Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Thursday 14 October 2010

Melayu pun boleh bersetuju untuk tidak bersetuju


 
Saya berjumpa dengan seorang bekas pemimpin kanan kerajaan. Orang nya rapat dengan bekas pemimpin2 tertinggi kerajaan seperti Dr Mahathir, Daim Zainduin dan Tengku Razaleigh Hamzah.
Dia mempunyai banyak cerita dan maklumat yang menarik. Banyak pula telahan politik nya yang tepat. Tahun 2008, dia telah memberitahu Daim Zainudin bahawa BN akan kalah teruk dalam 4 buah negeri. Telahan itu jadi betul.
Tapi tidak sebelum Daim Zainduin di tertawakan dengan di tuduh sebagai orang pencen dan out of touch. Rupa rupa nya, kawan saya ini pembekal maklumat kepada Daim.
Saya tidak ada sebab untuk mensyakki kesahihan apa apa maklumat dan cerita politik yang di kongsikan dengan saya.
Apabila saya melangkah masuk ke dalam pejabat- kenyataan pertama dia sebut ialah apa sudah jadi PM kita? Why is Najib committing political suicide?
Dalam perhimpunan agung MCA, Najib kata orang cina bukan pendatang. Takkan lah Najib kamu hendak bodek Cina sehinga sanggup kata depa bukan pendatang? Tanya sahabat saya ini.
Apa yang Najib sudah lakukan ialah melukakan hati orang Melayu. Benar, orang Melayu tidak lah akan menggila dan menghunus keris. Yang buat perkara demikian mungkin Hishamudin sahaja. Orang Melayu siuman.
Najib akan di pandang sebagai pemimpin Melayu yang condong kepada tuntutan dan kehendak MCA. Dia gagal menyedari bahawa MCA bukan lagi suara orang Cina. Peranan tersebut sudah di ambil alih oleh DAP dan PKR. Maka, deklarasi Najib bahawa Cina bukan pendatang, tidak memenuhi apa apa matlamat. Melainkan memberi Najib ilusi bahawa orang cina akan suka kepada dia.
Najib tidak mahu terima hakikat bahawa orang cina tidak mahu kembali kepada MCA. Dan MCA tidak mampu menawarkan UMNO apa apa. Fakta nya, masyarakat cina yang awal datang ke negeri Tanah Melayu ini adalah pendatang. Pihak British membawa mereka untuk mengeksploitasi potensi ekonomi negara ini. Kita sudah selalu sangat dengar alasan yang di gunakan. Orang Cina rajin, tangkas dan sebagai nya. Mereka boleh di harapkan.
Namun, asal mereka ialah sebagai pendatang ke negara ini.
Tapi hari ini, orang cina sudah menjadi rakyat Malaysia. Ini kita terima. Memanglah mereka bukan lagi pendatang. Mereka rakyat Malaysia yang mempunya hak sebagai rakyat Malaysia. bahkan, oleh kerana mereka 'memiliki' hak tersebut yang di sokong oleh kekuatan ekonomi, mereka lebih ketara dari segi hak dari orang Melayu.
Hak orang Melayu pula ialah hak pemberian ehsan kerajaan. Mentaliti penerima pemberian ehsan ialah tertunduk tunduk dan selalu memita minta.
Tapi hak yang di perolehi melalui usaha dan perjuangan, menjadikan pemilik nya confident dan mempunyai jati diri yang kental. Oang cina boleh mempersetankan kerajaan pimpinan orang Melayu kerana mereka tidak bergantung kepada pemberian ehsan. Jadi, kepada saya bila PM Najib berkata kamu bukan pendatang, ianya adalah suatu perakuan oleh Najib bahawa dia sedar bahawa orang Cina yang sokongan mereka dia perlukan, tidak lagi menganggap pimpinan Melayu releven untuk kehidupan mereka. Kerana itu, Najib kena swallow pride Melayu nya, dan berkata- kamu bukan pendatang. Why was it easy for Najib to say that? tanya sahabat saya? Mungkin kerana Najib itu sebenarnya kurang Melayu nya. kata sahabat saya.
Tapi apakah faedah yang dia akan dapat dengan berkata demikian?
Kepada saya ini tidak perlu. Pertama orang Cina tidak lagi mahu menyokong BN. Orang Cina tidak lagi menyokong MCA. Untuk memperkuatkan MCA, Najib terpaksa memberi satu konsesi. Konsesi nya ialah deklarasi orang Cina bukan pendatang. Dengan itu, MCA boleh goreng masyarakat Cina bahawa mereka sudah mendapatkan pengiktirafan dan konsesi. Dan Najib memberi lagi perkara yang lebih besar kesan nya- kebebasan untuk pimpinan MCA to openly contradict UMNO.
What Najib has done is to embolden MCAs Chinese chauvinism. He has shown he is weak and UMNO is weak. Dia tidak tahu cara menyelesaikan kelemahan ini. Dr Mahathir sekurang kurang nya tahu. Dia sedar bahawa penyelesaian nya ialah ekonomi. Cara Najib ialah biarlah orang lain menyelesaikan masaalah nya. Masaalah PR di kontrakkan keada APCO. Masaalah pemikiran ekonomi, di kontrakkan kepada McKinsey. Masaalah politik? Minta tolong MCA. Bagaimana MCA yang hampir lemas itu membantu UMNO?
Point nya, kita tidak lagi boleh memperolehi keyakinan orang cina dengan cara berlembut dan tidak bertulang belakang. Orang cina sedang melihat pimpinan UMNO kian hari kian kurang releven kepada mereka. Mereka mahukan pimpinan UMNO yang kuat dan tegas. Setakat ini Najib gagal memberi pimpinan yang demikian.
Sebab itu, mereka boleh kata di depan muka PM Najib, kita bersetuju untuk tidak bersetuju. Jika Najib mempunyai tulang belakang politik, dia kena singkir MCA dari BN dan dari memegang kuasa politik. Kemudian kita akan tengok, sejauh mana MCA mahu bersetuju tidak bersetuju. Najib mesti tunjuk bahawa bila Chua Soi Lek kata kami sudah bersetuju untuk tidak bersetuju di hadapan muka Najib tanpa tata susila lagi, Soi lek mestilah sedia menerima bahawa orang Melayu juga boleh setuju untuk tidak bersetuju.
Just as we can save MCA by letting MCA be MCA, kita selamatkan UMNO by letting UMNO be UMNO.

Dan kenapa Najib mebiarkan orang orang nya membedal Utusan Malaysia? Utusan sudah sinonim dengan perjuangan orang Melayu dan UMNO. Membedal Utusan sama seperti menembak kaki senidri. Biarkan Utusan menyurakan suara hati orang Melayu. Jika Najibn mahu censor Utusan Melayu, maka dia juga mesti bersedia untuk censor Sin Chew dan China Press.
Jadi, saudara- tanya saya, bagaimana kesihatan politik negara kita dan bagaimana kesihatan politik UMNO?
Tanpa kerlipan mata pun, sabahat saya menyatakan- UMNO akan kalah. UMNO akan hanya dapat Perlis, Johore, Melaka dan Pahang. UMNO dan BN akan hilang banyak kerusi parlimen.
Dan jika UMNO kalah, ia akan mengambil masa yang lama untuk pulih. UMNO tidak ada pengalaman sebagai pembangkang. Pembangkang latih pengikut mereka bersengsara. UMNO tidak. Orang UMNO tidak ada semangat sukarelawan- voluntary spirit. Mahu dengar ceramah, kita kena bayar. Orang terpaksa di angkut. Makanan mesti disediakan. Budaya seperti ini tidak mampu mempertahankan UMNO jika parti UMNO kalah.
Bilakah keadaan ini berlaku? Bila PRU ke-13 datang, kata sahabat saya.
Di masa terdekat pula, apa mungkin terjadi? Di masa terdekat- mungkin ada hung parliament. Dan bila ada hung parlaimen, position Najib sebagai PM tidak lagi tenable.

14 comments:

Anonymous,  14 October 2010 at 20:10  

"Orang cina sedang melihat pimpinan UMNO kian hari kian kurang releven kepada mereka"

Bukan cina sahaja bahkan orang melayu jugak
sebab itu UMNO akan kalah

OneMalaysian,  14 October 2010 at 21:43  

Dear Sakmongkol

History tells us that countries rise and fall, and so do empires. It should not surprise us then, if we look at politics with a sufficiently long time horizon, that the fortunes of political parties too would wax and wane. This is in the natural order of things. When one goes down, another rises in its place. This happens at the will of the people.

So when UMNO or any party for that matter, including the MCA, becomes irrelevant, another party will take its place. As for the MCA, its time is up. As for UMNO we will have to see at GE13. But don’t be too sentimental. The people are not stupid; they will vote who they think can best serve their interest. When they are taken for granted, while their leaders and/or their cronies enrich themselves, the day of reckoning just gets nearer.

What might take the place of UMNO/BN? Interesting scenarios can come up if we should have a hung parliament. There will be a realignment of political forces. It might not be the BN or PR that will rule but could be some hybrid of the two. But it would be a safe bet that Malay leadership will remain as the constant whatever might be the eventual political configuration. So relax.

Anonymous,  14 October 2010 at 22:10  

"Najib kata orang cina bukan pendatang, melukakan hati orang Melayu" ????

....nasib baik 'bekas pemimpin kanan kerajaan' sudah jadi bekas/pencen, kalau tidak negara kita ni akan jadi kucar-kacir dengan adanya pegawai yg berfikiran sempit macam 'bekas pemimpin kanan kerajaan'!! agaknya dah kena BTNed kot !!

Rakyat makin hari makin benci UMNO sebab UMNO ni kuat rasuah, kuat kelentong rakyat !!

Anonymous,  14 October 2010 at 22:14  

Secara semulajadi saya tidak menyokong UMNO atau secara umumnya kedua2 Pakatan BN ataupun PR.
Tetapi jika ada sebuah parti nasionalis melayu baru yg dapat memberi definisi baru kepada kebangsaan melayu dengan memasukkan orang Iban, Dusun, Kayan, Kelabit, Murut dan sebagainya sebagai MELAYU SEJATI; saya akan menjadi penyokong kuat Parti tersebut. Itulah hakikatnya, definisi melayu di Malaysia adalah bertentangan dengan definis antropologi; hatta orang peribumi Taiwan pun adalah sebenarnya orang Melayu.

Bagaimanapun, pada PR13 nanti; saya akan berusaha pulang ke KEDAH dan saya akan memberikan undi saya kepada PAS; kerana saya tidak mempunyai pilihan yg lebih baik dari itu. UMNO sudah tidak relevan; mereka telah mengkhianati perjuangan kebangsaan melayu dengan menjual kepentingan melayu kepada orang2 Cina semenjak tahun 1957 lagi. Banyak bukti boleh menunjukkan pengkhianatan ini yg tidak payah dibincangkan dalam ruangan yg terhad ini.

Anonymous,  14 October 2010 at 23:51  

Salam Dato,

jangan lah harap kan si najib ni. dia mana pernah berjuang, semuanya d bagi percuma. Easy come easy go, macam Pak Lelah juga.

Orang macam ni mana tau malu...baik kita tendang saja.

Saya cadangkan RPK to take over and overhaul UMNO.

Confuseus

Anonymous,  15 October 2010 at 00:32  

Kalau itu la yang terbaik, bak kata NIKE, Just Do IT !.Kick em out lah dato.Buat apa kita nak gendong biawak hidup? Those goons are a liability.Simpan aper lagi?Remember the last time around when the sodomy 1 aka reformasi problem sprung up? those goons put us at ransom.Demanded lots of things and got away with it.Dont let history repeat itself.Its now or never.

Anonymous,  15 October 2010 at 01:12  

umno hanya utk melayu miskin .... miskin jati diri dan miskin budi ... kayanya hasil rasuah ... sombongnya hasil membodek .... umno baik mati dari menyusahkan terus orang melayu ... menggadai hak kami dan hak anak2 bumi ini ... umno bangsat penhkianat bangsa

Ahmad 15 October 2010 at 01:50  

Inilah akibatnya apabila terlalu mengharapkan undi kaum cina, habis digadaikan hak orang melayu semata-mata untuk mengambil hati kaum ini. Dalam keadaan Najib asyik membeli dan meletakkan undi kaum cina amat mahal dan bernilai pasti kaum cina akan menjauhkan lagi diri dari BN untuk meningkatkan lagi harga undi mereka. Dalam keadaan Najib harus sudah walau apa pun yang beri hatta bini sendiri mereka tetap tidak akan sokong BN. Bukan kerana BN tidak bagus tetapi pemimpin UMNO yang mengetuai BN yang bodoh dan boleh dipergunakan untuk memenuhi cita-cita mereka.Orang melayu pula melihat mereka ditipu oleh pemimpin BN. kerana sokongan mereka BN berkuasa tetapi hanya kaum cina yang mendapat faedahnya, orang melayu pula haknya makin dikikis. Apabila melayu marah jangan harap Najib akan kekal menjadi PM walaupun kaum cina seperti yang diharapnya akan memberi sokongan kepada beliau. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Tak kisah jika Najib menggali kubur sendiri dengan tindakannya, tetapi masalahnya warisan orang melayu iaitu UMNO juga turut akan berkubur sedangkan UMNO bukan hak milik Najib

Anonymous,  15 October 2010 at 10:09  

Kenyataan pendatang kepada seorang kawan adalah tidak sopan dan biadap walaupun benar. Sama seperti kenyataan melayu malas dan manja atau india mabuk dan suka geleng kepala. Walaupun benar, ia bukanlah satu kenyataan yang patut dikeluarkan sesama kawan maupun lawan. Ini adalah kerana kata kata kesat ini melukai hati mana orang yang mendengarnya. Kenyataan seperti ini boleh mengganggu ketenteraman dan keharmonian. Ia adalah perbuatan yang kurang ajar.

OneMalaysian,  15 October 2010 at 10:29  

Dear Sakmongkol

It seems to me from reading these postings by your readers in your blog that the gulf between a significant section of the Malays and the Chinese is so wide that as they say, never the twain shall meet.We can only dream of nationhood, but in reality we are more like water and oil. With a constant effort in stirring, we might just about get them to resemble an emulsion; let off a bit, they soon separate into their natural state, with different expectations, different behavioural patterns, and often antagonistic.

Mohd 15 October 2010 at 10:54  

Orang Melayu yg berada di akar umbi memang sedang resah dan merasa bimbang akan nasib dan masa depan keturunan Melayu di dalam senario politik Malaysia sekarang.
Pemimpin2 PAS yg diketuai oleh Nik Aziz tidak mahu bekerjasama dgn UMNO kerana kepentingan politik DAP dan PKR. PAS ni tak sedar yg PAS akan diketepikan saja bila DAP dapat berkuasa memerintah Malaysia ala PAP di Singapura. Tengoklah apa yg berlaku di Penang. Kenapa exco2 PAS dan PKR Melayu tidak bersuara dan hanya diam membisu seribu bahasa bila kaum Melayu dihalang utk berniaga dan dihalau dpd pulau itu dgn berbagai2 cara dan dalih oleh DAP.
Dlm diam2, kaum Cina dlm MCA, Gerakan dan PKR sedang berkompromi dan berpakat utk mengambil alih Putrajaya. Perlembagaan Malaysia akan dipinda oleh DAP. Hak keistimewaan kaum Bumiputera akan dihapuskan utk melaksanakan Middle Malaysia. Institusi raja-raja Melayu akan dihapuskan. Suara azan tidak akan lagi berkumandang di Malaysia.
Kaum Melayu dan Bumiputra akan mengemis di tanah air sendiri. Padan muka kerana kaum Melayu bodoh sombong tak mahu dengar nasihat akar umbi spt ini.
Melayu mudah lupa ........

Anonymous,  15 October 2010 at 12:14  

Dato'

Semua orang berhak bersetuju untuk tidak bersetuju, mahu pun MCA, UMNO, PKR atau DAP.

Pokoknya kita mesti jujur dalam bersetujuan dan benar dalam tidak bersetujuan.

Segala tidak bersetujuan mesti dengan cara dialog dalam bukan dengan perang.

tcw4malaysia,  17 October 2010 at 22:16  

pak sak,
Kedatangan cina ke Malaysia sebenarnya lebih awal dari kedatangan Mat Salleh - INI ADALAH MENGIKUT SEJARAH... sebelum kedatangan Parameswara lagi, Cina, India, Arab dll dah ada kat Melaka. Bila Parameswara sampai dan mendapati kawasan tersebut dan dijadikan MELAKA, Memeluk Islam pada 1414. Kedatangan I TSING dan CHENG HO ke Melaka dalam lingkungan tahun 1403 dan 1409, masa itu dah ada pedagang menetap di Melaka. Pada hal kedatangan Mat Salleh dalan Kurun ke 18... Nampaknya agak bercanggah sedikit pendapat pad sak itu Kalau Cina itu Pendatang, bagaimana pula dengan kuncu2 Parameswara? Minta Pak Sak beri penerangan serba sedikit, mungkin saya ni jahil dalam Sejarah silam! Sejarah yang tercatit tidak dapat diubah atau dipadamkan.

Anonymous,  19 October 2010 at 12:37  

Saya cadangkan, dibentuk parti associate dari kalangan muda mudi malaysia, bermula umur 18 dan ke atas untuk menjadi parti bantuan kepada UMNO yg mahu :-

Islam sebagai agama rasmi
perlembagaan tidak boleh diubah
penerapan demokrasi berdasarkan demokrasi secara musyawarah diambil dari zaman pemerintahan Rasulullah.
Pengekalan institusi raja-raja

Parti ini bukan kesinambungan puteri atau pemuda UMNO. Untuk pengetahuan, ramai muda mudi yg memandang jelik dengan parti puteri yg bergemerlapan dengan labuci dan terkinja2 melompat atas pentas bila memenangi jawatan. Generasi baru tidak sprt generasi dato' dan terdahulu, walaupun muda, kami lebih mementingkan kemaslahatan org2 melayu.

Nampaknya, parti komponen tidak boleh diharapkan, kerana mereka lebih banyak meminta dan kesetiaan di ragui.

Cubalah buka parti sokongan dari muda mudi dan lihatlah hasilnya dan tanyakan apa yg mereka inginkan untuk malaysia. Sila buat pengumuman untuk rakyat mendaftar sebagai pengundi, kerana mungkin ramai yg masih belum mendaftar atu tidak berkesempatan.

Dato' janganlah diminta khairy yg mencadangkan, kalau ini berlaku, ramai yg akan boo. Minta maaf ramai yg tak suka khairy. Khairy harus hilang dari persada politik.

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP