Bagaimana perang di Galas di jalankan-1?
Galas- a PAS territory?
the Razaleigh Factor?
Bila kita menyeberang sahaja kedalam sempadan Kelantan melalui kampong Merapoh dalam daerah Kuala Lipis Pahang, penglihatan kita di hujani dengan deretan panji panji bendera PAS. Maka dari segi pemasangan dan bilangan bendera, kita merasakan ini daerah PAS.
Hati kita gabra dan menggelabah jika kita sudah accustomed dan biasa kepada pendekatan heavy artillery BN/UMNO. Kita tahu cara biasa UMNO/BN dalam PRK- seluruh jentera datang berkampung dengan membawa budaya mereka. Dengan vest dan walkie talkie, dengan fleet pacuan 4 roda dan sebagainya, anak muda dengan motosikal, puteri UMNO dengan cara meraka. Pendekatan tersebut adalah untuk overwhelm the enemy.
Tapi, cara yang demikian tidak selalu nya berjaya. Di setengah tempat cara yang demikian menimbulkan kemarahan pengundi tempatan. Seperti di DUN Galas. Tidak ada banyak benda yang kita boleh lakukan kerana, majority pengundi sudah pun set their minds. Kalau kita terlalu berlebih, apatakah lagi kita orang luar, ianya mungkin mendatangkan kesan negative.
Kemudian, kita mesti faham enemy kita. Ini mountain yang tidak bergerak. Mereka bukan macam parti PKR yang mempunyai budaya politik lebih kurang UMNO dan BN.
Kita hanya akan mendatangkan kesan negative jika kita menyerang orang dengan cara maki dan hamun dan memberi gelaran jijik kepada pihak lawan. PAS sendiri sudah tidak menaungi cara yang sebegini.
DUN Galas tidak memerlukan pendekatan heavy artillery dan cara aggressive. Itu sebab nya, pimpinan tertinggi UMNO dan BN merasakan lebih bijak untuk menyerahkan strateji menawan Galas kepada Tengku Razaleigh Hamzah.
Bagaimana Ku Li mendekati PRK Galas? Saya hanya boleh menyatakan bahawa dia menggunakan cara gerak saraf berbanding dengan open warfare. Dia telah melakukan khidmat keatas kawasan ini selama 40 tahun. Daerah Gua Musang hampir besar dengan negeri Selangor. Perjalanan ke sini bukan lah mudah. Saya mendapat tahu ada seorang ahli parlimen DAP, muntah dek jauh nya perjalanan ke Gua Musang.
Bagaimana kita handle situasi seperti di Galas? Cara nya ialah dengan melakukan banyak leg work. Leg work memerlukan kerja yang konsisten dan kerja kuat. Ianya tidak sesuai dengan kaedah blitzkrieg jentera UMNO/BN yang konvensional. Untuk menang DUN ini memerlukan khidmat leg work yang extensive dan stamina pelari jarak jauh. Itu sebab nya, strateji yang di jalankan oleh Ku Li nampak nya mendatangkan kesan yang lebih berfaedah.
Dan kepada mereka yang ada pengalaman, bilangan bendera bukan ukuran pengaruh dan penguasaan. Bendera boleh saja di pasang oleh anak anak muda yang di beri upah. PAS bukan lah parti yang tidak terdedah kepada amalan membayar upah kepada anak muda memasang bendera bendera mereka.
Saya menyatakan kepada rakan rakan saya, jangan terlalu rungsingkan fikiran dalam hal ini. Mungkin ini ada kaitan dengan pendekatan pengarah pilihanraya BN DUN Galas- Tengku Razaleigh Hamzah. Dia mahukan PRK Galas di jalankan sebagai suatu peristiwa low key atau low key affair. Ini pilihan raya kecil untuk memiih ADUN untuk paling lama, 2 tahun sahaja sebelum kita berdepan dengan PRU.
Jumlah pengundi berdaftar dalam DUN Galas ialah 11,553 termasuk 127 undi pos)
Komposisi pengundi seperti berikut: Melayu (7,125 atau 61.7 %), China (2,317 atau 20.06 %), India (185), Orang Asli (1,889) and orang Siam seramai (10).
Terdapat 25 saluaran mengundi di 13 pusat mengundi. Undian akan di lakukan pada Polling: Nov 4, 2010
Pusat kiraan undi akan di lakukan di Dewan Pusat Sivik Gua Musang, Jalan Pesiaran Raya, Gua Musang. Tempat ini berada di hadapan hotel kecil yang saya tumpang.
Bagaimana kah kesudahan scenario PRK Galas?
4 comments:
Dato',
I am looking forward to reading more postings from you from the battle front as I am now in KL attending a function in UPM Serdang. Being on the ground, your take will be pretty accurate. Have fun while you are there.
Dato sak,
Saya mengaku bahawa saya agak jarang mengikuti perkembangan politik tanah air. Mungkin kerana menganggap ianya agak memualkan. Tetapi saya pasti ada di antara rakyat jelata di mana mana kawasan parlimen atau DUN ada mengharapkan yg berhormat mereka mati atau meninggal dunia. Ia dapat dilihat di mana mana PRK yg lalu. semua masalah rakyat yg dialami bertahun tahun dapat diselesaikan dalam sekelip mata ketika parti berkempen. sungguh mengelikan hati....
mzr
ku li memang tak pernah kalah di gua musang (dimana DUN galas salah satu dun di parlimen ini)...tapi perlu ingat satu ketika dulu ku li dalam semangat 46 dan calun umno kalah pada ku li pada waktu itu...
orang gua musang bukan sokong umno secara mutlak tapi sokong ku li...
budak bersijilkan SPM calun umno angkuh kata dia tak perlu ku li untuk menang di galas... standard otak calun sijil spm what do you expect...
datuk johari ketua umno bahagian titiwangsa pula kata umno tak perlu sokongan orang india dan cina...amboiiii...
tak lama dah...
Dato'
Kawan saya kata, kempen di Galas AMENO tak dak sukarelawan. Tu pasal manyak main lo.
Kat media perdana, perangai lama oo. kasi hentam habis sama pas. Kalau ubah nanti org kata AMENO buang tebiat plak (umur dah lebih 50 tahun)
Post a Comment