerangan."

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP