Shinkansen,Maglev dan PM Najib.
Saya terbaca suatu komen oleh seorang pembaca blog Dato Kadir Jasin, penulis yang terkenal itu. Ia berbunyi demikian:-
What I saw next to federal highway really shocked me! I saw electric train KTM komuter coaches being pulled by diesel locomotive. What really amused me was that in between the loco and the komuter, there is 1 inter-coach meant for generator set to energize the electric Train set!!!!
Terbaca mengenai keretapi, saya teringat mengenai analoji keretapi dengan pengurusan yang di amalkan oleh kerajaan. Bolehkah kita mempelajari apa apa dari analoji tersebut? Pembaca buatlah pengadilan sendiri.
Belasan tahun yang lampau, saya ada terbaca sutau rencana dalam Fortune Magazine. Penulis rencana tersebut telah menemu ramah seorang usahawan Jepun yang sangat berjaya. Dan kita tahu bahawa Majalah Fortune biasa nya menemu ramah mereka yang berjaya dalam perniagaan dan perusahaan supaya kita semua , yakni pembaca mengambil penjagaran dari nya.
Usahawan jepun tersebut telah menggariskan beberapa sebab mengapa syarikat nya berjaya. Beliau mengatakan bahawa kaedah pengurusan yang di pakai dia sebutkan sebagai bullet train management.
Saya percaya sesiapa yang selalu pergi ke Negara Jepun sudah menaiki keretapi laju yang di sebut Shinkansen. Ia boleh mencapai kelajuan 200 km sejam. Jika Shinkansen melalui mana mana terowong, telinga kita akan menjadi 'pekak' untuk sementara. Demikian lah betapa laju nya Shinkansaen tersebut.
Bullet train menggunakan kaedah magnetic levitation untuk mencapai kelajuan. Maka keretapi super laju ini kadang kadang di sebut sebagai maglev train.
Keretapi Shinkansen yang menggunakan teknoloji maglev bukan sahaja boleh bergerak laju tapi juga mencapai tahap keselamatan yang tinggi dan selesa di guna.
Dalam kereta api yang konvensional, kita ada suatu kepala gerabak yang di pasang dengan enjin disel menarik gerabak yang lain. Untuk mencapai kelajuan, tentulah kepala gerabak mesti dispang dengan enjin yang berkapasiti besar dan ianya sendiri mesti kuat. Jika muatan dalam gerabak di belakang berat atau pun gerabak yang di belakang rosak, maka kelajuan keretapi konvensional menjadi lambat. Apatah lagi jika kepala gerabak pun tidak berada dalam keadaan yang 100% sempurna.
Apabila bercakap mengenai prinsip bullet train management ini dan terbaca komen dalam blog Dato Kadir Jasin, saya teringat apa yang mahu di capai oleh PM Najib melalui KPI nya. Kita sema tahu PM Najib mahu mengujudkan kaedah pengurusan yang baru. Anggaplah ianya sebagai suatu niat untuk mengujudkan Shinkansen. Ianya bertujuan bukan sahaja keretapi pengurusan kerajaan menjadi laju tapi juga selamat dan selesa.
Tapi apabila saya terbaca juga ada 10 orang menteri tidak terdaya menyiapkan KPI untuk kementerian mereka, maka ini lah saya anggap sebagai gerabak yang rosak atau mempunyai excess bagage yang banyak. Untuk membaiki keadaan, gerabak yang rosak kenalah di ganti dengan gerabak yang tidak rosak.
Kembali kepada jawapan yang di beri oleh usahawan Jepun tadi. Mengikut penjelasan nya, tren yang konvesional akan mempunyai satu enjin yang menarik gerabak2 yang lain. Tapi keretapi Shinkansen, sebagai perumpamaan, mempunyai enjin enjin bukan sahaja di sepanjang trek keretapi tapi juga di dinding dinding tembok trek yang di panggil sebagai guideway. Trek Sinkansen dan tembok di pasang dengan magnetic coils yang powerful.
Kombinasi magnetic coils yang ada di sepanjang trek dan sepanjang tembok guideway, menjadikan seolah olah setiap gerabak dan bukan sehaja kepala gerabak mempunyai enjin yang tersendiri. Kombinasi semua enjin membolehkan Shinkansen mencapai kelajuan 200km sejam dan yang terbaru sehingga 300km sejam.
Maka jika PM Najib mahukan suatu pentabiran yang laju cekap, berkesan dan dedikasi dia mestilah memastikan supaya setiap anggota kabinet bermutu tinggi. Kayu kayu mati mesti di buang supaya tidak membebankan kepimpinan nya.
Apabila semua cekap, berkesan dan dedikasi maka pengurusan nya menjadi laju, selamat dan selesa. Yakni, sepanjang trek Shinkansen PM Najib seolah olah nya mempunyai enjin yang tersendiri.
Analoji seterusnya, ialah persekitaran Shinkansen PM Najib mesti mempunyai prasarana sokongan yang kuat. Tadi kita telah sebutkan bahawa tembok atau guideway Shinkansen di pasang dengan magnetic coils. Bersama dengan magnetic coil yang ada pada trek , teknoloji ini menarik semua gerabak dengan super laju. Kombinasi magnetic coils yang ada pada tembok guideway dan trek, seolah olah nya, mengujudkan kusyen angin, di atas nya, tren boleh begerak dengan tersangat pantas. Anaoji tembok ialah untuk mencapai Shinkansen PM Najib, dia memerlukan persekitaran yang membolehkan atau enabling environment seperti civil service yang cekap , dedidakasi dan berkesan, sistem nilai yang baik dan seumpamanya.
Prinsip pengurusan Shinkansen PM Najib mesti mengandungi elemen elemen seperti berikut:-
Laluan Shinkasen PM Najib mesti berlainan daripada laluan trek keretapi konvenional. Dalam bahasa yang mudah, janganlah kualiti kepimpinan kabinet nya sama dengan mutu kepimpinan JKKK atau persatuan bola sepak.
Ertinya, pengurusan yang selekeh tidak boleh di benarkan di amalkan di kementerian kementerian. Standard pengurusan kementerian dan jabatan kerajaan mesti berada pada tahap yang tinggi. Tidak boleh ada lagi pegawai tinggi perbendaharaan makan kuaci ketika taklimat atau seminar di jalankan.
Pengurusan PM Najib mesti di sokong oleh pentadbiran awam yang bermutu tinggi. Pentadbiran awam yang bermutu tinggi umpama sistem terowong terowong atau viaducts yang membolehkan Shinkansen Pm Najib bergerak tanpa halangan.
Trek Shinkansen PM Najib mesti tidak mempunyai lintasan atau crossings di mana. Mana mana menteri yang melambatkan pergerakan atau mengujudkan lencongan atau crossings mesti di gugurkan. Terpulanglah kepada PM Najib mendefinisikan 'lencongan' yang di sebabkan oleh anggota cabinet dan pentadbiran.
Laluan trek Shinkansen PM Najib mesti jadi trek kawasan larangan yang mutlak bebas daripada segala bentuk pencerobohan.
Laluan trafik Shikansen di awasi oleh PM Najin sendiri yang bermakna PM Najib sendiri mesti mempunyai pasukan pengurusan yang super cekap.
Demikian beberapa analoji dari Shinkansen.
4 comments:
Ramai menteri dan pemimpin kita merupakan orang-orang yang 'perasan' samada tentang diri meeka atau tentang negara mereka. Pemimpin yang 'perasan' tidak berpijak dibumi nyata. Mereka membuat keputusan berdasarkan apa yang mereka 'perasan'kan. Akibatnya orang lain yang menjadi korban.
salam Dato'
Well said and written.
Why don't you comment to the comments made by Anon 14th. December 2009 @ 17.46, notoktok on your write-up of " Who is Minding the Store ". It is much better for the country then you trying to please Najib!
mae1000....Sebelum orang lain menjadi korban..maka Najib kene lah menjalankan upacara korban..."korbankan lah binatang peliharaan mu"...
Binatang peliharaan kita bukan lembu tapi nafsu..dalam diri kita....
Jadi Najib kene lah korbankan binatang peliharaannya....terdiri daripada menteri2 yang amat bernafsu didalam kabinet nya...
tak payah buat kenduri pun...korbankan sahaja.
Salam
Abraham Lincoln once said, "We know nothing of what will happen in future, but by the analogy of experience”.
Thanks for the enlightening analogy.
Post a Comment