Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Tuesday, 5 January 2021

Umno dan PN. Prinsip dan Maruah.

1. Beberapa minggu yang lalu saya membaca satu kajian yang mengatakan 137 bahagian dari 191 menyokong pendapat ku li supaya menolak bersatu abahmoo.

2. Hari ini jumlah bahagian yang menyokong pendapat tersebut ialah 157. Antara bahagian yang bersetuju ialah Ketereh. Bahagian Anuar Moo. Gedebe politik Kelate. It's not that I love Ku Li less, but I love UMNO more.

3. Hal tersebut tidaklah mengherankan. Sejak dari dulu kita tahu Anuar Musa suka berlindung disebalik semantics.

4. Hari ini dia menyokong abahmoo kerana dia Menteri dan tahu sebelah mana roti dia dimentegakan. Akan tetapi dia cepat berada pada kedudukan irrelevance.

5. Suka atau tidak the man of the hour ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Yang awal2 secara konsisten menolak Muhyi dan PN. Kenalah ahli UMNO yang rasional memperakui kebijaksanaan pemikiran ahli parlimen Gua Musang tersebut.

6. Bandingkan dengan apa yang dicernakan oleh Anuar Musa. Ibarat sesuatu yang sepatutnya keluar dari lubang mulut tapi keluar dari lubang bawah. Tak habis2 apolejetik mengapa harus menyokong abahmoo.




7. Yang menyokong kerjasama dengan abahmoo adalah bahagian2 yang mahukan rejim business as usual. Disamping ketua2 bahagian mungkin ada jawatan sebagai menteri2 atau ketua2 GLC mereka melihat persikataran yang di ujudkan oleh Wak Muhyi adalah terbaik untuk kleptokrasi. Atau mereka cenderung kearah itu.

8. Kleptokrasi datang dari perkataan Yunani yang bermakna pencuri atau penyamun dan krasi adalah kuasa. Maka kleptokrasi adalah pemerintahan dimana pencuri2 menggunakan kuasa politik untuk menyakau kekayaan negara.

9. Kleptes itu bermakna pencuri dan kratia adalah kuasa. Golongan ini secara tipikal mencuri melalui kickbacks, rasuah, pemberian2 hak istimewa atau menghalakan peruntukan kepada diri mereka sendiri atau kroni2 mereka.

10. Oleh itu kita tahu apa yang dilakukan oleh geng2 penyamun tarbus ini. Yang paling terkemuka antara mereka adalah amirul munafik Najib Razak. Amat mengherankan masih ada orang2 yang sentimental terhadap golongan ini dan mengharapkan mereka kembali berkuasa. Astagha!
Ada golongan yang menjilat bibir dan terliur mahu terus menyokong kerjasama dengan Kickbacks King Muhyi al Pagoh!

11. Biarlah kita call a spade a spade. Mereka yang menyokong Muhyi tidak berprinsip. Maka ia adalah udara yang menyegarkan masih ada dalam UMNO orang2 yang berprinsip seperti Tengku Razaleigh dan 137 143 atau 157 bahagian. Ini termasuk tokoh seperti Nurjazlan khalid Samad,
Khalid Nordin dll.

12. Ia harus memakan masa, untuk yang lain bersamaan dengan pandangan Ku Li. Saya sedar bersamaan pandangan tidak terterjemah kepada sokongan kepada Ku Li, tapi sekurang kurangnya mereka masih ada prinsip.

13. Ini tidaklah bermakna pencuri2 dan perasuah dalam UMNO ada prinsip. Keberadaan mereka ialah mahu mencuri. Realiti dan practicality politik menuntut mereka berpisah dengan Muhyi.

14. Jika mereka ada prinsip peribadi, mereka harus melakukan pengorbanan.

15. Prinsip yang kita maksudkan ialah sesiapa yang ada kes mahkamah, wajib keluar dari UMNO  seketika. Bahkan fasal ini patut dimasukkan dalam perlambagaan UMNO. Supaya mereka2 ini tidak menggunakan perlindungan politik bagi tujuan peribadi. Mesej pada tokoh2 seperti Zahid, Najib, Teuku Adnan dll adalah jelas. Jangan buat tak reti bahasa.

16. Saya sedar bahawa sebagai ahli parti lain, saya tidak berhak mencampuri hal UMNO. Tapi saya berkomentator sebagai penganalisis dan sebagai seorang Melayu. Apa2 yang menggugat bangsa Melayu adalah hak saya. Dan kalau tidak suka komentari saya,jangan baca.

17. Sejak bermula prinsip Ku Li ialah tidak boleh berkerjasama dengan parti yang tidak sah atau illegitimate. Maka jika UMNO parti yang mempunyai prinsip ia patut bersikap demikian juga.

18. Orang2 lain mungkin ada variasi prinsip ini. Tidak boleh berkerjasama dengan parti yang tidak memberi muka kepada UMNO, parti yang tidak ada majoriti dll.

19. Kalau tokoh2 UMNO ada maruah mereka patut keluar dari kabinet dan GLC2. Kalau ada maruah! Suatu barang yang sangat berkurang. Itu yang dikatakan Ku Li sejak dulu lagi.

20. Tapi yang lebih penting kepada saya ialah mesej yang dihantar oleh 137 atau 143 atau 157 bahagian UMNO.

21. Pertama, ialah UMNO ada maruah, prinsip dan sense of self-worth. Ada ini bererti tidak boleh jadi pak pacak kepada drama Wak Muhyi.

22. Ahli2 UMNO menolak korapsi dan kleptokrasi yang diamalkan tanpa malu oleh rejim Wak Muhyi.

23. Bermakna ahli UMNO bersedia melakukan reformasi kepada UMNO itu sendiri. Mereka boleh menolak kleptoktasi dan rasuah. Itu bererti masa depan yang gelap pada golongan penyamun dalam UMNO. Nama awak Najib ke, Zahid ke, Tajuddin ke- semua itu tidak berguna . Itu jalan selamat untuk UMNO. Adaptasi atau musnah!

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP