Copyright Notice

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, distributed, or transmitted in any form or by any means, including photocopying, recording, or other electronic or mechanical methods, without the prior written permission of the author, except in the case of brief quotations embodied in critical reviews and certain other non-commercial uses permitted by copyright law. For permission requests, write to the author, at the address below.

Sakmongkol ak 47

ariff.sabri@gmail.com

Friday 22 January 2021

Umno: Adaptasi atau Hancur.



1. Saya heran orang2 bercakap perihal pemimpin haprak umno-Zahid, Najib Tajuddn, Bung Moktar, Tengku Adnan dll.

2. Sejarah orang Melayu seolah2nya berulang lagi. Penceritaan orang Melayu berligar dikalangan istana. Kali ini ia berligar dikalangan puak elitis yang neo fiudalis.

3. Ianya tidak perlu begitu. Umno itu sifatnya merakyat. Majoriti penyokong dan pendukung nya adalah rakyat biasa-lumpenproleriat. Perlu satu2 nya di bonkar dan dirombak.

4. Yang lebih perlu di bahaskan ialah menyelamat dan mereformasikan umno. Bukan berceloteh mengenai pemimpin2 haprak umno.

5. Mula dengan membuang pemimpin2 haprak umno. Jangan merasa sentimenal tentang mereka. Fikirkan tentang kemudaratan yang mereka sebabkan. Masa depan umno ditulis oleh rakyat biasa oleh golongan lumpenproleariat.

6. Mari kita menanam minat yang lebih mendalam mengenai politik. Terutama siapa yang kita hendak beri kuasa. Jika tidak kita mendapati diri kita dipimpin oleh mereka yang lebih bodoh dari kita,pencuri dan perasuah.

7. Tidakkah kita meluat dan loya dengan orang2 yang berkap manis didepan kita tapi dibelakang kita melakukan 1001 kerusakan?

8. Masa sentiasa tepat untuk melakukan kebaikan. Kita mahukan pemimpin yang bukan mencintai wang tapi keadilan. Kita mahukan pemimpin yang bukan mengejar pablisiti tapi mempromosi kemanusiaan.

9. Dan tidak ada tempat yang mengatakan pemimpin2 seperti ini mesti datang dari golongan elit. Faktanya umno tidak memerlukan golongan seperti ini untuk berfungsi.

10. Jadi kalau umno tiada pemimpin2 seperti Najib, Zahid, Tajuddin, Bung Mokhtar Hishamudin, tak menjadi hal. Ia bukannya satu kemestian.

11. Untuk masa yang lama pemimpin2 elit umno mengawal idea2 ahli umno dibawah rejim yang straightjacket. Berfikiran merdeka tidak dibenarkan.

12. Oleh itu perwatakan umno diwarnai oleh pimpinan bourgeois yang reaksioner, mengekang kemajuan bangsa Melayu. Disinilah kita melihat penjelmaan pimpinan demokrasi dan autokrasi.

13. Kita boleh dengan mudah membezakan dua stail kepimpinan ini. Pimpinan yang demokratik melibatkan shared truths. Pimpinan yang autokratik dan kediktatoran mempraktikkan shared lies. Inilah yang disajikan untuk santapan orang umno selama ini.

14. Yakni pembohongan demi pembohongan yang di indoktrinasi didalam kepala ahli umno yang polos/naive.

15. Lihat saja hipokrasi pemimpin atasan umno mendidik orang umno memusuhi bangsa lain terutama bangsa Cina. Sedangkan mereka mempunyai rakan niaga Cina dan rakan ranjang ahmoi.

16. Jadi apa masaalah pokok umno? Tidak lain dan tidak bukan soal kepimpinan. Umno memerlukan pemimpin yang tidak hipokrit. Seperti yang disebut diatas mereka tidak memerlukan pimpinan yang mencintai kedudukan untuk membuat wang tapi tidak berminat melakukan kebaikan pada rakyat semaksima mungkin.

17. Janganlah di belengui dgn ingatan bahawa umno akan hanya bernyawa dengan pemimpin2 haprak yang kita sebut. Apakah matahari akan membenam jika tiada pemimpin2 seperti Najib, Zahid, Adnan Mansor, Bung, Anuar Musa atau pembuli Tajuddin? Jika begitu 3.2 juta ahli hanyalah kuanti tidak ada kualiti.

18. 3.2 juta ahli tidak bermakna apa2 jika keahlian nya terdiri dari riff raff pemimpinnya haprak dan organisasi nya tidak tersusun. Ada 18 juta orang Melayu dan 30 juta rakyat Malaysia. Umno mesti memimpin rakyat Malaysia. Kita lahir dari rahim yang sama-rahim ibu pertiwi.

19. Organisasi yang kecil dapat mengalahkan yang lebih besar jika yang besar itu penuh kebobrokan dan pimpinan nya haprak. Al Quran menyatakan banyak kali pasukan yang kecil mengalahkan pasukan yang lebih besar.

20. Tugas umno yang utama selain dari mereformasikan umno ialah mencari pemimpin2 yang berprinsip. Kerana itu akan mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia.

21. Kepada saya tokoh yang boleh menyelamatkan umno ialah Tengku Razaleigh Hamzah. Dan pemimpin2 umno lain yang progresif. Saya tidak fikir orang2 seperti Noraini Ahmad dan Ashraf Wajdi orang2 yang racist.

0 comments:

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP