Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday, 5 November 2010

Setelah Galas, jangan malas.

Antara kenyataan awal Tengku Razaleigh Hamzah, setelah UMNO menang dengan majoriti 1190, ialah mengistiharkan bahawa hubungan beliau dengan parti lawan, tetap baik. Ini berbeza dengan sikap setengah pemimpin yang sudah naik jobo( loghat orang Negeri Sembilan) yang bakar jambatan. Hari ini orang yang bakar jambatan, bukan sahaja membina banyak jambatan, tapi telah menjadi pemimpin pengampu yang tersohor di Malaysia. Semasa mengiringi calun BN Abdul Aziz Yusuf dahulu untuk penamaan calun, pemimpin2 jenis bakar jambatan berjalan di belakang kerana merasa bersalah atas banyak sebab.
Sikap seperti ini membezakan pemimpin yang bertahan lama dengan pemimpin picisan. Bila sudah menang, akan angkuh dan ek. Pihak lawan akan di cemuh. Kemenangan sekali kali ini, di baca sebagai penawar segala racun yang sudah meresap kedalam tubuh.
Saya kata, sabar dahulu. Banyak kali saya menyatakan bahawa kehadiran seekor burung layang layang bukan menandakan ketibaan musim panas.
Saya menasihatkan pemimpin UMNO janganlah bersegera membaca kemenangan Galas sebagai petanda bahawa parti UMNO sudah baik. Kita hanya perlu memeriksa kesiap- sagaan jentera parti untuk menilai kekuatan dalaman kita.
Kemenangan di Galas berpunca pada dasar nya kepada ketokohan Ku Li dan strateji kempen nya yang berlainan. Saya telah menghuraikan perkara ini dalam artikel artikel yang saya tulis sejak 1 Oktober lagi.
Jadi apabila Mustapaha Mohamad , ketua perhubungan UMNO Kelantan menyatakan kemenangan BN di Galas sebagai petanda kebangkitan BN/UMNO di Kelantan, saya rasa elok dia lebih realistik.
Baik kita mengakui bahawa keadaan di Galas adalah unik. Galas ada TRH dan strateji kempen yang berlainan. Kita tidak boleh ada banyak Tengku Razaleigh di merata tempat , tapi kita boleh mengulangi cara kempen di Galas.
Maka persoalan yang harus di pertimbangkan oleh Mustapha ialah adakah puak UMNO sanggup mengulangi cara kempen di Galas?
Apakah cara kempen nya?
Cara yang lebih subdued dan muted. Tidak sombong dan bongkak. Tidak gah kesana sini dengan Landcruisers atau dengan kereta mewah. Kali ini kita lihat di Galas, kenderaan kenderaan seperti ini amat berkurang. Tidak bising macam bersorak di stadium Bukit Jalil bila 70,000 rakyat Kelanan bersorak gempita. Sebab pilihanraya ialah bukan pesta buat bising dan menyombong diri. Pilihanraya ialah pesta merendahkan diri sebab kita memohon bantuan rakyat untuk memilih kita. Pilihanraya bukan kesempatan melintahkan diri dengan menyunglap dana pilihanraya.
Bila Mustapha sedia merobah cara kerja budak budak UMNO, baharu lah dia boleh kata kita ada petanda kebangkitan UMNO Kelantan. UMNO Kelantan akan bangkit jika Mustapha berusaha mengujudkan banyak lagi Razaleigh Hamzah dan menreplikasi cara kempen Galas.
Untuk ini, kita kena season sikit cara budak budak UMNO berfikir. Jangan fikir masa pilihanraya, kita boleh samun duit parti dan buat duit. Di Galas pun, kalau kita selidik, 'the old ways' menangguk di air keruh tetap ada.
Jika pun cara perang besar dengan belanja besar di minimakan kerana itu strateji pengarah pilihanraya, namun terdapat kumpulan sana sini yang buat onar dan karenah. Ada sahaja pecacai politik yang memberi lapuran bahawa kumpulan sini dan sana tidak akan mengundi BN kecuali kita beri pengeras. Dan saya boleh selesaikan masaalah ini. Ini cara Husin Lempoyang jual orang lebih untung dari jual unta.
Sindrom Husin Lempoyang selesai masaalah ini dengan cara memberi pengeras , merupakan amalan budaya politik yang mesti di kikis jika kita mahukan, kemenangan Galas di jadikan petanda kebangkitan UMNO di Kelantan.
Kemenangan di Galas bukan lagi petanda kebangkitan UMNO di Kelantan, tapi peringatan UMNO akan pulih jika bersedia membekalkan diri dengan bakat kepimpinan yang baik dan bersedia merobah cara kerja politik mereka.

20 comments:

Pak Zawi 5 November 2010 at 07:17  

Dato',
Tahniah kerana ramalan Dato' bahawa BN akan menang adalah tepat walaupun bilangan majoriti kurang tepat.
Yang penting setiap parti yang berjuang mestilah berasaskan kebenaran. Isu isu yang tak benar tidak usah digunakan kerana ini akan mencerminkan kejujuran pemimpin.
Dengan kemenangan ini diharapkan gigi ku Li akan lebih tajam sedikit dan dapat membantu Kelantan memperolehi hak Royalti Minyak seperti termaktub dalam perjanjian yang Ku Li sendiri buat.
Jika UMNO Kelantan dipimpin oleh pemimpin yang jujur dan ikhlas mungkin rakyat Kelantan akan memberi mereka peluang untuk menerajui Kelantan semula bagi mengendalikan wang royalti tersebut demi kemakmuran negeri Kelantan? Ini semua ada kemungkinan.

Quiet Despair,  5 November 2010 at 07:49  

Tahniah kepada Ku Li,warga Galas dan YB baru Aziz.
Ia satu kemenangan memberangsangkan melebehi majoriti 646 pada GE 2008.Tidaklah majoriti 2,500 yang diharapkan.
Syabas juga kepada balu yang masih sugul, Datin Linda yang menang besar di Batu Sapi. Majoriti 6,359 adalah resounding berbanding dengan cuma kelebihan undi 3,708 yang diperolehi oleh mendiang suaminya pada 2008.
YTL yang disangka pesaing utamanya kalah teruk pada no-account man Ansari dari Keadilan dengan cuma mendapat 2031 undi.
Padan muka YTL kalah dengan membawa slogan Sabah for Sabahans.
Jika tidak ia mungkin boleh berangan-angan jadi CM Sabah semula.
Pertarungan di Sabah dilihat antara Musa Aman dan YTL.
Peratusan keluar mengundi 61 peratus kurang sikit dari 63.06 peratus pada 2008.
Tetapi peratusan keluar mengundi 83 perarus di Galas kali ini lebih ramai daripada 81.89 peratus pada 2008.
Ini bukti pengundi Galas lebih politically aware dan memandang serius tentang perlunya melantik Adun yang berwibawa dan boleh bekerja.
Jadi memang tepat Ku Li meminta Aziz jangan malas.
Walaupun GE tak lama lagi, Aziz perlu menggalas tanggungjawab seolah-olah dia menjadi ADUN untuk lima tahun lagi.
Galas is strictly a Kelantanese show, a local affair. Bagus benar tak de muka pengampu, penyebuk dan pembuat kacau. Tak ada penampal muka atau tayang muka di TV.
Ada kacau sikit pada pengundian semalam. Dah tentu ia kerja orang luar (possibly orang import dari Kolumpo).
Dan Puteri UMNo sekali lagi bawa kisah sedih kena pukul.
Ban sajalah mereka sebab mereka aksyen dan provcative sangat, kalau tidak takkan lelaki tua nak melukakan mukanya.
Kenapa calon PAS atau wakilnya tak hadir walau diminta oleh Returning Officer untuk naik ke pentas.
Tak berapa Islamic and sporting lah anok-anok Tok Guru ya.
Tapi lawe samo ore Kelata, ore mu.

Datin Linda lookd really hazy and blur. She never had the time to grieve when suddenly the contest is thrust upon her.
Give her time to undergo the proper grieving process.
But she was magnanimous enough to offer her first handshake to the two who lost, on stage. Kudos too to YTL and Ansari for being present.
She should also engage a BM teacher to teach her the language before she enters Parliament.

BaitiBadarudin,  5 November 2010 at 07:53  

Salam Dato',
Tahniah. Saya juga bersetuju dengan pendekatan 'bualan di berandah' yang 'low-key but high impact', tapi perlu dilakukan dengan jujur dan rendah hati.

Quiet Despair,  5 November 2010 at 08:02  

If Najib is really serious in wanting UMNO to win Kelantan in the coming GE, he must now appoint Ku Li as State Liasion Chief.
Give Ku Li the full rein to select the candidate and run the whole show.
Let Ku Li decide on who should campaign besides the PM and DPM.
Set a dos and donts when dealing with the Kelantanese electorates.
Mustapha Mohamed should just be the Deputy Chief.
See how Ku Li retreats into the background when the results were beam live on TV.
He was conspicuously absent and let Mustapha have the lime-light.
His job is done. Ku Li knows after this he's back into being a nonentity and no longer sought by TV3 in particular.
It's tough work indeed to recapture Kelantan. Royalty issue and Petronas royalty are among the toughest to surmount.
But Galas is a good start for UMNO to make a serious foray.
Sabah and Sarawak can be safely said a BN fixed deposit.

Quiet Despair,  5 November 2010 at 08:24  

What I meant was ban Puteri UMNO on polling day.
There are many instances in past by-elections where they gave similar sorry stories of being beaten.
To be frank, some of them think they are in a loftier position being the sweet, young things in UMNO.
And some of them are like fashion plates. Tayang body, tayang muka.
This do not work in conservative Kelantan.
Maybe easy on the eyes but not easy in vote-getting.
Happy Diwali. See ya gals on Monday.

Fooart 5 November 2010 at 08:51  

Salam Dato'

bermacam-macam cara dan nasihat Dato' luah dan sampaikan agar juak-juak UMNO ni faham namun yang sedihnya lepas ini macam tu la jugak perangai masing-masing. Sebab itu setelah keputusan keluar saya dah boleh agak tajuk yang akan keluar dari mulut pemimpin. Stereotype. Saya petik apa kata Muhyideen " Kemenangan berganda BN di Batu Sapi dan juga Galas membuktikan bahawa rakyat masih yakin dan mempercayai agenda pembangunan kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Rakyat mana??? Semua??? Rakyat YAKIN??? Rakyat ni luas maknanya. Saya rakyat jugak dan keluarga saya seramai 15 orang ni rakyat jugak. TAPI kami tak ada lagi keyakinan terhadap BN!! Susah nak kembalikan keyakinan sebab banyak sangat masalah yang diketengahkan tidak pernah selesai terututama yang melibatkan orang 'BESAR'!! Besar dimata merekalah kan.....pada Allah SWT belum tahu lagi termasuklah saya yang hina ini.

Jika Dato' katakan kita perlu ramai orang seperti Tengku Razaleigh, itu memang saya setuju dan akui, malah jikalah Ku Li berjaya diletakkan menggantikan Najib, alangkah bagusnya ( angan-angan je ni.....mana tahu jika Allah izinkan pulak, tidak mustahil ....Insyaallah ). Seperti mana juga apabila selalu membaca tulisan Dato', saya merasakan Dato' juga mempunyai pemikiran yang berbeza dari juak-juak UMNO yang kebanyakannya (80% ), sombong dan rakus.

Bagi saya kemenangan di Galas ini BUKAN KEMENANGAN BN sebenarnya, tetapi KEMENANGAN KU LI!!

Anonymous,  5 November 2010 at 09:51  

Dato' GALAS menang kerana KU LI. Orang PAS pun kalah dengan kehadiran KU LI malahan dari awal lagi.
KU LI kalau jadi PM di yakini akan dapat mempertahankan BN/UMNO dalam PRU akan datang.
Jadi apa lagi orang UMNO, tendang lah Pak Jibby yang lemah tu dan ramai ramai usung KU LI jadi PM. Orang dari PKR pun akan ramai masuk UMNO. Rasa nya orang DAP pun akan masuk UMNO.
It is crystal clear of the quality of a leader in KU LI and that is what the nation needs now.
Too many kaki bodeks and incompetent nincompoop in UMNO lah yang membuat orang meluat.

Anonymous,  5 November 2010 at 10:07  

Salam Dato',

Memangnya kemenangan PRK DUN Galas tidak boleh dianggap sebagai satu petunjuk bahawa rakyat negeri Kelantan sudah berubah dan akan menyokong UMNO/BN dalam PRU akan datang.Namun ianya telah memberi satu iktibar dan gambaran bahawa harapan menawan semula Kelantan adalah cerah jika pemimpin yg dilantik dan dipertanggungjawabkan untuk tugas itu cukup berwibawa,berhemah,bijaksana dan dihormati semua.

Kehadiran pemimpin sedemikian awal-awal lagi akan menaikkan semangat,rasa yakin dan meningkatkan keazaman para pengikut dan penyokong untuk mencurahkan tenaga dan sumbangan untuk mencapai kemenangan.Pada masa yg sama ianya akan mengerun dan mengugatkan keyakinan pihak lawan.

Kewibawaan dan keperibadian yg lohor pemimpin tersebut yg mewujudkan rasa hormat dan segan dikalangan pengikut dan penyokong akan tersendirinya dapat memudahkan usaha untuk mendamaikan puak-puak yg bersengketa dan meyatupadukan semua ahli-ahli dalam parti.Apabila semua ahli seia dan sekata,patuh dan taat kepada ketua dan setia kepada parti maka segala kerja dan usaha untuk mencapai kemenangan akan menjadi cukup senang.Dengan menggunakan stretegi dan pendekatan yg sesuai dan betul yg dilaksanakan dengan penuh bijaksana dan dikawal rapi,dalam keadaan sekarang dimana pihak lawan didapati banyak membuat kesilapan,kemenangan hampir pasti berpihak kepada BN.

Tokoh yg terbaik yg dianggap mempunyai kewibawaan dan karisma untuk memikul tanggungjawab menawan semula Kelantan ialah tidak lain dan tidak bukan TRH.PRK DUN Galas telah membuktikannya.

Askar Tua

1Portal untuk 1Malaysia 5 November 2010 at 12:32  

"Setelah Batu Sapi, jangan batu api."

Sam PPuteh 5 November 2010 at 15:41  

Dato'.
Kita disini bercakap bahasa rakyat, pemimpin bercakap bahasa dewa, mana nak sama. Kalau pemimpin dan ketua2 cawangan umno jujur dan ikhlas dah lama Kuli jadi PM mentadbir negara. tapi apa jadi?.. itu lah melayu umno. masa berkuasa akan ditatang, masa jatoh pakat2 pijak..

Lihat di dada-dada akhbar suara-suara pemimpin umno, Menang di Galas, kebangkitan umno dan kejayaan transformasi PM, tapi kalau kalah semalam hhmmm tentu dikata riwayat politik Kuli dah tamat, pengaroh Kuli dah padam...

Kalau tak silap mana ada ucapan terima kasih dari PM & TPM pada Kuli dan kaedah pendekatan Kuli yg patut di contohi.. Kenapa??>> Politik bang, nanti naik pula Kuli yang dah senja yang hampir hilang ni...hahahaa.. tinggallah Kuli bersendirian selepas ini. Tak caya?? Lihatlah nanti.

sniper,  5 November 2010 at 16:04  

Come on lah. Ini Pilihan Raya Kecil dan semua tenaga dan jentera boleh di fokuskan cuma ke dua tempat sahaja - Galas dan Batu Sapi.

Mahyudin pun boleh breakfast kat Batu Sapi, lunch dan tea kat Galas dan dinner kat Batu Sapi semula.
No hal. Tak kena masuk hospital pun

Cuma kali ini tak ada sarkas dollah yang datang kecuali beruk KJ saja.

Tapi pada saya, undi orang Asli dan Cina yang banyak membantu. Undi Melayu tak berubah pun. penyokong Umno dan Pas tetap maintain

Tahniah pada Ku Li, MCA, Kesedar dan JHEOA sahaja.

Umno kena kerja lebih kuat nak tarik undi melayu.

Jangan tidor lagi.

Anonymous,  5 November 2010 at 16:23  

Sedih atas kemenangan BN. Tak tau berapa juta sudah digunakan untuk rasuah dikedua2 PRK itu.

Malulah pengundi yang buta mata.

Anonymous,  5 November 2010 at 17:16  

Ya betul lebih2 lag cara idola awak KJ berkempen! Chief konon! Terpekik terlolong dengan pemuda pemuda pengampu ikut bontot dia. Zaman KJ dah berlalu, hah!

Anonymous,  5 November 2010 at 18:04  

teguran Dato' SM-AK47 tu ikhlas supaya UMNO/BN tidak bangga diri atau lupa daratan dgn kemenangan berganda ni.

yg tetiba timbul satu dua komen yg baunya kuat batu api tu tak faham maksud la tu.

ataupun barangkali kaki komen tu tengah panas punggung, hati gundah sbb kalah dan tak dapat terima hakikat tewas?.

Anonymous,  5 November 2010 at 21:01  

Know why Chinese and Asli votes? MONEY !

Got money got talk . No money no talk .. heheheh

BY GE13 ... not so much money goes around lah... not RM1000 or RM250 each .

So still open question.

Good for BN to feel syiok ...

Orang Skudai,  5 November 2010 at 21:28  

Jika BN kalah di Galas adakah TRH akan dipersalahkan? Jika PAS menang adakah BN akan berdiam diri?

Khun Pana aka johanssm 5 November 2010 at 23:50  

Bn selalu buat projek besar-besar , buat masjid baru dan berjanji bina jambantan di setiap pilihan raya kechil.
Kalau Adun / MP tak mati memang tak ada projek kecuali projek potong rumput dan bersihkan longkang.

Di Galas pon ada janji buat projet rumah harga bermilion-milion.
Ini semua tidak dirancang.
Tapak Tanah di mana pon belom tahu.
Bolehke Bn menang tanpa sebarang projek semasa pilihan raya kechil?
Dan mampu ke Ku Li dapatkan wang minyak kembali ke bumi Kelantan?

Menang mesti ada makna .
Kalau tidak, ini akan jadi menang sia - sia.
Tahniah kepada Ku Li.

bat8 6 November 2010 at 01:07  

Dato,

1. Kemenangan di Galas adalah kemenangan peribadi Kuli dan kemenangan penduduk-penduduk Galas yang selama ini dari segi pembangunan sama dengan kawasan parlimen yang dimenangi oleh pembangkang.

2. Kuli bertindak bijak apabila menerima perlantikan sebagai pengarah PRK Galas. Tentunya beliau telah membuat "bargaining" dengan Najib sebelum menerimanya.

Bezanya Kuli dengan yang lain, beliau tentunya banyak meminta habuan untuk rakyat Galas berbandiing dengan orang lain.

3. Kemenangan Kuli ini sebenarnya adalah kemenangan "win-win" bagi semua stakeholders: UMNO(Baru),Kuli, PAS dan rakyat Kelantan. Keenagan KUli ini adalah unik, one off dan unrepeatable dilain-lain tempat atau hatta di galas sendiri dimasa depan.

4. Yang lebih penting dengan kemenangan ini adalah untuk melihat bagaimana kah kedudukan Kuli dlam percaturan politik UMNO(Baru) selepas ini. adakah ibarat tebu, habis madu sepah dibuang?....time tersepit dilain kali, baru datang cari Kuli lagi

Btw, ramai orang yang risau sekiranya Kuli kalah termasuk saya dan ramai kengkawan termasuk yang menyokong PAS. PAS Kelantan juga faham hakikat ini- its beyond politic lah.

bat8

man gunung,  6 November 2010 at 13:37  

KJ and UMNO Youth did a lot of work, why you never credit them? Look at Batu Sapi too.

Anonymous,  6 November 2010 at 17:17  

ya kalau kuli jadi presiden bn , pakatan terancam ! dari penyokong setia pakatan

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP