Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Sunday, 3 October 2010

Fatmi Salleh untuk DUN Galas



 

Saya rasa orang yang paling layak jadi calun ADUN di Glas ialah SU Politik PM, iaitu Fatmi Salleh dia adalah ketua UMNO Bahagian Kota Bharu. Oleh kerana peluang untuk Fatmi menang di Kota Bharu dalam kapasiti apa pun sangat tipis dan kosong, maka elok dia di beri peluang untuk jadi ADUN. Dia pun tidak pernah jadi ADUN jadi elok dia di beri peluang supaya rakyat Kelantan dapat menikmati kepimpinan dan perkhidmatan Fatmi.
Tidak perlu kita hendak memaksa Ku Li jadi ADUN Galas. Saya sudah sebut, cubaan ini sama seperti menggunakan kuda lumba untuk menarik kereta lembu. Apabila kita meletakkan pemimpin pada tempat yang tidak kena dengan kapasiti dan kemampuan, nya, ia menunjukkan kecetekan minda kita.
Cuba kita lihat rekod Ku Li. Dalam pertandingan UMNO melawan Dr Mahathir, dia hanya kalah 41 undi. Itu pun keputusan tersebut sangat sangat mencurigakan. Dia juga pengasas parti Semangat 46. Dia bekas menteri kewangan. Dia pengerusi Petronas dan Bank Bumiputera yang pertama. Dengan latar belakang rekod seperti ini, lojik mengatakan Ku Li patut di beri tempat dalam barisan kepeimpinan negara, bukan negeri. Biarlah kepimpinan negeri di terajui oleh orang seperti Fatmi,
Lagi pun jika Fatmi di pilih sebagai calun, dia bukan sahaja membawa diri nya dan menebus kekalahan nya di Kota Bharu, tapi membawa dan mewakili suara PM. Tidak mungkin suara keramat PM tidak laku di DUN Galas? Lagi pun, standard Fatmi hanya sesuai untuk tahap DUN sahaja.
Rakyat DUN Galas jika pilih Fatmi akan mendapat suatu lorong penghubung secara lansung kepada PM. PM Najib pula patut beri peluang kepada Fatmi daripada memberi peluang dia menyibuk di pejabat PM. Bukan kah Fatmi ini kalah sebagai calun parlimen KB dan patut lah di beri peluang untuk berkhidmat sebagai ADUN Galas. Saya percaya, Fatmi dapat menyalurkan 1001 bantuan dan kemewahan kepada rakyat Galas. Beras, kambing, rumah PPRT, lembu dan kerbau, beg sekolah, basikal, atap rumah, kasut dan lain lain.
Ada banyak benda yang tak kena dengan DUN Galas. Pertama, lazim nya, yang menjadi pengarah pilihanraya kecil ialah timbalan presiden UMNO dan TPM. Dia akan di bantú oleh ketua Perhubunan UMNO Negeri. Tidak pernah terjadi Ketua Bahagian menjadi pengarah Operasi. Memang betul, walaupun tidak pernah terjadi, tapi tidak mustahil di lakukan.
Apakah UMNO sudah ketandusan bakat pemimpin sehingga mahukan Tengku Razaleigh jadi calun ADUN? Ini membayangkan penggunaan bakat yang tidak bijak. Pengalaman dan ketokohan TRH sepatutnya di manfaatkan untuk kepentingan di peringkat nasional.
Saya rasa Ku LI tidak perlu membuat lebih dari apa yang sepatut di lakukan oleh seorang Ketua Bahagian. Iaitu memobilisasikan jentera pilihanraya, memastikan kemudahan untuk tukang kempen dari luar di layani dengan baik. Dan seperti di mana mana PRK, biarlah pasukan luar ini yang buat kerja lebih. Pasukan tempatan hanya berfungsi sebagai pemudah cara dan jadi pemandu pelancung.
Peranan Ku Li adalah lebih besar dari peranan ADUN. Dia boleh menjadi suara penyatu suatu caucus- yakni perhimpunan ahli politik yang berstau fikiran melihat keadaan yang berlaku dalam negara kita.
KU Li merupakan satu satu nya pemimpin yang bertaraf negarawan yang di hormati oleh lebih banyak pihak dari mana mana tokoh pemimpin yang ada sekarang. Dia mendapat penghormatan dan sokongan dari non partisan polítical forces. Yang demikian, Ku Li mempunyai potensi untuk di jadikan faktor penyatu kepada tenaga tenaga yang mahu menyelamatkan Malaysia. Saya merasakan lebih elok, kita memanfaatkan Tengku Razaleigh dalam kapasiti ini.
Dan perkara ini patut di teliti dengan halus oleh ahli UMNO sendiri. Jika apa apa berlaku kepada UMNIO yang ada sekarang, sekurang kurang, peluang untukk menyelamatkan UMNO masih ada pada Ku Li. Kita mesti faham perkara ini.

9 comments:

Hakiman,  3 October 2010 at 09:39  

Amat mustahil UMNO akan menang GALAS oleh sebab PAS terlampau kuat di peringkat akar umbi.

Kalau UMNO nak menang, biarkan Ku Li bertanding sekali lagi.

Afif 3 October 2010 at 10:02  

Sebab UMNO rasa orang lain selain Kuli tiada peluang di Kelantan

Anonymous,  3 October 2010 at 10:04  

tak abis2 org umno nak pekena satu sama lain. biarlah ku li kaji senarai calon dan cadang pada kepimpinan parti. ini tidak asyik jatuh menjatuh, cantas mencantas, tikam menikam sesama rakan dan ahli parti aje kerja demo semuo, mcmana nak menang. sudahlah! pergi baca artikel dr hassan ahmad dlm utusan baru ni

Anonymous,  3 October 2010 at 10:43  

Formula matematika

1. Razaleigh = kuda lumba = Calun ADUN Galas (tidak sesuai)

2. Calon ADUN Galas (tidak sesuai) = kuda lumba + kereta lembu;
Calon ADUN Galas (tidak sesuai) = Razaleigh + kereta lembu

3. Calon ADUN Galas (sesuai) = [jentera? / binatang?] + kereta lembu

4. Fathmi = Calon ADUN Galas (sesuai)

5. Calun ADUN Galas (sesuai) = Fathmi + kereta lembu

6. Oleh itu, Fathmi = [jentera? / binatang?]

dua sen,  3 October 2010 at 11:51  

Ustaz Muhyddin Malas, Galas ditawan !

bat8 3 October 2010 at 14:34  

Dato sak,

Adehhh....pedihnya sindiran kat fahmi...hehehe. mengenali fatmi, pucuk dicita ulam mendatang baginya. teringat pula perangai fatmi semasa UMNO(Baru) mula-mula ditubuhkan dulu...dia lah hulubalang tak bergaji yang paling xxxxxxxx(isi tempat kosong sendiri..) sekali.

Rasanya Kuli dah faham sangat sentimen kebanyakan kita mengenai tawaran-tawaran yang dibuat oleh UMNO(Baru)untuk finish him off. Kita tunggulah apajawapannya sekembali ke tanah air pada 9/10 nanti.

Cuma satu kebimbangan, keletihan perjalanan jauh nanti silap hari bulan boleh mengaburkan perspektif beliau....satu trait anak raja.

bat8

Wan Zamzuri Wan Hasenan 4 October 2010 at 01:51  

Lebih baik dan elok letak calon anak tempatan atau dari parlimen Gua Musang. Seperti Dato' Sak bertanding di DUN Tahan tentu digulai oleh orang Tembeling aje nanti.

Fooart 4 October 2010 at 08:55  

Salam Dato'

Saya amat bersetuju dengan pandangan Dato'. Malah saya berkeyakinan Ku Li lebih layak menjadi PM jika dibandingkan dengan Dato Najib. Tapi biasalahkan, UMNO adalah jenis manusia tidak mendengar nasihat. Tidak hairanlah ada ahli UMNO yang jijik atau malu mengaku diri mereka UMNO!!!

Anonymous,  15 October 2010 at 02:47  

Pendaftar Pengundi Baru: BN losing ground

sila baca di:

www.suararakyatselangor.blogspot.com

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP