MPM dan Model Ekonomi Baru- catatan awal.
Saya akan menulis lebih terperinci mengenai persidangan meja bulat yang membahaskan model ekonomi baru- MEB yang akan di umumkan oleh kerajaan dalam sedikit waktu lagi.
Persidangan ini yang berlansung pada hari Ahad di anjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu. Ianya pertubuhan gabungan 76 NGO Melayu yang di ikhtiarkan oleh Ibrahim Ali. Objektif MPM ialah mempertahankan kepentingan bangsa Melayu dalam pelbagai segi kehidupan dalam Negara ini. Matlamat nya nya hampir sama dengan asas perjuangan UMNO iaitu agama, bangsa dan Negara. Maka MPM dengan tegas dan lantang mengistiharkan mereka memperjuangakan kepentingan Agama Islam, politik orang Melayu dan kedudukan ekonomi orang Melayu.
MPM telah mendapat sokongan daripada orang Melayu dan juga tokoh pimpinan Melayu. Persatuan bekas wakil rakyat UMNO- Mubarak menyatakan sokongan mereka. Tun Dr Mahathir menyatakan sokongan beliau. Ertinya, secara tidak lansung mereka yang pernah aktif dalam UMNO menyokong MPM. Tidak dapat tidak, MPM boleh di katakana menyampaikan suara Melayu UMNO yang tidak dapat di sampaikan melalui saluran rasmi.
Ini bermakna, sebetulnya, ada 2 arus dalam UMNO. Satu yang di wakili oleh PM Najib dan satu lagi entah oleh siapa tapi yang di luar sana, di wakili oleh Ibrahim Ali dan MPM. Atau MPM sebetulnya mewakili suara tidak sedikit golongan dalam UMNO yang berasa tidak selesa dengan pendekatan bertolak ansur oleh pimpinan kerajaan.
Arus dasar yang sedang membayak di dasar badan UMNO di perlhatkan dalam persidangan meja bulat MPM semalam. MPM mewakili suara garang orang Melayu dalam hal ekonomi. Persidangan ini di anjur menjelang kemunculan Model Ekonomi Baru ( MEB) yang akan di lakukan oleh PM Najib pada akhir bulan ini. Sebelum apa apa, MPM mendesak dan mengingatkan bahawa MEB nanti tidak melonglaikan kepentingan ekonomi orang Melayu.
MPM meminta satu sahaja- yakni artikel 153 Perlembagaan Negara di zahirkan dalam setiap langkah ekonomi yang di ambil. Mesej nya simple sahaja- supaya setiap langkah ekonomi, kepetingan orang Melayu mesti di pertahankan dan di ujudkan.
Kita akan mengupas kenyataan yang di keluarkan oleh MPM melalui Ibrahim Ali dan respon pondan yang tidak sana dan tidak sini seorang timbalan menteri.
3 comments:
Assalam….
Kami rakyat dungu ingin menelurkan buah fikiran yang pasti tidak sampai kemana arah pun hanya sekadar kembang kempis dada untuk dicincang jijak oleh masyarakat sendiri.
Sesungguhnya Model ekonomi Baru ini belum dipapar utarakan dikhalayak ramai. Jika menurut kedungguan kami, melihat kepada corak dan rentak bijakpandai keturunan pemimpin kini;-
Rata-rata peluang istimewa orang melayu am tidak akan wujud lagi. (Jika pun leluhur mereka memperuntukkan persen tiga puluh peratus, leluhur mereka memang bistari sekali dalam membuat hitungan ini khusus untuk putra-putri mereka dalam menjalinkan kesinambungan kekuasaan keturunan mereka)
Orang melayu mesti bersaing dalam apa keadaan pun sepertimana Amerika sediakan segala bentuk senjata kepada Israel dan Palestine dihendaki meletakkan dan menyerah segala bentuk senjata yang ada kemudian Israel isytihar perang. Begitulah dengan kedudukan orang melayu yang hampas dipimpin oleh pemimpin berketurunan dan pemimpin bangsawan jadian.
Orang melayu mestilah bertoleransi dalam segala hal baik ugama dan pastinya ekonomi. Lebih istimewa segala isirumah diserahkan bulat-bulat untuk diagihkan-agihkan oleh pemimpin berketurunan ini agar orang melayu sentiasa melukut dengan lain lain bangsa.
Apa sekali yang dirangka, hebat mana struktur yang disusun malah diduduk silang dari langit sekali pun masyarakat melayu tidak akan dapat mengecapi sebarang calik ekonomi ini. Pemimpin yang ada kini lebih percaya dengan kelibralan nya tanpa mengetahui, menghayati dan menyelami isihati ekonomi melayu yang kian hari sempit dengan bibit-bibit ganas menjelang. Peluang yang wujud dari DEB itu sendiri dikuasai oleh bangsa asing kerana petualang leluhur dengan kebumiputeraan mereka telah menggadaikannya. Akibat daripada libralisme ini juga terdapat contoh bagaimana bumiputra Fiji memberontak. Apakah pemimpin kita baru mengenal erti “Libralism”?
Peluang makin lama makin terhapus angkara kedurjanaan pemimpin tetapi masyarakat sendiri disalahkan. Memang masyarkat dunggu segala adanya mengharapkan sisa ekonomi sekalipun masyarakat terpaksa bersaing menjadi pembunuh ekonomi diantara satu sama lain dalam memperkayakan pemimpin dan kaum lain yang sedia mengawal ekonomi Negara. Di Malaysia segala asas dan pedu ekonomi telah menjadi hak milik bukan melayu sejak ianya dikenali umum.
Nak bersaing, jangan mimpi dalam dunia siang dan malam sebab pemimpin dan pentadbir sendiri tidak pernah percaya kebolehan masyarakt sendiri.
Marilah kita masyarakt dunggu bersama berdendang hiburkan hati tanpa perlu risau dengan makan, minum, pakai dan berteduh. Kelak Hutan telanjang tanpa balak disekeliling dan dibawah jambatan jambatan berlintang hebat boleh dijadikan tempat teduh beramai dengan keluarga.
Wassalam
Jangan bakar kelambu ...
Hanya mereka yang tidak mengenal nyamuk atau berserah dilapah latah akan membakar kelambu.
Post a Comment