Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Wednesday, 6 October 2010

Selamat pulang Ku Li.








Ku Li- bade kuat, serupo gagah

Tengku Razaleigh Hamzah akan pulang ke tanah air pada sabtu ini. Dia di jadualkan tiba di KLIA pada pukul 7 pagi. Sahabat saya, Aspan Alias yang menjadi penyokong setia ku li sejak zaman dulu dulu lagi, tidak akan menanti ketibaan tersebut. Dia akan tidur kembali sesudah subuh.
Tambahan pula, kata Aspan, ramai muka tembok dan mamat UMNO yang lain sudah merancang menyambut Ku Li. Maka lebih elok, orang seperti kita berundur ke belakang. Sekurang kurang nya, kita dapat mengenal pasti muka muka hipokrit dalam UMNO.
Saya tidak fikir Ku Li akan merasa tersinggung jika Aspan tidak berada di KLIA. Saudara Lokman dan Tuan Hj Ridhuan akan berada disana. Jika selalu nya Ku Li keluar masuk KLIA secara incognito, kali ini dia kembali dengan sambutan yang luar biasa.
kali ini, selain dari orang orang yang kita sebut diatas, kepulangan Ku Li mungkin di sambut oleh ramai orang. UMNO Kelantan yang di ketuai Mustafa Mohamad di katakan akan menanti ketibaan Ku Li. Mus akan mencium tangan Ku Li. Mustafa Mohamad adalah KETUA PERHUBUNGAN UMNO Negeri Kelantan akan mencium tangan Ku Li, seorang KETUA BAHAGIAN.
Yang hendak di lakukan oleh Mus dan Teuku Adnan, adalah perlakuan yang sangat sangat un-UMNO. Perangai UMNO yang 'second nature' ialah melupakan jasa pemimpin nya yang terdahulu. Perangai yang kesemulajadian ke2 ialah mengenepikan orang. Maka, sebab itu, perangai Mustafa Mohamad dan pimpinan UMNO yang lain, saya katakan sebagai perlakuan yang luar biasa. Hipokrasi ialah second nature kepada majority pimpinan UMNO.
Beberapa bulan lalu Ku Li adalah pemimpin UMNO yang hampir di pecat dari UMNO. Hampir semua warga UMNO menuduh Ku Li sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti UMNO.
Kenapa ada perubahan drastic ini? Saya tidak fikir perasaan menyampah kepada Ku Li sudah bertukar menjadi kasih sayang. Ini bukan perlakuan tipikal orang UMNO. Orang UMNO bersetia kepada yang memegang kuasa yang boleh memberi imbuhan. Ku Li yang tidak ada kuasa, boleh beri apa kepada mamat2 UMNO?
Jadi suara suara yang sekarang ini berdendang sayang memuji Ku Li, bukan melakukan nya kerana mereka sayang kepada Ku Li,. Mereka lakukan kerana demikian lah isyarat dari pemimpin tertinggi UMNO. Najib, Muhyidin dan naib presiden yang lain.
Dan isyarat yang muncul dari gunung Putrajaya ialah UMNO boleh menang jika Tengklu Razaleigh Hamzah di beri peranan yang penting. Seperti menjadi pengarah pilihanraya DUN Galas dan mungkin juga sebagai calun ADUN.
Ini transformasi yang lebih besar dari transformasi kerajaan atau transformasi ekonomi. Transformasi dari melihat Ku Li sebagai duri dalam daging kepada Ku Li sebagai penyelamat air muka UMNO. Dan UMNO hanya mampu mengiktiraf stature Ku Li dengan menawarkan peranan sebagai Pengarah pilihanraya dan jika Ku Li mahu, jadi calun lagi baik. Dan seperti juga mana mana idea Presiden UMNO, idea mengiktiraf Ku Li besar kemungkinan hanya untuk sementara untuk political expediency.
Tetapi suara suara yang sekarang ini yang memuliakan Ku Li, hanya beberapa bulan yang lalu mengutuk Ku Li sebagai mengkhianati perjuangan parti. Parti UMNO kata Kelantan( yang majoriti nya Melayu) tidak layak dapat royalti minyak. Tapi kalau wang ehsan boleh. Bila kita terima wang ehsan, ertinya, kita adalah kumpulan yang di jaga, yang memberi pula adalah penjaga.
Cara ini tidak di terima oleh orang Kelantan. Ku Li sebagai tokoh UMNO yang bermaruah tidak dapat terima cara ini. Orang yang mempunyai harga diri dan maruah, tidak boleh menerima peraturan seperti ini. Bila Ku Li kata orang Kelantan berhak menerima royalti dan bukan pemberian ehsan, ini bererti Ku LI sebagai orang UMNO mempunyai maruah. Si mamat UMNO yang memutar belitkan faka tidak ada maruah.
Makanya, selain dari isiu siapa calun dan siapa pengarah pilihanraya kecil DUN Galas, isiu nya ialah soal maruah dan harga diri.
Kita semua tahu Ku Li adalah orang yang setia kepada UMNO iaitu UMNO yang di lihat sebagai suatu ideal dan UMNO yang memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan negara.
Sebagai sorang yang setia kepaa UMNO, saya tidak fikir bahawa Ku Li akan membelakangkan parti UMNO. Dia akan menerima kemahuan parti untuk dia menjadi pengarah pilihanraya. Tapi saya juga yakin yang Ku Li akan menerima nya diatas terms dia sendiri. Dan saya rasa sebahagian dari terms Ku Li ialah membenarkan Ku Li menjanjikan pemberian royalti minyak kepada Kelantan.
Kepentingan rakyat Kelantan menerima wang royakti melepasi kepentingan kepartian. Saya rasa jika Ku Li di benarkan menyatakan jika UMNO di beri kemenangan di Galas, Kelantan akan terima wang royakty, maka saya rasa siapa pun calun BN/UMNO di Galas akan menang. Dan penyokong Ku Li akan melihat penerimaaan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya sebagai konsisten dengan perjuangan nya mendapatkan wang royalty minya untuk negeri Kelantan.
Dalam keadaan UMNO kemaruk untuk dapat satu kemenangan, jika Ku Li meletakkan terms seperti ini, saya rasa UMNO akan terima. Dengan cara ini, Ku Li akan membuktikan konsistensi perjuangan nya, dan UMNO pula, jika bersetuju member royalty minyak, akan membuktikan UMNO meletakkan kepentingan orang Melayu sebagai perjuangan teratas.PAS pula boleh menarik diri dengan menyatakan bahawa mendapatkan royalty minyak sebagai hak adalah lebih besar dari mengambil bahagian dalam pilihanraya GALAS.

16 comments:

Anonymous,  6 October 2010 at 09:07  

Yes Dato', if not why not and let's get the royalty for the people of Kelantan. The money must be with the state government free from any federal hidden hands.
PAS must hold the ground and no money no talk. It is for the benefit of the people of Kelantan and not for any political expediency.
Bravo! gua salute you la Dato'

bat8 6 October 2010 at 09:16  

Dato,

1. Kuli has to think hard and deep before he decides anything. But with his stature as a statesman, elok sahaja dia decline tawaran UMNO(baru) yang desperado.

2.Kerana saayangnya Kuli kepada perjuangan UMNO dan bangsa melayulah, Kuli patut decline permintaan dari mat-mat muka tembok dan mat-mat tamak haloba ini.

kredibiliti Kuli sudah cukup untuk menghadapi cercaan mamat-mamat muka tembok dan tamak haloba ini sekiranya beliau menolak permintaan mereka. Nothing worse gonna happened to him much worse than how is treated thus far.

3. As for kebenaran untuk menjanjikan/ mengatakan sesuatu tentang royalti minyak - itu bukan isunya. Kelantanese dah masak dengan janji-janji UMNO(Baru). Dont think they will fall for it anymore. I think UMNO(Baru) hanya boleh tipu ahli-ahlinya sahaja dalam isu ini.

4. remember, pengndi-pengundi galas may be agak simple. tetapi anda kena ingat, anak-anak mereka yang bekerja diluar daerah atau negeri boleh mempegaruhi ibu bapa mereka.

This time round, tak kira Kuli ke tak Kuli, bawak isu yang cuba menipu, UMNO(baru) akan lingkup.

bat8

ps: Btw, dengar kata, salah satu sebab Muhyidin takmo jadi pengarah PRK Galas, kerana pengundi-pengundi DUN Manek urai berpakat ramai-ramai nak pi serbu dan tuntut janji dia tempohari. dengar kata, selagi tak tunai, Muhyidin takleh balik kl....hahaha ( Dengar-dengar cerita la.....)

Anonymous,  6 October 2010 at 10:07  

Dato

I hope Ku Li will b nexi Malaysian PM after Najib.

wawa

Anonymous,  6 October 2010 at 10:13  

UMNO is 'bastardizing' the Galas by-election.
Anyway this the only language UMNO knows.
Wonder Ku Li realizes that they are making a fool out of him.

Quiet Despair,  6 October 2010 at 10:18  

Hahahehehuhu

Welcome to the culture of UMNO, Tuan Tuan and Puan Puan.
Benci tapi rindu. Boleh ketepikan orang, boleh lupakan orang.
Boleh jilat balik ludah sendiri.
Jangan lupa Sak. Dah tentu ada Bungga Mangar dan TV3. Rasanya ada ke red carpet?
KuLi must be laughing till peeing in his pants. "Hey guys. easy does it.
"I am your regular MP. A never have been PM. Why the fuss."
"No big deal really. Just Galas."
After this I will again be a nonentiy MP. And a DUN, if I want too.'
Besar price tag tu. Kelate dapak pitih royalty minyok.
Yang sebenarnya kerajae yang keno Galaeh, nak dapat Galas.
Pandae lah Awe klate ni.
While waiting to watch TV3 on Saturday in the comforts of our home, marilah nyanyi lagu Berdendang Sayang, nyanyian si anak muda.
Masa yang lalu
Tak usah dikenang
Jika dikenang
Air matapun berlenang
tralala.

Rovin Hood 6 October 2010 at 10:23  

Teuku Adnan ? Sounds like a foul word .... typing error kot.. :-)

It appears to me all "good" UNMO people are sidelined.... "used" only when favorable situation arises.

Bleacher,  6 October 2010 at 10:59  

Heh...teringat pada kemuncak pucuk pilihan UMNO dulu di mana KuLi bertanding, RTM 2 secara tak "perasan" menayangkan cerita Pontianak Dari Gua Musang. Mungkin RTM boleh tayangkan pada pemilihan Galas nanti untuk menarik pengundi.

http://www.youtube.com/watch?v=0uyJIwaQPtI


Pasti KuLi tak lupa

tupingera 6 October 2010 at 11:25  

Ha! Ha! succinctly put...umno ingat nak trap ku li....ku li pusing trap umno..apa2 pun janji rakyat kelantan dapat duit royalty bukan wang ehsan

Anonymous,  6 October 2010 at 11:47  

Dato'

Satu cadangan yang baik, tetapi saya rasa UMNO tidak akan terima cadangan Ku Li supaya wang minyak dipulang kepada Kelantan untuk mempastikan kemenangan di Galas.

Wang minyak dalam tangan kerajaan Kelantan akan merumitkan usaha-usaha UMNO menguasai negeri itu.

Anonymous,  6 October 2010 at 12:00  

Kalau janji menang, Kelantan dapat duit royalti rasanya tak perlu Ku Li jadi pengarah atau calon. Mana2 calon UMNO, hatta yang fail UPSR pun boleh menang. Mungkin Pas beri walkover.

Wang royalti lebih penting bagi rakyat Kelantan. Tak payah susah2 orang UMNO nak jadi hipokrit sambut Ku Li. His stature is too high for majority of the UMNO people. I don't think UMNO will accept this terms.

Suci Dalam Debu 6 October 2010 at 13:57  

Sir,

They just want to use Ku Li because they are desperados. Is Ku Li a desperadoo too?

Ku Li , if he accepts, will be just like Habis madu sepah dibuang, sooner or later.

Hakiman,  6 October 2010 at 14:16  

Well said, Dato Sak

UMNO hypocrites on display in KLIA

syedhs 6 October 2010 at 14:36  

Hampir semua artikel blog saya baca, ada point yang saya sangat setuju, kurang setuju atau tak setuju. Ada juga sebahagiannya saya tak setuju, tapi sebahagian yang lain saya setuju.

Tapi this artikel - saya setuju semua sekali! Straight-forward and clear message. Dan sekarang.. saya wonder.. kalau depa dok baca blog2 artikel ni.. nak tak depa pi sambut Ku Li gak kalau sebelum ni dok mengata dia.. ha ha

bat8 6 October 2010 at 17:28  

Dato'

1. Sebenarnya kalau Bereheng Ali ni benar-benar berjuang menjaga hak keistimewaan orang melayu, dia tak payahlah pergi jauh.

2.Disini tak cerdiknya Bereheng Ali. Sebenarnya, dia boleh jadi hero dan juara yang memperjuangkan hak royalti minyak rakyat kelantan. Semua aspek artkle 53 tu ada dalam kes royalti minyak kelantan ni.

Bayangkan bagaimana harumnya nama Bereheng Ali dimata rakyat kelantan jika dia berjuang atas isu ini. Hayat politiknya disini...bayangkan bagaimana hayat politiknya yang dah disahkan mati boleh hidup balik....

TAPI DISINILAH BODOHNYA BEREHENG....DIA SAMA-SAMA NAIK PENTAS DENGAN STOPA MOHAMAD DAN AWANG ADEK NAK TIPU RAKYAT KELANTAN!

Anonymous,  6 October 2010 at 18:28  

Salam Dato',

Jika Mustafa Mohamad akan mencium tangan Ku Li sebagai Dato' ramalkan itu,ianya jelas membuktikan bahawa Mustafa Mohamad telah mengitiraf dan memperakui bahawa Ku Li adalah seorang pemimpin UMNO yg lebih berwibawa,berkaliber dan berpengalaman daripada beliau sendiri.Berdasarkan kepada hakikat itulah dan juga mungkin kerana beliau terlampau inginkan khidmat Ku Li,Mustafa Mohamad terpaksa merendah diri bertindak demikian.Pada zahirnya perbuatan itu menampakkan satu penghormatan kepada seorang pemimpin veteran yg cukup berjasa kepada parti dan negara.

Dengan semangat dan penghormatan yg luhur inilah saya kira amat wajar dan tepat jika Mustafa Mohamad dengan rela hati menyerahkan jawatan Ketua Perhubongan UMNO Negeri Kelantan serentak dengan penyerahan tugas pengarah pilihanraya kecil DUN Galas kepada Ku Li.

Tindakan itu pastinya akan membawa satu impak yg besar terhadap usaha UMNO/BN merampas semula Negeri Kelantan.Jika perkara ini tidak berlaku,dalam keadaan sekaran,memang amat sukar,mungkin agak mustahil bagi UMNO merampas kembali negeri Kelantan.

Askar Tua

Anonymous,  17 October 2010 at 16:55  

Sedikit teguran:
"di" untuk kata kerja tidak sepatutnya dijarakkan.

contoh: di beri -> diberi

Hanya dijarakkan jika menunjukkan arah, masa, keadaan, kedudukan.
contoh: di siang hari; di tepi jalan.

Cintai Bahasa Kebangsaan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Oktober 2010.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP